Pages

Romantik Rapsodi [4]

Friday, February 17, 2012

Seperti dijanjikan lepas final exam, Hakim mengajaknya keluar menonton wayang. Apa yang dialami sekarang, keseronokan yang dirasakan tidak sama seperti apa yang dialami semasa dia bersama Firdaus suatu ketika dulu. Hakim betul-betul pandai mengambil hati dan sangat menghiburkan. Walau apa pun, Nani tidak mahu terlalu cepat memasang angan-angan. Cukuplah buat masa ini dia dan Hakim sekadar berkawan. Lagipun dia lebih selesa begitu. Bebas dan tidak terikat.

“Jom makan, lapar la. It’s on me.” Hakim dengan selamba badak terus menarik tangan Nani ke Old Town White Coffe sejurus selepas mereka selesai menonton wayang. Setelah mendapat tempat duduk, Hakim melambai tangan ke arah waiter untuk memesan hidangan. “Nani nak makan apa?”

“Saya nak makan sama macam awak makan. Senang sikit nak order.” Sebenarnya dia malas nak pilih. Banyak sangat menu.

“Kalau macam tu saya nak order Ipoh Chicken Hor Fun untuk 2 orang. Minum pula bagi Oldtown White Coffee Hazelnut. Ok tu je. Thanks.” Waiter tersebut berlalu setelah mengulang semula menu yang dipesan.

“Saya ingat lepas ni nak start cari kerja la. Tak nak pegang gelaran penganggur terhormat lama-lama,” Nani memulakan perbualan setelah keadaan agak sepi seketika.

Hakim tidak banyak bercakap. Matanya saja yang memandang tajam ke arah Nani. Meratah rakus wajah mulus Nani.

Apa kes pulak dia ni. Tak selesa aku dibuatnya. 

“Hakim, ooo Hakim...awak ni kenapa. Tudung saya senget ke? Awak dah kena sampuk ke?” Nani mencuit lengan Hakim. Takde respon.. Sah kena sampuk dia ni. Apa aku nak buat ni. Tengah ligat otaknya berfikir tiba-tiba Hakim bersuara...“Awak ni comel....Tak puas saya tengok muka awak.”

Nani tergamam. Erk! Dia mencubit kedua-dua pehanya. Rasa pedih menjalar. Aku tengah mimpi ke ni? Hyun Bin cakap aku comel? Ohhhh...terharunya. Nani rasa macam nak tidur dan tak nak bangun-bangun kat sini jugak. Dia membayangkan pujian Hakim itu tengah menari-nari indah di tepi telinganya.

“Er....er...thanks. Ni ikhlas ke tak ni?”

Dia senyum lagi. Memang, memang aku alergik tengok senyuman dia ni. Taj, tolong bawak aku balik sekarang. Aku dah tak boleh nak duduk depan dia lagi, tengok dia senyum macam tu. Betul-betul kena panahan asmara aku ni...Hatinya terus membebel-bebel.

“Excuse me,”

Fuh, nasib baik budak waiter ni tolong jadi pelakon tambahan selamatkan keadaan. Terima kasih adik waiter sebab cepat-cepat hantar order. Akak dah nak pengsan ni. Aku tengok dia rileks jer. Aku jer yang gelabah lebih. Entah apa-apa je aku ni....Nani jadi tak keruan. Baru kena puji sikit je tu.

“Saya ingat lepas ni saya nak start cari kerja la...”Nani ulang balik ayatnya tadi.

“Hmmm.....bagus tu. Awak nak cari area mana?”

“Dekat Bangi kot, tempat saya praktikal dulu. Masa last day saya kat situ, HR Manager dia ada offer suruh datang bila dah abis belajar. Mana lah tau kalau ada rezeki saya.”

“Nak saya teman kan awak?” Hakim menawarkan diri.

“Eh, tak payah. Saya boleh pegi sendiri nanti.”

“Betul ni?” Hakim merenungnya lagi. Lama. Sekali lagi dia jadi hilang punca. Cepat-cepat dia mengalihkan tumpuan pada mi di dalam mangkuk.”Erm, sedap lah mi ni.....”.

Kedengaran Hakim mengeluh perlahan..Kemudian bersuara.“Lepas ni kita nak pergi mana?”

Nani melihat jam di pergelangan tangan, dah pukul 6 petang. “Kita balik je la nak. Nanti ibu bising. Dia bukan suka saya balik lambat, nanti berbakul-bakul saya dapat syarahan free,”

Hakim tergelak kecil. “Ok lah, erm....shall we?” Setelah membayar bil, Hakim terus menghantar Nani pulang ke Putrajaya.

Sepanjang perjalanan Nani lebih selesa mendiamkan diri. Hakim pula sibuk bernyanyi kecil mengikut lagu yang diputar di radio. Nani tertanya sendiri pekerjaan apa yang dilakukan oleh Hakim sehingga mampu memiliki Audi Q5. Bukan calang-calang yang mampu memiliki kereta bernilai ratusan ribu ini...atau mungkin Hakim dari golongan berada. Dia ingin bertanya tetapi dia segan. Takut dicop bukan-bukan oleh Hakim. Ah, takpe..banyak lagi masa!

Hakim memberhentikan kereta di rumah teres 2 tingkat hak milik kerajaan tempat Nani dan ibunya berteduh. Nasib baik lah ada kuarters ni. Kalau tak mau lebam kaki ibunya tekan minyak hari-hari ulang alik dari Putrajaya ke Rawang. Tu la, sapa suruh beli rumah jauh-jauh dengan tempat kerja. Ni apasal pulak aku bebel pasal ibu ni.? Hisy...

“Hakim, thanks yer, sebab belanja saya makan, tengok wayang. Saya janji dah dapat gaji pertama nanti saya belanja awak pulak ok,”

No big deal,” Ujar Hakim sambil kenyit mata pada Nani. Huaaaa.....time-time tu jugak Nani rasa seperti mahu tumbang. Nasib baik dia sempat berpaut pada tong sampah hijau Alam Flora yang ada depan rumah. Hu hu...”Nanti saya call ok,” Ujar Hakim lagi sebelum berlalu pergi.

Nani sekadar mengangguk. “Bye Hakim, thanks,”

Sebaik menjejakkan kaki ke dalam rumah, Pn Hanisah sudah tersengih-sengih macam kerang busuk. “Ehem...ehem,” Siap berdehem pulak ibu aku ni.

“Apa yang ehem-ehem ibu? Kawan je la tu bu,”

“Takpe la...pelan-pelan kayuh...mula-mula kawan dulu,”

“Eee ibu ni entah pape je la. Along naik atas dulu eh. Nak mandi jap. Melekit rasa badan. Ibu dah makan?”

“Dah, ibu masak sup ayam je tadi. Nanti along nak makan, panaskan dulu sup tu eh. Ibu nak keluar jap lagi ni. Pergi rumah kawan lama kat Kajang,”

“Ok bu,” Nani terus memanjat tangga naik ke atas.

Nani kadang-kadang kesian dengan ibunya. Dia faham dan dia sangat tahu ibunya diselubungi rasa sunyi yang tak bertepi setelah kehilangan ayah. Dia tak pernah halang andai ibu ingin berkahwin lain, bukan tiada lelaki yang sukakan ibu tapi ibu saja yang tak nak.

Nani selalu berdoa agar ibunya terbuka pintu hati untuk berkahwin lagi. Sekurang-kurangnya ibu ada teman untuk berbual, teman yang boleh ibu harapkan untuk lalui susah senang bersama. Bukan lah bermaksud dia dan adik-adik hendak lepas tangan dalam soal menjaga ibu, tapi sekurang-kurangnya ibu ada seseorang yang boleh mengisi kekosongan hidupnya.

Cinta ibu untuk arwah ayahnya terlalu suci. Nani kagum dan dia sendiri pun tak pasti apakah dia mampu menjadi setia seperti ibu, menjadi tabah seperti ibu dan menjadi sabar seperti ibu.

Nani....dia cuma punya sekeping hati yang rapuh, baru putus cinta dengan Firdaus, lihat sajalah bagaimana kecewanya dia macam sudah tiada lagi lelaki lain di dunia ni...Apa-apa pun Firdaus adalah sebahagian daripada kekuatannya suatu ketika dulu sehinggalah hari terakhir Firdaus melangkah pergi dari hidupnya. Sehingga sekarang Nani masih buntu mencari di mana silapnya dia.

Firdaus tak mungkin dia lupakan kerana Firdaus lah dia kenal erti cinta, kasih dan sayang. Firdaus, aku telah redha dengan perpisahan ini walaupun hakikat ini memang pahit untukku. Aku perlu mulakan episod baru dalam diari hidupku dengan semangat dan jiwa yang lebih cekal. Terima kasih Firdaus untuk cinta yang tak kesampaian ini.

Nani merenung sepi keindahan malam yang dingin menggigit. Tatkala bersendiri, macam-macam perkara yang bermain di benaknya. Hakim? Ah, nama itu. Dia tidak meletakkan apa-apa harapan dalam perhubungan ini. Cukup sekadar kawan buat masa ini. Tetapi dia tidak dapat menafikan dia selesa bersama Hakim, senang dengan layanan dan perwatakannya. Biarlah waktu yang menentukan segalanya. Akhirnya Nani terlena sehingga ke pagi. 

4 comments:

  1. ya allah ya tuhan ku... sudah la muka handsome nak mampos, bawak audi.. OMG ak kena heart attack. org len yg dating, aku pulak yg berdebar2 baca.. ish..

    AUdi.. AUDI AUDI.. bertuah nye badan blh naik audi..

    ReplyDelete
  2. hahahaha....kelakar lak bca komen qminz....comel! :) tq sgt baca eh...muah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. sya mmg suka AUDI^^ hehehe..
      tak sia2 sya baca, best dan tak confuse sgt baca.
      Kalau baca e-novel sya cepat hilang focus, tp iboo punya tak menconfusekan dan xda la pnjg sgt 1chapter so xde la hilang focus..^^

      Delete
  3. tq qminz.....kita blaja sama2 eh...mna terkurang tu tegurlah...mlm ni sy nk khatam enovel qminz lak....tguuuu...heheheh

    ReplyDelete