Pages

Romantik Rapsodi 17

Tuesday, March 20, 2012

Assalamualaikum, selamat baca n komen ek....ni last entry tau sampai ari ahad baru ada entry baru k.... :) 

Thanks kepada yang sudi singgah sini. Alhamdulillah...all praises to Allah. Blog ni baru sebulan lebih sy muatnaik ngan enovel Romantik Rapsodi...makin hari bilangan pengunjung makin meningkat di luar jangkaan saya..Tq atas sokongan sumer. Buat sy lebih semangat nak menyiapkan projek pertama ini walaupun banyak cabaran terpaksa sy lalui... komen dan support korang amat sy alu-alukan...


Practice humility and let's spread the positive vibes...Thank you, thank you, thank you... :)


+++++++++++++++++++++++

Nani memasukkan Tupperware berisi nasi goreng ke dalam beg kertas. Sebelum Subuh dia sudah bangun menyiapkan bahan-bahan untuk nasi goreng. Macam bangun nak bersahur pulak. Dia malas hendak menyusahkan ibunya. Harap-harap sama je lah rasa nasi gorengnya dengan air tangan ibu.

Awal dia sampai ke pejabat hari ini, jadi tukang buka lampu kat pejabat. Dia ke pantry memanaskan nasi goreng dan membancuh Nescafe. Usai, dia ke meja kerja semula, menyemak organiser, meneliti “to do list”. Komputer dihidupkan. Minggu ini bermula tugas barunya di, Event Management Department bulan depan ke Marketing Department dan seterusnya ke Admin Department. Selepas itu, terpulanglah kepada pihak pengurusan mahu mencampaknya ke mana. Kalau diberi pilihan, dia lebih suka duduk di Training Department, kerana itulah kemahiran yang dipelajari di Universiti.

Seorang demi seorang pekerja mula memenuhi ruang pejabat. Dia mengerling jam tangannya, 8.45 pagi. Dia pandang ke kiri dan kanan. Harap-haraplah dia tak menjadi buah mulut rakan sepejabat disebabkan nasi goreng ni. Dia nak menghubungi Fatin bertanyakan kedatangan boss tapi takut banyak pula soal jawabnya. Nani serba salah. Jangan kau lupa dah la boss, penat aku masak pagi-pagi buta.

15 minit dah berlalu, Nani kegelisahan. Akhirnya dia menghantar SMS kepada Rayyan.

“Morning, boss. Saya ada bawa nasi goreng yang boss minta”

Lama dia menunggu balasan. Ah, lantaklah...kalau dia nak, pandai-pandailah dia cari aku. Omel hatinya.

“Nani,”

Terkejut Nani mendengar suara garau dari belakangnya. Kus semangat. Dia berpaling. Rayyan. Dia tepuk dahi.

“Mana nasi goreng I?” Semua mata berpaling ke arah pemilik suara itu dengan seribu kerut di dahi. Curious yang sangat tinggi...

Nani menundukkan pandangannya. Beg kertas bertukar tangan. Habislah dia dijadikan bahan  nanti. Rayyan pula buat muka selamba badak. Mana pergi kebengisan dia ni...

“Thanks,” Ujar Rayyan separuh berbisik kemudian terus berlalu membiarkan teka-teki terus berlegar-legar di kalangan pekerjanya.

“Waaaa.....” Serentak suara mereka kedengaran.

Nani buat-buat tak tahu. Panas mukanya menahan malu.

“Psst...bukan main kau sekarang ni eh, patutlah boss dah tak marah-marah, dah ada penyejuk rupanya,” Nani tidak pasti siapa yang bersuara. Sok-sek sok-sek terus kedengaran.

“Tengok, dah buat drama depan kita, buat-buat tak reti pulak,” Sakat mereka lagi.

“Kau jangan risau, kitorang sokong kau,” Gelak ketawa berselang seli dengan usikan. Kalau dilayan makin menjadi-jadi. Malas dia hendak menidakkan, buat perabis air liur, bukan makan saman pun diorang ni. Di Event Management Department, kakitangan tidak ramai yang lekat di pejabat, kebanyakannya keluar bertemu client. Itu yang riuh kalau jadi apa-apa.

Bersorak macam menang loteri RM1 juta! Kelakarlah sangat. Jerit hatinya.

Telefon di meja berbunyi. “Hello, Nani bercakap,”

“Nani, Raymond here. Datang ke bilik I, ada task untuk you,”

“Ok, I ke sana sekarang,”

Nani bangun menuju ke bilik Raymond, Pengurus Acara di Mekar Events.

“Have a seat, Nani,”

Nani mengangguk dan terus duduk. Bersemangat untuk mengetahui tugasan yang bakal dia lakukan.

 Pintu bilik Raymond diketuk. Adam, salah seorang Event Executive melangkah masuk.

Adam senyum kambing melihat Nani. Cerita nasi goreng masih panas di luar sana. 

Middle of Disember kita ada satu event, quite big. Street Food Festival organised by Ministry Of Tourism di PWTC. So Nani, I nak you follow Adam. Untuk event ni kita banyak jugak dapat job untuk design special booth untuk Agensi Kerajaan and NGO yang joint which I think kita kena contract out satu pertiga daripadanya. Designer kita tak terkejar nak siapkan semuanya. Macam biasa kita akan sub kepada Phase One. Actually Nani kerja event ni interesting tau, you akan jumpa macam-macam ragam client. Kat situ you akan gain a lot of experience. I rasa tak tak perlu explain too detail, nanti Adam akan tunjuk ajar you, ok. Adam nanti you contact dengan pihak Phase One. You want to say something, Nani?” Panjang lebar penerangan dari Raymond.

“Erm, speechless. Banyak benda nak kena belajar, but I’ll try my best,” Nani begitu bersemangat.

“Jangan risau boss, I akan guide Nani,” Adam bersuara memberi jaminan.

“Ok, kalau tak ada apa-apa lagi, you guys boleh keluar,”

Nani berjalan beriringan dengan Adam.

“Phase One, Phase One,” Nani cuba mengingat kembali. Dia biasa dengar nama syarikat yang disebut Raymond tadi. “Macam pernah dengar,”

“Tu company adik big boss. Nanti esok aku bawak kau ke sana jumpa designer. Nak serahkan final design dari client. Event dah tak lama. Lagi 3 minggu. Kau jangan risau, kau follow je aku, pengerasnya nasi goreng je”

“Hampehhh......dah dah la sakat aku,” Nani sengih tak ikhlas. “So hari ni kau nak aku buat apa?” Dia cuba menukar topik.

“Hari ni kita akan ke Putrajaya, jumpa client dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Nak hantar quotation lepas tu nak discuss sikit pasal special design booth tu. New thing aku belajar. Kita selalu ingat Jabatan Veterinar ni rawat binatang je. Rupanya banyak lagi fungsi lain. Mula-mula aku pelik Jabatan Veterinar nak joint Street Food Festval, rupanya baru aku tahu diorang ni juga banyak membantu usahawan untuk produk tambah nilai dari haiwan macam satay, kebab, kambing panggang macam-macam lagi lah,” Bersungguh Adam bercerita.

“Ye ke.... Aku pun ingatkan Veterinar ni rawat kucing, anjing je.”

“Cuma kadang-kadang goverment ni, budget diorang very tight so kita kenalah pandai-pandai nak adjust ikut keperluan diorang. Kalau kau nak tau ni dah 5 kali diorang pinda design, tapi kita tak boleh marah, kena ikut je lah rentak diorang. Kalau diorang puas hati, diorang akan panggil kita lagi untuk apa-apa event. So, senang sikit kerja, client yang cari kita,” Adam menyambung penjelasan.

“Oh....baru aku tahu. Interesting. Nampaknya banyak aku kena berguru dengan kau ni,”

“Interesting dan mencabar. Takpe kita belajar slow-slow. Ilmu kerja-kerja handle event kau takkan jumpa dalam mana-mana buku. It’s priceless. Pengalaman tu yang penting. Belum kena lagi kalau outdoor event. Tu lagi sakit otak. Eh, pukul 11.00 kita gerak ke Putrajaya. Sekarang kau buatlah dulu apa-apa yang patut,”

Ok, thanks a lot man!” Nani teruja. Tak sabar nak ikut Adam. Dia memang sukakan cabaran.

Baru saja nak melabuhkan punggung di kerusi, Fatin menghubunginya minta bertemu dengan big boss. Apa lagi kali ni?

Nani melangkah malas.

Pintu bilik Rayyan diketuk, tanpa menunggu sebarang arahan, dia menguak daun pintu. “Boss nak jumpa saya?” Dilihatnya hidung dan mata Rayyan berair. Muka dan telinganya memerah.

“Ha’ah,” Ujar Rayyan. Sapu tangan disua ke hidung mengesat hingus yang mengalir. “Berapa kilo cili ibu you letak dalam nasi ni. Pedasnya Ya Tuhan,”

“Er, er, sebenarnnya saya yang masak nasi goreng ni. Pedas sangat ke?” Kasihan dia tengok Rayyan. Berpeluh-peluh kepedasan.

“Pedaslah, cuba rasa ni,” Rayyan menghulur sudu ke arah Nani. Nani garu kepala. Takkan nak guna sudu dia. Aduhai, letih aku nak layan boss macam ni. Dia berbelah bagi, sudu yang sudah berisi nasi disua juga ke mulut. Gigit hujung-hujung je. “A’ah la boss.. Pedas! Sorry, sorry.”

Air mineral yang sudah tinggal suku botol dihulur pada Nani. “Er, takpe saya minum kat luar je nanti,” Ai, tak kuasa aku nak share air pulak ngan dia. Cukuplah kongsi sudu! Semasa memasak pagi tadi memang dia tengah mamai-mamai. Tak terperasan berapa tangkai cili yang diletak semasa menumis. Kesian kau boss. Ujar Nani dalam hati.

“You nak sabotaj I ke ni? Esok buatkan yang tak pedas.” Rayyan mencerlung.

“Sumpah bos, takde niat pun. Saya minta maaf banyak-banyak. Hah, esok? Esok nak nasi goreng lagi?” Nani bertanya, biar betul.

“Esok, lusa, tulat sampai hari Jumaat. Kan ibu you cakap kalau nak makan apa-apa bagitau jer. So, I order je lah. Esok buatkan nasi goreng biasa, lusa nasi goreng ikan masin, tulat....erm, tulat nasi goreng cina, Jumaat nasi goreng kampung,” He he he...Rayyan ketawa dalam hati. Seronok dia tengok gelagat Nani, mencatit satu-persatu arahannya di dalam organiser.

“Kalau macam ni, baik saya kerja jadi tukang masak boss je,” Nani merungut.

“Berani you cakap macam tu!” Rayyan menghentak meja. Nani segera menundukkan wajahnya. Satu kerja pulak aku nak bangun pagi-pagi, nak masakkan untuk dia. Kalau laki aku lainlah.

“Cuba ulang balik apa yang you tulis tu,” Rayyan memberi arahan.

Nani menyebut satu persatu apa yang dicatatnya tadi...

“Nasi goreng biasa letak telur mata satu, nasi goreng cina tak nak banyak sangat sayur campur, saya tak suka, nasi goreng ikan masin tu ngan telur dadar sekali, nasi goreng kampung lebihkan ikan bilis kasi rangup, oh ya, nanti letak timun sekali.” Rayyan menokok tambah.

Haru! “Elaun tambahan buat nasi goreng takde ke boss?” Laju mulutnya memerli. Bengkek tengok Rayyan yang mengada-ngada. Tahu lah dia orang baru kat sini tapi tak payahlah nak ragging dia macam ni.

“Oh, dah pandai menjawab. Goreng nasik pun tak jadi ada hati mintak elaun. Ni kalau bagi kucing makan nasi goreng ni mahu gastrik kucing tu. Esok pukul 9.00 pagi saya tunggu kat pantry. Panaskan siap-siap ye,” Makin galak Rayyan mengenakannya. Rasa terhibur dan seronok melihat Nani yang kembang kempis hidungnya menahan geram.

“Ye lah. Ada apa-apa lagi boss? Dah dekat pukul 11.00 saya nak ke Putrajaya jumpa client,”

“You ke sana dengan sapa?”

“Adam,” Nani menjawab sepatah. Moodnya betul-betul merudum hari ini.

“Ok,”
-------------------------------------------------------------

Selesai segala tugasnya untuk hari itu, dia ke Alamanda mencari barang dapur untuk projek nasi gorengnya. Siap kau Rayyan nanti aku attach ngan resit sekali. Dia mengomel dalam hati.

Dia sampai di rumah menjelang Isyak. Ibunya sedang khusyuk menonton tv.

“Banyak shopping Long,” Tegur Pn Hanisah.

“Ada lah sikit. Boss Along En Rayyan tu buang tebiat apa entah suruh Along masakkan dia nasi goreng untuk seminggu. Ingat along ni orang gaji dia ke hapa. Ni ibu la ni pandai sangat promote kat dia,” Nani membebel. Kepala direbahkan di ribaan ibunya.

“Aik, ibu pulak. Ibu saja je buat modal berborak tak sangka dia serius. Takpe nanti ibu tolong,” Pn Hanisah membelai-belai rambut anak gadisnya.

“Erm, ok, cayang ibu,” Nani menguntum senyum.

“Kerja macam mana?” Soal Pn Hanisah.

“Banyak keje bu, penat sangat tapi Along suka,” Nani menggeliat.

“Bagus kalau macam tu.,”

“Rindu la kat adik, bila dia cuti eh,” Dia teringatkan adiknya bongsunya Amna yang kini di Pulau Pinang.

“Hujung bulan 12 dia dah start cuti. Balik terus, nak tunggu masuk U pulak,”

“Nanti kita pegi ambik dia, boleh beli jeruk banyak-banyak. Bestnya,”

“Ye lah, belilah ngan kedai-kedai tu sekali Long. Along pegi naik mandi dulu, masam benau bau kalah bau kambing,” Ujar Pn Hanisah. Hidung Nani dipicitnya.

“Ibu ni sampai hati cakap Along busuk,” Nani memuncungkan mulut. Dia bingkas dari riba ibunya, terus menapak naik ke tingkat atas. Pn Hanisah tersenyum sendirian.


16 comments:

  1. alahai, romantika de amor la pulak my duda hot tu.. siap minta masak hari2 lg tu.. cinta nasi goreng... hihihi.. :D

    ReplyDelete
  2. hahahah...cinta nasi goreng...dia kan ala2 blur xreti nak tackle pompuan...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih.. xpe2 nti akak ajarkan dia mcm mana nk tackle pompuan ya.. hahaha.. :D

      Delete
    2. hihihi....elok bebenor la kak....pastu akak bg hazrel kt sy biar sy ajar dia jd manusia beradab skit..hihihi

      Delete
    3. hahaha.. nk amik trs Hazrel 2 pn blh farah..

      Delete
  3. wah.....
    sukenye die ad org msak tiap2 hari....
    alahai, kalau aku mampos..(xreti masak T_T)

    Nani, mst claim!! mana boleh bg org makan free~!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi....eh,qminz xreti msk rupanya...xpe leh blajo...rugi klu xpndai msk...hihihihi...mcm la akak teror beno yek..

      Delete
    2. haah..saya x reti, saya tak minat... >_< haish... mcm mn lah nak kawen... *sigh*

      kena cari laki pandai masak lah ... weeeeeeeeeee...

      Delete
    3. hahahah...nti da kawen msti tau gak msk..akak dlu pun bkn reti msk tp slow2 blaja lelama reti la...hihi

      Delete
  4. Ros kan? Err.. akak pengunjung baru. Malam tadi dah marathon baca dari part 1 sampai yang nie. Tahniah! Berjaya buatkan akak melekat dengan cerita ini. Tak sabar nak tunggu sambungannya. Oh yer, memang ada background HR yer? Sebab bila ada mention pasal in-house training sebagainya, memang tepat dengan Skim PSMB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak aziela : er, bkn Ros, sy Farah. Ros tu penulis jgk nama pena dia Eliza AB. :) kwn baik sy di alam maya....thanks kak sebab sudi membaca tulisan sy yg xseberapa ni...sy tgh smbung PJJ dlm HRD, kt opis sy handle event. sikit2 pengetahuan sy selitkan dlm ni. :)

      once again, thanks kak. :)

      Delete
  5. salam...saya pn pegunjung baru gak...baru hari baca dari bab satu sampai yg latest...best citer ni...lain drp yg lain..apa2 pun cepat2 update...dah jadi tak sabar palk dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. tq sudi singgah sini...kenalkan lah nama, leh kita kenal lbh mesra... :) insyaAllah sy akan update Ahad ni lps abis exam...tq sgt sbb sukakan cite ni. klu ada kelemahan sy, jgn segan utk tegur ye. :) mekaseh lg skali :)

      Delete
  6. hi kita suke baca citer awak.. teruskan..bkarya..kiranya blog awak nie akan jadi blog daily utk kita jenguk...harap2 slalu ade n3 baru k :)
    -hmj-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hmj...mekasih byk2 atas sokongan awak,insyaAllah sy akan selalu update...mekaseh sgt2 :)

      Delete
  7. Great and I have a tremendous provide: Who Does Renovations green home renovation

    ReplyDelete