Pages

Romantik Rapsodi 16

Sunday, March 18, 2012

Kursus selama 3 hari berjalan dengan lancar. Nani berkemas-kemas untuk pulang. Lega apabila teringatkan raut wajah Rayyan yang berpuas hati dengan hasil kerjanya bersama Nita. Nani senyum sendiri. Tiba-tiba wajah Rayyan bertukar ganti wajah Hakim....Hatinya terusik. Dia perlu selesaikan halnya dengan Hakim. Blackberry Bold Hakim digenggam... Macam mana dia nak hubungi Hakim ni....

Selepas menghantar Nita ke rumahnya, Nani nekad. Dia terus menghalakan keretanya ke Puteri Palma Kondo. Dia rela menunggu di luar gate dengan harapan Hakim akan pulang selesai waktu kerja. Jam sudah pukul 5.00 petang. Kebiasaannya Hakim akan sampai ke rumah jam 5.30 petang kerana waktu itu dia akan menghubungi Nani.

Nani sabar menunggu. Blackberry masih dalam gemggaman. Seketika, dia nampak kelibat Audi milik Hakim. Segera dia keluar dari kereta melambai-lambai tangan memberi isyarat supaya Hakim berhenti.

Hakim memberhentikan keretanya sebaik melihat Nani. Hatinya masih terasa sakit. Dia menghampiri Nani. Neck tie dilonggarkan....Panas.

Nani memerhatikan saja langkah Hakim menghampirinya. Rindunya dia nak menatap wajah itu. Dia cuba mengukir senyum, namun tak berbalas. Marah lagikah Hakim?

“You buat apa kat sini?” Soal Hakim nak tak nak.

Nani segera menghulurkan Blackberry yang sudah retak skrinnya itu pada Hakim. Matanya cuba mencari anak mata Hakim. Kalau Hakim taknak faham, dia berharap pandangan matanya mampu memberi jawapan bahawa dia tidak berniat membuat Hakim curiga. Hakim tidak menyambut huluran itu. Dibiarkan saja sehingga Nani mengalah.

“Orang minta maaf pasal hari tu....Orang tak berniat nak buat dia marah. Masa tu orang terkejut, dia tengking-tengking tak tentu pasal. Harap dia faham, orang pun kena jaga hati boss. Tak ada apa yang berlaku between us. My colleague sepatutnya joint dinner tu tapi last minute dia tak sihat, so takkan orang nak cancel macam tu je sebab boss dah tunggu. Memang orang salah sebab off kan phone. Orang takut, orang tak boleh terima dia marah-marah macam tu.....” Nani cuba menjelaskan semuanya.

Hakim masih membatu. Dia menggigit bibir. Cuba mencerna kata-kata Nani.. Nani mencapai tangan Hakim, Blackberry bertukar tangan. “Kalau dia tak nak percaya, itu terpulang. Orang dah explain semuanya,” Nani berpaling untuk melangkah.

“Ok, for this time, orang terima excuse dia,” Hakim bersuara.

Excuse dia cakap. Ingat aku kaki putar alam ke hapa. Nani bersuara dalam hati. “Terpulanglah...kalau dia rasa orang datang sini straight away from PD semata-mata nak bagi excuse. Orang pun tak paksa dia percaya,” Nani malas nak bertekak. Makin lama dia tunggu kat sini, karang lain pula jadinya...Makin nak jernih makin keruh pula keadaan.

Nani membuka pintu kereta, sebaik dia hendak mentupnya, terasa pintu kereta dihalang. Dia sekadar memandang sepi wajah Hakim. Apa lagi yang dia tak puas hati ni?

I miss you,” Itu saja yang keluar dari mulut Hakim Tapi sekurang-kurangnya dapat menyejukkan hati Nani.

Nani senyum. “Jangan marah-marah lagi ok,”

Promise, dia balik dulu nanti orang call. Bye sweetheart,” Ujar Hakim sebelum Nani berlalu pergi.



--------------------------------------------------------------------

Malam minggu....Hakim tidak keluar. Dia penat. Sekarang ini syarikatnya sibuk menyiapkan kertas kerja untuk tender kerajaan bagi merebut peluang menguruskan satu event antarabangsa. Pertama kali dia perlu bertungkus-lumus begini. Kebiasaannya kalau ada projek besar, daddynya akan meminta Rayyan, abangnya menguruskan segala kertas kerja dan urusan tender. Dia malas hendak membantah, sekurang-kurangnya biarlah daddy tahu dia juga berkebolehan. Rayyan! Sudah lama dia tidak dengar cerita Rayyan. Malas dia nak bersua muka dengan abangnya itu. Pasti ada saja hal yang boleh membuatkan mereka bertegang urat.

Dengar cerita dari mummy, daddy bercadang untuk merge syarikat yang diuruskannya, Phase One Events dengan syarikat Rayyan, Mekar Events. Rayyan akan kembali menerajui Mekar Summerset, sebuah lagi anak syarikat Mekar Holdings yang menguruskan rangkaian pusat peranginan. Baru ura-ura belum tentu jadik. Kalu jadi, makin banyaklah kerjanya nanti, bermakna makin berkuranglah masanya untuk aktiviti sosial. Hatinya mendengus!

Sedang leka mengelamun, loceng di pintu berbunyi. Hakim bingkas. Dia tahu ini mesti sahabat baiknya Jack yang datang. Telahannya tepat sekali.

“Masuklah,” Ujar Hakim sejurus membuka pintu.

“Kau nak lepak rumah je ke malam ni?”

“Aku penat lah, takde mood nak keluar,” Hakim kembali berbaring di sofa. “Kau ada plan ke?”

“Takde.. Aku boring kat rumah. Tunggu kau call ajak keluar. Senyap je. Ape cerita kau dengan awek pakai tudung tu?” Dah settle?”

“Tadi dia datang cari aku, pulangkan handphone,” Hakim bangun menuju ke dapur. 2 tin coke dibawa keluar bersama sebungkus kacang.

“Kau serius ke dengan dia?” Jack bertanya lagi.

“Ha ha ha....aku? Serius? Ha ha ha,” Hakim ketawa. “Kau pernah tengok ke aku serius dengan perempuan. Nonsense!”

“Kau tak kesian ke. Aku tengok awek ni lain macam je. Innocent,”

“Aku try je, dah dia on aku nak cakap apa,”

Jack menggelengkan kepalanya. Sikap Hakim tak berubah-ubah. Ingatkan dah bertemu gadis bertudung hatinya boleh ditawan. Rupanya sama saja. Kesian budak tu!

“Aku cuba nak serius, tapi bila dia bercerita pasal mak ayah dia, pasal adik-adik dia, aku rasa aku belum sedia nak bagi komitmen lah. Aku rasa macam ada tanggungjawab besar pulak. Please lah, I just want to have fun, you know me, right. Lagipun dia baik sangat. Tak in dengan aku. Dah pakai tudung nak enjoy lebih-lebih bukan boleh. Takkan aku nak heret dia ke disco plak,”

“Kesian budak tu nanti. Dari apa yang kau cerita aku tau dia baik. Aku pulak tak sampai hati nak tengok kau lukakan hati dia,” Jack cuba memberikan nasihat walaupun dia tahu setiap kata-katanya tidak bermakna sedikit pun pada Hakim. Kadang-kadang dia kesian melihat gadis-gadis yang menggilai Hakim. Sanggup jadi hamba cinta, sanggup lakukan apa saja untuk Hakim sehingga mengorbankan maruah sendiri. Pelik. Tapi itulah Hakim, kerana rupa dan harta dia tak perlu bersusah payah mendapat apa yang diinginkan. Perempuan, sekali petik jari, berbaris yang datang.

“Jack, aku tau apa aku buat. Sejak bila kau jadi ustaz ni?” Hakim meneguk coke. Puntung rokok dinyalakan, disedutnya dalam-dalam kemudian asap dihembus ke udara. “Kau jangan risau lah, aku belum puas enjoy. I know the time will come but not now. Aku belum sedia nak ada komitmen. Aku pun tak cakap aku nak kawen dengan dia kan. Aku takde janji apa-apa. Long way to go, man!”

“Aku nasihat....the rest, terpulang pada kau. Aku takut satu hari kau pulak yang jadi hamba cinta....terhegeh-hegeh kejar budak pakai tudung tu,”

“Wei, wei, kau jangan nak curse aku,” Hakim memberi amaran.

“Aku bukan curse, aku Cuma nak ingatkan.....,”

“Dah la malas nak fikir pasal perempuan...Aku ni dah la penat kau tau tak. Minggu depan nak submit proposal tu... Kalau kalah, mampus aku kena dengan daddy. Nanti kang tak abis-abis dia nak bandingkan aku dengan Rayyan.... Rayyan lain, aku lain. Aku tak nak hidup macam dia, jadi hamba kerja buat apa,”

“Aku faham. Kau ingat kau sorang pening pasal tender tu...aku pun pening. Harap-harap ada la rezeki...Lapar la pulak, apa ada umah kau ni...”

“Kau pegi la gali kat dapur tu....” Malas nak layan si Jack. Dia teringatkan Nani...Buat apa agaknya sekarang ni. Dia sukakan Nani...dia akui..Namun untuk pergi lebih jauh bersama Nani dia belum bersedia. Cukup setakat menjadi kekasih. Dia pun tidak harapkan lebih dari Nani. Cinta? Entahlah dia sendiri pun tak tahu bagaimana ertinya cinta...

“Jack! Esok temankan aku beli handphone,” Hakim menyergah Jack yang terbongkok-bongkok di celah kabinet dapur.

“Ye lah, kot ye pun jangan la sergah aku. Siot betul nasib baik takde lemah jantung,” Ujar Jack sambil mengurut dadanya. Panjang muncungnya.

Hakim ketawa terkekek-kekek tak tahan melihat muka Jack terperanjat.

----------------------------------------------------------------------------------

Nani….Nani….Nani….kepalanya berat dipenuhi gambaran wajah gadis itu.. Pandang kiri nampak Nani tersenyum padanya. Pandang kanan nampak Nani kenyitkan mata padanya. Pandang atas, pandang bawah, pejam mata…..semuanya ada Nani…di mana-mana! Bayangan gadis itu seakan mengekori ke mana saja dia pergi… Parah aku macam ni! Rayyan melepaskan keluhan. Ingin mendekati, bimbang gadis itu akan terluka lagi. Teringat dia peristiwa di PD… Kesian. Kalaulah Nani jadi miliknya, setitis air mata pun dia tak akan izinkan tumpah.

Kenapa gadis itu perlu merana untuk dicintai? Kenapa gadis itu sanggup membiarkan hatinya remuk diseksa rasa cinta. Bukankah cinta perlu dibaja dengan kasih sayang, bukankah cinta itu satu perkongsian rasa? Satu keindahan? Peliknya cinta atau ini semua memang lumrah orang bercinta? Rayyan bermonolog sendiri. Jahil sangat ke aku tentang cinta. “Nani, jangan kacau jiwa saya. I beg you…shooohhh…go away…go away…pergi tido sayang…go, go.” Rayyan bercakap sendirian, menghalau wajah Nani yang bertenggek di birai katilnya.

Rayyan terlentang di katil dengan tangan kanan terletak di dahi. Nani, Nani.... ah, kalau setakat ada boyfriend apa ada hal…kahwin pun boleh cerai… Rayyan tersenyum. Panjang akalnya tiba-tiba…..

 Kang Ji Hwan Uncategorized Photos

-------------------------------------------------------------------------------------

Nani baru selesai solat Isyak tatkala telefon bimbitnya berbunyi. Dia pantas mencapai handphone. SMS dari big boss? Nani menggaru dahi. Tak pernah-pernah bossnya SMS. Urgent ke?

“Nak minta tolong ibu you masakkan nasi goreng macam kat hospital aritu…boleh?”

Berkerut dahinya. Buang tebiat ke apa boss ni. Nasi goreng telur campur ikan bilis je pun ibu masak hari tu. Sedap sangat ke?

“InsyaAllah, nanti saya bawa hari Isnin” Nani cepat-cepat tekan butang send.

“Thanks. Monday, ok.”

“Ok,”

Pelik betul perangai boss ni. Takkan betul-betul tune lari lepas accident hari tu kot? Layan je lah selagi dia tak suruh aku buat bukan-bukan. Setakat nasi goreng apalah sangat. Eh, cop…takkan orang gaji dia tak sediakan breakfast sebelum dia pergi kerja? Nani berteka-teki sendiri. Umar Rayyan, nasib baik lah kau tu boss aku kalau tak, tak hingin nak dilayan.

Nani membelek-belek SMS dari bossnya itu. Sebelum terlupa, dia delete SMS tersebut. Bimbang Hakim mengamuk lagi. Tak sanggup dia nak menghadapi bahang api cemburu Hakim. Taubat!



11 comments:

  1. an update~!!! YAY!!!

    suka nye..tgh boring2 skali nmpk.. hehe (^______^)

    HEY YOU HAKIM...amboi2.. jahat nye... (>_<)o
    ade jugak jantan macam kau ni eh?
    Jangan kau ingat aku suka sgt kat kau~!! AKU SUKA KERETA KAU JE!!! GO TO THE HELL YOU>>LEAVE YOUR CAR FOR ME!!

    kesian si duda HOT. apalah nasib diorg...
    ish...diorg ni brothers ker? *sigh* kena plak adik bradik diorg ni..dua2 kuat marah.

    >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kelakar la qminz ni..sakit perut baca komen qminz...

      yup diorg adik beradik...surprise!!! :)

      Delete
    2. diorg adik beradik mmg unpredictable. sbb mmg xda hint langsung sblm ni... aiyoo adik beradik kejar satu perempuan lagi...tak tahu nk support yg mane tu yang masalah tu...

      kesian kat dua2, kalau tak support hakim biler dia nk jadi baik, kalau tak support DUDA HOT...ala...duda hot sgt hot.. kena support gak...

      Delete
    3. hihi...kita tgk sapa yg kena... :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. err... x tau nk komen apa.. adik-beradik ka??? nk pengsan kejap blh x farah..
    why?? why farah.. kenapa diorang adik-beradik.. alamak, terlebh sudahhh... hahaha..
    apa2 pn kesian kat duda hot akak tu.. sedihnya, dpt rskan cintanya x berbalas.. xpe, akak kan ada... hahaha (gelak jahat).. :D

    p/s : AJID hr selasa ya akak update.. jgn pujuk rayu akak pulak.. hihi.. err, menyibuk pulak AJID kat dlm ni ek.. haha.. :D

    ReplyDelete
  4. aik apsal comment has been removed kak ros? :) hahaha, kak ros amik jek la duda hot tu, sian dia..huhuhu :)

    yeay, ajid lg 2 ari..baca ajid kena emo skit..geram ngn si hazrel berlagak ngn pejal ngok ngek tuh...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk, terdouble sendlah dik.. 2 yg akak removed 1 lg tu.. huhu.. bengong kejap lps tahu Hakim n Rayyan tu adik-beradik.. haha..

      ala, akak sure ramai yg dh tahu apa yg terjd pd HH & NAZ tu.. x payah n3 bab 11 tu pun ok kan?? hihi.. :D

      Delete
  5. sy xnak predict apa jd dlm AJID, baru surprise skit... :)

    ReplyDelete
  6. Nani go to rayyan~!!!
    x suke hakim....;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh...kan...hrp2 someday pintu hati nani terbuka utk rayyan.. :)

      Delete