Pages

Romantik Rapsodi [6]

Monday, February 20, 2012

Nani perasan sejak dua menjak ini Hakim kerap menghubunginya dan di setiap perbualan mereka pasti ada nada yang manja dan kata-kata manis keluar daripada mulut Hakim. Dalam diam Nani senang dengan layanan Hakim sebegitu dan sering ternanti-nantikan panggilan darinya. Namun dia tidak pasti sama ada Hakim sekadar main-main atau betul-betul ikhlas memanggilnya sayang. Aku redha je...Ha ha ha...Boleh ke macam tu?

Sepanjang perkenalan ini serba sedikit dia mula mengenali Hakim. Jejaka itu rajin bercerita tentang dirinya. Dia suka sikap Hakim yang terlalu berterus terang. Nani senang dengan hubungan tanpa ikatan ini. Biarlah masa yang menentukan dan menjawab ke mana hala tuju perhubungan mereka ini.

Sedikit sebanyak yang dia tahu, Hakim seorang yang gemarkan aktiviti sosial. Clubbing, malah Hakim dengan jujur mengaku dia mengambil minuman keras. Tetapi apa daya Nani untuk melarang. Kadangkala nasihat yang diberikan hanya dipandang sepi oleh Hakim. Dia cuma mampu berdoa agar suatu hari nanti Hakim akan berubah.. Dia optimis!

Hakim merupakan anak kepada ahli perniagaan yang berjaya. Memang tidak setanding dengan dirinya yang tak punya apa-apa. Ibunya berbangsa Melayu. Ayahnya pula kacukan Melayu-Cina. Dia ada seorang kakak dan seorang abang. Sama seperti Nani juga, tiga beradik.

Hakim merupakan Pengarah Urusan di sebuah syarikat yang menguruskan latihan dan acara. Sama seperti tempat kerja Nani. Kebetulan....

Sedang asyik Nani mengelamun, telefon menjerit nyaring. Dia tahu itu panggilan dari Hakim. Hatinya berbunga riang. Sempat dia mengerling jam di dinding, pukul 9.30 malam.

“Hello,” Nani menyambut panggilan dengan suara yang paling lembut. Perasan.

“Hai, tengah buat ape?” Uhh, bergetar dadanya mendengar suara garau itu.

“Tak buat apapun, tengok tv je,” Nani menjawab dengan nada yang masih lagi lembut. Memang aku perasan. Ha ha ha.
“Orang ada masalah,” Kedengaran suara Hakim tak seceria hari-hari sebelumnya.

“Ada masalah apa, kalau rasa nak cerita, saya ok je nak dengar,” Konon-konon dialah pendengar paling setia di atas muka bumi ini.

“Hmmm.....sebab tu saya call awak sebab saya tau awak takkan hampakan saya,”

Nani tergelak kecil. “So, En Hakim, ada apa yang boleh saya bantu,” Hujung rambut dipintal-pintalnya.

You know what, tadi…. saya dating ngan sorang model, memang cun habis. Seksi and i like,”

Nani tergamam dan kepalanya berpusing. Benarkah apa yang aku baru dengar 5 saat yang lalu ini. Air liur dirasakan sangat pahit untuk ditelan. Kelat, pahit, payau.......Dadanya tiba-tiba senak. Sukarnya hendak memproses apa yang baru didengar tadi.

“Nani, awak dengar tak orang cerita ni,”

“Hey, erm...mestilah. Sambung cerita. Saya kan pendengar yang baik. Saya tengah tunggu awak habiskan cerita,” Nani gagahkan diri dan telinga untuk mendengar. Telinganya terasa panas dan berdesing. Rasa seperti mahu mencampakkan telefon ke dinding….Apa semua ni?

“Tadi baru first date, tapi macam letrik tau, bila tengok dia terus orang suka kat dia. Dia ni glamour jugak. Orang rasa awak pernah dengar nama dia. Aliyah,”

Dia dating dengan Aliyah..Oh my! Terasa rendahnya diri. Siapalah dia kalau hendak dibandingkan dengan Aliyah model berdarah kacukan yang sedang menempa nama itu. Memang jauh panggang dari api.

“Wah, dahsyat kawan saya sorang ni, bukan calang-calang orang dia dating,” Nani sedaya upaya cuba menyembunyikan rasa tidak selesa dengan setiap butir bicara Hakim. Dalam hatinya, jangan cerita tapi sekurang-kurangnya dia tahu di mana letak duduknya dia pada Hakim.

Thank God sekurang-kurangnya aku tahu, aku hanya dianggap kawan. Habis selama ni dia panggil aku sayang sayang tu apa? Suka-suka je beli jiwa aku. Huh!! Gerutu hatinya.

Dia dengar Hakim ketawa di hujung talian. Jiwanya rasa terdera. “Orang rasa dia pun suka kat orang jugak tau, sebab tadi masa tengok wayang dia siap peluk orang lagi,” Masih terdengar sisa-sisa tawa Hakim.

“Ok la tu, respons dah bagus, so apa masalahnya?”

“Hihihi...Takde masalah pun, saja jer orang nak share ngan dia kegembiraan orang ni,”

Share dengan aku? Kegembiraan? Oh, kegembiraan dia, kesedihan aku tau!!!

“Saya doakan awak dapat tackle dia and korang akan jadi pakwe makwe paling best kat Malaysia ni,” Penuh plastik ayat itu.

“Erm, thanks Nani. Ni buat orang sayang kat dia ni, ok la. Orang nak keluar minum jap. Take care, bye!”

“Erm, you too take care, bye!” Klik. Nani terus menekan butang merah.

Tanpa dipinta manik-manik halus menyerbu turun membasahi pipi. Apa yang aku nak sedihkan? Aku patut bergembira dapat berita kawan aku tengah dibuai perasaan indah. Come on Nani, wake up. Nani memarahi dirinya. Dia sepatutnya lebih berhati-hati dan jangan terlalu cepat menaruh harapan. Ya, kali ini dia akui dia tersilap buat perhitungan.

Mati-matian selama ini aku ingat Hakim syok kat aku. Oh, malunya. Nasib baik dia tak tahu perasaan perasan aku ni. Kalau tidak memang aku tak tahu tempayan mana aku nak letak muka. Tempayan budu pun aku rasa akan gelakkan aku!!!!!

Walaupun berat, dia perlu terima hakikat ini. Mesti. Aku janji aku takkan cepat terpedaya lagi dengan kata-kata manja Hakim. Oh, tidak, tidak lagi untuk selepas dan selepas ini. Nani bingkas mengangkat punggung untuk naik ke bilik. Nak tengok tv pun dah mati mood. Lebih baik tidur dan esok bangun dengan semangat baru.

-------------------------------------------

Pukul 5.30 pagi Nani sudah terjaga dari tidur yang indah...Dia memang kaki tidur, datanglah masalah sebesar gunung sekalipun, bila kepalanya dah bertemu bantal segala masalah akan lenyap buat seketika. Nani terus ke bilik mandi menyucikan diri. Usai, dia terus menyarungkan telekung untuk menghambakan diri pada Pencipta.

Dia mahu mengadu padaNya segala resah hati dan mohon diberi kekuatan dalam menempuh segala kemungkinan dalam hidup ini, diberikan kesejahteraan dan keberkatan. Selesai berdoa, Nani mencapai naskhah Al-Quran. Helain demi helaian dibaca sehinggalah sedikit demi sedikit hatinya merasai ketenangan. Itulah rutinnya setiap pagi. Dia mohon agar Tuhan tidak membolak-balikkan hatinya dan terus istiqamah melakukan rutin ini.

Hari ini hari Sabtu. Kalau Pn Hanisah tidak pulang ke Rawang, Nani akan menghabiskan masa bersama ibunya jika dia tidak punya hal di luar. Dia turun ke dapur. Ibunya sedang menyediakan sarapan.

Morning, ibu.” Nani menyapa sambil mengucup lembut dahi ibunya. Tangannya pantas mencapai teko dan membancuh nescafe.

Hermm, nescafe is my best friend. Can’t live without it. He he. Boleh meroyan kalau tak dapat minum nescafe sehari.

Morning, long. Awal along tido semalam, ibu balik pukul 10.30 tengok bilik along dah gelap,”

“Penat sangat semalam, banyak giler kerja kat office.”

Pn Hanisah menuju ke meja makan dengan semangkuk bihun goreng di tangan.

“Along pergi mana-mana tak hari ni? Ibu ingat nak ajak along pergi IKEA. Nak cari barang sikit,” Ujar Pn Hanisah sambil menyuap bihun ke mulut.

“Tak pergi mana pun. Jom jom....dah lama tak pegi sana,” Nani tersenyum girang.

“Ok lepas makan karang, siap-siap kita terus pergi ye. Pergi awal senang sikit nak parking,”

“Ok,” Nani mengulum senyum sambil menghabiskan sisa-sisa bihun yang masih tinggal.

Mereka tiba di IKEA pukul 10.30 pagi. Ketika ini manusia belum ramai maklumlah kedai baru dibuka. Nani membontoti ibunya yang kelihatan begitu teruja memilih itu dan ini. Lama juga mereka tawaf IKEA tu. Sedar tak sedar dah pukul 1.00 tengahari. Nani mengajak ibunya makan tengahari di restoran Absolute Thai. Dia paling suka pulut mangga di situ. Lemak manis semua cukup.

Tengah sibuk-sibuk mencari tempat duduk, matanya tertangkap satu panorama yang ‘indah’. Dalam hatinya terdetik, macam Hakim jer..err, err dengan Aliyah. Terasa bengkak hatinya saat itu. Kenapalah sebesar-besar KL ni aku perlu terserempak dengan dia kat sini......Luka semalam pun masih berbekas lagi.

Mesra betul lagaknya macam pasangan kekasih yang sangat bahagia. Dia telan liur. Hajat nak menikmati kelazatan pulut mangga dah terkubur. Nani terus menarik tangan ibunya keluar dari situ. Rasa seperti mahu menangis tapi nanti apa pula kata ibunya.

“Eh, apesal ni Long? Tadi beria sangat nak makan kat situ...?”

Ohh tolonglah ibu, Along tak ada jawapan untuk itu...Nani hanya menjawab dalam hati. 

“Err, tiba-tiba rasa macam nak makan benda lain pulak. Kita makan kat foodcourt je la nak, tekak Along rasa nak makan meatball pulak,”

“Ikut Along lah..ibu tak kisah,”

Nani lega. Ibunya tidak banyak soal.

“Along, Along ok tak ni? Lain macam je ibu tengok. Tadi ceria bukan main, sekarang ni macam orang nampak hantu, pucat lesi muka tu. Kenapa?” Pn Hanisah menyoal apabila melihat anaknya itu asyik menguis-nguis meatball di dalam pinggan. Sesuap pun tidak dijamah.

“Mana ada apa-apa. Tiba-tiba macam sakit kepala pulak,” Harap-harap ibunya terpedaya dengan autanya itu.

“Laa pulak.” Pn Hanisah menyelongkar beg tangannya dan menghulurkan dua biji active fast kepada Nani.

“Nasib baik ibu ada active fast,” Nani mengukir senyum pahit. Berpura-pura lagi.

I’m sorry ibu. Ucapnya dalam hati.

“Kalau Along tak larat, lepas makan ni kita balik lah. Lagi dua tiga benda je ibu tak beli. Kita datang next time je,”

“Laa tak pe la ibu. Along ok.”

“Ok apa benda macam ni, takpe nanti ibu datang ngan adik je. Minggu depan dia dah start cuti,”

“Kalau ibu dah cakap macam tu Along ikut jer,”

Sesampai di rumah Nani terus terperap di bilik. Mengurung diri. Kenyataannya mengapa dia perlu kisah Hakim nak keluar dengan siapa, nak peluk ke bercium ke dengan sesiapa. Dia tidak berhak sedikit pun ke atas Hakim.

I am nobody to him. Tolonglah hati, fahamilah hakikat ni.. Tapi aku dah mula sukakan dia, sebab tu aku jadi macam ni. Macam mana aku nak berhadapan dengan dia lagi lepas ni? Aku terlalu malu dengan diri sendiri. Hatinya tidak henti-henti berbisik.

 Air mata bergulung-gulung jatuh. Mudahnya dia mengalirkan air mata untuk lelaki seperti Hakim.  

Nani berlari ke bilik air mengambil wuduk. Baru dia sedar dia masih belum menunaikan solat Asar. Nani sudah tidak sabar nak mengadu nasib pada Dia... Ya Allah pinjamkan aku sedikit kekuatanMu. Aku perlu belajar menerima kehadiran dia sebagai sahabat semata-mata.

Baiklah, mulai hari ini aku akan hanya melayan dia tidak lebih daripada kawan. Aku tak mahu tewas pada perasaan lagi. Aku JANJI!!!!!

Kalaulah Taj tahu mesti berguling-guling dia diketawakan.. Perasan lebih siapa suruh... Ha ha ha...Akhirnya Nani tertawa sendiri. Tertawa dengan kebodohan sendiri. Ha ha ha.

Nani sedar dirinya. Dia memang tidak layak untuk Hakim. Antara dia dan Hakim bagaikan langit dan bumi. Sepatutnya dia perlu lebih berwaspada, jangan mudah tergelincir perasaan disebabkan kata-kata manis yang tiada nilainya pada Hakim.

Ermmm, dah lah malas aku nak fikir pasal dia lagi!

1 comment:

  1. alaaaaaaaaaaaaaaa....................kesian nani..

    YA.. hakim!! neol..nabbeun noma!! >_<

    anyway, tak sangka nani suka hakim smpi mcm ni, sbb msa mula2 macam hakim tu yg beria2 nak kwn ngn dia, tp dia biasa ja.

    ReplyDelete