Assalamualaikum, mulakan miggu ini dengan ceria....hihihi...iboo kat opis ni pun cuba wat2 ceria jek..hahahha...Monday Blues!
Entry dah update tapi sorry eh, tersangat pendek...xpe2 nti next entry akan di update secepat mungkin! Promise...Jom tgk apa jadik kat Rayyan hari ni.... enjoy your time here and please leave your comment... at least leh iboo *senyum lebar-lebar* di hari Senin yang indah ni.hihihihi... Daaa!
++++++++++++++++++++++++++
Minggu ini Nani agak sibuk. Minggu depan hari Selasa hingga Jumaat dia akan berada di Port Dickson untuk program yang sudah dijadualkan. Selama 4 hari dia akan berjauhan dengan Hakim. Ah, rindu la nanti. Dia senyum sendirian. Angau!
Bila teringat PD, ngilu hatinya teringatkan kemalangan yang menimpa. Bila teringatkan PD juga dia teringatkan perubahan tingkahlaku bossnya. Rayyan sekarang lebih mesra dengan staff, tak macam dulu sikit-sikit nak naik angin. Terputus wayar kut masa accident hari tu! Ish, cepat-cepat dia mengusir pandangan tidak enak tentang bossnya itu.
Waktu rehat dia tidak keluar makan. Banyak kerja yang masih belum beres. Nani ke pantry membancuh kopi. Sekembalinya ke meja, dia lihat Rayyan tercegat di workstationnya bersama sekotak KFC. Dia memandang ke kiri kanan bimbang ada mata yang melihat. Fuh, nasib baik semua keluar makan!
“Nah, I belanja you,” Ujar Rayyan sambil menghulurkan kotak KFC kepada Nani. Nani teragak-agak untuk menyambutnya.
“Ambillah, I tengok you dah 2 hari tak lunch, so tadi lepas jumpa client I singgah jap beli ni untuk you,” Rayyan mengukir senyum. Senyuman yang menjadi kegilaan teman-teman sepejabatnya. Horrible Boss With The Killer Smile. Hemm, buat tajuk novel pun bagus ni!
“Erm, susah-susah je boss. Saya dah buat kopi dah,” Nani serba salah.
“Ok, I letak atas meja ni kalau you lapar you makanlah,” Rayyan meletakkan kotak KFC di atas meja kerja Nani dan berlalu.
“Boss,”
Rayyan berpaling.
“Thanks.”
Rayyan sekadar tersenyum dan berlalu.
Telefon bimbitnya berdering. Dia tau itu panggilan dari Hakim.
“Hello, sayang, dah makan?”
“Baru nak makan. Dia dah makan?” Soal Nani semula.
“Tengah makan la ni, tiba-tiba teringatkan sayang saya dah makan ke belum,” Cair hati Nani dipanggil dengan panggilan sebegitu. Hakim memang pandai bab-bab memikat, memang dia akui dia selalu tewas dengan suara itu.
“Dia tolong makan untuk orang sekali boleh? He he,” Nani menggigit-gigit kukunya. Perasaan bahagia mengisi setiap penjuru hatinya.
“Sayang nak makan apa, orang tolong makan. Erm, kalau macam ni cepat lah orang gemuk asyik nak kena makan untuk dia je. Boleh jatuh saham ni,” Hakim mengusik kekasih hatinya.
“Nak merajuklah macam ni. Ingat pesan orang, dia tak boleh pandang or jeling mana-mana perempuan pun, tau,”
“Orang hanya pandang dia je takde orang lain dah. Don’t worry baby. Ok, lah malam nanti orang call lagi eh. Nak ke office daddy, ada kerja sikit. Take care, love you,”
“Ok, orang pun nak sambung kerja ni. You too take care, bye,”
Talian diputuskan. Nani senyum lagi. Tanpa sedar, gelagatnya diperhatikan Rayyan di sebalik dinding. Selama ini dia betul-betul tidak tahu hati Nani sudah terisi. Hampa. Itu saja yang dirasakan ketika itu. Cintanya baru hendak bercambah di hati.....
Rayyan meraup mukanya dan mengeluh perlahan. Menyesal dengan tindakannya mencuri dengar perbualan Nani. Langkahnya diperlahan semasa terdengar telefon bimbit Nani berdering tadi. Perasaan ingin tahu melonjak-lonjak menyebabkan dia bersembunyi di balik dinding. Alangkah bagus kalau aku tidak tahu....Dia mengeluh lagi.
ala farah.. mmg pendek sgt pn.. tp, x suka ar ngan hero celup tu.. Nani pn 1.. cian kat hero duda hot akak tu.. huhu.. :(
ReplyDeleteHehe...tu lah sian kt duda hot tu...tp dah dia lmbt dah kena kebas ngn org lain....hihi
Deletexpe farah, janji duda hot tu hero utama kan.. huhu.. btw, tahniah dr akak utk RR.. all the best 2 u n gud luck.. :D
Deleteherm, dua2 pon hero...pening si nani tu...thanks kak, tp tu lah blum tentu lg tp arp2 nye ade lah rezeki sy nk ikut jejak langkah akak. InsyaAllah.. :)
Deleteklu dpt u'll be the first i'll inform slps en hubby..terharu dpt kwn mcm kak ros...such a good friend wlupun di alam maya..n very supportive too..rse cam nak peluk akak jer...hehehe...
akak..org bace 2 minit je habis. T_T
ReplyDeletealahai...kesian kat bos kite ni........
sekarang dia sudah tahu bunga yg dipuja dh ad kumbang sendiri.. still nak proceed ker? HOT boss??
terpaksa lah Rayyan pendam perasaan dia tu sorg2...huhu
Deletehwuaaaa..baru semenet stgh dh abesss..tp xsuka arr kat hakim tu..si noni ni xnmpk ke singa jadian tu dh bertukar menjadi ksatria baja hitam..errkk silap..yo te voy amar..
ReplyDeleteT___T
nanti kene2 kn nani dgn singa tu cecepat ek.. (^^)
hehehhe...tu lah pendek sgt kan...sok nti sambung lgk...hehe
Deletealamak..semua pun sokong Mr. Duda hot. lol...
ReplyDeleteq sorang je yg support hakim. kalau nani bukan jodoh hakim sekali pun, at least q nak tgk nani tlg hakim berubah, kembali ke jalan yang betul~!! huhu
hehehe....akak pun sokong duda tu gak..hehehe...nti kita tgk apa jadik ngn si mulut manis tu eh...hehe
Deletex puas bce...pndek ngat~!!!cian nye pakwe i si rayyan tu~!!xmo frust2 la ...meh cni kte kapel...hehehe
ReplyDeletehehehe....g la kapel ngn rayyan tu...sian dia.. :)
Deletenak lagi ! best tau . story awak semua best . jemputlah baca saya punya story jugak ;)
ReplyDeletecian my rayyan . :(
ReplyDeletetu lah, sian dia kan... :(
Delete