Pages

Romantik Rapsodi 8

Monday, February 27, 2012

Hakim bungkam. Macam mana dia boleh terlupa janjinya untuk bertemu Nani. Marah benar nada suara Nani di corong telefon tadi. Semalam dia ke disko. Seperti biasa, itulah hiburannya di malam minggu. Dia minum, berdansa dan bergembira sehingga tak sedar diri. Alih-alih pagi tadi, sedar-sedar dia sudah terbaring di katil tanpa sehelai benang dan bertemankan Aliyah di sebelah, juga tidur tanpa seurat benang.

Sakit kepala bila cuba diingatkan apa yang terjadi lewat malam semalam sehingga bagaimana kisah mereka berakhir di atas ranjang di kondominumnya. Jarang dia bawa balik perempuan. Memang dia dan perempuan tidak boleh dipisahkan, tapi jarang sekali dia membawa perempuan ke ranjang. Bukan tidak pernah tetapi jarang-jarang. Tengok keadaan.

“Mesti Nani kecil hati ni. I’m so sorry...” Dia bersuara sendiri setelah lama menyepi. Dia tidak kisah dia kantoi, memang Nani sudah tahu dia bagaimana. Tapi dia tidak suka Nani marah sebab dia mungkir janji. Buat masa ini, Nani lah antara kawan perempuan yang disayangi, yang menyenangkan. Hati member kena jaga beb. Awek bila-bila boleh carik!

Nani cukup berbeza dengan kawan-kawan perempuannya yang lain. Sangat berbeza. Orang lain mengejarnya sebab keseronokan dan wang ringgit. Tapi Nani, pekerjaan apa yang dia lakukan,kalau tidak diceritakan sampai sudah pun takkan ditanya. Kelakar pula apabila mengenangkan wajah Nani yang serba tak kena bila ditenung lama. Kalut tapi comel.

Apa yang lebih membuat dia tertarik pada Nani, dia seorang yang patuh pada agama. Menutup aurat dan yang paling penting sentiasa menjaga waktu solatnya. Sehinggakan kadang-kadang dia merasakan dia tidak layak berkawan dengan gadis itu. Dia amat cetek sekali pengetahuan agama. Terasa malu sendiri.

Nur Amani...ringkas saja namanya tapi cukup untuk membuat hati lelakinya bergetar. Sejak pertama kali berjumpa dia dapat merasakan she’s the one. Tapi dia tak nak terburu-buru. Dia belum bersedia untuk beri komitmen pada cinta. Teringat lagi kejadian dia kehilangan handphone semasa keluar dengan Sally. Tensionnya bukan main. Seminggu lebih dia tak dapat menghubungi Nani. Dia ingat-ingat lupa nombor telefon Nani. Alih-alih dia ambil keputusan mendail trial and error kot-kot mengena. Berpuluh-puluh juga nombor yang didail sehinggalah percubaan kali ke-87, hatinya berbunga-bunga.. Bila terdengar suara lunak itu di talian dia berasa lega yang amat.

Dia pun pelik kenapa dia bertindak sejauh itu mencari semula Nani. Nak kata Nani tu lawa sangat tak juga. Nak kata bergaya tak juga. Kalau nak ikutkan status yang dia ada, dia boleh dapatkan beribu-ribu wanita yang jauh lebih lawa dan bergaya daripada Nani. Tapi pandangan pertama yang jatuh di matanya ketika mula-mula bersua memberikan kesan mendalam sehingga dia sendiri tidak pasti. Atas sebab itulah dia sanggup jadi macam orang gila mendail nombor telefon Nani.

Hari ini dia marah sangat pada diri sendiri. Kalau tidak disebabkan dirinya leka bersosial semalaman sudah tentu hal ini tak berlaku. Seharian nombor telefon Nani didail tapi tidak bersambut. Merajukkah? Pantas kunci kereta dicapai. Rumah Nani dengan Puteri Palma Condominium tidak jauh. Bak kata orang, kalau kentut pun boleh dengar. Tidak sampai 15 minit dia sudah berada di depan rumah gadis itu. Dia perlu meminta maaf. Kelihatan Nani baru keluar dari perut Kelisa. Hakim terus melompat keluar dari Audi Q5nya.

“Nani,”

“Ha...Hakim, apa awak buat kat sini,” Nani agak terperanjat. Hakim memandang tepat ke dalam anak mata Nani.

“Why didn’t you pick up my calls? Berpuluh misscalled, but you didn’t return even once. Why?”

“Awak datang sini sebab tu je ke? Sebab saya tak angkat call awak? Kenapa awak nak sibuk?” Keras sekali nada suara Nani.

“Jangan la buat Hakim macam ni. Hakim rasa bersalah dengan Nani. From the bottom of my  heart, I’m really sorry. Hakim betul-betul terlupa. Semalam orang balik lambat, tertidur sampai tengahari,”

“Memang la sedap tidur kalau ada bantal peluk kat sebelah,” Nani menempelak. Memang dia geram. Kalau terlupa saja tak kisah lah, ini perempuan mana yang angkat telefon. Sebagai kawan dia patut rasa marah walaupun dia tiada hak ke atas diri Hakim.
“Nani, please. Jangan cakap macam tu. Hakim memang tak sedar apa-apa semalam. And Hakim betul-betul tak ingat what happened last night. Sedar-sedar Aliy...........ahhh!!” Bersungguh Hakim cuba menegakkan kebenaran bagi dirinya.

“Hakim, please lah. Saya paling tak suka orang yang tak tepat pada janji. Awak yang beria sangat nak keluar, how come boleh lupa. Come on la. Saya bukan budak-budak yang senang awak nak gula-gulakan. I’m not stupid. Mana nak ingat kawan kalau kat sebelah ada makwe cun yang boleh beri apa yang awak nak,” Entah kenapa Nani begitu beremosi. Malas nak dipandang wajah Hakim.

“I’m so sorry, I know it was all my fault...tapi Hakim tak tipu Nani. Hakim tahu Hakim dah langgar janji sebab tu Hakim datang cari Nani. Bukan saya sengaja. Saya tertidur. Saya tak sedar,” Hakim memukul-mukul kepalanya. Nani memandang sepi perbuatan Hakim. Terdetik rasa bersalah di hatinya kerana berlebih-lebih menghukum Hakim. Dia perlu rasional bukan bertindak penuh emosi. Orang dah minta maaf dah lah!

“Hakim, stop it...” Hakim seakan tidak mengendahkan. Dia terus memukul-mukul kepalanya. Over pulak dia ni. Nani tiada pilihan. Dia cuba memegang kedua-dua tangan sasa itu daripada terus-terusan menyakitkan diri sendiri. “Hakim, Hakim....listen to me... I say stop it,” Tangan sasa itu digenggam kuat. Matanya tajam mencerlung ke dalam mata Hakim.

Wajah bening Hakim menyentuh jiwanya kala itu. Lama mereka berpandangan. Sepasang mata Hakim seakan jauh menyelam ke dasar hatinya. Terasa gelora di dada dek kehangatan tangan itu. Darah panas naik ke muka, Nani tersentak dan genggaman tangan dilepaskan.

Fuhh, nasib baik ibu tak ada kat rumah. Kalau tidak jenuh pula nak jawab soalan bertubi-tubi dari ‘polis pencen’ itu.

“Hakim baliklah, saya dah maafkan awak,” Nani terus berlalu meninggalkan Hakim.

“Nani, wait.............” Lama mereka berbalas pandang. “Thanks,” Hakim cuba mengukir senyum di bibir.

Tiada sebarang reaksi di raut wajah Nani. Hakim menghantar Nani ke muka pintu dengan pandangan mata. Ditenung lama susuk tubuh itu sehingga hilang di balik pintu. Muka diraup dengan kedua-dua belah tangan lantas dia beredar pulang.

Di dalam perut kereta, Hakim melayan perasaannya yang keliru. Kehangatan jemari runcing itu masih terasa. Berkali-kali dia mencium haruman lembut yang melekat di tangannya. Alunan lagu yang berkumandang di radio langsung tidak dihirau. Dia tenggelam dalam khayalan dan perasaan yang aneh itu. Senyum terukir di bibir. Halus perasaan ini. Ya, dia belum pernah rasa seperti ini. Aneh dan janggal sekali sehingga dia terkeliru.....

--------------------------------------------------------------------------

Nani membatu di balik pintu. Cuba menghalau debar yang masih bersarang ni dada. Benci dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Baru saja hendak dikeraskan hatinya pada Hakim. Untuk apa lelaki itu datang padanya. Tolonglah, lemah jadinya! Perlahan-lahan Nani membuka pintu, Audi Q5 sudah hilang dari lamannya. Fikirannya kembali kusut. Dia keliru.Susahnya untuk berpura-pura tidak suka sedang dalam hati sudah bertunas sayang.... Nani melepaskan keluhan berat. 

5 comments:

  1. wah....hebat kau hakim, nama cantek hakim skali prangai....*sigh*

    kesian hakim ni, jauh dia tersesat. Semoga nani boleh selamatkan dia....

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. no prob akak^^ sbb saya tau semua penulis suka comment^^ hehehe...

      Delete
  3. hihihihi....sweet la qminz ni...tq byk2 tau...

    ReplyDelete