Petang itu, Hakim datang menjemput Nani di rumah. Dia agak berkecil hati dengan gadis itu. Ada ke patut dia langsung tak diberitahu tentang kemalangan yang menimpa. Dia dapat tahu pun melalui SMS, setelah dia mengirimkan pesanan ringkas untuk bertanya khabar. Kalau tidak, sumpah dia tak tahu.
“Kita nak ke mana?” Tanya Nani lembut.
“Kita pergi Dataran Putrajaya nak, minum and lepak-lepak kat sana,” Jawab Hakim.
“Ok,” Balas Nani ringkas. Dia ingin menurut sahaja ke mana Hakim membawanya. Rindu. Biarlah rindu itu diperam sendiri. Dia tahu dia akan terseksa jika terus menyimpan perasaan pada Hakim tapi hatinya belum cukup kuat menidakkan kenyataan itu. Dia rela dilukai.
“Kenapa tak bagitahu Hakim, Nani accident? Kecik hati tau,”
Langkah diatur ke Selera Putra. Mahu mengambil angin petang sambil minum di situ. Pada hari bekerja, tidak ramai pengunjung ke situ. Yang ada kebanyakannya pelancong asing yang datang bersama rombongan. Pemandangan biasa di situ apabila pelancong asing sanggup membayar puluhan ringgit untuk seekor udang galah goreng yang dijual.
Mereka mencari tempat duduk di bahagian luar. Pertanyaan Hakim dibiarkan sepi.
“Orang risau sangat dahlah orang nak pergi jemput dia kat hospital pun tak kasik,”
“Laa apa nak dirisaukan. Sekarang saya ni dah betul-betul depan mata awak. Saya ok kan. Awak ada nampak berbalut kat mana-mana, tak ada kan?” Nani melontar senyum. Dia memang gemar tersenyum. Sedekah katakan..”Lagipun tadi boss saya yang hantarkan. Dia dah berjanji nak hantar saya balik rumah walaupun saya dah bagitau tak nak menyusahkan dia,”
“Boss Nani lelaki ke perempuan?”
“Lelaki,”
Hakim mula rasa cemburu. Hatinya terasa panas. Tak boleh jadi.
“Dia dah kahwin ke?”
“Belum lagi,” Seronok pula Nani mempermainkan perasaan Hakim. Dia nampak perubahan pada wajah Hakim. Apa yang dia nak marahkan sangat sampai bernafas turun naik macam tu. Dia menggeleng-gelengkan kepala.
“Dah awak ni kenapa Hakim,”
“Orang jeles tau!”
Terbahak-bahak Nani ketawa.
“I mean it. Orang jealous. Sangat-sangat,”
“Awak dah buang tebiat ke apa. Nak jealous pasal apa. Bukannya saya nak kat dia. He’s my boss ok,”
“Memanglah tapi kalau boss awak suka kat awak macam mana? Habis orang ni macam mana?”
“Mustahillah.Awak macam mana apa. Awak macam biasa lah,”
“Orang tak nak hilang dia. Orang sayang dia. Orang cintakan dia. Sangat.” Lancar sekali Hakim menuturkan kata-kata itu.
Nani terkelu. Sudah lama dia menantikan saat itu tapi bukan dalam keadaan sekarang. Dalam keadaan dia tidak bersedia. Dia terkejut dan sama sekali tidak menyangka ucapan itu lahir dari orang yang selama ini dia mengharapkan cinta. Tuluskah Hakim dengan ungkapan cintanya itu. Nani kurang pasti tapi kalau dilihat pada kesungguhan Hakim, dia yakin Hakim ikhlas.
“Hakim tahu, Hakim tak perfect untuk Nani. Hakim banyak kekurangan. Tapi Hakim ikhlas cintakan Nani. Hakim sedar bila Hakim buat Nani sedih, Hakim jadi tak senang duduk. Hakim rasa gelisah, bercelaru,” Hakim menyambung lagi kata-katanya.
Tanpa sedar, air mata Nani gugur satu persatu. Diseka air mata itu agar tidak terus mengalir. Terharu dengan pengakuan Hakim. Hakim tergamam. Dia berfikir sendiri samada kata-katanya sebentar tadi menghiris hati Nani.
“Nani, I’m so sorry. But I can’t lie to myself. Hakim betul-betul sayangkan Nani,”
Nani tunduk. Air mata semakin deras mengalir dari tubir matanya. Tidak disangka, air matanya yang mengalir saban malam kerana lelaki bernama Hakim akhirnya terbayar dengan pengakuan lelaki itu.
“Please say something, sayang,”
“Macam mana saya nak tahu awak betul-betul jujur dengan saya Hakim, tell me,” Dadanya terasa sakit dek kerana menahan tangis. Pandangan dihalakan ke tasik. Air di tasik berkocak tenang tidak seperti dirinya.
“Saya nak awak tahu Nani...saya akui saya cepat jatuh cinta tapi dengan awak lain. Awak tak gilakan saya sebab duit saya,. I can see it through your eyes, awak ikhlas menganggap saya sebagai sahabat. Sikit pun awak tak pernah gunakan saya untuk kepentingan awak. I see your true colours, Nani. Nilai yang ada pada awak buat saya jatuh cinta,”
Nani tunduk lagi, tidak berani menentang panahan mata Hakim. Hatinya terasa menggebu. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu. Inilah detik yang diimpikan sejak dia mula kenal dengan Hakim. Cuma hatinya belum dapat jawapan atas dasar apa cintanya itu hadir untuk lelaki bernama Hakim. Dia jelas dengan setiap perwatakan Hakim yang dia sendiri akui tiada kualiti untuk menjadi pemilik hatinya. Entahlah....cinta itu buta atau hatinya yang buta.
“Saya, saya takut untuk kecewa lagi...awak fahamkan maksud saya. Bercinta dengan awak umpama meletakkan racun dalam hati saya. Saya tak sanggup,” Rintih Nani.
“Shh, shh sayang...Hakim ikhlas. Pandang mata Hakim, jawapannya ada di sini,” Hakim merenung dalam ke anak mata Nani. Dia mahu Nani nampak ketulusan cintanya pada gadis itu.
Nani melepaskan keluhan berat. Keliru dengan kehendak hati dan waras pemikirannya. Namun untuk meluahkan perasaannya pada Hakim, dia malu. Malu untuk mengaku bahawa dia berkongsi rasa yang sama seperti Hakim.
Hakim menggenggam erat tangan Nani mencari-cari jawapan. Nani menarik perlahan tangannya. “Jom, kita balik Hakim,”
“No, not until you say yes to me,”
Lama mereka menyepi.
“Yes,” Nani tidak tahu mana datangnya keberanian yang tiba-tiba muncul. Di hatinya berdoa agar dia tidak silap dengan perasaan cintanya pada Hakim. Tuhan tolonglah...
Hakim pantas mencapai jemari Nani, pemilik hatinya kini. Tangan kanan Nani dikucup lembut. “Terima kasih, sayang. Hakim janji, Hakim takkan kecewakan Nani. Thank you, thank you sooo much. I love you,”
Nani senyum. Tiada daya untuk berbuat apa-apa. Sendi-sendinya terasa lemah.
“Jom Hakim hantar sayang balik,”
oh no.. kak, nape Nani mudah terima hero celup tu.. x mo, x mo.. cian kat my duda hottt tu... ci celup tu mesti x jujurkan kak... alamak, terlebh sudahhhh!!.. kihkih.. :D
ReplyDeletehehehehe....tu lah si nani ni lemah sgt, mdh tewas dgn perasaan sendiri.ada byk lg kezutan...hihihi...
Deleteada byk lg kezutan?? alahai, x sabar nk tggu dh ni.. yalah kan.. Nani tu lembut hati mcm Liyana sy tu.. hihi.. alamak,. termsk sdh GB kt dlm RR akak ni.. hihi.. cpt2 skt up date ya kak iboo.. ;)
Deletehahaha...kelakar Eliza ni....leh geng la nanti Nani ngn Liayan...hehehe :)
DeleteVisiting here again... Have a great day to all... Smile!!
ReplyDeleteLimo Hire Melbourne : thanks for the visit...really appreacite it :)
ReplyDeletealah... dah episod 12 ke? nak kena kejar ni....
ReplyDeletehehe...lama xnmpk Bidadari Syurga kt sini..enjoy your time here k... :)
DeleteOMG....finally HAKIM ckp dia sukaaaaaaaaaaaaa...........
ReplyDeleteOMG OMG OMG.... wahhhhhhh.....gila lah....
owh tidak.. i cant thinking straight~~~~~~~~!!!!!!!! waaaaaaaaaaaaa.........
hahahaha...yup rite dia ckp cinta! heheheheh tp kna tgu apa jd kt Nani lps ni...
Deletealamak suspen ni....weeeeeeeee...
Deletehehehe...tunggu........
DeleteEeee. kite lebih suke kalau nina wif rayyan :(
ReplyDeletetu lah, akak pun...nani la dear bkn nina....hehe :)
Delete