Pages

Romantik Rapsodi 9

Saturday, March 3, 2012

Seperti biasa, permulaan minggu yang ceria. Nani baru keluar dari pantry bersama secawan nescafe panas di tangan. Baru nak duduk telefon di meja menjerit. “Hello, morning,

“Nani, big boss nak jumpa,”

“Awalnya panggil mengadap. Ok, aku pegi sekarang,” Ujar Nani sambil mencapai pen dan organiser menuju ke bilik Rayyan.

“Fatin, boss mood ok ke tak?” Sempat dia bertanya pada Fatin. Ye la kang masuk-masuk terus kena sergah. Naya!

“Entah, macam kureng je. Tadi aku masuk hantar kopi tengok muka masam je,”

“Yeke? Abis la aku. Bismillah,” Pintu bilik Rayyan diketuk.


“Selamat pagi boss,”

“Pagi....” Rayyan memandangnya tajam. Tiba-tiba Rayyan mencampak report yang telah dia siapkan minggu lepas. Report segala tugasnya semasa di HR Department bulan lepas.

“Cuba awak tengok balik report awak tu,” Tegang sekali suara Rayyan. “Awak buat report pakai tangan ke kaki, typo bersepah-sepah. Executive summary tak ada, report tak de format. Kalau tak tau tanya orang. Jangan buat-buat pandai. Ambik balik report sampah ni, betulkan balik. Saya nak awak pass kat Fatin sebelum lunch. Faham?”

“Faham, boss. Saya minta maaf.” Terketar-ketar Nani mengambil report di atas meja. Dia ingin cepat-cepat keluar dari bilik singa jadian itu. Hampir berlaga lututnya menahan ketakutan.

“Nanti,” Tiba-tiba Rayyan bersuara.

Ya Allah apa lagi dia nak ni. Jangan la dia tengking aku lagi. Nani tak berani nak menoleh.

“Tengahari nanti lunch dengan saya!”

Aku pekak ke tuli ni. Salah dengar ke? “Apa dia En Rayyan?” Nani bertanya lagi untuk memastikan apa yang dia dengar tadi tidak salah.

“Saya cakap tengahari nanti lunch dengan saya,” Suara Rayyan dah kendur sikit.

“Baa...baik boss,” Nani terus melangkah keluar.

“Psst...apasal kau. Sampai ke luar dengar suara boss jerit kat kau,” Fatin terus bertanya setelah Nani keluar dari bilik Rayyan.

“Aku silap buat report. Banyak salah. Aku ni baru nak masuk 2 bulan kerja kat sini tau. Kot ye pun tegur la aku elok-elok. Banyak benda lagi aku nak kena belajar,” Air mata sudah bergenang di kelopak matanya. “Pantang betul orang tengking-tengking ni. Sentap beb,” Nani terus mengadu nasib pada Fatin.

“Kesian kau. Nak aku tolong tak? Nanti aku bagi kau contoh report budak-budak lama. Kau pun satu, kenapa tak tanya aku dulu,”

“Entah la, aku ingatkan aku boleh buat sendiri. Dah lah tu dia suruh aku lunch ngan dia tengahari ni. Masaklah aku nanti. Dapat dengar ceramah free la jawabnya,”

“Kau biar betul beb,”

“Apasal. Tak kuasa la aku nak tipu kau. Hati aku tengah menggelegak ni,”

“Sepanjang aku kerja kat sini dia tak pernah ajak staff dia lunch tau tak. Kecuali ada appointment kat luar. Entah-entah dia syok kat kau tak?” Fatin menghamburkan tawa.

“Kau gila. Tak kuasa la dia nak syok kat aku. Aku pun tak rela la nok,” Tiba-tiba pintu bilik Rayyan terbuka dan dia terjengul di pintu.

Abis aku. Mati la aku kalau dia dengar aku tengah ngumpat pasal dia. Nani dah macam cacing kepanasan.

“Apa yang awak tercegat lagi ni. Pergi siapkan report tu,” Nani terus mencicit lari meninggalkan Fatin dan Rayyan.

“Fatin, carikan saya salinan quotation dan proposal Team Building yang kita dah hantar ke Kementerian Pertanian minggu lepas. And panggil Yusuf masuk bilik saya sekarang,”

“Ok, boss,”

One more thing, kalau nak kutuk-kutuk saya ke apa ke, tunggu saya tak de di ofis dulu ye,” Fatin telan liur mendengar kata-kata terakhir boss nya itu. Dia menepuk dahi. Kantoi!

--------------------------------------------------------------------------

Nani berteleku di meja kerjanya. Memerah idea menyiapkan report ‘sampah’ ni. Memang salah dia juga semasa menyiapkan report itu hatinya tengah berkecamuk dengan dilema cinta tak bersambut Hakim. Inilah padah yang dia harus terima. Matanya mengerling jam di tangan. Sudah pukul 12.00 tengahari. Report sudah siap dibetulkan dan diprint. Dia melangkah dengan bangga menuju ke bilik Rayyan maklumlah sempat siapkan sebelum rehat tengahari. Dia mengukir senyum puas.

“Fatin, kau tolong pass kat boss eh. Thanks ek nasib baik kau tolong aku. Nanti aku belanja,” Ujarnya sambil mengenyitkan mata ke arah Fatin.

“Erm, small matter friend,” Fatin membalas kenyitan mata Nani.

“Aku chow dulu sebelum singa jadian tu datang,” Nani terus meninggalkan Fatin sebelum sempat Fatin membalas kata-katanya.

Nani kembali ke meja kerja sambil menyanyi kecil. Rasa lega yang teramat. Yelah, pagi-pagi datang kerja dah kena bambu dengan big boss. Dia meneruskan kerja-kerja untuk program yang akan diadakan di Port Dickson bulan depan. Banyak urusan telah diselesaikan minggu lepas. Minggu ni dia perlu buat follow up dengan pihak hotel dan penceramah juga urusan pembayaran.

Sedang tekun menyiapkan kerja tiba-tiba Rayyan sudah terpacak di depan mejanya. Fuhh, terkejut beruk aku. Dia mengurut-urut dadanya. singa jadian ni buat aku lemah jantung betul! Dia merungut dalam hati.

Yes, boss,”

Let’s go,” Ujar En Rayyan dua patah.

“Pergi mana boss?” Nani bertanya kehairanan sambil mengerutkan kening.

“Kan pagi tadi I cakap lunch dengan I tengahari ni,”

“Oh, ya! Saya betul-betul terlupa,” Dia menepuk-nepuk dahi. Nani perasan beberapa pasang mata memandangnya dengan penuh tanda tanya. Mampus aku lepas ni mesti kena serbu dengan diorang ni.

“I tunggu you kat lobi in 5 minutes. Don’t be late. And bring along your organiser,” Suara berupa arahan itu hanya dibalas dengan anggukan.

“Psstt....boss ajak kau pegi mana?” Kedengaran sok-sek Mila yang duduk di meja depan.

“Entah, aku pun tak tau,” Nani menjawab dan berlari-lari anak menuju ke lif. Butang G ditekan. Setiba di lobi, Rayyan sedang menunggunya di sofa tetamu. Dia bingkas setelah terpandangkan kelibat Nani. Nani hanya menuruti Rayyan tanpa sepatah kata.

Di dalam kereta setelah lama keadaan terisi dengan sepi, Rayyan bersuara. “I nak bawa you ke Corus Hotel. I dah set appoinment dengan Managernya. So, I nak kenalkan you dengan person in-charge untuk program tu nanti,”

Nani kelegaan. Terungkai juga persoalan yang bermain-main di benaknya sedari tadi. Dia hanya mengangguk mendengarkan penjelasan daripada Rayyan.

Setelah sessi perbincangan dengan pihak hotel selesai dan mencapai banyak persetujuan, mereka mengatur langkah untuk pulang. Hari sudah menginjak ke petang. Suasana gelap dan angin bertiup agak kuat.

“Nampak gaya macam nak hujan ni. We better hurry Pak Mat nanti jam teruk nak sampai ofis.” Rayyan memberi arahan kepada pemandunya.

“Nani, thanks yer,” Rayyan bersuara.

Thanks untuk apa boss?”

“Sebab you tunjukkan kerjasama dan komitmen yang baik tadi.”

“Itukan dah menjadi tanggungjawab saya boss,” Nani menjawab. Terasa bangga juga dipuji oleh big boss.

Suasana sepi mengisi setiap penjuru BMW 5 Series itu.  Yang kedengaran hanyalah deru hujan yang turun menggila. Sesekali diselangi dengan kilat yang memancar.

Gerunnya! Bisik hati kecil Nani. Dipandang bossnya di sebelah. Tenang dan bersahaja. Tiada riak gerun atau risau seperti dirinya.

Tiba-tiba BMW 5 Series yang dipandu Pak Mat dirasakan berpusing-pusing. Nani lantas  menjerit sekuat hati. Di dalam hatinya tidak putus-putus mengucapkan ayat-ayat suci.....Dia memejam mata serapat-rapatnya. Tidak mahu melihat dan tidak mahu tahu apa yang terjadi di sekeliling. Keadaan begitu kelam kabut dan berlaku terlalu pantas. Dia terdengar suara Pak Mat melaungkan kalimah Allahu Akbar. Suara Rayyan langsung tidak kedengaran. Tiba-tiba dia merasakan seperti ada tangan menghimpit dan memeluk erat tubuhnya.

Ya Allah selamatkanlah kami Ya Allah!

Nani tidak sedar apa-apa selepas itu. 

9 comments:

  1. nani.kita serupa... aduhai, xsuka org tinggi suara, sentap tau... T_T

    and....dia cakap sampah? garangnya... xsuka lah kat rayyan, xsuka laki garang..

    pastu blh plak ajak lunch...nsb ad sbb yg baik.
    diorg accident kah?...hope everything's fine

    ReplyDelete
  2. rayyan tu nmpk je garang tp dlm hati ada taman...hihi

    ReplyDelete
  3. alamak!! suspen ni.. next please.. :D

    ReplyDelete
  4. ala....next episod pls?? Hihi..nanti inform saya tau kalau da ada..:). Terima kasih..

    ReplyDelete
  5. Suara Hati : InsyaAllah...thanks eh sudi baca :)

    ReplyDelete
  6. erk! sweet nok boss engkau siap peluk lae! haha :) keep writing iboo.

    ReplyDelete
  7. I LIKE RAYYANNNNNNNN...............

    ReplyDelete