Pages

Romantik Rapsodi 11

Wednesday, March 7, 2012



Nani bersiap-siap sementara menunggu Rayyan datang menjemputnya. Pagi tadi dia menerima pesanan ringkas pertama daripada Hakim semenjak peristiwa tempoh hari. Hatinya mudah sejuk dengan Hakim. Dia tidak tahu kenapa....

“Nani,”

Nani seakan terkejut mendengar sapaan Rayyan.

“Jauh betul termenung, saya bagi salam pun tak berjawab. Ingatkan siapa tu?”

“Saya tak perasan tadi. Sorry ya. Dah lama ke boss sampai?”

“Nani, Nani berapa kali saya nak ingatkan ni. Call me Ian ok.”

“Ya, ya....saya tersasul tadi,” Nani mengukir senyum menutup ketersasulannya.

Bagai nak pecah dada Rayyan melihatkan senyuman itu. Indah sungguh ciptaan Allah yang satu ini. Redup mata Nani membuatkan jiwanya bergelora, jantungnya pantas berdetak. Rayyan menarik nafas perlahan cuba menghalau gelisah di jiwa. Dia takut Nani terperasankan kegelisahan di wajahnya.

“Nani dah siap berkemas?”

“Dah, Ian.”

“Haa kan sedap panggil macam tu. Jomlah kita gerak sekarang. Bil hospital saya dah setelkan. Jangan risau semua company cover,”

Thanks. Err, Pak Mat bila dapat keluar?”

“Pak Mat kena stay lagi 3-4 hari. Jom kita singgah melawat Pak Mat sekejap nak,”

“Ian ni macam tahu-tahu je saya nak cakap apa, he he,”

“I can read your mind..ha ha....takde lah, kebetulan pulak kita terfikir benda yang sama,”

Setelah lebih setengah jam melawat Pak Mat, mereka berdua bergerak pulang ke Putrajaya. Nani hanya membisu sepanjang perjalanan. Segan, malu semuanya bercampur. Dia tak sepatutnya menyusahkan majikannya itu tapi dia tidak punya kuasa menolak dan kebetulan pula ibu tidak dapat menjemputnya kerana terpaksa bergegas ke utara atas urusan kerja. Dia lebih rela naik teksi daripada pulang dihantar Rayyan. Cukup-cukuplah dia berhutang budi pada Rayyan.

Dia mengerling Rayyan yang sedang tekun memandu. Hensem betul boss aku ni. Bertuah sapa dapat dia. Ujarnya di dalam hati. Tanpa sedar Rayyan turut mencuri pandang dirinya di sebalik kaca mata hitam.
  
Pemain cakera padat memutarkan lagu All My Life nyanyian K-Ci & Jojo yang menjadi kegemarannya. Kedengaran Rayyan menyanyi kecil mengikut irama lagu. Nani turut sama menyanyi.

I will never find another lover sweeter than you,
Sweeter than you
And I will never find another lover more precious than you
More precious than you

“Nani suka lagu ni?” Tiba-tiba Rayyan bersuara.

Adui spoil je boss aku ni....aku baru nak feeling..Nani mendengus dalam hati. “Ni one of my favourite song....” Nani menjawab ringkas lantas terus menyambung nyanyiannya.

Rayyan menguatkan volume lalu turut sama menyanyi....”And my favourite song too,” Mata kanannya dikenyitkan nakal.

Girl you are
Close to me you're like my mother
Close to me you're like my father
Close to me you're like my sister
Close to me you're like my brother
You are the only one my everything and for you this song I sing

And all my life
I've prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you

All my life
I've prayed for someone like you
And I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do love me too

I said you're all that I'm thinkin' of.....baby

Said, I promise to never fall in love with a stranger
You're all I'm thinkin' of, I praise the Lord above
For sending me your love, I cherish every hug
I really love you

And all my life, baby, baby, I've prayed for someone like you,
And I thank God that I, that I finally found you, baby
All my life I've prayed for someone like you
And I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do love me

You're all that I ever known
When you smile, on my face, all I see is a glow
You turned my life around
You picked me up when I was down
You're all that I ever known
When you smile on your face all I see is a glow
You picked me up when I was down
You're all that I ever known
When you smile on your face all I see is a glow
You picked me up when I was down
And I hope that you feel the same way too
Yes I pray that you do love me too

All my life
I've prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life I've prayed for someone like you
Yes, I pray that you do love me too
All my life I've prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life I've prayed for someone like you
Yes, I pray that you do love me too

“Fuhhh, best gila...lama tak dengar lagu ni,” ujar Nani sambil menepuk-nepuk tangan kegembiraan. Telatahnya mencuit hati Rayyan. Dia tergelak kecil.

“All my life, I’ve prayed for someone like you, and I thank God, that I finally found you...ayat tu very meaningful to me,” Ujar Rayyan. Pandangan dihalakan ke hadapan, fokus pada pemanduannya.

“I don’t get it. What do you mean?” Nani agak blur.

“I rasa I dah jumpa seseorang yang istimewa, seseorang yang I cari selama ni,”

“Alhamdulillah, jangan tunggu lama-lama nanti putih mata. Kena cepat-cepat make a move tau,” Nani memberikan suntikan semangat kepada Rayyan. Jujur sangat kedengarannya.

Oh, Nani...betapa kau tidak mengerti rasa ini. Hati Rayyan mengeluh. Jadikan aku arjuna di hatimu, Nani....auu puitisnya!

“I rasa macam I dah tak macam dulu sejak jumpa dia,” Rayyan menyambung cerita. “Dah tak cepat marah...sejuk je hati ni bila tengok wajah dia, senyuman dia and yang paling best, mata dia...,”

“Bagus macam tu, boss....don’t lose your temper, you don’t look cool,” Erk, apa aku cakap kat boss ni...Nani menekup mulut. “Sorry, I didn’t mean it,” Ujar Nani sambil memandang ke wajah Rayyan dengan muka yang innocent.

“Jangan buat muka macam tu...Tak comel! Betul apa you cakap tu..Orang cepat marah mana nak cool, asyik hot je kan. Kita singgah minum jap nak,”

Belum sempat Nani memberikan jawapan, BMW X6 itu sudah membelok ke R&R Nilai.

“I nak sambung cerita tadi...sejak I jumpa dia, I can’t stop thinking of her...Macam ni kut rasanya when love is in the air yek,” Ujar Rayyan memberikan hint. Teh ais disedut laju. Haus sungguh dia.

“Ian tak pernah bercinta ke? Macam mustahil je. Budak sekolah pun dah pandai cinta-cinta tau ni kan pulak bapak budak,”

Apa aku cakap ni! Kenapa mulut aku selamba je nak bercakap apa-apa dengan boss ni. Cakap macam tak fikir pulak. Kena potong gaji baru tahu! Dia menekup lagi mulutnya. Ingat Nani, dia boss kau, bukan Taj yang kau nak gurau ikut suka hati. Hatinya cepat-cepat mengingatkan.

Ketawa Rayyan meledak. Nani kehairanan. Dahinya berkerut-kerut.

“Dengan I kat luar tak payah protokol la...Cakap je apa you nak cakap. You takut sangat kenapa. Takut I potong gaji ker?” Ketawa Rayyan masih bersisa.

Erk, macam mana dia tahu ni. Hati Nani rasa tak sedap. Dia ni ada kuasa boleh baca fikiran orang ke?

“Eh, mana ada. Saya takut Ian terasa. Saya ni kadang-kadang cakap lepas. Takut Ian salah faham,” Jari-jarinya leka mengacau-ngacau sirap bandung di dalam gelas.

Mereka meneruskan perjalanan pulang ke Putrajaya setelah itu. Rayyan bagaikan mendapat satu kekuatan baru bila di samping Nani. Kekuatan untuk terus percaya pada cinta. Selama ini hidupnya sentiasa diburu waktu mengejar cita-cita dan mengukuhkan empayar perniagaan milik keluarga. Dia tidak punya waktu untuk menghayati keindahan cinta. Perkahwinan pertamanya hancur di badai ombak. Dia akur dengan pernikahan yang diatur keluarga walau hatinya keras menentang. Rayyan sedikit pun tidak mencintai bekas isterinya, Dayana tapi dia tidak punya pilihan.

Namun, sejak pertama kali Nani menjejakkan kaki ke Wisma Mekar, hatinya bagai dijentik-jentik untuk terus mengenali gadis itu sementelah pada waktu itu, rumahtangganya sedang hebat bergolak. Dia sudah terlepas banyak peluang untuk mendekati Nani. Kali ini dia takkan mungkin melepaskan peluang yang datang. Tidak sia-sia dia menggesa Haniff menawarkan pekerjaan kepada Nani. Dia tidak berniat menjerat Nani dengan gaji yang lumayan tetapi itu saja jalan yang dia ada supaya Nani kembali semula ke Mekar Events.

Kemalangan yang menimpa bagaikan satu hikmah yang membuatkan dia lebih dekat dan lebih mengenali gadis itu. Betul cakap orang, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Rayyan tersenyum meleret. Dirinya mula memasang angan-angan. Hatinya mula diburu rindu. Gila bayang!

--------------------------------------------------------------------------

BMW X6 memasuki kediaman mewah di Country Heights, Kajang. Rayyan melangkah masuk ke banglo 3 tingkat itu. Dia nampak mummy dan daddynya sedang rancak berbual sambil menjamu selera di meja makan. Dia menghampiri kedua ibu bapanya dan memeluk erat tubuh ibunya. Rindu. Sudah sebulan mereka tidak bersua. Mummy sentiasa sibuk menjadi peneman daddy ke mana saja daddy pergi untuk urusan kerja yang kebanyakannya di luar negara. Dahi si ibu dikucup lembut sambil dia berbisik. “I miss you so much mummy,”

“I miss you too dear,” Datin Rohani membalas kucupan anak keduanya itu.

“Ian dah makan?” Soal Dato’ Hashim.

“Belum,” Ujar Rayyan sambil menyendukkan nasi ke pinggan. “Lapar ni,”

“Ian cuti ke hari ni,” Tanya Dato’ Hashim lagi.

“Ian MC daddy. 3 hari lepas accident tapi don’t worry. Ian dah settle kan semua. Kereta kat workshop sekarang,”

“Oh my god. Ian tak apa-apa ke? Kenapa tak call mummy bagitau? Macam mana boleh accident,” Tak cukup tanah Datin Rohani bertanya.

Don’t worry mommy. Ian ok. Masa tu hujan lebat, kami on the way balik dari PD jumpa client. Pak Mat yang drive entah macam mana jalan licin, kereta terbabas,”

“So, Pak Mat macam mana sekarang,” Dato’ Hashim kelihatan risau. Pak Mat merupakan pekerjanya yang paling setia berkhidmat kepadanya. Pekerja kesayangannya.

“Masih kat Hospital Senawang. Patah tulang rusuk. Tak pasti lagi bila boleh keluar,”

“Lepas makan nanti daddy nak pergi jenguk Pak Mat. Mummy nak ikut?”

“Boleh jugak. Kesian si Mat tu,”

Mummy, daddy there’s something I want to tell you,”

“Apa dia sayang,” Tanya Datin Rohani. Dato’ Hashim lebih senang mendiamkan diri.

“I want  to get married.......again, with someone I love. I think it’s the right time,”

“Alhamdulillah.....siapalah agaknya yang berjaya menghancurkan hati batu Ian ni,” Datin Rohani mengucap syukur di dalam hati. Anaknya yang seorang ini liat benar kalau nak bercerita bab nikah kahwin. Alih-alih hari ini dia membuka mulut untuk mendirikan masjid setelah kegagalan perkahwinan pertamanya. Datin Rohani amat kesal kerana dialah yang beria-ia memaksa Rayyan mengikut kemahuannya supaya berkahwin dengan Dayana dulu.

Daddy macam tak percaya je Ian ni, Ian betul-betul serius ke? Daddy tak nak Ian gagal lagi. Tapi, daddy takkan menghalang siapa juga pilihan Ian, as long as Ian yakin boleh bahagia dengan dia,”

“InsyaAllah. Hati Ian kuat sangat mengatakan dia jodoh terbaik untuk Ian,”

“Bila kita nak hantar rombongan ke rumah dia ni? Orang mana?” Datin Rohani jelas tidak sabar-sabar.

Rayyan tergelak besar. “Mommy ni, sabar la dulu. Nanti Ian bagitau ok. Ian nak naik atas jap nak rehat,”

“Budak ni orang tak habis tanya dia nak blah macam tu je,” Datin Rohani mengomel mengharapkan pengertian suaminya.

Mommy ni tak sabar-sabar pulak. Yang nak nikah anak kita, bukannya awak. Cuba bawak-bawak bertenang. Kan dia dah cakap nanti dia bagitahu,”

“Yelah,” Datin Rohani menarik muncung panjang sedepa.




p/s : Selamat membaca dan semoga anda semua terhibur *senyum*

10 comments:

  1. wah....dia accident tak bgtau family dia. maybe itulah beza org dewasa dgn org muda. accident mengadu family...rayyan tak pun.

    hurm...dh mulakn langkah nmpknya rayyan ni^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. family dia ke oversea, lgpun dia cedera ringan je :)

      Delete
  2. huhu.. kak iboo, mana hero celup sy tu?? x muncul2 pn.. hilang ingatan ke?? hihi.. btw, dh jth cinta kat rayyan wlpn dia duda.. janji hottt!!! btl kan kak iboo.. hehe.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..hero celup tu ade....nti dia muncul...tp akak xsuka dia...xsenonoh! akak suka rayyan...hihi

      Delete
    2. hihi.. nakal2 gtu yg sy suka.. xpe2 sy sabar menanti hero celup sy tu muncul.. apa2 pn Rayyan di hati sudahhh!! :D

      Delete
  3. makin lame makin best la plk citer ni....
    best3...

    ReplyDelete
  4. harap2 nani dngan rayyan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena teruskan bacaan kalau nak tahu kesudahannya...thanks dear :)

      Delete