Rayyan mengacau-ngacau teh ais dengan straw. Haniff hanya memerhatikan sahaja gelagat sahabat baiknya itu. Sejak dari tadi tidak sepatah pun perkataan keluar dari mulut Rayyan. Pasti ada perkara yang mengganggu fikiran Rayyan. Kalau dia buat muka kelat macam nak minta penumbuk ni, Haniff dah masak sangat. Dilayankan jugalah kerenah Rayyan itu. Sabar dia menanti Rayyan membuka mulut.
Tomyam campur, kailan ikan masin, sotong goreng tepung dan telur bungkus yang dipesan sikit pun tak terusik. Haniff pulak dah licin separuh pinggan.
“Kau ok ke tak ni?” Haniff mula bersuara. Dah tak tahan tengok muka lemau di depannya.
Diam.
“Bro, aku tanya ni kau ok ke tak? Dari tadi duk kacau air je sampai ais dah cair. Tadi kata lapar sangat nak makan banyak-banyak. Dah order macam-macam kau biarkan sejuk. Apa yang tak kena ni?” Haniff bertanya lagi.
Diam lagi.
Haniff mengetap bibir. Kalau orang lain ni dah lama kena lempang ngan aku ni. Hatinya menyumpah. Dia menarik gelas teh ais Rayyan. Rayyan mendongak kepalanya. Haa, hidup lagi! Bisik hati Haniff. Ingatkan nak jadi patung kat kedai tom yam ni.
“Kau ni apahal? Berbuih mulut aku tanya kau buat dekk je,” Haniff menarik muka.
“Entahlah beb. Takde mood,” Rayyan akhirnya bersuara.
“Apa yang tak kena? Aku tengok depress semacam je. Kau gaduh ngan adik kau lagi ke?”
“Tak,” Sepatah saja dijawab.
“Abis tu apa? Tell me la wei, penat aku tengok muka busuk kau ni,” Haniff melepaskan geram. Memang betul nak makan pelempang aku ni! Makinya lagi dalam hati.
Rayyan menggigit bibir. Mencari ayat sesuai untuk menerangkan pada Haniff. “Kalau aku citer, mesti kau akan cakap aku bodoh sekarang,”
“Sekarang pun muka kau dah bodoh sangat kau tau tak,” Belum habis Rayyan nak bercerita Haniff dah menyampuk. “Come on la wei. Don’t act like this. Bila pulak kau pandai simpan rahsia dari aku ni. Aku malas nak main teka-teka ni baik kau cakap cepat,”
“Nani,” Sepatah je jawapan Rayyan.
“Apesal ngan budak tu. Dia tolak cinta kau ke hapa?”
“Tak lah, aku belum cakap apa-apa lagi kat dia.”
“Dah tu,”
“Tadi aku terdengar dia cakap kat telefon. Aku rasa dia bercakap dengan boyfriend. Manja sangat bunyi nye,”
“Kau curi dengar ke hapa?”
“Tadi masa lepas bagi dia KFC tu, aku dengar phone dia bunyi, aku pun menyorok belakang dinding tu yang aku agak dia bercakap ngan boyfriend dia,”
Haniff memecah tawa. Kelakar, macam budak-budak pula si Rayyan ni.
“Yang kau ketawa apesal, what so funny?” Rayyan geram. Dia tengah sedih macam ni si Haniff ni boleh bantai gelak.
“Apa tak kelakarnya. Perangai kau dah macam budak tau tak. Rileks lah, small matter la ni. Sampai tak nak makan aku ingatkan masalah besar sangat. Kalau setakat boyfriend tu belum ada jaminan apa-apa lah. Anytime boleh break off,”
“Ada pulak cakap macam tu. Kau pun tau kan, aku mana pernah nak feeling-feeling ni. Baru nak syok kat orang, dah berpunya pulak. Aku bukan muda lagi nak cintan-cintun lama-lama. Aku nak confirm pastu terus kawen je. Buang masa nak tunggu-tunggu ni. Aku tak nak jadi bujang terlajak macam kau. Konon hebat sangat tapi sampai skang pun tak kawen,” Rayyan memulangkan paku buah keras pada Haniff.
“Aku bukan tak nak kawen. Masalahnya aku belum rasa nak kawen.” Haniff mempertahankan dirinya.
“What should I do?”
“Kau biarkan je lah dulu. Slowly masuk jarum, Tak payah terburu-buru. Makin kau kejar kang makin jauh pulak dia lari, langsung kau melopong,”
“Aku harap aku tak perlu tunggu lama-lama nak dapatkan dia. Setahun dah aku tunggu,” Rayyan melepaskan keluhan.
“Sabar la beb. Kalau dia dah jodoh kau, memang tak ke manalah. Kau gunalah kuasa kau untuk rapat ngan dia. Cari peluang agar dia sentiasa kena jumpa kau,”
“A’ah ek. Apa guna aku jadi boss kan. Tak sia-sia kau jadi penasihat aku,” Raut wajah Rayyan mula mengorak senyum.
“Tengok orang la bro,” Haniff lega melihat Rayyan dah kembali tersenyum. “Baik kau makan sekarang, aku nak balik mandi. Malam ni aku nak keluar tengok wayang,”
“Ye lah, ye lah. Kau date ngan sapa malam ni? Turn sapa?” Rayyan ketawa kecil. Haniff dan perempuan tak dapat dipisahkan.
“Ha ha, adalah.....” Haniff jawab ringkas.
Rayyan menggelengkan kepala. Malas dilayan. Nasi putih disua ke mulut. Sekarang baru seleranya terbuka dan dia rasa betul-betul lapar. Nani, Nani.....lu bikin jiwa gua kacau!!
alahai, nape pendek aje ni.. huhu.. xpelah, yg pasti kesian kat hero duda hot akak tu.. huhu.. :D
ReplyDeletehuhu...tu lah pendek jek...sian Rayyan kan.. :(
ReplyDeletesian gak kat rayyan ni...
ReplyDeletepakcik, nani taknak.. saya nak~~~~~~~~!!! *buat muka tak malu* weeeeeee
haha.. slbm q.min.z sambar, akak sambar dlu duda hot tu.. kihkih.. :D
Deletealamak...tak nak berebut dgn akak~!! q beralah. hakim................!!! *cinta beralih arah.* lol
Deleteerr, bkn ke mmg plh hakim ari tu.. hihi.. :D
Deletehehehehe,amik sorg satu jgn berebut...hehe :)
ReplyDeleteEeee. rayyan kite punyerlar. heee
ReplyDeleteNadine, thanks sudi baca n komen...ramai pulak peminat Rayyan ni..hihihi :)
Deletemost welcome iboo :) suke dgn iboo. jarang adew writer yg rajin layan fan dya. :)
Deleteheheheh....tq byk2 nadine... *blushing la plak* ngeee... ;)
Delete