3 bulan kemudian......
Nani menekan butang lif ke tingkat 1 Pejabat Urusan Mekar Events yang terletak di Bandar Baru Bangi.
Nasib baik Taj sanggup nak tolong hantar aku ke sini. Nak harapkan bas dari Putrajaya ke sini memang haram aku tak tau. Entah ada ke tidak bas Putrajaya-Bangi. Huhu....
Seminggu yang lalu dia telah dihubungi Encik Hanif, HR Manager di syarikat itu untuk mengatur temuduga. Tak sangka peluang datang bergolek.
Nasib baik dia masih ingat aku. Harap-harap nasib menyebelahi aku. Huhu. Sempat hati kecilnya berbisik.
Sampai di kaunter receptionist Nani terus memberitahu tujuan kedatangannya ke pejabat berkenaan. Gadis manis berambut blonde menyambut kedatangannya dengan senyum mesra. Cantik! Gigi dia pun cantik dan tersusun. Sheila namanya. Nani mengomel sendirian dan sempat mengerling pada tag yang dipakai gadis tersebut. Dia dibawa ke bilik En Hanif oleh Sheila.
“Thanks, Sheila.” Nani memberi senyum semanis madu pada Sheila sebelum gadis tersebut berlalu meninggalkannya dengan P.A En Hanif.
“Hello, good morning! I’m Maggie. En Hanif’s P.A. Have a sit first. En Hanif belum masuk. Lagi 15 minit dia akan sampai.” Setiausaha En Hanif memperkenalkan diri. Seingatnya dulu semasa zaman dia praktikal dulu P.A nya India. Nama Kenchana. Sekarang dah tukar Chinese pulak. 1 Malaysia sungguh ofis ni.
Nani tengok jam di tangan. Dah 9.15 pagi. Belum masuk ofis. Bukan ke kat sini peraturannya mesti punch in selewat-lewatnya pukul 9.00 pagi. Nani mengomel dalam hati sambil mulutnya mengucapkan terima kasih pada Maggie. “Thanks, saya Nur Amani. Just call me Nani.” Sempat dia melempar senyum pada Maggie.
Dah banyak pahala aku hari ni...Asyik sedekah senyum jer. Nani menarik nafas dalam dalam-dalam. Calm down Nani. You can do it. Dia mengumpulkan semangat untuk diri sendiri. Dia tengok tanda nama di pintu bilik, Mohamad Hanif bin Arshad. Ringkas saja nama En Hanif ni. Nani bersembang dalam hati. Takkan dia nak ajak Maggie pula bersembang dengannya. Buang karan.
“Morning Maggie,”
Tengah sedap mengelamun dia terdengar satu suara menyapa Maggie. Nani mendongak. Haaa dah sampai pun En Hanif. Dia sedekahkan senyum buat En Hanif pula. Manalah tahu berkat senyuman manis ni hatinya lembut terus nak ambil aku kerja. Perasanlah kau Nani! Hehe.
En Hanif membalas senyum. “Amani kan?”
“Ya, saya”
“Ok, you boleh masuk sekarang,”
Ya Allah, kuatkanlah semangatku. Semoga aku dapat menjalani temuduga ini dengan baik. Amin...Nani memanjatkan doa pada Sang Pencipta. Tawakal.
Lebih kurang setengah jam dia ditemuduga akhirnya En Hanif tersenyum lebar memandangnya.
“Cik Amani. Permulaan ini, saya akan letakkan kamu dalam probation period selama 6 bulan atau lebih tepat sebagai Management Trainee. Pada masa ini awak akan buat rotation di semua department untuk memahirkan awak dalam selok belok perjalanan syarikat kita. Bila semuanya ok, awak akan diserap sepenuhnya ke dalam syarikat ini. Posisinya akan saya maklumkan kemudian. Sebagai Management Trainee awak akan menerima gaji bulanan sebanyak RM3,000.00 dan akan dinaikkan dengan pertimbangan pihak pengurusan setelah selesai rotation. Congratulations and all the best.” Ujar En Hanif panjang lebar.
“Terima kasih En Hanif. Bila saya boleh mula bekerja?” Tanya Nani penuh teruja. Pehh, RM3,000.00 gaji permulaan, fresh graduate macam aku sapa nak kasik? Detik hati kecilnya.
“Saya akan minta Maggie keluarkan surat tawaran, paling awal awak boleh mula kerja adalah 2 minggu dari sekarang atau lebih tepat pada 1 September depan,”
“Thank you very much En Hanif. I will serve the best. InsyaAllah. Thank you again,”
Nani terus bergegas menuruni anak tangga setelah selesai temuduga. Taj masih setia menanti di dalam kereta.
“Yahuuuu.....Taj aku dapat kerja Taj,” Nani berteriak kegembiraan ke arah Taj yang tersenyum memandangnya.
“Congrates dear..Kan aku dah cakap kau mesti dapat kerja ni punya. Alhamdulillah aku tumpang happy. Weh jom, kena celebrate ni. Karaoke jom kat Alamanda, aku payung,” Taj pulak yang terlebih excited.
Nani mengangguk dan tersengih gembira. Syukur Ya Allah kerana perkenankan doa hambamu ini. Nani mengeluarkan telefon bimbit dan menghantar mesej mengkhabarkan berita gembira ini dengan ibunya. Ini semua berkat doa dan restu ibu. Alhamdulillah.
wah...mcm senang ja dia dpt kerja. gaji fulamak... byk giler.... jealous gila dgn dia ni, mintak2 jalan saya nanti pun mudah macam nani ni jugak.. *amin*
ReplyDeletehahaha...ada sbb dia dpt gaji byk ni...tgu next chapter ye :)
ReplyDeleteyeke...heheh..tak sabar rasenye nak baca..
DeleteVery creative ppost
ReplyDelete