Pages

Romantik Rapsodi 15

Thursday, March 15, 2012

Assalamualaikum, it's Thursday yo! Cepatnye masa berlari. Erm, agak busy lately...nak kena siapkan assignment (tu lah dah tua2 bru nak belajar kan), keja plak berlambak. Minggu dpn ada mid term exam lak.huhuhuhu...what a life! Bila boring ckp boring, bila byk keje ngeluh lak...manusia, biasalah kan...

Ok lah lepas n3 ni mungkin iboo terpaksa offline untuk beberapa hari sbb nak concentrate pada exam, lps tu nak kna siapkan manuscript Romantik Rapsodi ni utk penilaian. Hrp2 idea x kering la nanti. Korang jgn lupa iboo lak bila xde n3 nanti eh...heheheeh...Wish me luck!

Selamat membaca dan mengomen... *panjang lak membebel*

++++++++++++++++++++++++++++

Nani merebahkan diri di atas katil. Arghh, penatnya. Dia baru selesai meninjau susun atur dewan di Corus Hotel untuk kursus esok. Segalanya sudah sedia. Untuk in-house training persiapan lebih mudah. Dia cuma perlu pastikan perancangan disusun dan diselaraskan dengan pihak yang menjadi host.

Dia mengerling jam di tangan. Alamak dah dekat pukul 4, dia belum solat Zohor lagi. Aih, Nita ni lama pulak dalam toilet. Dia mencapai remote control menekan punat TV. Kepala digaru-garu, tidak berminat dengan siaran yang ke udara. Dia bingkas dari katil menuju ke bilik air. Pintu bilik air diketuk.

“Nita, lama lagi ke? Aku belum solat ni dah dekat pukul 4.00,”

“Jap, jap,” Sayup kedengaran suara Nita di sebalik bunyi air.

Tidak sampai 5 minit Nita muncul berkemban di depannya. “Sorry, sorry....perut aku memulas tadi,”

Nani sekadar mengangguk dan terus menuju ke bilik air.

Selesai solat Asar, mereka turun ke lobi dan menuju ke pantai. Nani memandang ke laut yang terbentang di depannya. Segarnya udara di sini. Dia memejam mata dan menghirup angin yang membelai sedalam-dalamnya.

“Aku tak boleh blah la wei, teringat bila boss offer diri nak bagi talk gantikan penceramah yang cancel last minute tu,” Nita memecahkan kebisuan.

“Apesal?” Nani mengerut dahi. Apa yang tak boleh blahnya. Setahunya Rayyan memang selalu juga bagi ceramah berkaitan motivasi.

“Orang yang paling hot temper dalam Mekar Events nak bagi talk pasal Anger Management,” Nita ketawa. Nani turut ketawa. A’ah la baru dia faham.

“Eh, tapi kau perasan tak lately ni dia dah kurang sikit marah-marah. Sumpahan singa jadian dah berakhir kot,” Nita menyambung perbualan mereka setelah penat ketawa.

“Ha ha ha, kau ni kan. Kelakar siot. Tapi aku memang tak leh lupa bila dia campak report aku dulu. Bukan tak boleh cakap elok-elok,” Nani menambah. “Menggigil satu badan,”

“Aku rasa dia tu ada krisis dalam diri la. Takde life. Kerja kerja kerja sampai bini pun lari,”

“Tak baik kau! Dah jodoh tak panjang,” Kesian pula dia nak terus mengutuk boss nya itu. Teringat dia pernah terhutang budi pada Rayyan. Ian....alahai kalau diceritakan pada Nita apa yang berlaku antara dia dan Rayyan mahu jatuh rahang minah ni dengar. Pada pandangannya, Rayyan tidaklah seteruk apa yang diperkatakan teman-teman sepejabatnya. Tegas, biasalah semua boss perlu tegas. Cuma kadang-kadang Rayyan tegas tak bertempat, terlalu perfectionist.

“Kunci bilik boss ada ngan kau kan?” Nita menukar topik perbualan apabila teringatkan perkara itu.

“Ada ngan aku. Dia kata dia sampai pukul 9 malam lepas meeting,”

“Kau je lah turun hantar kunci kat dia eh karang,”

“Ye lah,” Nani mengalah. “Jom jalan depan sana, ada orang jual aiskrim,” Nani melangkah laju ke arah penjual ais krim. Nak makan roti ais krim. Nyum nyum. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dilihatnya skrin.

“Alamak, boss call la weh,”

Nita sudah laju ke depan.

“Hello, boss,”

“You kat mana? I dah ada kat lobi,”

“Aik, boss cakap nak datang malam nanti, saya kat pantai. Boss tunggu jap dalam 10 minit saya sampai,” Talian dimatikan. Kempunan nak makan roti ais krim.  “Nita, boss dah sampai. Aku gerak dulu,” Nani melaung ke arah Nita yang sudah pun terpacak di depan pakcik penjual ais krim.

Nani termengah-mengah ketika sampai ke lobi. Dia segera menghampiri Rayyan yang sedang berdiri dengan kedua-dua tangan di dalam kocek seluar.

“Boss, ni kuncinya,” Ujar Nani sambil menyerahkan kunci bilik kepada Rayyan.

“Thanks,” Rayyan mencapai kunci dan melangkah menuju ke lif. Nani mengekori dari belakang.

“Tak perlu hantar saya sampai ke bilik,” Rayyan bersuara. Butang lif ditekan.

“Eh, tak lah boss. Saya nak naik ke bilik saya,”

Rayyan hanya mendiamkan diri. Malu! Pintu lif terbuka dan mereka melangkah masuk. Nani cepat-cepat menekan butang ke tingkat 8 dan pada masa yang sama Rayyan turut menekan butang 9. Tangan mereka bersentuhan. Nani cepat-cepat mengalihkan tangannya.

Rayyan berdehem. “Sorry,” Kaca mata hitamnya menyembunyikan wajahnya yang gelisah. Dahi yang tidak gatal digaru. Jantungnya seperti mahu melompat keluar.

It’s ok,” Nani senyum. Terasa lambat pula lif bergerak.

“Malam nanti pukul 8.30 tunggu I di lobi. I’ll treat you guys dinner,” Ujar Rayyan sebelum Nani melangkah keluar dari lif.

“Ok, I’ll see you then,”

Lif kembali tertutup. Fuhhhh, Rayyan melepaskan kelegaan. Dadanya yang berdebar kencang sebentar tadi kembali ke rentak asal.


                                            -----------------------------------------------

“Kau ni Nita, macam-macam lah. Time-time ni la kau nak sakit perut. Segan la aku nak makan berdua je ngan boss tu. Aku call dia cakap dah kenyang je la,” Nani mencapai handphone dengan muka tak senang.

Cepat-cepat Nita menahannya. “You better don’t. Aku betul-betul sakit perut ni. Kau pun tengok kan dah berapa kali aku ulang alik masuk toilet. Ala, pergi je la…makan cepat-cepat pastu balik, apa nak segannya,”

“Ishhhhh, tak suka tak suka!” Nani menghentak kaki seperti anak kecil.

“Cepatlah turun dah nak 8.30 dah tu. Kang lama dia tunggu kang tak pasal-pasal bertukar jadi singa balik. Nanti kau tolong singgah kedai belikan aku pil chi kit teck aun eh,” Nita menyapu minyak cap kapak di perutnya. Satu bilik dah bau minyak.

“Yelah,” Nani buat muka sedih. Rayyan ni pun satu, makan je lah sendiri tak payah nak belanja orang. Bebel Nani dalam hati.

Nani melangkah malas ke lobi. Rayyan sedang duduk membaca surat khabar di ruang menunggu. Dia menghampiri dan menegur Rayyan yang begitu leka membaca. “Boss,”

Rayyan mengangkat muka. Pandangan mata mereka bertaut. Rayyan jadi serba tak kena. “Erm, mana Nita?”

“Dia tak sihat, cirit birit,” Nani senyum, tak ikhlas. Apa hal boss aku macam tak tentu hala ni. Kejap-kejap pegang hidung, kejap pegang tengkuk. “Erm, jom lah. I nak cari kedai tom yam,”

Rayyan memperlahankan keretanya ke sebuah kedai Ala Thai. “Ramai orang makan kat sini mesti sedap ni,” Dia bersuara sebelum keluar dari perut kereta. Hari-hari dapat makan tom yam pun dia tak kisah. Memang kegemarannya.

Nani memesan jus epal dan Rayyan memesan teh ais. Sementara menantikan makanan sampai mereka berbual kosong. Telefon bimbit Nani berbunyi. Nani senyum lebar. Buah hatinya call.

“Excuse me, Ian,” Nani berjalan menuju ke tempat yang agak tersorok.

“Hi, sayang. Do you miss me?” Kedengaran suara manja Hakim di talian.

“Sikit,” Nani tersengih-sengih sambil menggigit kuku. Rindu gila pada suara itu.

“Dia dah makan?” Soal Hakim lagi.

“Baru nak makan. Dia pulak?”

“Tak lalu nak makan sebab ingatkan dia,” Hakim menjawab. Suaranya sengaja diperlahankan separuh berbisik.

Nani ketawa. “Orang tak boleh cakap lama-lama ni, orang dengan big boss,”

Big boss yang hantar dia balik rumah hari tu ke?” Nani dengar perubahan pada suara Hakim. “Sapa lagi ada kat situ?’ Lain benar suara Hakim.

“Er…” Nani tak terkata. “Berdua je,”

“Sayang balik sekarang!” Suara Hakim berbaur arahan membuatkan Nani terperanjat. Apa yang tak kena? “You dengar tak, I cakap...you balik sekarang. Tengkingan Hakim mengasak ke telinga Nani.

What’s wrong with you? Orang bukan buat apa-apa, just keluar makan dengan boss,” Ujar Nani tak puas hati.

Balik, i don’t care! Jangan sampai I datang sana heret you bawak balik!”

Nani betul-betul terkejut dengan perubahan Hakim. Kalau nak cemburu pun biarlah bertempat. Dia tahu batas-batas dan hadnya tak perlu nak diherdik sebegitu.

“You jangan letak phone, I nak tahu you balik ke tak. You lalu kat mana, dah sampai mana bagitau I,” Marah Hakim kian menggila. Nani bengang. Malas dia nak bertekak. Talian diputuskan. Dia kembali ke meja makan. Rayyan sedang sabar menantinya. Makanan yang terhidang belum terjamah.

Anything happen? Kenapa mata you merah, gaduh dengan boyfriend?” Rayyan bertanya setelah Nani kembali.

Boss, I’m so sorry. Can we go now?” Nani mengesat air mata yang hampir tumpah.

“Kita belum pun makan lagi. What’s wrong, tell me,” Lembut saja suara Rayyan. Rayyan begitu prihatin. Tidak sanggup melihat gadis yang dicintai bersedih.

Nothing, just......,” Nani mengetap bibir. Air mata diseka lagi. Dia terasa hati dimarah seperti anak kecil. Handphonenya berdering lagi. Dibiarkan saja tak berangkat. Selang beberapa saat ia menjerit lagi. Rayyan memberi isyarat agar Nani menjawab panggilan. Beberapa pasang mata menjeling ke arah mereka. Mungkin tidak senang dengan deringan telefon yang tidak bersambut itu.

Sebaik butang hijau ditekan, Nani terus mendengar jeritan suara Hakim. “Kenapa tak angkat? You dah sampai mana?”

Nani diam tidak berkutik. Hanya air mata yang mengalir deras. Talian dimatikan. Bengang, geram, marah semuanya bercampur baur.

“Ian, boleh kita balik? Saya betul-betul minta maaf,”

Your boyfriend jealous of me? Call him let me explain to him,” Tenang saja Rayyan menuturkan kata-kata. Sebenarnya dia geram juga susah payah dia datang awal ke PD dengan harapan yang tinggi, sanggup pulak gantikan tempat penceramah untuk bagi talk alih-alih terpaksa tengok drama air mata...Rayyan mengeluh sendiri. Benarlah telahannya, hati Nani telah dimiliki. Harapannya untuk mendampingi gadis itu dirasakan semakin menyusut.

“Tak pe. Saya tak nak keruhkan keadaan. Just send me back to the hotel, nanti saya settle ngan dia,”

Rayyan lantas ke kaunter membayar harga makanan.

Suasana sepi di dalam kereta. “How long have you been couple? Takkan dia tak tahu you macam mana, no point bercinta kalau tak trust each other. Susahlah nak kerja kalau macam ni,” Ujar Rayyan. Mendatar saja bunyinya seperti menahan marah.

“I’m sorry. Saya dah spoil kan keadaan, Saya betul-betul minta maaf,” Nani bersuara lemah.

“It’s ok.” Rayyan mengeluarkan sapu tangan dari kocek seluarnya lalu dihulur kepada Nani. “Nah, lap air mata tu and please stop crying. Sorry kereta I takde tisu,”

“Nanti saya basuh and pulangkan balik ya Ian,” Nani menyeka air matanya.

“Takpe, I ada banyak lagi sapu tangan. Nani simpan je lah yang tu.”

Kerap benar dia menangis disebabkan Hakim. Namun, demi cinta dibiarkan sahaja air mata menjadi teman.

Rayyan menjeling Nani di sebelah. Mahu saja dia meminjamkan bahunya kepada gadis itu. Biar semua kesedihan yang bersarang di hati Nani pergi jauh-jauh. Sakit hatinya melihat Nani diperlakukan sebegitu oleh lelaki yang tak tahu menghargai. Sia-sia! Sedikit sebanyak dia cemburu dengan lelaki itu kerana berjaya menawan hati gadis seperti Nani.

Sabar Ian, kau perlu bersabar kalau kau betul-betul mahu dia jadi milik kau! Hati kecilnya berbisik, seakan masih ada harapan untuknya.

“Nani.... Nani, kita dah sampai,” Rayyan mencuit bahu Nani. Jauh benar Nani melayan perasaan.

“Oh, erm......thanks Ian. Jumpa esok. Sorry,” Nani bergerak keluar dari perut kereta.

“You’re welcome,” Ujar Rayyan perlahan. Entah didengar atau tidak oleh Nani.


----------------------------------------------------------------------

Pintu bilik diketuk bertalu-talu. Nani berpisat-pisat. Matanya digosok perlahan. Nita di sebelahnya turut terjaga.

“Sapa yang ketuk pintu macam nak pecah ni? Mabuk ke apa? Memekak je orang nak tidur,” Nita membebel.

“Jap aku pegi tengok,” Nani bangun dari katil menuju ke muka pintu. Dia mengintai dari lubang pintu. Hakim!!! Apa dia buat kat sini malam-malam buta ni. Nani jadi kelam kabut. Tudung dicapai. Dia membuka pintu.

Jeritan Hakim memecah kesunyian. “Kenapa you off phone? You tau tak I macam orang gila call you!!!!” Hakim membaling Blackberry Bold ke lantai. Berkecai!

Nani terkejut...dia menikus di balik pintu. Dia takut melihat kemarahan Hakim yang menggila. Sepatah kata pun tak terkeluar hanya dalam hati mampu berdoa agar kemarahan Hakim cepat-cepat reda. Nita bangkit dari katil tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. Kasihan dia melihat Nani.

“Kenapa diam? Apa alasan you? Cakaplah!!!” Sakit hatinya dengan kebisuan Nani.

Air mata Nani mengalir lagi... Cukup Nani,cukup. Berapa banyak air mata yang kau dah bazirkan untuk dia hari ini!!! Hatinya membentak. “Apa...apa salah saya, Hakim?”

Hakim mencerlung tajam. Marahnya masih membara. “Aghhh............” Jerit Hakim sekuat hati. Tanpa jawapan, Hakim terus berlalu pergi. Dari jauh dia datang hanya untuk baling telefon?

Nani terduduk di pintu bilik. Tiada daya hendak bertegang urat melawan amarah Hakim. Memang, memang dia sengaja mematikan telefon. Dia tidak tahan diasak dengan pelbagai pertanyaan. Macamlah dia sudah melakukan kesalahan yang besar sehingga perlu dihukum begini. Kalau masuk court pun tentu dia yang menang. Air mata dikesat lagi. Dia mencari kekuatan untuk berdiri. Payah dirasakan. Dilihatnya Blackberry yang berkecai di lantai. Dikutip satu persatu....Hatinya juga berkecai sama seperti Blackberry itu. Kuatnya dugaan cinta Hakim...

Nita yang dari tadi memerhatikan gelagat temannya bangun menghampiri. “Sabar Nani....ni semua salah aku, kalau aku ikut kau keluar tadi tentu tak jadi macam ni,” Nita menyesali apa yang berlaku.

“Takpe....” Nani menjawab sepatah, menahan esak.

Nita memapah Nani bangun. “Apa salah aku sampai dia buat aku macam ni,” Nani bersuara dalam nada teresak-esak. “Dia fikir perasaan dia je, habis perasaan aku macam mana? Dia tak tau ke aku separuh mati rindu kat dia, sampai hati dia buat aku macam ni,”

Nita diam menyusun kata. “Kau tak salah. Boyfriend kau tu cemburu buta. Biarkanlah dia. Kau tenangkan diri dulu, pergi ambik wuduk. Kita kena bangun awal esok. Kau kena pastikan semua berjalan lancar, ingat kau kena tunjuk dekat bos kemampuan kau,” Nita mengusap-usap belakang Nani, meredakan tangisannya. “Aku tahu kau sedih, tapi kita datang sini sebab kerja kan......kuatkan semangat tu ok,”

Nani melangkah ke bilik air, berwuduk. Dia mahu tenangkan fikiran. Dia mahu mengadu pada Dia.....betul kata Nita dia ke sini atas sebab kerja, hal peribadi perlu diketepikan seketika.

--------------------------------------------------------------------


Hakim memecut Audi Q5 laju.... Marahnya begitu menggila pada Nani. Tidak pernah mana-mana perempuan berani buat dia begini. Dia tidak pernah kalah pada perempuan. Perempuan yang akan datang merayu, melutut padanya.........Aghhh!!!! Sakit hati....tangan dihentak kuat pada stereng. “Ni Iqbal Hakim la wei...!” Hakim menjerit sekuat hati. “Aku takkan tunduk pada perempuan.....always and never will be......You betul-betul nak main dengan api...as you wish Nani, as you wish....” 

24 comments:

  1. huhu.. ganasnya hero celup tu.. x sukalah.. nasib duda hot akak tu cool n sporting.. :D

    ReplyDelete
  2. erm, apa yg berlaku tu penah terjadi pada sy....hahahah.kena baling fon ngn kena paksa blk... :) yg lain tu tokok tmbh la kan. time flies but the memory remains.

    ReplyDelete
  3. 50-50 la kak ros.ade yg benar, ada yg dtg dr imaginasi sy.pengalaman cinta sy penuh liku, mcm nani la...ecehhhhh....xleh blah ayat tu...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tp, ada jg penulis yg menulis ikt pengalaman sebnr.. akak totally dtg dr imaginasi sndr.. hihi..

      Delete
  4. saya pun tak suka dng hakim tu kak,saya lagi suka dng rayyan dah sporting dan romantik pula tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, akak pun suka rayyan..hehehe...mgkn sbb dia dah mtg kut xmcm hakim. :)

      Delete
  5. perempuan baik utk llaki yg baik...akak pun suka sngat2 dkt dudu dorang tu...cool je...

    ReplyDelete
  6. HAKIM, listen here.. i dun like you anymore... i was wasting my time for liking such a freaking crazy man. you f*ck off!! (sorry for the cursing, kak iboo. q cannot control myself anymore)

    memang pantang aku laki tinggi kan suara.!!

    hakim you go die!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk, q.min.z. dh give up ngan Hakim ek?? x pe, duda hotkan masih ada.. akak rela klu duda akak tu diminati ramai.. hihihi.. ;)

      Delete
  7. hahaha....gelak sorg2 baca komen kwn2.kak ros, ikut imaginasi pun dah 3 novel.teror! :)

    ..btul ckp intan tu, perempuan baik utk lelaki yg baik...

    qminz : sabar2...hahahahah...emo btul adik akak sorg ni..hehe...lps ni lg benci kut kt hakim ni.tguu.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @kak ros hurm... bukan give up. dh campak ke laut pun. hahaahhaa.... bye bye, adios you lelaki x cool langsung!! hahhhhahahaha

      @kak iboo hehehe...q mmg suka jd emo2 ni^^ weee

      ps: OMG dgr lagu geu namja, lagu wajib tiap kali g karaoke~!! terbuka luas terus mata, nak edit chapter, lgi 30 mins nak update

      Delete
  8. qminz hahaha...cmpk jauh2 bikin semak jek si hakim ni...a'ah akak pun suka gile lagu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kesian kat hero celup tu.. xde sape yg nak.. smpe kena campak kat laut lg tu.. huhu..

      farah, blm terror lglah.. selagi x dpt feedback HM, selagi tu blm dianggap hebat/terror.. risau dh penerimaan pembaca ttg HM.. huhu.. :D

      Delete
    2. xkisah la sy ttp respect akak jgk... :)

      Delete
    3. @eliza ab huhu... akak mmg down to earth lah^^ don't change..don't ever change bila dh popular nnt^^ hehehe...

      @iboo lagu best... ah... suka sgt^^

      q mmg xblh handle lelaki yg tinggi suara, especially sbb yg bkn2. cemburu nk jerit2 plak. xsuka. even dlm novel yg q tulis, q buat shazlin org yg mcm tu(hahaha...suka suki je nk tulis mcm mn)... xsuka org tinggi suara. yalah siapa suka kena marah kan?

      Delete
    4. hahaha...cute la qminz ni.akak slalu nk tergelak baca komen qminz...tq for lighting up my day..tgh stress siapkan assignment.hahaahah

      Delete
    5. hehehehehehehe...*mood suka gila bla org kata kita cute^_______________^)

      huhu akak...q pun tension dgn ass.ignment.. penat lah.
      kalau novel, yg 700 pages blh hbs 1 day je. tp kalau journal article yg 20 pages, seminggu br nk hbs baca (itu pun bkn faham sgt)

      kena plak tulis report... adoyai..20 pages tp rasa susah sgt. kalau novel 20 pages, wlaupun susah tp enjoy bila buat..

      - luahan rasa hati pelajar yg penat pikir pasal ass.ignment

      Delete
    6. hahahah...tu lah...tadi akak bru siap kritik 6 journal..ade 3 lagi nak kna kritik, macam nak muntah rasenya...tu lah klu baca novel sgup bersengkang mata sampai ke pagi...huhuhu

      Delete
    7. q.min.z.. Insya-ALLAH, xkn berubah.. sbb itulah akak xnk org terlalu memuji akak.. kat dlm group HM pn berkali2 akak bgtau diorg.. jgn terlalu memuji.. takut nti hasilnya tdk spt yg diharapkan.. but akak ttp berhrp HM dpt bg kepuasan pd pembaca semua nti.. Insya-ALLAH.. :D

      Delete
    8. long life kak ros...let's support each other thru good n bad time. :)kan adik qminz kan?

      Delete
  9. cian kat nani..sampai hati hakim buat dia cam uh..
    cepat lah update yg selanjutnya..
    tak sabar nak bace...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan update tp skrang xsmpt sibuk ngn komitmen lain...hrp Insyirah sabar menunggu k..thanks sudi baca dear.. :)

      Delete