Pages

Indahnya Hidayah Allah

Wednesday, June 22, 2011

Suatu hari aku kena outstation ke Kluang ada meeting pengurusan seksyen. Abis meeting, malam tu aku kluar makan dgn kawan lama. Seronok berborak mcm2 topik citer daripada citer lama smpi le citer terkini. Pada pemerhatian aku, aku tgk kwn aku ni dah byk berubah tp aku diamkan je.klu dlu dia la malaun, kuat menyakat org, kaki karaoke...mcm2 lg la. Tp pada pertemuan kali ni lain benar gayanya. Dia xbyk ckp mcm dlu, citer pun byk hal yg menyentuh ketuhanan. Aku dpt rsakan perubahan positif pada dia.

Citer punya citer rupanya dia telah dipilih Allah Yang Maha Kuasa untuk mendapat hidayah. Alhamdulillah. Aku tmpg gembira. Dia citerkan bagaimana peristiwa hebat tu terjadi...

Pada satu petang dia nk blk ke umah dr pejabat, masa tu dah lewat ptg. Dia plak bwk motor buruk lampu dpn mmg dah lama x idup. Tgh2 jalan hujan lbt turun so dia lpk skjap kat warung tgu ujan reda. Masa tu mmg gelap sbb dah msuk maghrib. Kawan aku tawakal je dlm hati nk blk umah time tu dlm keadaan mlm yg pekat dan lampu motor x menyala..sekali terdetik dlm hati,dia tawakal dan minta perlindungan dari Allah yang satu. Masa dia start motor utk beredar tiba-tiba dgn izin Allah lampu motor dia menyala. Tanpa buang masa dia trus pulang je umah. Dlm hati dia bersyukur dan menangis tanpa ada kata2 yg mampu dia lafazkan time tu. Masa dia citer kt aku pun dia menangis..Ya Allah indahnya hidayahMu. Aku ingin sekali merasakan nikmat itu semoga aku juga terpilih utk merasakan keindahan hidayahMu.

Dia byk berkongsi dgn aku mlm tu psl Islam. Aku mmg seronok bercerita psl ni sbb byk yang aku tak tau. Apa yang plg melekat di kepala aku ialah kita kna sentiasa berhubung dgn Tuhan. Macam kita bercinta lah, sentiasa nak msg, call pakwe/makwe kita. Klau x rindu x ingt. Dgn Allah pon kna mcm tu mlh lbh lg..sbb dia yg patut kita dahulukan lebih dr apa pun...kata2 tu masih melekat kt kepala aku hingga ke saat ini..sentiasalah berkomunikasi dgn Allah kerana dia mendengar stp keluh kesah kita. Hanya dia yg mampu beri jalan dan petunjuk bg stp permasalahan kita...

Ya Allah kerdilnya aku di sisimu, hinanya aku Ya Allah, hidup penuh dipalit dgn dosa. Tp aku mohon padaMu sucikanlah hatiku, bersihkanlah jiwa ku. Aku ingin terus hidup dlm rahmat dan perlindunganMu...