Pages

Sinopsis Romantik Rapsodi

Saturday, February 18, 2012

HAKIM.....telah aku serahkan hatiku kepadamu suatu waktu dulu. Namun kau cemari dengan pengkhianatan. Apakah aku pada pandanganmu hanyalah gadis yang bisa engkau perlakukan sesuka hatimu. Aku berikan kau peluang demi peluang namun pengakhirannya, aku tetap dilukai. Lalu, salahkah aku untuk mencari cinta yang baru demi mengubati lara ini? Suatu hari nanti pasti kau tersungkur...“I wanna to see you cry like I did a thousand times!!!”

RAYYAN.... keikhlasan dan kesungguhanmu buat aku lebur. Kasih sayang dan cintamu memberikan aku harapan untuk terus mempercayai adanya cinta untukku. Dalam ketegasan yang kau pamerkan, dalam marah yang kau tontonkan untukku, rupannya terselit cinta. Rayyan, aku akan cuba menjadi yang terbaik untukmu, berikan sedikit waktu untukku..
- Nur Amani


Aku buta pada cinta, tapi kehadiranmu memberikan aku seri. Aku yakin akan gerak hatiku yang kau pasti dapat ku tawan. Akan aku ubati segala kecewa di jiwamu, sayang. Jangan pernah kau menjauh kerana sesaat pun aku tak bisa hidup tanpamu. Ambillah masa mu untuk kau tanam benih cintaku di hatimu. Seribu tahun pun aku rela menunggu..
- Umar Rayyan


“It’s like everytime I take a step away from you, something is pulling me back to you.” Aku kalah...aku mengaku aku tumpas pada kenaifanmu, pada ketulusan hatimu. Izinkan aku kembali memenuhi ruang hatimu. Aku takkan mempersiakannya untuk kali ini. Aku tak mahu cinta selain darimu.
- Iqbal Hakim


Mana satu pilihan Nani? Rayyan yang penuh kasih dan cinta atau Hakim yang penuh dengan kata-kata manis. Rayyan menyerahkan cintanya kepada Nani hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir. Mampukah Nani terus membina tembok kebencian dalam dirinya dan mampukah Hakim kembali meraih cinta Nani setelah segala janji cinta dirobek tanpa belas...

6 comments:

  1. mcm sad ending je cite ni...hahaha

    ReplyDelete
  2. apa maksud "rayyan menyerahkan cintanya kepada nani hingga ke hembusan nafasnya yg terakhir"? rayyan mati ke?
    sapa hero yg sebenarnya?hakim or rayyan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu bagi tau nti dah xde la adrenaline rush...*kunun* hihiii...dedua hero kut... :)

      Delete