Pages

Romantik Rapsodi [3]

Wednesday, February 15, 2012

Pukul 5.00 petang, Nani dan Taj menunggu Mr Blind Date a.k.a Hakim di cafe. Berdebar-debar juga rasanya. Mana aku nak lari nanti kalau-kalau........isy.......tak nak fikir lebih-lebih. Nanti haru jadinya. Nani tak tentu arah.

Kringg!

“Alamak Taj dia call.”

“Angkat la ape lagi.”

“Hisy cuak siot..” Nani membetul-betulkan suaranya....”Hello,”

“Hai, Nani. Awak kat mana. Saya dah sampai ni.” Ujar Hakim

“Saya....saya ada ni kat meja hujung dekat dengan kedai stationary ni.”

“Ok, saya dah nampak awak. Awak yang pakai baju Maroon tudung cream tu ke?”

“A’ah...ya saya. Mana awak?” Aku melilau-lilau memandang sekitar kafeteria.

“Hai.” Tiba-tiba satu suara singgah betul-betul di belakangnya. Nani segera menoleh.

“Hyun Bin????” Perkataan itu saja yang terpacul di bibir Nani. Dia lihat Taj dah ketawa mengekek-ngekek. Kurang asam Taj. Mukanya terasa panas dan memerah.

“Sorry I beg your pardon. What did you say just now?” Soal Hakim kehairanan.

“Eh, takda apa-apa. Ni Hakim, eh?” Soal Nani semula menutup malu yang masih berbaki.

Sambil tersenyum manis Hakim mengangguk. Aiyok boleh gugur jantung aku.

“Hai. Nice to meet you. Kenalkan kawan baik saya Taj,”

Taj senyum balik dan mengangkat tangan ke arah Hakim. Tangan kiri Nani pantas mencuit-cuit peha Taj di bawah meja dengan harapan dia pun memikirkan perkara yang sama sepertinya. Ha ha...Hyun Bin. Masin mulut kau Taj. Muka mamat ni iras-iras pelakon kegemaran mereka. Dah la selalu je berangan nak dapat pakwe macam Hyun Bin. Gara-gara kegilaan mereka menonton drama Korea! Tak boleh blah... Alih-alih hari ni Hyun Bin celup terpacak depan mata. Siapa yang tak terkejut beruk..Ooh La La!

“Korang baru habis kelas ke?” Soal Hakim membuka perbualan antara kami bertiga.

“A’ah. Baru habis.” Nani dan Taj menjawab serentak. Ketawa meletus antara mereka. Apa yang lucu dia pun tak tau.

“Sehati sejiwa betul korang berdua ni.” Hakim tersenyum lagi.

Makk aii.Tolong, tolong jantung aku nak gugur! Jerit Nani dalam hati. Lidah jadi kelu sampaikan dia tak tahu apa yang harus dia bualkan pada pertemuan ini. Hanya Taj yang banyak berbual dengan Hakim. Nani pula sekadar menjadi tukang angguk dan ketawa sahaja. Apa yang pasti, Nani telah berjaya mengusir bayangan wajah Firdaus dalam hatinya secara automatik. Ermm...... 

                                   --------------------------------------------
“Taj.”
                                                                                                                    
“Yup. Ada apa?” Soal Taj

“Kau rasa kan, Hyun Bin celup tu nak ke kawan ngan aku lagi ek. Lepas jumpa aritu dia dah tak call aku lagi. Tak cukup lawa ke aku ni ek, Firdaus pun tinggalkan aku,”

“Ish kau ni. Kau dah mula berangan pasal mamat tu, kau dah angau ngan dia ke. Ha ha ha.”

Ketawa pulak Taj ni. Aku serius dia main-main pulak. “Kau dah cukup lawa dah. Lantak lah. Aku tak suka kau sebut lagi nama Firdaus bangang tu. Sebab dia kau sedih-sedih macam ni. Dasar jantan pengecut. Kau jangan la fikir bukan-bukan ok. Kau dah cukup semuanya cuma jantan tu je yang buta tak tau menilai.” Panjang lebar Taj berceramah. “Nok, kau suka ke ngan klon Hyun Bin tu?” Tanya Taj lagi.

“Ha ha ha....Apa ke jenis soalan kau tanya aku ni. Nak suka macam mana. Baru cakap on the phone sekali and baru jumpa sekali. Tu pun dah takde call lagi dah. Macam mana nak suka. Setakat berkawan, isi masa lapang boleh la.” Tapi sebenarnya aku suka. Jawab Nani dalam hati. Hi hi hi.

Lepas jumpa Hakim seminggu lepas, dia dah tak call aku lagi dah. Takpe la, orang tak nak kawan ngan kita.....nak buat macam mana. Teringin juga nak mesej dia tanya khabar tapi segan la pulak. Nanti apa pula cakap dia. Belum apa-apa aku dah melebih-lebih....Memang nak makan penampar free ibu la jawabnya. Memang pantang ibu kalau perigi cari timba ni! Ahh, kalau jodoh tak ke mana. Jodoh??? Aku fikir pasal jodoh..? Biar betik....dengan Hyun Bin celup pulak tu....Heeee....sapa la aku ni...Lantas Nani senyum sendirian.

“Woi nok....kau ni dah sampai ke mana dah. Suka betul berangan. Aku ni bukan tunggul nok oi. Dah la tu jom study. Jangan sebab lelaki kita jadi lemah.”

“Laa Taj. Kau ni sampai ke situ pulak. Aku tak lah sebangang tu ok. Aku berangan ingat mak aku laa....” Nani cover line.

Nota Prinsip Pengurusan diselak. Nani tekun menyiapkan mind map. Senang sikit nak baca nanti. Dah tak sabar nak cari kerja lepas belajar nanti. Dia teringat offer daripada company tempat dia praktikal dulu. Hari terakhir dia di situ, Encik Haniff, Pengurus Sumber Manusia ada menemuinya dan menawarkan pekerjaan selepas dia tamat belajar nanti. Agak-agak masih on ke offer tu eh?

Nani bukanlah dari kalangan keluarga yang senang. Sekadar cukup makan pakai dan berteduh. Dia anak sulung daripada 3 beradik. Ayahnya sudah lama meninggal. Ibu pula kerja kerajaan. Setakat mana lah sangat gaji kakitangan kerajaan. Memang nak bermewah kirim salam banyak-banyak. Untung ibunya masih mampu nak tanggung dia belajar. Kalau tak, dah kahwin gamaknya dia sekarang ni. Hu hu.

Along janji ibu, lepas belajar along nak cepat-cepat kerja. Biar along pulak yang tanggung ibu. Ibu dah banyak berkorban untuk kami adik-beradik. Ibu dah banyak bersusah payah untuk along dan adik-adik.

Alhamdulillah, berkat kesabaran ibunya Puan Hanisah, adiknya Aman sedang melanjutkan pelajaran di UK dalam bidang Farmasi. Adik bongsu Nani, Amna tengah mengikuti matrikulasi di Pulau Pinang. Harap-harap sejuk lah perut ibu. Memang dia selalu pesan pada adik-adik, jangan kecewakan harapan ibu yang selama ni nak tengok anak-anak dia berjaya dalam hidup. Sebagai kakak yang sulung Nani nekad untuk menjadi contoh yang baik pada adik-adiknya.

Taj.....hmmm, Taj pula memang kawan yang baik. Sangat baik dan memahami. Dia anak orang senang tapi tidak pernah sama sekali bermegah dengan apa yang dia ada. Sebab tu Nani masih bertahan berkawan dengan Taj. Daripada hari pertama menjejakkan kaki ke UPM sampai ke saat ini memang dialah kawan yang paling setia. Tambahan pula mereka berdua merupakan coursemate. Segala suka duka dikongsi bersama. Perangai pun lebih kurang. Memang senang nak ngam.

Lagu 2 dendangan KRU bergema dari telefon bimbitnya. Nani tengok jam. Dah 1.00 pagi. Makhluk mana la pulak salah nombor dail nombor aku time-time macam ni.

Dia lihat skrin telefon, tertera nama Hakim. Nani tersengih-sengih. Ingat dah tak nak kawan ngan aku lagi dah!

“Hello,” Ujar Nani dengan suara paling lembut sekali...Strategi ni!

“Hello, saya mengganggu ke?” Tanya Hakim.

“Takdelah, belum tido lagi, tengah study.” Nani menjawab walaupun dia tak tanya.

“Ooo ye ke? Bila final?”

“Next week”

“Erm....good luck ok. Study elok-elok.”

Thanks Hakim.”

“Sihat?”

“Alhamdulillah, sihat. Awak?,” Nani senyum-senyum....Hi hi teringat muka Hakim yang macam Hyun Bin tu....hensem!

“Saya tak berapa sihat. Seminggu demam. Langsung flat. Kerja banyak pulak tu.”

“Laaa kesiiannya..” Nani tersengih-sengih sebab dah dapat jawapan kenapa Hakim tidak menghubunginya sejak pertemuan pertama tempoh hari. Nak jugak mamat ni kawan ngan orang macam aku ni. Kembang sekejap hatinya.

“Lepas study nanti apa plan Nani?”

“Duk rumah tunggu orang datang meminang,” Jawabnya selamba tanpa berfikir. “Erk...!”

“Kalau macam tu, nanti saya suruh mummy ngan daddy gi pinang awak ok.” Pucat bibir Nani mendengar kata-kata macam tu. Dia tau Hakim bergurau sebab dia pun bergurau! Tapi berderau juga lah darahnya.

“Ha ha ha...saya gurau je la Hakim,” Nani ketawa menutup malu sendiri. Bukan Hakim nampak tapi malu jugak seposen. Nani tepuk dahi.

“Nani tau tak, first time saya berkawan dengan perempuan pakai tudung. Macam tak logik kan but it’s true.”

“Oo, ye ke. Ok la tu. Mummy awak pun free hair ker?”

“Mummy jangan cerita la, dia punya rambut kalah gunung everest, punya la tinggi sanggul dia,”

“Tak baik kutuk mak sendiri, apa la awak ni,”

“Bila dah abis final, boleh kita keluar? Tengok wayang ke, lepak-lepak ke,”

“Tengok lah macam mana nanti. Kalau free i’ll ring you,”

“Ok, saya tunggu. Nani.....,” Garau suara Hakim memanggil nama Nani.

“Ya,” Nani menjawab sepatah. Ish, alergik betul dengan mamat ni. Suara dia dah cukup buat aku rasa nak pengsan. Hu hu...

“Ok lah ada masa saya call lagi ok. Pergi lah sambung study. Take care, bye,”

“You too take care, bye!”

Nani terus letak telefon. Dadanya bergetar hebat. Apasal eh... Dia senyum sendirian dan terlena sampai pagi. Mimpi indah dengan Hyun Bin. Hihi...Angau.

5 comments:

  1. alamak abang hyun bin call lagi....ah...saya tergoda~!!!

    untung nye boleh jumpe hyun bin celop^^

    ReplyDelete
  2. alamak!! Hyun Bin?? wah!! dpt bykan Hakim 2 mcm mana orgnya.. hehe.. :D

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. erm, klu x best bgtau tau...byk lg nk kna improve ni..huhu

      Delete