Best Friends..

Thursday, May 31, 2012

Cerpen : Coretan Isteri Celaru

Aku bingkas dari tidur. Peluh memercik di dahi. Astaghfirullah. Mimpi apa macam ni. Dadaku berombak kencang. Aku meraup muka dengan telapak tangan. Waktu tu jam menunjukkan pukul 3 pagi. Orang kata kalau mimpi di waktu-waktu macam ni, ada petunjuk Allah nak beri. Aku kerling suami di sisi. Tidur lena siap ada bunyi.

Aku cuba pejamkan mata, berusaha untuk tidur semula tapi bayangan mimpi tadi buat aku resah. Aku mimpi, suami aku ada perempuan lain. Jauh lagi cantik dari aku, jauh lagi slim dari aku yang dah beranak dua ni.  Isteri mana yang nak berkongsi kasih. Semua pun tak nak kan. Semua pun tamak dalam bab ni walau telah dijanji Tuhan dengan pahala andai kita redha dimadu. Aku tak rela. Aku takut dia abaikan aku dan anak-anak. Mimpi ni buat aku sedih. Sedih gila! Terasa mataku panas dan berair. 

Esoknya aku beritahu suami. Dia cakap aku merepek, suka fikir bukan-bukan. Dia kata dia sayang aku sorang walau bentuk badan aku tak serupa dulu, walau muka aku dah bulat, walau aku tak bersiap seperti dulu kalau nak keluar jalan-jalan. Dia sayang aku. Katanya lagi. Tapi, aku ragu-ragu. Mimpi semalam menggangu lagi. Lelaki, mak aku kata 10% je cakap benar yang lain semua kelentong. Betul ke? Sudah 5 tahun berkahwin dan punyai sepasang cahaya mata, kami hidup bahagia. Walau suamiku tak sekaya Rayyan dalam Romantik Rapsodi tapi dia sentiasa caring dan romantik. Aku sayang dia, aku cinta dia...aku tak nak dia beri separuh hatinya untuk perempuan lain. Aku nak jadi pemilik yang mutlak.

Lama aku termenung. Aku fikir balik di mana kekurangan aku sebagai isteri. Aku perlu ubah. Aku perlu perbaiki, agar mimpi semalam tak jadi kenyataan. Aku telek diri depan cermin. Dagu aku dah ada dua. Pinggangku dari saiz S sekarang dah jadi saiz L. Muka aku....muka aku banyak jerawat! Arghhh.....

Bukan aku tak nak jaga penampilan. Aku sibuk..aku tiada masa. Balik kerja aku sudah penat. Kerja melambak di ofis tak pernah surut. Lepas tu nak masak lagi, nak uruskan anak-anak yang tengah lasak, nak basuh baju, lipat baju, cuci pinggan mangkuk, gosok baju kerja, kemas rumah. Aku penat sangat. Suami aku, dia tolong, bukan tak tolong tapi, entah lah aku senang buat semuanya sendiri. 

Aku kena berubah ni. Detik hati kecil. Aku kena ubah sebelum terlewat. 

Sejak dari hari tu, aku mula kembali mengenakan lipstik ke bibir, mula beli compact powder...Estee Lauder lagik, set penjagaan muka daripada jenama Safi aku tukar ke SK II. Dressing pulak, kalau dulu nak ke mana-mana aku selesa kenakan T-Shirt dengan jeans je, tapi sekarang aku dah tukar, aku pergi butik Ms Read cari baju yang elok-elok sesuai dengan usia dan bentuk badan aku yang comel ni. Aku tak kira, duit boleh carik, tapi suami.....nak cari suami yang sebaik suami aku...aku tak jamin boleh jumpa. Aku mula amalkan diet dalam pemakanan, aku tekad aku nak berubah. Aku tak nak hidup dalam zon selesa. 

Suami aku tegur, "Kenapa tiba-tiba beli semua tu, kenapa tiba-tiba tak temankan abang makan malam? Tak best la makan tak berebut,"

Sebab makan berebut la badan aku naik macam dipam-pam wahai cik abang pujaan hatiku!

Aku jawab, "Sayang nak jaga kecantikan, sayang nak sentiasa nampak cantik depan abang, untuk abang,"

Aku nampak suami aku senyum meleret. Eh, ya lah...dah lama aku tak cakap lembut-lembut dengan dia. Asal dia datang dekat nak bermanja, selalu aku beri alasan. Aku penat, aku takde mood, mintak maaf sangat tak dapat layan. Kesian suami aku kan. Aku tahu dosa kalau dia kecik ati, tapi aku.....aku betul-betul  penat. Isteri lain macam aku jugak ke? Ke aku je perangai tak semenggah macam ni?

Abang jangan risau, lepas ni sayang tak buat macam tu lagi dah. Ampun bang!

2 bulan lepas tu.....aku mula nampak perubahan yang positif. Dari saiz L dah turun ke saiz M. Ok lah kan untuk aku yang dah beranak 2 ni kan? Kulit wajah pun dah licin, tak macam dulu lagi dah, macam kertas pasir. Erm, suami aku....tentu lah lagi sayangkan aku kan.....hihi. Dulu pun dia sayang, cuma sekarang bertambah-tambah sayang.

Hubungan dengan suami, makin bahagia, makin mesra dan erat macam zaman mula-mula bercinta dulu. Dia pun sekarang ni kalau jalan dengan aku, asyik nak pegang tangan aku tak nak lepas. Sudahnya anak-anak jalan sendiri. Dah terbalik pulak. 

Alhamdulillah, semuanya hikmah di sebalik mimpi burukku. Kalau tidak, sampai hari ini aku masih tak sedar. Manusia ni, kalau tiada tekanan dalam hidup, kalau tak terdesak agak sukar nak mulakan perubahan. Syukur aku tersedar sebelum terlewat.  Aku nak jadi isteri solehah, penyejuk hati suami...Aku ingin hidup bahagia, gembira di samping suami dan anak-anak dalam lindungan dan keberkatanMu Ya Rabb.

p/s : apa aku merepek ni? korang layan je la ek. hihi....

Romance and love silhouettes vector
pic from google

"Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu." - dipetik dari iluvislam

8 comments:

  1. hmm, sentap mak nak oiii..
    hehehe.. #ku pernah mimpi encik ayah meninggal.. meraung2 daku.. hawau jek mimpi cmtu, tp kita lbh hargai dia ms dia ada ni.. tol x?!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt btul....kite lebih hargai dia dlm hidup kita ..hihihi...kdg2 buat silap ngn laki, pastu xngaku salah...wat merajuk lak tu..haha

      Delete
  2. bila nak sambung romatik rapsodi?? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak dear..Romantik Rapsodi terpaksa dihentikan seketika. Iboo nak kena siapkan manuskrip penuh cerita tu. :)

      Delete
  3. Replies
    1. baik, Alhamdulillah.. :) napa akak tnye camtu? hehe.

      Delete
  4. hehe ingatkan nk jd apa2 kt perkahwinan deorang...ringkas dan padat ye...;)
    ...i like...
    kadang2 benda yg simple kita x nampak...x perasan pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu..heheheh...kdg2 bnda2 mcm ni kita slalu ambil mudah dan pandang ringan tp...di mata suami kita?dalam hati dia?

      anyway, thanks sudi baca dan komen ye Ms MJGreen :)

      Delete