Isnin yang ceria. Nani memulakan tugas seperti biasa. Hari ni dah masuk tiga hari Hakim tak menghubunginya. Dia agak Hakim tengah mabuk kepayang dengan cinta barunya. Biarlah.
“Nani, boss panggil,” Tiba-tiba Fatin, PA big boss terpacul depan meja kerjanya.
“Bos panggil? Ada hal apa eh,” Nani soal Fatin. Jarang bos panggil awal-awal pagi begini.
“Entah, dia tak cakap pulak. Tapi urgent katanya,”
“Ok aku pegi sekarang, thanks,”
Nani bangun melangkah ke bilik bossnya, Rayyan. Boss aku ni pun muda lagi, baru 32 tahun. Dengar-dengarnyya duda tapi tak ada anak. Hensem, kulit cerah tapi, cerewet Na’uzubillah. Sempat Nani mengomel dalam hati sebelum mengetuk bilik Rayyan dan terus melangkah masuk.
“Morning, boss,”
“Morning, have a seat,” Rayyan membalas sapaannya tapi matanya tidak lekang memandang skrin komputer. Dekat 5 minit jugalah dia keras di kerusi itu.
Tekunnya bos aku ni!
“Nani, macam mana kerja, ok?”
“So far Alhamdulillah boss, err boss ada perkara apa nak dibincangkan? Tadi Fatin kata urgent,”
“Oh ya, I nak you jadi secretariat untuk training yang kita organise di PD next month,”
“Training apa boss?”
“Anger And Stress Management. Corus Hotel PD minta kita anjurkan kursus ni untuk staff diorang di peringkat pengurusan,”
“Ok,” Nani jawab sepatah.
“Kita akan buat training 3 hari so I nak you contact dengan Corus Hotel PD to set the date on 18 to 21 November 2008. Nanti I akan minta Nita tolong you pasal penyertaan, agenda, speaker and lain-lain. Anything you can ask Nita or Fatin or myself. I nak bagi you exposure supaya you dapat belajar macam mana nak uruskan event atau pun training. Ok?” Panjang lebar Rayyan menerangkan. Nani pula, memcatat pantas arahan yang diberi oleh ketuanya itu.
“Ok thanks boss sebab beri saya peluang ni. Saya akan cuba berikan yang terbaik,”
Rayyan tersenyum lebar. “Oh ya, nanti I nak you submit report semasa you di HR Department. Kalau boleh by next Monday morning dah ada di meja I,”
“Ok, boss.”
Nani bangun dan meminta izin untuk beredar. Dia terus mencari Nita untuk mendapatkan tunjuk ajar. Walaupun Nita hanya setahun lebih tua dari Nani tapi dia sudah lama bekerja di sini. Nita bermula dari bawah selepas tamat SPM. Tidak hairanlah kenapa dia menjadi pekerja kesayangan boss dan telah dinaikkan pangkat menjadi Eksekutif. Tengok saja cara kerjanya yang komited dan berdedikasi. Memang layak dan Nani kagum dengan kesungguhan Nita.
Nani kembali ke meja kerja setelah berbincang dengan Nita. Dia pantas mencapai telefon bimbit manalah tahu kot-kot ada panggilan dari Hakim. Hampa. Kalau dulu setiap pagi pasti Hakim akan menghubunginya. Nyanyikan lagu entah apa-apa dengan suara yang tak berapa merdu tu. Jauh di sudut hati dia sedikit terasa dengan perubahan sikap Hakim.
Mungkin selepas dan selepas ini dia akan terus lupa pada aku. Aku seronok jadi kawan dia. Dia memang seorang yang menyenangkan. Ah, biarlah. Entah berapa kali hatinya berkata biar....biar...biar...Buat apa ditunggu orang yang tak sudi.
Nani terus menyambung tugas seperti biasa. Malas dilayan perasaan sedih lagipun ada tugas penting yang perlu dia selesaikan. Dan sehinggalah waktu menginjak ke pukul 5.00 petang, Nani masih tidak menerima panggilan dari Hakim.
Hari ini dia perlu stayback, banyak perkara yang perlu dibereskan. Pukul 7.00 petang barulah dia beredar meninggalkan pejabat. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuju ke kereta. Penatnya....hari ini dirasakan sungguh panjang. Kelisa second hand berwarna silver itu dibuka pintunya. Nasib baik ibunya bermurah hati membayarkan duit muka kereta untuk memudahkan dia berulang alik ke tempat kerja. Tanpa berlengah, Nani terus meninggalkan perkarangan pejabat bersama sekelumit hampa.....
Dia tiba di rumah ketika senja sudah berlabuh. Deringan telefon mengejutkannya yang baru selesai menunaikan solat Maghrib. Nani tengok di skrin tertera nama pemanggil, Hakim. Entah apa pula ceritanya hari ni.
Mesti dia nak cerita kat aku pasal dia dengan Aliyah ni. Hati kecil Nani mengagak.
“Hello,” Nani menekan punat hijau di telefon setelah agak lama telefon bimbit dibiarkan menjerit-jerit.
“Hai sayang, sihat?” Senangnya dia panggil aku macam tu. Dia tak tahu ke aku terdera dengan panggilan sebegitu. Detik hatinya.
“Sihat, macam biasa,”
“Lama kita tak keluar, jom pergi minum nak,”
“Erm, next time kot, hari ni orang penat la Kim,”
“Alaaa...tak rindu orang ker?” Eeeee, nak jer Nani menjerit sekuat hati...Jangan beli jiwa aku!!
“Hahahahahha,” Nani gelak besar. Hakim, Hakim .....
“Gelak pulak dia ni,”
“Habis tu nak saya cakap apa. Kalau cakap rindu kang ada pulak yang baling saya dengan high heels karang,”
“Sapa berani buat macam tu,”
“Makwe awak la Aliyah,”
“Laa dia ker...Malas lah cakap pasal dia,”
“Pulak, aritu beria cakap suka kat dia. Apa masalah pulak ni?” Dah bosan baru cari aku...tapi ayat itu cuma mampu disebut di dalam hati.
“Dia tu belum apa-apa dah nak lebih-lebih. Weekend hari tu orang gi The Curve ngan dia. Maintenance tinggi sangat lah dia tu.” Hakim mula membebel.
“Awak kan banyak duit. Apa ada hal?”
“That’s not the issue. Kot ye pun jangan la gelojoh sangat. Orang habis dekat RM2,000 tau belanja dia shopping satu hari tu, kalau orang dah official jadi pakwe dia takpe la kan,”
“Padan muka,” Ops, terlepas cakap.
“What! Awak cakap orang padan muka?”
“Mana ada. Saya cakap lain awak dengar lain,”
“Orang belum pekak lagi tau,” Suara Hakim dah mendatar.
“Erm, yup memang orang cakap dia padan muka pun, nape marah ke?” Sebenarnya Nani memang berniat berkata begitu, biar Hakim sedar sikit. Ha ha. Puas hati!
“Sampai hati dia,” Suara macam nak merajuk pulak Hakim ni.
“Ya lah, next time janganlah mudah sangat termakan pujuk, tercair hati dengan orang yang baru kita kenal. Perempuan macam tu suka la kejar awak sebab awak boleh bagi dia apa yang dia nak. Lain kali kena la beringat sikit, ada faham???” Panjang pula syarahan Nani. Geram dengan kebodohan Hakim.
“Ok, erm....ni yang buat orang sayang dia ni. Dia tak macam yang lain,”
Aduh, berbisa sungguh kata-kata Hakim. Ibarat racun yang merosakkan urat saraf Nani perlahan-lahan. Sumpah! Dia takkan termakan lagi dengan ayat-ayat manis Hakim walaupun dia tahu Hakim mampu buat naluri wanitanya bergetar. Nani kena berlagak seperti biasa. Kena keraskan hati.
Konon-konon aku tak syok kat dia...boleh?
“Sebab orang ikhlas jadi kawan awak, tu je. Kalau tak ikhlas dah lama orang ambil kesempatan macam yang lain tu,” Aku menjawab kata-kata Hakim selepas 30 saat menyepi.
“Erm, weekend ni free tak?” Hakim ubah topik pulak.
“Tak sure lagi la. Kalau mak tak ajak balik Rawang, free kot,”
“Jom kita tengok wayang nak tak? Remember....awak nak belanja orang kan bila dapat gaji pertama. Jangan buat-buat lupa, ok.”
Nani sudah tidak ingat dia ada berjanji dengan Hakim. “Ada janji eh, macam mana boleh lupa ek,”
“Tak kira, Sabtu ni kul 11.00 sharp orang tunggu depan rumah dia,”
“Ok lah,” Aku mengalah juga. Dah lama juga dia tidak keluar dia dengan Hakim.
“See you on Saturday sayang, bye,”
Glup..Nani telan liur lagi. Benci bila namanya digantikan dengan panggilan sayang. Ah, dengan semua orang dia panggil sayang. Sweet talker! Nani merebahkan diri di atas katil dan matanya leka memandang kipas yang sedang ligat berputar.....seligat otaknya yang tengah berusaha mencerna kata-kata Hakim.
Aku yakin sayang nya hanya di bibir, bukan di hati. Aku pasti itu.
--------------------------------------------------------------------------
Hari Sabtu, Nani bersiap-siap untuk keluar dengan Hakim. Teruja juga nak berjumpa dengan Hakim walau hatinya keras melarang supaya jangan terlalu berharap. Nani turun ke bawah setelah selesai bersiap. Dah pukul 11.15 pagi...Lambat sikit kut, ada hal mungkin. Pukul 11.45 masih tiada bayang Hakim di depan rumah.
Isy....dia ni tak keluar ke tak. Rungut hatinya.
Dia cuba menghubungi Hakim tetapi talian dimatikan. Nani mula rimas. Dia benci menunggu dan benci orang yang tak tepat pada janji. Nani mendail sekali lagi. Kali ini ada deringan.
“Hello,” Nani pasti ini bukan suara Hakim. Dia belum pekak. Jelas sekali itu suara perempuan.
Dia membetulkan kerongkongnya yang tersekat. “Hakim, ada?”
“Hakim...erm jap ye,you sapa?” Ujar suara yang kedengaran seperti baru bangun dari tidur itu.
“Oh, I secretary dia,” Belasah aje lah.
“Honey, call for you...!!!,” Jeritan itu jelas di pendengarannya. Honey? Yucks!
Telefon bertukar tangan apabila suara garau Hakim muncul di talian. “Hello,” Kedengaran juga seperti baru bangun dari tidur. Dia tidur dengan perempuan tu, oh? Otaknya mula berfikir-fikir.
“Hakim, it’s me Nani. Sorry lah kacau you. I just nak tanya jadi ke nak keluar ni? Kalau tak jadi tak pe, it’s fine with me,” Tiba-tiba Nani cakap I YOU dengan Hakim. Memang dah tahap geram gila.
Memang aku dah tak ada mood pun nak keluar. Buang masa aku je bersiap lawa-lawa. Hampassss....! Jerit Nani dalam hati...
“Keluar? Oh man!! Sorry I terlupa, sorry sangat-sangat. I....I betul-betul terlupa. But sorry sayang I can’t make it today. Hakim ada hal pulak hari ni, how about tomorrow, promise,” Hakim memicit-micit kepalanya yang terasa berat.
“Never mind. Tomorrow I’m not free. Sorry, bye,” Nani terus mematikan talian. Lupa ke buat-buat lupa. Dia mendaki tangga naik ke atas menukar pakaian. Dalam kepala dah fikir macam-macam. Sedikit demi sedikit karakter Hakim mula difahami. Womaniser, kaki minum. Erm, apa lagi? Semua ciri-ciri suami soleh memang tak ada dalam diri dia.
Yang menjadi persoalannya kenapa dia masih suka Hakim? Kenapa? Kenapa dia masih berharap untuk menjadi pendampingnya. Menjadi temannya? Nani betul-betul tak tahu kenapa? Dia tak ada jawapannya.
Tuhan, berikan aku petunjukMu. Aku tak mahu jadi perigi yang sibuk mencari timbanya. Itu bukan aku...Kenapa bila bab Hakim aku bukan menjadi aku, yang kuat berpegang pada prinsip diri. Kenapa aku mudah berlembut dan memaafkan setiap perbuatannya walaupun aku sendiri makan hati. Suatu masa nanti aku harap aku temui jawapan kepada setiap kenapa itu? Hatinya terasa membengkak. Nafasnya turun naik. Geram dengan diri sendiri. Fikirannya buntu...dia betul-betul tidak mengerti perasaannya kala ini.
Nani berkira-kira, daripada melepak di rumah dan bikin kepalanya kusut lebih baik dia keluar dengan Taj. Dah lama rasanya tidak bersosial. Ibu pagi-pagi sudah keluar dengan Amina adik bongsunya ke IKEA menyambung misi minggu lepas yang tergendala sebab dirinya. Nani tidak jadi menukar baju. Nombor Taj didail. Kebetulan Taj tidak sibuk hari ini. Nani segera memacu kereta menuju ke Puchong menjemput Taj di rumah.
“Nani!!!! Rindu gila nak jumpa kau,” Masuk saja ke perut kereta Taj sudah menjerit-jerit melepaskan rindu. Nani turut menjerit kegembiraan. Kereta dihalakan menuju ke Lebuhraya Persekutuan. Destinasi mereka ke Mid Valleylah mana lagi.
“Beb, kita makan dulu jom aku tak breakfast pagi tadi. Lapar giler,” Nani menarik tangan Taj ke Pizza Hut. “Jom aku belanja, aku baru dapat gaji ni,”
“Wah, ye ke. Jom jom,” Beria pulak minah ni. Pantang dengar makan free, laju jer.
Mereka memilih sudut yang agak terasing untuk duduk. Konon nak privacy lah.
“Macam mana kerja kau, ok ke? Taj memulakan perbualan.
“Ok. Seronok. Sebab aku buat macam-macam kerja sekarang ni. Sebelum confirm aku kena rotate dulu setiap department. Boss nak semua staff dia tahu setiap aktiviti kat company tu. Kau ingat lagi tak En Rayyan? Aku pernah cerita kat kau pasal dia masa aku praktikal kat situ dulu. Ingat tak? Sekarang ni dengar cerita orang kat ofis tu, dia dah menduda. Duda meletup. Dah lah hensem, kaya, macam mana la dia boleh divorce ngan bini dia. Pelik aku,” Mulut Nani rancak bercerita macam bertih jagung.
“Amboi engkau kalau bercerita mengalahkan mak nenek” Taj ketawa besar. “Dah bercerai En Rayyan tu. Kesiannya. Tu la kan rupa dan harta tak menjamin kebahagiaan rumahtangga kan. Eh, Hyun Bin Celup kau apa citer plak. Kau masih contact ngan dia ke?”
“Aku still lagi contact ngan dia tapi sekadar kawan je la,” Ada sendu di hujung ayat itu.
“Lain macam je bunyi ni. Kau dengan dia ada apa-apa ke? Kau tak nak share dengan aku ke beb,” Cekap betul sensor otak si Taj ni menghidu kecelaruan di jiwa Nani. Nama pun kawan baik kan. Taj memang dah faham sangat setiap gerak geri dan tingkahlaku sahabat karibnya itu .
“Mana ada apa-apa. Aku ngan dia memang berkawan je pun. Tak lebih tak kurang,” Pandangan dialihkan ke luar melihat gelagat orang lalu lalang. Kepala yang tak gatal digaru.
“Big fat liar. Kau ni dah pandai rahsia-rahsia pulakkk,” Tempelak Taj. “Haaaa, ni mesti kau dah jatuh centa kat mamat tu kan. Tell me la kawan, come on. If I were in your shoes, aku pun gila bayang gak kut ngan mamat tu. Hensem tu,” Ujar Taj lagi sambil menghirup sup cendawan di hadapannya.
“Eh, kau ni dah tak faham bahasa Melayu ke apa. Nak aku cakap Cina baru nak faham ke nenek?”
“Try la cakap aku nak dengar,” Aku dan Taj ketawa juga akhirnya. Nani memang kalah dengan Taj. Last-last diceritakan juga semua apa yang jadi antara dia dan Hakim. Rahsia dah terbongkar di tangan Taj. Hu hu...Pandai betul korek lubang minah sorang ni.
“In the first place aku nak tanya kau, of all great guy, why him? Kalau kau dah tahu perangai dia macam tu? Aku rasa kan, baik kau jangan rapat sangat dengan mamat tu. Eee, tak sangka dia macam tu kan. Tau la dia tu hensem tapi jangan la salah guna anugerah Tuhan tu. Kalau aku jadi kau aku dah tak kawan ngan dia lagi dah. Bikin semak kepala je,” Taj membuat rumusan dari cerita Nani.
“Tak tau la Taj. Aku pun pelik ngan diri aku ni. Kenapa aku boleh suka nak berkawan dengan dia. Entah, aku rasa dia ada something yang buat aku suka kat dia tapi aku tak tau apa, tapi kau tau tak masa aku nampak dia kat IKEA hari tu memang aku rasa sedih sangat, rasa remuk hati aku ni,”
“Nani, kau jangan lah lebih-lebih suka kat dia. Aku risau nanti kau yang frust sorang-sorang. Dia takpe la awek keliling pinggang. Orang macam tu mana tau hargai perasaan orang. Dia tau nak seronok je. Kau jangan sedih-sedih sebab dia, aku tak suka. Cukup lah kau kecewa masa couple dengan Firdaus bangang tu dulu,” Panjang lebar Taj bagi tazkirah siap kutuk ex-boyfriend Nani lagi tu.
“Itu lah yang aku tengah struggle sekarang ni. Wei, dah la cakap pasal dia, jom cari tiket wayang,” Nani terus ke kaunter bayaran dan berlalu. Taj membontoti dari belakang.
Aku keluar ni nak hilangkan kecelaruan minda, alih-alih duk bercerita pasal dia makin celaru jadinya.....Haru!
p/s : Selamat membaca. jgn lupa tinggalkan komen ye..mekaceh! :)