Pages

Romantik Rapsodi 10

Tuesday, March 6, 2012

p/s : Assalamualaikum, Selamat membaca...Semoga terhibur ye...Sy amat berterima kasih kepada kawan2 yang telah meninggalkan komen di chatbox mahupun di ruangan komen. Yang tak komen pun sy ucapkan time kaceh jugak sbb sudi jenguk2 Tarian Jiwa ni...Thank you 1000x....Sy lbh bersemangat utk menulis...hehehe... :) 

                                      ++++++++++++++++++++++

Tubuhnya terasa begitu sejuk. Sejuk dan basah! Dia berada di tempat yang begitu asing sekali. Badannya menggigil. Tidak tahan dek kesejukan yang mengcengkam hingga ke tulang sum sum. Dia nampak perlahan-lahan Rayyan menghampirinya. Tangannya kaku...mulutnya terkunci...dia cuba sedaya-upaya untuk bersuara tetapi tidak berdaya.

Rayyan datang kepadanya, menyelimutinya dengan gebar. Hangat dirasakan. Rayyan merenung matanya dalam-dalam. Dia ingin bertanya kenapa tetapi lidahnya kelu.. Rayyan memeluk erat tubuhnya. Dia berasa selamat dalam dakapan itu...Kehangatan tubuh Rayyan benar-benar membuatkan dirinya terleka. Tenang sekali saat itu. Tiba-tiba alam menyimbahinya dengan sinar yang benar-benar membuatkannya silau! Nani menggosok-gosok kedua-dua matanya...bunyi siren ambulans benar-benar membingitkan pendengaran.

Ya Allah, aku bermimpi rupanya! Mimpikan boss sendiri pula tu...


Dia memandang sekeliling. Dia nampak kabur-kabur Rayyan duduk di sebelahnya, menggeggam erat jemarinya. Kepalanya pening.

“Nani, Nani.....syukur awak dah sedar...” ujar Rayyan separuh berbisik. Nani, bertahan ye, kita dah nak sampai ke hospital.” 

“What happened?” Nani bertanya lemah.

“Nanti kita cerita pasal tu ye...yang penting sekarang awak dah sedar,” Dia nampak wajah Rayyan seperti menahan hiba. Nani nampak luka di bahu kiri Rayyan........

Setiba di hospital, Nani diberi rawatan kecemasan. Setelah pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan dia tidak mengalami kecederaan yang serius. Kepalanya yang terhantuk ketika kemalangan tidak mengalami kecederaan dalaman. Dia ditahan di wad pesakit biasa untuk memantau keadaan dirinya. Rayyan hanya mendapat kecederaan ringan dan mendapat rawatan pesakit luar. Pak Mat turut di tahan di wad akibat patah tulang rusuk. Syukur semuanya selamat. Nasib baik mereka memakai tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang. Kalau tidak.....

Rayyan telah menceritakan segalanya pada Nani. Semasa kejadian, Pak Mat gagal mengawal stereng disebabkan angin lintang dan hujan lebat. Kereta terbabas dan berpusing-pusing sehingga kereta tercampak ke longkang di tepi lebuhraya. Rayyan telah memohon maaf kerana bertindak memeluk Nani. Dia tidak mempunyai apa-apa niat selain daripada melindungi Nani. Nasib mereka baik kerana pada ketika itu kenderaan tidak banyak. Jika tidak, entah apalah nasib mereka sekarang. Na’uzubillah.

“Thanks, boss kerana dah selamatkan saya. Saya sangat terhutang budi pada boss,”

“Tak ade apa yang perlu awak berterima kasih. Kita sama-sama cemas ketika tu, saya tak nak apa-apa yang buruk menimpa awak. Kalau tidak.... saya akan menyesal seumur hidup saya,” Rayyan tersenyum pahit.

“Kenapa boss cakap macam tu? Apa yang berlaku adalah di luar kawalan kita. Semuanya kehendak Yang Maha Esa,”

“Saya tau...tapi saya...........” Rayyan tidak menghabiskan kata-katanya.

“Tapi apa?” Nani bertanya meminta kepastian.

“Erm, nothing. Biarlah saya simpan untuk diri saya seorang, I think I better leave now. Nak jenguk Pak Mat sekejap. Esok saya datang melawat lagi...Awak berehatlah...Tadi saya dah call your mom, she’s on the way now.”

“Ok....,” Ujar Nani sambil menghadiahkan sebuah senyuman buat ketuanya.

One more thing Nani, kalau kat luar ofis..I tak suka terlalu formal....Just call me Ian ok...Terasa hebat sangat orang panggil boss,” Sempat Rayyan mengenyit mata sebelum berlalu.

Rayyan berlalu pergi. Dia tidak jadi menjengah Pak Mat. Jiwanya kacau.

                        -------------------------------------------

Pagi-pagi lagi Rayyan sudah terpacak di lobi Hospital Pakar Senawang. Dia risaukan Nani. Semalaman dia tidak lena tidur. Suara cemas dan sayu Nani ketika kemalangan semalam benar-benar mengganggu tidurnya. Ratapan hiba itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia mahu menjadi pelindung gadis itu. Dia mahu Nani terasa selamat di sisinya.

Rayyan duduk bersandar di kerusi yang disediakan di lobi hospital menantikan tibanya waktu melawat. Masih awal pagi. Semalam dia menelefon temannya Haniff supaya menjemputnya di hospital. Sesampai di rumah, dia terus mencapai kunci kereta dan berpatah semula ke Senawang dan menginap di hotel. Dia tidak tahu mengapa dia bertindak begitu.....Cuma yang dia tahu, esok dia mahu segera ke hospital menjenguk Nani. Jeritan hiba gadis itu terus-terusan menghantui perasaannya.

“Niff, aku nak kau cari budak tu lepas dia habis study, aku nak kau offer dia kerja kat tempat kita. Kau ikat dia dengan gaji yang tinggi. Kau simpan rekod peribadi dia kan?”

Rayyan masih ingat perbualan dia dengan Haniff, teman baik merangkap Pengurus Sumber Manusia di pejabatnya semasa hari terakhir Nani selesai menjalani praktikal di situ.

“Kau nak letak dia kat department mana? Bukan ada kekosongan pun kat ofis kita ni,” Haniff seakan tidak bersetuju.

“Yang tu kau tak payah fikir, aku nak kau buat je macam yang aku nak,” Rayyan masih teguh dengan pendiriannya.

“Kau ni kenapa? Kau suka budak tu ke? Kalau bini kau tau nak mampos?”

“Ah, aku ni ada bini macam takde bini je Niff. Oh ya, aku lupa nak bagitau kau. Dayana and I were no longer together. Aku dah failkan perceraian aku. Aku bukan nak bini Niff, aku nak isteri. Isteri yang sentiasa ada untuk melengkapkan hidup aku, yang tahu nak jaga makan pakai aku. Bukan yang tahu nak habiskan harta aku, berjoli sana-sini, keluar rumah macam dah tak tahu jalan balik.” Panjang lebar Rayyan berhujah.

Haniff terdiam. Dia tahu temannya itu tidak bahagia dengan perkahwinan yang diatur keluarga.

Parents kau dah tahu ke pasal ni?”

“Dah. Diorang tak boleh nak halang. Yang menanggung seksa aku Niff bukan orang tua aku. Diorang pon tak sanggup tengok aku susah. Divorce is the best solution for us, and Dayana pun setuju, tak bantah apa-apa.”

“Kalau itu dah keputusan kau, aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk kau.”

“Hey, kita dah off topic. Aku bukan nak cerita pasal rumahtangga aku. Aku nak kau tolong aku dapatkan si Nani tu. Kau nak tengok aku bahagia tak?” Sempat lagi dia mengugut.

“Ye lah, nanti aku jumpa dia personally and suruh dia datang balik sini lepas abis belajar. Ok, puas hati?”

“Erm, macam ni lah kawan aku,” Rayyan mengukir tawa sambil bahu Haniff ditepuknya mesra.

“Apa yang buat kau tertarik sangat kat budak tu?’

“Erm, entah tapi aku suka dia...aku suka tengok mata dia. Redup, tenang je aku rasa,”

“Tu jer?”

“Dia ni ada daya penarik tersendiri. Kau perhatikan dia betul-betul nanti kau akan tahu kenapa aku suka dia,” Ujar Rayyan lagi.

“Kang aku tengok lebih-lebih kang, aku pulak syok kat dia macam mana? Tak pasal-pasal jadi cinta 3 segi plak,” Akhirnya mereka tergelak besar.

Rayyan meraup muka. Jauh sekali pemikirannya menerawang. Dikerling jam di tangan. Eh, dah pukul 10 pagi. Sudah 2 jam dia di situ. Perutnya terasa pedih. Langkah diatur ke kafeteria. Sebungkus sandwich dan setin nescafe dicapai. Dengan cepat dia menghabiskan sarapan paginya itu. Dalam fikirannya hanya ada Nani.


“Assalamualaikum,” Rayyan memberi salam.

Nani tergesa-gesa menyambar tudung yang tersangkut di kepala katil.

“Ops, sorry,” Ujar Rayyan serba salah namun sempat juga matanya melirik pada rambut Nani yang panjang melepasi bahu. Kalau dah nama lelaki kan....

“Waalaikumsalam, boss. Awalnya sampai,” Nani menghadiahkan senyuman buat Rayyan.

“Ha’ah. Aw...awal sikit sebab kejap lagi nak gi balai setelkan pasal semalam.” Nasib baik alasan itu terbit serta-merta. Padahal semalam dia sudah membuat police report bersama-sama Haniff.

“Oh...boss dah ok ke, sakit di bahu tu macam mana?”

“Alhamdulillah, sakit sikit je...tapi sakit lagi,” Eh, apa aku jawab ni. Rayyan menggigit bibir.

“Kalau sakit, eloklah boss berehat. Tak payah susah-susahkan diri datang hospital. Kesihatan boss lagi penting, kalau boss sakit nanti susahlah kitorang,”

“Apa yang susah. Saya rasa korang lagi seronok singa jadian ni sakit kan, nanti takde sapa nak marah-marah kat office tu. Boleh berpesta korang kat ofis,” Rayyan berseloroh.

Nani telan liur. Erk, singa jadian...dia tahu rupanya! “Ish, mana ada. Kitorang semua sayang kat boss. Kalau boss sakit, kitorang susah hati tau. Tadi Fatin call saya, dia risau dia call handphone boss tapi off katanya. Saya rasa baik boss call dia balik, bagitau keadaan boss macam mana,”

Rayyan hanya memerhatikan saja Nani berceloteh. Dia sudah lupa pada sakit di bahunya itu. Bayangan Nani seakan memberikan dos yang kuat untuk dia. Bisa-bisa di badan bagaikan tidak terasa. Dia sengaja mematikan telefon. Serabut dengan panggilan yang tidak putus bertanyakan tentang keadaannya. Kenapa semua orang perlu kisah sedangkan dia sendiri tidak kisah akan dirinya...Mujurlah mummy dan daddy berada di luar negara atas urusan kerja, kalau tidak jangan harap dia boleh bebas keluar dengan keadaan seperti sekarang.

“Boss.....”

“Ian!” Cepat-cepat Rayyan memintas.

“Tapi....saya tak selesa la nak panggil macam tu, boss....”

“Ian....Ian jer...I.A.N.....ok?”

“Err....saya cuba ok,” Nani segan. Kalau level dia atau level atas sikit mungkin dia tak kisah  tapi ini big boss. Takkan nak panggil nama macam panggil kawan pulak.

“Kalau nak lagi senang panggil abang jer, now you choose,” Rayyan mula menyakat Nani yang kelihatan gelisah.

“Hah....!” Nani mencegilkan mata tidak percaya. Buang tebiat ke boss aku ni?

Ketawa Rayyan mula meledak. “Ha ha ha...gurau je lah, takkan sampai merah padam muka tu,”

Ish...ada ke dia nak main-main macam ni...Bisik hati kecil Nani. Mukanya terasa panas kerana malu. Takkan boss aku dah tercabut wayar lepas accident. Sebelum ni nak bertegur sapa dengan staff pun susah kalau bukan hal yang melibatkan kerja. Hari ni pecah rekod boleh buat lawak antarabangsa pulak.

So, Nani macam mana hari ni?”

“Alhamdulillah, dah ok sikit. Dah tak pening sangat dah kepala ni,”

“Doktor ada cakap ke bila boleh keluar?”

“Kalau dah takde masalah, esok dah boleh keluar,”

“Nanti I jemput boleh?”

“Eh, eh..takpe b...b...boss....eh, Ian. Ibu datang ambik kut esok,”

Tell your ibu that I’ll be sending you home tomorrow ok? Tak boleh tidak,” Rayyan mengeluarkan kuasa vetonya.

Nani telan liur. Nak cakap tak boleh kang dia kena jaga juga hati boss. Mana la tahu cepat confirm ke kan. Performance kena jaga. Sampai ke situ difikirnya.

“Err...tak menyusahkan boss ke nanti? Lagi pun saya rasa tak sedap hatilah, kalau boss kawan saya takpe jugak, ni majikan saya,”

Then, Nani anggap je lah saya ni kawan Nani. Easy, right?”

Susah jugak dia nak menolak. Memang dia dah tiada jalan lain selain daripada menerima pelawaan Rayyan.

“Kalau Nani tak nak bagitau, I will straightly call your ibu to ask her permission,

“Ja..jangan.....ok..ok...nanti saya bagitau ibu,”

“Assalamualaikum, Along,” Tiba-tiba kedengaran suara Pn Hanisah memberi salam. “Eh, ada tetamu rupanya,” Ujar Pn Hanisah ramah sambil menghulurkan tangan menyalami Rayyan.

“Apa yang rancak sangat berborak, sampai nama ibu pun disebut-sebut ni,” Pn Hanisah mengucup lembut puteri sulungnya itu. Nani memeluk manja si ibu.

“Ibu, ni boss Along, En Rayyan,”

“Oh, Rayyan yang call ibu semalam tu ye?”

“Ya, saya auntie,”

Rayyan jadi serba tak kena. Tadi bukan main berani nak call minta izin nak bawa balik anak dara orang. Bila Pn Hanisah dah ada depan mata kecut pulak perutnya. Hah, baru tahu!

“Rayyan ok ke?” Pn Hanisah bertanya apabila melihatkan keadaan Rayyan yang sudah berkerut-kerut dahinya.

“I’m ok auntie,”  Rayyan cuba mengukir senyum, terasa senget-senget mulutnya.

Nani menekup mulut menahan tawa. Gelihati melihat gelagat bossnya yang semakin pelik.

“Along dah makan ke? Ibu ada bawa bekal nasi goreng dari rumah. Rayyan dah makan?

“Dah,” Kedua-duanya menjawab serentak dan saling berpandangan.

“Chop, saya cakap dulu,” Nani cepat-cepat mengangkat tangannya. Tak mahu kalah. Rayyan sekadar ketawa. Pn. Hanisah menggeleng kepala melihat telatah dua anak muda di hadapannya.

“Tapi, saya lapar lagi, boleh minta nasi sikit,” Dengan muka tak malu, Rayyan bagai anak kecil meminta makanan.

“Alahai, boleh Rayyan. Nak makan semua pun tak apa,” Ujar Pn Hanisah mesra. Dia merasakan bagai sudah lama mengenali Rayyan. Cepat sekali wujud kemesraan antara mereka. Pn Hanisah menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan kertas lalu menghulurkannya pada Rayyan. Pinggan bertukar tangan.

Suapan pertama singgah ke mulut. “Erm, sedap betul nasi goreng dari air tangan seorang ibu. Beruntung Nani. Saya ni setahun sekali nak merasa masakan ibu pun susah auntie,”

Jatuh kasihan pula Pn Hanisah mendengarkan kata-kata Rayyan. “Makan lah lagi...lain kali kalau Rayyan terasa nak makan apa-apa, bagitahu Nani, nanti auntie masakkan, hah, Nani tu pun tahu jugak masak. Kalau auntie tak sempat nak masak, Nani boleh tolong masakkan,”

Eh, eh ibu ni. Siap buat promosi bagai! Tiba-tiba terlebih ramah dengan boss aku ni apa hal? Macam dah kenal 10 tahun gayanya. Aduhai....Nani berceloteh dalam hati. Hakikatnya, dia terpaksa bersetuju sahaja dengan kata-kata ibunya.

“Oh, tak tahu pula Nani pun pandai masak. Untung siapa yang jadi suami Nani nanti,”

Mendengarkan kata-kata itu, hati Nani jadi sayu. Dia teringatkan Hakim yang sudah berhari-hari tidak menghubunginya. Perlu kah dia mengharapkan pada orang yang tak sudi...bertepuk sebelah tangan, mana mungkin berbunyi. “Siapalah yang sudi nak jadi suami saya ni boss,” Ada sendu di hujung ayat itu.

Saya sudi.....tapi kata-kata itu hanya terzahir di dasar hati Rayyan. Ingin saja dia mengungkapkan hasrat hati yang telah sekian lama dipendamkan. Go slow, Rayyan...no need to hurry...

“Takkan lah orang semanis dan secantik Nani ni takde siapa yang nak. Mustahil kan auntie,” Rayyan bersuara menutup debar di hati.

Nani tertunduk menyembunyikan bahang panas yang merona merah di pipi.

“Auntie ni tak kisah sangat siapa-siapa pun bakal suami Nani. Yang penting kuat pegangan agama, pangkat dan rupa tu bukan ukuran. Lagi satu biarlah suami Nani nanti boleh jadi pelindung kepada kami sekeluarga, tempat kami bergantung harap,”

“Ibu ni, Along muda lagi., tak terfikir pun lagi pasal kahwin-kahwin ni. Lagipun, Along nak tunggu ibu kahwin dulu, boleh?” Nani ketawa mengekek.

“Budak ni, ke situ pulak dia. Ibu dah expired. Dah tak perlu nak kahwin. Ibu tunggu nak jaga cucu je lepas ni,”

Rayyan memerhatikan perbualan kedua beranak ini. Ibu kahwin.....dia tak berapa mengerti.

“Sorry to interrupt auntie, saya tak faham, auntie kena kahwin...?” Persoalan yang bermain di benaknya diluahkan.

“Kalau Rayyan nak tahu, Nani ni anak yatim. Ayah Nani dah lama tak ada. Dia meninggal dunia akibat nahas jalan raya 8 tahun lepas. Ketika tu, Nani baru nak masuk 15 tahun. Adik-adik dia pun kecik-kecik lagi,”

“Oh, sorry auntie, saya betul-betul tak tahu,”

“Takpe....benda dah lama. Kami semua redha dengan ketentuan Allah. Lagipun auntie bangga anak-anak auntie semua jadi insan yang berguna, walaupun kehidupan kami ni serba sederhana,”
Rayyan tekun mendengar setiap butir bicara Pn Hanisah. Banyak maklumat baru tentang Nani dia berjaya peroleh hari ini. Patutlah jiwanya meronta-ronta untuk sampai ke sini. Allah nak permudahkan hajatnya rupa-rupanya.

“Asyik auntie je duk bercerita, tengok nasi dalam pinggan tu baru habis setengah je,”

“Seronok dapat borak dengan auntie sampai lupa nak makan,” Rayyan menghabiskan nasi goreng yang masih bersisa. Nani menghulurkan segelas air masak untuknya.

“Thanks, Nani,”

Nani menganggukkan kepala.

“Saya nak kena minta diri dulu ni auntie, Nani. Nak jenguk Pak Mat di wad sebelah.”

“Nanti kirim salam saya pada dia ya, boss,”

“InsyaAllah. Setelah menyalami Pn Hanisah, Rayyan berlalu pergi.

7 comments:

  1. ayat paling best: kalau dah nama lelaki kan....?

    lol..mesti ah...kalau laki ada peluang jer.. mata luas bukak. hoho.. obvious gila rayyan ni suka kat pompuan ni..weeeeeee.....

    tapi beza umur diorg berape ek?

    ReplyDelete
  2. hahahha....baik mana pun lelaki...erm, phm2 sendiri la kan...beza umur 9 thn jer... :) a'ah rayyan suka sgt dgn Nani....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah3. bertuah nye badan ad org suka...^^ heheh..

      Delete
  3. n3 plg pnjg yg sy baca.. err, Rayyan dh kawin ya.. alahai!! x hensem dh Rayyan tu.. hihihi.. apa2 pn best kak iboo.. apa cete Hakim??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rayyan dah kawen tp dah cerai...jd duda terhangat di pasaran.hihihi...tq Eliza sbb bagi komen yg positif.kalu ada kekurangan tegur je eh, akak terima dgn terbuka... :)

      Delete
  4. tahniah...suka tp sedih bila bc sinopsisi...rayyan mati...

    ReplyDelete
  5. Intan : erm, yeke Rayyan mati..blum tau lagi. mekasih ats komen Intan. :)

    ReplyDelete