Lagu Spanish Guitar alunan dari suara merdu milik Toni Braxton mendayu-dayu di telinganya. Khayal dia mendengar suara berhantu penyanyi itu..
"Don," Sapa Pitt yang tiba-tiba sudah tercegat di depannya.
"Kau ni aku tengah sedap feeling, kau kacau buat apa?" Marah Don.
"Sejak bila kau jadi mat jiwang karat ni," Pitt mengusik.
"Kau apa tau, kau budak-budak," Balas Don. Jiwang karat dia kata aku.
"Eleehhh, budak amenda? Aku muda 4 bulan je dari kau," Pitt sengih-sengih.
"Aku tak tahu lah Pitt....dah 3 malam aku mimpi ada sorang awek cantik datang dekat aku. Cantik, macam angel," Ujar Don, fikirannya melayang pada seraut wajah ayu yang hadir mengetuk pintu hatinya dalam tidur.
"Angel? Kau pernah tengok ke angel macam mana? Hahaha," Pitt gelakkan Don.
"Jatuh cinta dengan orang dalam mimpi??? Kau gilaaa!!!" Jerit Pitt. Dah sewel ke mamat ni?
"Betul, aku rasa dia benar-benar ada......dekat pada aku," Luah Don lagi menambah kerut di dahi Pitt.
"Kau jangan buat gila....bawak-bawak mengucap, kau tak sihat ni," Pitt pegang dahi Don. Sejuk beku je dahi dia. Aduiii, kena bawak pegi mandi bunga gayanya ni. Pitt berkira-kira.
Don cepat-cepat menepis tangan Pitt yang masih melekap di dahinya. Ada ke cakap aku tak sihat. Getus hatinya.
"Wei, jomlah aku nak balik dah. Kau nak tidur sini ke apa?" Pitt sudah mencapai helmet di rak. Seram tengok Don berkeadaan macam tu. "Kalau kau nak balik lewat, jangan lupa kunci shutter tu. Buat nya kau angau ngan angel kau tu kau biar je pintu kedai ternganga," Sound Pitt. "Aku chow dulu, jumpa esok," Pitt terus blah. Kawasaki Ninja ZX10R nya mengaum dalam kepekatan malam.
pic from google |
Don....dia masih di situ. Berkali-kali diulang lagu Spanish Guitar. Imaginasinya, fokus dan mindanya masih pada wajah ayu itu. Alangkah bagus andai kau dapat ku gapai. Bisik hati Don. Dunhill di tangan bertukar ganti. Mindanya seperti di kawal gadis itu. Dia seperti dapat mencium haruman lembut gadis itu. Seakan benar-benar wujud di depannya. Don, kau dah parah ni!
Esoknya.....Pitt datang awal ke cafe, seperti biasa dia akan mop lantai, susun meja, kemas apa yang patut agar Don&Pitt Cafe sentiasa memberi keselesaan pada pelanggannya. Pitt masuk ke dalam stor mahu mengambil penyapu, tiba-tiba dia tersepak satu objek kaku. Dipandang ke bawah...laaaa Don, kau membuta kat sini? Pitt mengurut dada.
"Wei Don, bangun dah pukul 8.00 ni. Bangun," Kaki Don disepak perlahan.
Don buka mata... terpinga-pinga. Didongak kepalanya memandang Pitt yang kembang kempis hidungnya menahan geram.
"Rileks ahh," Ujar Don lalu bangun menuju ke tandas. Nasib baik dia ada spare sehelai T-shirt dan anak seluar di kedai untuk kes-kes emergency macam ni.
"Kau jangan sambung membuta dalam jamban lak," Laung Pitt geram. Sebab 'angel' la ni dia jadi sasau tak berapa sihat walafiat macam ni. Patutlah beberapa hari ni dia tengok Don banyak termenung. Hai Don, Don mimpi pun boleh buat kau angau.
Waktu tengahari baru saja berlalu. Cafe Don&Pitt yang tadinya penuh sesak dengan manusia, sekarang sudah agak lengang. Don masih di kaunter duit, menyambung menung. Pitt yang duduk berborak dengan regular customer menggeleng kepala.
Pintu cafe dikuak, melangkah masuk seorang gadis yang sangat cantik. Pitt melopong. Cantik gila. Desis hatinya.... Tiba-tiba bunyi gedebuk macam ada benda jatuh. Pitt berpaling ke arah kaunter. Don! Don sudah terbaring di lantai tak sedarkan diri.
"Don!!!" Jerit Pitt, tanpa buang masa dia berlari ke arah Don yang melepek di lantai. "Kau ni kenapa? Dah kena sampuk ke apa?" Pitt meminta pekerjanya membawa semangkuk air. Pitt membaca apa-apa yang patut sebelum air dalam mangkuk disimbah ke muka Don. Menggelupur Don bukak mata akibat terkejut.
"Mana budak tadi?" Itu soalan pertama dari Don setelah sedar.
"Budak mana? Kau ni dah macam tak waras aku tengok,"
"Budak perempuan tadi....yang cantik sangat tu," Ujar Don, tangannya mengesat air yang membasahi mukanya. "Perempuan dalam mimpi aku Pitt...."
"Hah...biar betul kau ni?" Pitt dah naik keliru.
"Mana dia?"
"Dia dah blah, tak jadi singgah bila keadaan jadi kelam kabut tadi," Terang Pitt.
"Alaahhh, aku nak kejar dia," Don bangun, dengan baju yang basah kuyup dia berlari ke luar cafe. Moga-moga dia bisa ketemu gadis tetamu mimpinya itu.
"Ayu!!" Jerit Don sebaik terpandang kelibat seorang gadis persis sesusuk tubuh dalam mimpinya.
Gadis itu berpaling berserta kerut di dahi. Don telah liur. Sah, sah gadis tu! Don menguntum senyum lebar.
"Don," Dia menghulur tangan ke arah gadis yang dipanggil Ayu.
"Macam mana awak tahu nama saya?" Huluran salam Don disambut dalam sangsi.
"I saw you in my dream. You came to me every night. I know it sounds ridiculous tapi I'm telling you the truth. Sumpah. Dah berhari-hari saya nampak awak dalam mimpi saya, saya selalu terbayang awak dalam jaga saya sehingga kawan saya cakap saya gila sebab angaukan benda yang tak wujud. But I know, I know that one day we will meet. Sorry, tadi saya pengsan sebab terkejut awak betul-betul muncul depan mata saya... Goddd...macam dejavu," Panjang lebar Don explain. Biarlah nak dikata gila janji dia dapat luahkan semuanya pada Ayu. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Gadis bernama Ayu menganggukkan kepala. Entah kenapa, dia termimpikan perkara yang sama. Bukan Don yang dimimpikan tetapi Don&Pitt Cafe. Dia selalu mimpi datang ke situ, makan-makan. Selama beberapa hari dia mimpikan perkara yang sama. Atas sebab itu dia sanggup ke situ, mahu merungkai persoalan mimpinya. Tapi akibat kekecohan tadi dia berlalu...Mungkin tak kena masa. Pejabatnya terletak 2 blok dari cafe tersebut. Dekat saja, memang dia selalu di depan cafe itu cuma tak pernah singgah.
Ayu mengurut dada. Seakan tidak percaya, seorang lelaki yang tak dikenali selalu mimpikan dia, dan dia pula selalu mimpikan Don&Pitt Cafe, milik lelaki itu. Kedengaran pelik tapi itulah yang sedang dia alami.
"What a coincidence," Ucap Ayu.
"No...this is not coincidence. This is what we call destiny," Balas Don bersama senyum yang tak lekang di bibir. "Ayu, boleh saya minta izin untuk terus berkawan dengan awak?" Don meluahkan rahsia hati.
Ayu senyum. Lalu mengangguk tanda setuju, Dia masih bingung memikirkan perkara ini tapi mungkin betul cakap Don, ini bukan kebetulan tapi takdir.
"Can I get your number?" Tanpa segan silu Don memulakan langkah kedua. Dia tak mahu lepaskan peluang.
Dan, bemula dari saat itu, bermulalah episod cinta antara Don dan Ayu. Cinta datang dalam pelbagai cara. Melalui perantara mimpi mereka bersahabat, bercinta dan berkahwin. Begitu takdir mimpi antara Don dan Ayu.....Siapa sangka kan?
pic from google |
-TAMMAT-
bagus tol klo dpt jodoh gtu.. dh mcm ahlil nujum daa..
ReplyDeletejapgi nk tnya kat encik ayah r, ada x dia mimpi nk kawen dgn aku.. (-____-)
hehehehehe....klu btol2 ada mmg magic ar..
Deletebaik ko cpt2 tanya ngan encik ayah tu.mna tau dia selalu mimpikan rusuk kirinya tu.aiii, bertuah badan.hihi (eh, jap rusuk kiri ke kanan eh?mak tetiba conpius nok!)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteehh, kenapa removed?
DeleteQuality of The Student Loan People programs aimed at
ReplyDeletethe nonprofit universe. A biometrics verification and identification
can ensure that you need the ability to find quality Clickbank products.
Is so This is especially true of branded companies. So in summary," What do you think you'll think still be making plasma displaysfive years from now. Repetition and imagery create its brand identity.