Aku melarikan anak mata dari terus dipanah Asmara. Kerapkali aku hilang pertimbangan dengan renungan dari redup wajah itu. Kerapkali jiwaku hampir lumpuh dek kebeningan sepasang mata milik Asmara. Gila aku dibuatnya.
"Qaseh," Panggil Asmara lembut. Jantungku memalu rentak kencang.
"Ya, apa dia?" Aku jawab sehabis lembut. Pandangan matanya masih terarah tepat ke seraut wajahku. Aku tunduk malu. Tak bisa menahan haba yang terasa membahang di wajah akibat terlalu malu.
"Kita pergi dari sini, kita bina hidup berdua, bersama," Bisik Asmara dekat ke telinga ku.
Aku angkat kepala. "Pergi dari sini? Ke mana?"
"Kita pergi dari sini, kita bina hidup berdua, bersama," Bisik Asmara dekat ke telinga ku.
Aku angkat kepala. "Pergi dari sini? Ke mana?"
"Pergi jauh ke tempat baru. Tak ada gangguan untuk kita di sana nanti," Pujuk Asmara lagi.
Mengenangkan kecintaan yang mendalam pada Asmara, mahu saja aku turuti kemahuannya, kemahuan ku juga. Tapi...apa perlu sejauh itu tindakan yang perlu diambil?
"Let's face them, together. Kita sama-sama mohon restu," Ujar ku memberi cadangan. Benar, payah mahu bercinta, membayangkan pelangi dan semua yang indah-indah andai ada penghalang dalam perhubungan.
"No, it won't work. Mereka nak kita berpisah. Walau macam mana, walau apa cara sekalipun. The best we can do, if we still want to stick together is to run away," Tingkah Asmara.
Aku telan liur. Sukar membuat keputusan sepantas ini. Memang benar aku juga lelah dicaci oleh orang tua Asmara. Aku sudah penat, namun atas dasar cinta aku gagahkan jua meneruskan perhubungan yang kami anggap sejati ini. Aku mahu terus berada dalam pelukan Asmara, aku mahu terus dibelai dan dilayan bak puteri oleh Asmara. Mana mungkin aku tinggalkan semua itu hanya bersebabkan kekangan orang tua. Aku yakin, suatu hari mereka pasti terima kehadiranku dalam hidup mereka.
Kerana Asmara aku tinggalkan kerja ku sebagai pelayan kelab malam. Kerana Asmara, aku jadi pencinta yang setia. Diriku hanya untuk dia dan dia hanya untukku. Mana ada cinta di dunia yang tidak menempuh halangan. Lihat saja kisah roman tragik kuno Romeo dan Juliet. Betapa agong kisah cinta mereka hingga masih menjadi sebutan sehingga sekarang. Ya, demi cinta manusia sanggup buat apa saja sehingga sanggup berbunuhan. Apalah sangat jika setakat diajak lari meninggalkan Malaysia.
Aku lantas menganggukkan kepala tanda setuju setelah mempertimbangkan permintaan Asmara. Asmara membawaku erat ke dakapannya. Dahiku menerima sebuah ciuman hangat darinya.
"Tapi kita nak lari ke mana? Ke hujung dunia?" Soalku.
"Townsville, Australia," Jawab Asmara ringkas.
"Bila kita nak pergi?" Soalku lagi.
"Secepat mungkin. Hujung minggu ni kita pergi sempadan Thailand, kita kahwin lepas tu kita terus ke sana," Asmara menceritakan perancangannya.
"Kahwin?" Berderau darahku. Sudah lama aku nantikan saat ini.
"Ya, kahwin. Sampai bila kita nak hidup bergelumang dosa. I mahukan perhubungan yang halal antara kita,"
Ucapan Asmara buat air mataku luruh. Air mata gembira dan terharu bercampur aduk. Terima kasih, Tuhan.
Ya, sampai bila mahu berkubang noda. Aku juga impikan kebahagiaan bak pasangan lain walau hakikat kehidupan ku bersama Asmara tak ubah bagai sepasang suami isteri. Dia bebas keluar masuk ke rumah ku, malah hampir kebanyakan malam dihabiskan bersama ku, melakar asmara indah.
"Qaseh, kita tak punya banyak masa. Kita perlu cepat sebelum parents I tahu rancangan kita,"
"Ya, I tahu Asmara....habis macam mana?" Aku mula diserang panik. Risau memikirkan sebarang kemungkinan.
"Mulai malam ni, I takkan datang sini. Hari Jumaat I tunggu you di KLIA. You jangan risau I dah aturkan semuanya,"
Dan bermula malam itu, aku tak habis-habis diserang debar. Entah kenapa.
Jumaat.....aku tunggu Asmara di KLIA. Bersama segunung harapan untuk mulakan hidup baru bersama. Tak sabar mahu menggalas tittle isteri kepada lelaki yang sangat aku cintai. Aku resah menunggu. Tiba waktu untuk check in, tapi Asmara belum muncul. Mana dia?
Berkali-kali aku menghubungi telefon bimbitnya, namun tak bersahut. "Please Asmara, jangan buat I macam ni. Where are you,"
"Hello," Satu suara menjawab telefon, yang pasti itu bukan Asmara.
"Asmara?"
"Puan siapa? Saya tengah cari nombor parents atau family terdekat dia. Asmara kemalangan,"
Bagai petir menyambar, aku jatuh terduduk. "Macam mana keadaan dia?" Tertekar-ketar bibir mulutku.
"Dia tak sedarkan diri, kami tengah tunggu ambulans sampai,"
"Kat mana ni?"
"Salak tinggi. Puan boleh call parents dia tak?"
Talian aku matikan. Aku gagahkan diri untuk ke sana, melihat Asmaraku. Oh, Asmara jangan tinggalkan aku. Aku belum bersedia berpisah dengan mu. Dalam teksi aku tak putus-putus berdoa, moga Tuhan selamatkan dia.
30 hari kemudian....
Tanah kubur masih merah. Asmara, kau pergi jua. Air mataku belum kering meratapi pemergianmu. Patutlah kau kata mahu pergi jauh....tapi kau pergi sendiri, kenapa tak bawa aku bersama. Hidupku dah tak bermakna Asmara....tak bercahaya tak seperti adanya kau di sisiku satu waktu dulu.
Teruk aku dicaci, dimaki oleh orang tua Asmara..Mereka tuduh aku penyebab kematian Asmara. Mereka tuduh aku perempuan sial. Mereka kata aku....aku yang patut mati bukan Asmara...Betapa terdera perasaanku, tak siapa ambil pusing. Aku kini sendiri....sepi....sunyi sekali. Malam-malam ku kosong.....hambar tak berseri.
Quran usang peninggalan ibu aku belek dan ku baca. Dialah peneman sepiku ketika ini. Sejadah buruk dan telekung lusuh aku keluarkan semula dari gerobok. Sudah lama aku tinggalkan semua ini. Aku perlu tebus segala khilafku dengan Tuhan. Terlalu lama aku abaikan Dia demi mengejar cinta pada manusia yang tak mungkin kekal. Ampunkan dosaku, Tuhan.
Asmara.....walau pedih, walau sedih, walau tersiksa dan dihina....dirimu tetap utuh dalam lipatan kenanganku. Aku terima pemergianmu sebagai peringatan Tuhan untukku. Tiada yang kekal di dunia, tiada cinta sehebat cinta Dia untuk hambaNya...Tak ku lupa menghadiahkan mu doa dalam setiap sujudku. Moga kau tenang bersemadi. Moga Tuhan ampuni segala keterlanjuran dan kealpaan kita....Memori yang tercipta antara kita akan sentiasa basah dalam ingatanku.
"Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak" - Ustaz Pahrol Mohd Juoi Genta Rasa
bestt! quote yg menarik :D
ReplyDeletethanx misszYana :)
Deleteterbaik aah
ReplyDeletemekaseh byk2 dirniya arisha :) tx sudi baca :)
Deletesaya suka...
ReplyDeletetak semestinya ending mesti bahgia kn,kdng2 ada luka dan duka...
thanks dear..btul, kadangkala luka dan duka adalah permulaan pada sesuatu yg lebih baik dlm kehidupan kita.. :D
Deletesangat sedih la akak tp best :) kipidap ya ^^
ReplyDeletethanks asma...hihihihi.... insyaAllah, teruskan menyokong ye :)
Deletebest3...hehehehe..
ReplyDelete*sambil lap i mata*
^_^
o-Ren, mekaseh byk2. :) jgn nangis sayang.
Deletemak sentap nak.. tau ending dia cmtu..
ReplyDeletetp klo parent Asmara terima Qaseh mesti lg syahdu..
T______T
nok, jgn sentap2....dah takdir kisah depa cenggitu.hahaha...
Deletenti cite lain aku buat cinta yg direstu lak eh.. :)
psstt : bila nak hapdet SDG...mak rindu deng!
bkn xnk hapdet SDG tu.. smpai kat page 200++ jer, otak aku dh stuck mcm kene sumbat simen! TT____TT
ReplyDeletejnji pasni wt citer yg baik2 lak ek.. aku tgu nih! ngeeee..
#tgh cari citer bab jenayah berat lak r.. (oO)
nok....samer la aku pung...btul2 kering idea nak siapkan romantik rapsodi tu....aku buat citer baik2 lps SDG bab 13 di update. I want more babak psl iskandar....spesel request ni...mak x kira...mak rindu gila kt dia ni... hihihihi.
Deleteperghhh....jenayah berat tu xthn...huaaa.brutal abis!
Ada pengajaran terselit dlm kisah cinta ni...kejadian yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya....perancangan Allah itu adalah tbaik utk kita....x rugi mbaca cerita ni....thanks :-)
ReplyDeletestp apa yg berlaku bersebab, andai kita leka Tuhan ingatkan kita...sbb dia syg kita dan kite ptt bersyukur diberi pluang utk tebus kesilapan sblm terlambat. kisah ini sy tulis utk ingatkan diri sendiri yg sering tleka..
Deleteterima kasih teratai krn sudi baca.. :)
Excellent post. I was checking constantly this blog and I'm impressed! Extremely useful information particularly the last part :) I care for such information much. I was seeking this certain information for a long time. Thank you and good luck.
ReplyDeleteHere is my homepage www.pradasale-shop.com
A fascinating discussion is worth comment. I think that you ought
ReplyDeleteto write more about this topic, it may not be a taboo matter but typically folks
don't discuss these subjects. To the next! Best wishes!!
Look into my weblog: ãƒãƒ¬ãƒƒã‚¯ã‚¹ãƒ¬ãƒ—リカ
Magnificent beat ! I would like to apprentice whilst you amend your site, how can
ReplyDeletei subscribe for a blog web site? The account aided me a applicable deal.
I had been a little bit familiar of this your broadcast provided vibrant clear idea
Look at my web blog :: ãƒãƒ¬ãƒƒã‚¯ã‚¹ãƒ¬ãƒ—リカ