Pages

Rintihan Hati

Friday, November 4, 2011


SAKIT HATI..........
rasa nak jerit kuat-kuat tp aku xberdaya....

Tuhan, kuatkan diri ini menempuh segala dugaanMu....tunjukkanlah aku jalan yang patut aku pilih..aku tak mahu terusan hidup terbelenggu begini....permudahkanlah urusanku dan luaskan rezeki untukku...

Aku betul2 buntu dah xtau apa patut aku lakukan....Hanya padaMu aku berserah wahai Tuhanku..


Gulai Masam Ikan Patin Sangkar

Thursday, November 3, 2011

Kebetulan pegi pasar tani, nmpk ade org jual ikan patin dari Pahang..ape lg...aku pun terkam la...mmg sedap kalu msk gulai masam (masak tempoyak). Aku blaja resepi ni daripada mak mertua yang mmg org Pahang.

Aku masak gulai ni ketika kawan lama aku zmn blajar dulu datang umah...xtau pulak dia suka...makan smpi bertambah-tambah...Alhamdulillah. Aku seronok dan mcm satu kepuasan bila dpt jamu org makan...Tambahan pulak dpt pahala bila kita meraikan tetamu ni..Tetamu dtg bertandang kan bawa rahmat...

Jom check it out resepinya.....



Bahan-bahannya :
  • 1 ekor ikan patin (600gm)
  • 10 biji cili padi
  • 1 btg bunga kantan
  •  2-3 btg daun kesum
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3-4 sudu besar tempoyak (kalau nk pekat letak lebih skit & pastikan tempoyak fresh yg blum msm sgt)
  • 1 liter air
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya :-
  1. Tumbukkan cili padi, kunyit hingga lumat menggunakan lesung batu
  2. Masukkan tempoyak ke dalam lesung dan gaul bersama dengan cili dan kunyit yang dah ditumbuk
  3. Masukkan air ke dalam periuk, hidupkan api dan masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi bersama-sama.
  4. Seterusnya masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum, garam. Biarkan hingga mendidih
  5. Kemudian masukkan ikan patin. Masak sekejap sehingga ikan masak. Sedia untuk di makan.
p/s : kalau nak lebih sedap, boleh letak sayur ikut citarasa seperti timun, bendi, tomato dll. Pastu makan pulak dgn ulaman berserta budu ke sambal tempoyak ke...hmmm, makan bertambah la jawabnyer... :)

Aku Maafkan Kamu

Wednesday, November 2, 2011

Aku minta maaf di atas segala perbuatanku.
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


p/s : Cebisan lirik dalam lagu Aku Maafkan Kamu - Malique dan Jamal Abdillah

Lagu ni aku suka tp part ni je la...maksud nya begitu mendalam dan macam memperli pun ada....apa2 pun aku suka...tp part malique nyanyi tu ape benda pun xpaham..ngee

Hidup Jangan Pernah Mengalah

Dalam hidup kita tidak akan pernah dapat lari dari menerima ujian...Setiap ujian yang diturunkan sudah Allah selitkan dengan hikmah yang kita tidak tahu.....Kita perlu percaya itu kerana setiap apa yang Allah kurniakan, anugerahkan adalah bersebab.

Orang selalu mengeluh bila ditimpa masalah...tapi sebenarnya tanpa masalah kita tidak tahu sejauh mana kekuatan diri kita yang sebenar....kita tidak 'push' diri kita untuk melihat potensi diri yang selama ini kita tidak nampak. 

Jangan pernah tunduk dan mengalah pada musibah sebaliknya fikirkan dan renungkan apa yang terbaik perlu kita lakukan. Orang yang lari dari masalah yang menimpa merupakan manusia yang pengecut dan dialah orang-orang yang tertewas..

Ambillah apa yang terjadi dengan merenung dan mencari sisi positif daripada masalah itu. Sentiasa berniat yang kita mampu, kita boleh mengharunginya. Minda kita berperanan penting yang mempengaruhi setiap perbuatan dan tindakan yang akan kita ambil....

Ingatlah bahawa dengan ujian yang diturunkan, Allah sebenarnya hendak menaikkan darjat kita di sisiNya...bersyukurlah kita diuji dengan kesusahan..sekurang-kurangnya kita masih berpijak di bumi yang nyata. Jika kita sentiasa diuji dengan kemewahan, kesenangan dan kekayaan hendak lagi kah kita melihat ke bawah dan menadah tangan dan bersyukur kepada Pencipta...?

p/s : In ife, there is always, always something to be thankful for... :)

Sedihnya Aku....

Wednesday, October 12, 2011

Aku
Tak pernah mampu ungkapkan kesedihan
Walau pada sesiapa sekalipun

Aku
hanya mampu memendam rasa
Pada lara hati yang tak berpenghujung

Kekadang diri ini sudah tidak betah untuk menanggung
Tapi pada siapa mahu ku luahkan...pada siapa
Aku penat, aku lelah, aku jemu
Mengapa takdir ini yang aku pilih

Aku tak tahu lagi mahu berbuat apa
Sudah banyak pengorbanan aku tabur
Tapi pembalasannya tetap noda

Allah, tunjuki lah daku
Pada jalan yang harus aku pilih
Aku hanya mampu berdoa dan pasrah

Aku takut
Pada perjalanan hidup yang akan aku telusuri nanti
Mampukah bahagia itu menjadi milikku
Mampukah derita jiwa ini berlalu pergi....

Word Of Wisdom #2



"Seekor haiwan tidak akan peduli tentang halal haram makanan yang ditelannya. Ia tidak peduli kebun orang atau harta orang kerana halal haram bukan satu persoalan baginya. Berbeza dengan manusia, halal dan haram merupakan satu persoalan yang perlu difikir sebelum makan atau melakukan sesuatu. Jika tidak, seorang manusia itu samalah tarafnya dengan haiwan.." - Nik Abdul Aziz b. Nik Mat

-Ucapan di majlis perasmian Radix Fried Chicken Kubang Kerian pada 25 Julai 2010.

Puding Roti Simple

Assalamualaikum....
Nak share sikit resepi puding roti yang simple dan senang nak sediakan....Aku dan puding roti mmg xboleh dipisahkan ibarat irama dan lagu gitu...hihi...mmg favourite sgt....Lagipun ianya dessert yang simple dan xsusah nak buat.dan yang plg penting, SEDAP...hihi..mmg sesuai dijadikan minum petang..tp aku kalu dah wat bnda ni xkira mnum ptg ke breakfast ke, dinner ke sume boleh...hihihi...

p/s : sori kualiti gambar x cantik dan x menarik..bab amik gambar mmg aku fail.. :)
 
 

Bahan-bahannya :

Untuk puding :-
  • 6 keping roti - (dikoyakkan atau dipotong dadu)
  • 5 biji telur (saiz M)
  • 2 cwn susu segar
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 kotak kecil kismis (aku selalu guna brand ligo)
  • Badam cincang untuk hiasan (optional)
  • Lemon zest (optional) - untuk bau dan rasa yang xmuak
  • 2 sudu bsr gula (ikut citarasa msg-msg)
Cara-caranya :
  1. Masukkan telur, susu segar, gula & esen vanilla. Pukul dengan whisker sampai sebati.
  2. Masukkan pula kismis dan lemon zest. Kemudian masukkan roti. Gaul sehingga rata.
  3. Biarkan sekejap dalam 15 minit.
  4. Masukkan ke dalam bekas pembakar dan taburkan dengan badam.
  5. Bakar dalam oven selama 40 minit pada suhu 180 darjah celcius
Untuk sos kastad :
  • 2 sudu besar kastad
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan susu sejat
  • 3-4 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya :
  1. Di dalam periuk, campurkan semua bahan. Jangan nyalakan api dulu. Kacau adunan hingga kastad sebati dan tak berketul2 
  2. Nyalakan api perlahan, kacau sampai adunan pekat.

Dah.....selamat mencuba! :)

‎11 Jenis Manusia Yang Didoa Malaikat

Thursday, October 6, 2011


Artikel ini juga saya petik dari Dunia Macam-macam di Facebook 
Saya rasakan ianya berguna untuk rujukan dalam pembelajaran kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Terima kasih pada tuan empunya. :)

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.



(Gambar daripada Google)


Ayat-ayat Pendinding Rumah

Artikel ini saya petik daripada Dunia Macam-macam di Facebook
Saya rasakan artikel ni amat menarik utk dikongsi untuk dijadikan panduan dan pedoman buat saya dan mungkin anda juga...Terima kasih kepada tuan punya kerana sudi berkongsi ilmu...

Dari Ibn Mas’ud dari Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa membaca sepuluh ayat;
* empat ayat dari awal surah Al Baqarah (1-4)
* dan Ayatul Kursi dan dua ayat selepasnya (255-257)
* dan penutup surah Al Baqarah (284-286)
nescaya Syaithan tidak akan masuk dalam rumahnya hingga pagi.
------------------------------------------------------------------------------

KESAN AWAL DARI AYAT2 PAGAR AL-BAQARAH:
Dalam satu kes pesakit di Melaka, pesakit merasakan mendapat terlalu banyak
mimpi akibat gangguan/sihir. Saya syor beliau menggunakan ayat2 tersebut.
Sebelum itu, pesakit memang selalu membaca ayat Al-Baqarah 255 dan 285-286,
tetapi masih tidak cukup ayat 10 tersebut.

Satu malam, sebelum maghrib, pesakit baca ayat 10 tersebut. Dalam waktu tengah
malam, 4 jam selepas bacaan, beliau dan pasangannya di rumah tiba2 mendengar
dentuman kuat 2 kali:
1. Bunyi dentum kuat di sudut bilik solat
2. Bunyi dentuk kuat di siling di bilik ruang tamu
3. Bunyi bising2 di atas siling / atap

TANDA-TANDA AYAT2 PAGAR LAIN BOCOR:
Saya dapati adakala perawat lain mendakwa pagar yang menggunakan ayat2 Quran
(bukan al-Baqarah) bocor kerana:
* pesakit "melihat" berapa ekor jin masuk ke rumahnya
* pesakit terasa ada benda2 bergerak dan berbunyi dalam rumah
* pesakit dan suami tidak dapat rasa tenang tidur dalam rumah walaupun ngantuk
Apabila ditanya, pesakit baru faham bahawa pagarnya yang bocor tidak menggunakan
ayat 10 tersebut.
Selain itu, pengalaman saya sendiri apabila terlupa baca 10 ayat tersebut pada
waktu pagi. Masa itu saya selepas subuh berjemaah dengan isteri terus ke kedai
membeli roti canai. Pada malam sebelumnya saya sudah bacakan ayat2 tersebut
kerana merawat kes sihir pengasih (yang di syakki melibatkan ifrit).

Semasa saya balik dari kedai roti canai (bungkus bawa balik), dalam pukul 7 pagi
lebih, saya terasakan meremang ketika membuka pintu pagar untuk masukkan kereta.
Tiba2 saya terdengar bunyi siulan tajam (suara ifrit) yang dapat masuk ke rumah
kerana pagar (ayat Quran) terbuka. Ini kerana pada Subuh itu, saya terlupa baca
ayat2 pagar. Embarrassed

Dari pengalaman saya yang terhad ini, saya jangka pagar Al-Baqarah yang di baca
pada malam, akan terbuka pada sekitar 7:30-8:00 pagi sekiranya kita lupa baca
lagi selepas Subuh.

PERBEZAAN DENGAN AYAT PAGAR / DINDING DIRI:
Selagi pesakit dan keluarga berada dalam rumah, ayat pagar rumah memadai untuk
keselamatan keluarga. Tetapi sekiranya pesakit perlu keluar rumah, maka ia perlu
membuat amalan lain untuk memagar dirinya:

* Ayat Qursi, ATAU
* 3 QUL, satu QUL 3x, ATAU
* Zikir berikut 100x pagi dan 100x petang
Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya
segala kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang
mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu

Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan daripada Abu Hurairah; Rasulullah
s.a.w berkata, “Sesiapa membaca ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti
memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan dituliskan untuknya dan
seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng dari gangguan syaitan
sepanjang hari.”

Tanda-tanda Gangguan Makhluk Halus Atau Jin Part II

Wednesday, October 5, 2011

Ok kita sambung lagi citer pasal ni....baca jgn x baca... :)

SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA
Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah disebabkan syahwat, hawa nafsu, mabuk cinta....keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan dan mempunyai anak. Perkara yang demikian byk terjadi dan byk pula ulamak yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan kerana ia disakiti oleh manusia atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas atau membunuh mereka padahal manusia tidak mengetahuinya. Di Kalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut. Keadaan ini sebagaimana kita jumpa dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian adalah merupakan perbuatan keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu ia harus dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu adalah perbuatan keji yang diharamkan. Kepada mereka juga harus dijelaskan bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan halitu di rumah atau di kerajaan (jin) mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka. Mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.

CARA-CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA
Jin adalah sejenis makhluk yang berwujud udara sedangkan manusiamemiliki lubang bulu roma kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah ertinya;

"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala" (Ar-Rahman : 15)

Dalam hal ini Ibn Abbas berkata : "Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api"

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak. Melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawaorang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang halus dan sangat aneh. Menurut pendapat pakar perubatan jin, gelombang itu sebenarnya menunjukkan bahawa jin itu memberitahu bahawa mereka berada di otak manusia.

(Gambar Ehsan Google)

PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN
  1.  Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang itu semakin bertambah dengan Allah maka syaitan akan menjauhinya
  2. Mengucapkan Bismillah pada setiap kesempatan iaitu ketika :
    • Hendak melompat dari tempat yang tinggi
    • Terjumpa sesuatu di atas tanah
    • Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat gelap, sunyi dan kosong
  3. Bezikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu seperti waktu pagi, petang atau malam
  4. Tidak membunuh ular yang berada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah
  5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. (Yakni nyanyian yg dapat merangsang nafsu seseorang)
  6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dengan wanita yang bkn muhrim
  7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni org, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam
  8. Jgn membuang air kecil merata-rata atau pada lubang binatang
  9. Jgn sesekali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing
  10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan..
Semoga kita dapat sedikit sebanyak kita dapat membina benteng diri dari terus dibelenggu oleh kekacauan jin dan makhluk halus ni...

Tanda-tanda Gangguan Makhluk Halus dan Jin Part I

Tuesday, October 4, 2011

Assalamualaikum...

Korang pernah x alami gangguan atau tanda-tanda seperti kat bawah ni? Maklumat ni aku kongsikan daripada seorang sahabat. Dia merupakan pengamal perubatan Islam...Ini adalah sekadar renungan untuk saya dan kawan-kawan... :)

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
  1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah
  2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam
  3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup
  4. Mimpi yang sangat menyeramkan
  5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus
  6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur
  7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur
  8. Berperasaan sedih pada waktu tidur
  9. Berdiri serta berjalan kerana tidur tanpa sedar
  10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi
  11. Mimpi sedang berada di kuburan, di tempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan
  12. Bermimpi melihat orang sangat aneh seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam
  13. Bermimpi melihat hantu
(Gambar Ihsan Dari Google)

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
  1. Kepala selalu pusing yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut
  2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya
  3. Fikiran yang kacau, selalu lesu dan malas, saraf yang tersumbat
  4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedngkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

  1. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama
  2. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat
  3. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan seperti tangan, kaki atau lidah
  4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk

DI ANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN
  1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki
  2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi
  3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu.
*Yang berhubung dengan perkara ini jin tidak akan dapat mengganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan sangat marah, sangat takut, sangat lalai dan mempunyai nafsu syahwat yang tinggi

Tak Tau Tajuk Ape....

Monday, October 3, 2011

Assalamualaikum....rsenye memang dah lame betol x hapdate blog ni...bz yang melampau dengan study...byk assignment nak kena siapkan...tu yang lemau jer nk bukak blog...mgu ni ari jumaat final exam plak...malas nyer nak baca buku...huhuhuhu...ni la padah bila org tua jd student...

Bila dah berumahtangga dan ada anak, memang susah nk bahagikan masa...tp kena jgk demi cita2 yang tergendala suatu masa dulu....ewahh!dengan kejenye (walaupun kdg2 ngulor), kelas, assignment, nak jaga anak, nak kemas umah, nak masak....aduyaiiii...kadang2 rse penat sangat dan tension sgt...tp nak tak nak kna kuatkan semangat....semoga Allah permudahkan segalanya...

Aku bersyukur dikurniakan hubby yang sgt memahami walaupun kadang2 gaduh...(biasanya aku yang cari gaduhh...hihi...) dia byk tlg aku...temankan aku g discussion smpi lewat mlm ngn classmate, tlg jaga anak bila aku g kelas, tlg basuh baju, tlg kemas umah....tima kasihhh suami ku..(kalu dia bace ni msti kembang rongga hidung dia 7 hari 7 mlm).....


(haa ni la lakimu...di sebelah ialah aku yg cuba cover pipi tembam...ngeee)

Ngape eh pompuan ni cpt sgt emo?....

Anak Dara Saya

Friday, September 30, 2011

Satu hari lepas balik keje badan memang penat sgt....Tgh melepak depan TV tetiba anak dara aku si Aisyah tumpahkan air..nasib baik time tu carpet tgh kt dobi....eee dah la bdn tgh letih...last2 aku suh dia lap sendiri air yg dia tumpahkan...kesian lak tgk dia tertonggeng2 lap air...aku rse aku mcm mak tiri lak!hahahaahha...






Tapi xpe kasi pengajaran sket kt dia.next time dia kna responsible klu dia wat apa2...hihihihihi...mcm dalam citer cinderella lak gaya.. :D

Mari Belajar Buat Triffle plak.... :)

Wednesday, July 27, 2011

Haaa ni satu lagi puding yang dah lama aku nak cuba buat...tersangat lah senang dan sedap...tak rugi cuba ni...sedap ni klu makan time berbuka pose...makan sejuk2...erm, mmg sedap! Tapi aku ni mmg fail la bab amik gambo ni...almaklum guna camera hanpon jah...



Aisyah dah sedia nak ngap... :)



Alhamdulillah licin...
Resepi triffle ni aku ambik dari kawan opis aku..hubby and anak aku suka sangat makan ni...klu makan dgn aiskrim pon sedap...

Bahan-bahan :
A
1 biji kek gulung (ikut perisa pilihan,aku campur pandan ngn strawberry)
1/2 tin air fruit cocktail

B
1 tin susu sejat
4 sudu besar kastad
3 @ 4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla
1/2 tin air fruit cocktail

C
1 tin fruit cocktail @ fresh fruits

D
1 peket agar2 serbuk
900 ml air
Gula secukupnya

Cara-caranya :

  1. Potong kek gulung dan susun dalam bekas yang bersesuaian
  2. Siramkan kek tersebut dgn air fruit cocktail
  3. Di dalam periuk, campurkan semua bahan B.Jangan nyalakan api dulu. Kacau adunan hingga kastad sebati dan tak berketul2 
  4. Nyalakan api perlahan, kacau sampai adunan pekat. Ketepi dan sejukkan baru siram di atas kek gulung yg dah disusun
  5. Taburkan fruit cocktail di atas kastad
  6. Di dalam periuk berasingan, masukkan semua bahan C. Masak hingga menggelegak. Sejukkan dan siram di atas fruit cocktail yang disusun td. 
  7. Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia utk di makan.

Selamat Mencuba :)

Mari Belajar Buat Apam Comel

Assalamualaikum.....

Minggu ni agak produktif skit baik di opis mahupun di rumah dan juga pengajianku..hehehehe...Alhamdulillah walaupun penat...Erm, dah lama nak cuba wat apam comel tp selalu xde masa...Jumaat ni aku akan wat program kebajikan kt Rumah Org2 Tua al-Ikhlas mcm last entry aku...aku kna wat minum petang utk majlis sambutan hari lahir, doa selamat dan penyampaian sumbangan kt Rumah tu nti...so aku plan nk wat apam comel.klu wat kuih moden sgt warga emas bkn mkn sgt...

Cari punya cari resepi last2 aku jumpa jgk yg berkenan di hati...aku pakai resepi dari blog kegemaranku iaitu Kak Ita. Aku xpandai nak wat dot dot kat apam tu..tangan ketaq...heeheheh.Sapa2 nk tgk blog Kak Ita silakan...Aku kagum sgt tgk teknik hiasan dan gambar makanan yg dia amik...memang leh wat aku lapar...hehehehe

Berbalik pada citer apam comel ni...anak aku suka giler makan.aku rse 1/2 daripada apam comel ni dia yang balun..thanks Kak Ita for the simple and marvelous resepi... :) Aku pohon ihsan tepek resepi kt sini....




Apam Comel
Ehsan dari : Kak Ita

3 biji telur sejuk
275 g tepung gandum
220 g gula halus - aku guna icing sugar sbb xde gula halus 
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
2 sudu besar susu pekat - aku saja tambah nk bagi rase lemak manis
1 sudu teh esen vanilla
Stawberry @  Blueberry Filling

Cara-caranya :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mixer. Mix pada maximum speed 6-8 minit
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa warna 
  3. Masukkan dalam piping bag dan picit ke dalam cup sehingga separuh penuh
  4. Letakkan filling secukupnya
  5. Picit lagi adunan dalam cup hingga 3/4 penuh 
  6. Kemudian dot2 kan ikut warna pilihan. (aku x ikut langkah ni sbb ketar tgn..hihi)
Selamat Mencuba yer...

Words Of Wisdom #1

Thursday, July 21, 2011

I always prefer to believe the best of everybody, it saves so much trouble. :) - IslamicThinking via Twitter
Pic Credit to Mr Google.. 

Ada Apa Pada Aaron Aziz

Pic Credit to mstar.com.my

Erm, aku rse rata-rata ladies kt Malaysia ni minat ngan Aaron Aziz kan? Aku pong...seme gara-gara citer kat TV3, Nora Elena...Memang xpernah miss la tgk cite tu...Start tgk citer tu baru aku minat kt AA ni sebelum xpeduli pong...Nora Elena mmg best dan bikin bini2 org and anak dara dok termimpi nk dpt ciri2 suami mcm Seth Tan tu....aku pong xterkecuali la menggelenyar...siap ckp ngn laki aku nape abg x mcm Seth Tan tu...hahahah.....mesti kecik ati laki aku...Ampun bang!


Kalau tgk kat Facebook dia ada almost 900k peminat and kat Twitter je 50k++...Memang hebat le penangan AA skang ni...aku pon terfollow jgk Twitter dia ni...hahah...'ter' okeh..Aku jd pemerhati je baca komen2 dia....Aku tgk dia ni mmg hargai peminat dia..Bagus le tu..Untung2 tahun ni dpt Anugerah Pelakon Terbaik....hikhik....

Apa yang wat kite ni jd minat gile kt Aaron ni eh...?
  1. Dia hensem dan sasa?
  2. Dia ni berkarakter yg sgt fatherly dan romantik?
  3. Lakonan dia yang mantap dan beri kesan yang mendalam?
  4. Dia ada tarikan tersendiri?
  5. Dia ada wife yang cantik dan understanding dan anak2 yg comel?
Apa2 pon pilihan aku tetap yang no.1 tu...hahahaha....saje jah ni suka2...sume org pong ada fav artist masing2 kan...hehehehe..... :D

Ok la chau dulu...larikkkk! (takut kena baling kasut ngan En Soami)

Mari Deco Cupcake!

Minggu lepas kakak iparku and her family dtg umah makan tengahari. Memang kitorg klu weekend mcm dah acara wajib berkumpul dgn adik-beradik. Alhamdulillah aku tumpang gembira dgn kerukunan dan hubungan akrab antara adik-beradik...

Makan tengahari aku masak Gulai Tempoyak Ayam (Pahang Style), Kailan Goreng Udang Bersos Tiram dan Ikan Kembung Sweet Sour..masak simple2 jerk...sori xde gambar nk tepek..aku ni mmg malas btol bab2 nk amik gambo ni..

Lepas makan, kitorg melepak2 tgk TV pastu sorg demi sorg tertido kekenyangan..Yang tinggal aku ngan budak2..Last2 aku ajak anak buah aku Juju and Wawa and anak dara aku Si Aisyah buat cupcake. Saje suke suki....Punya la sonok diorg ni dpt main masak2...masak btol2 plak tu...Sume la berebut nk pecahkan telur, nak bancuh tepung...nak letak tepung dlm cup la...
Finally, ni lah hasilnyer cupcakes yg dideco oleh anak-anak buah ku...Juju, Adam, Wawa...xketinggalan juga si kecik Aisyah..lepas tu semua sebuk nk posing dgn cupcakes....hahahahaha...comel btol budak2 nih...

Hasil Decoration Bdk2 ni
Semua nak posing pegang cake
Juju 
Adam
Wawa
Apsal muka Aisyah comot nau!


So petang tu kitorg sume minum petang dengan cupcakes ni...hehee...sume teruja dan happy...aku pon happy tgk bdk2 ni happy... :D

Rumah Jagaan & Rawatan Orang-orang Tua Al-Ikhlas

Tuesday, July 12, 2011

Teruja!



Perkataan pertama yang lahir dalam kepala aku bila dapat assignment drpd lecturer tuk subjek kesukarelawanan...bukan nak puji diri sendiri tp Alhamdulillah Allah kurniakan aku dengan perasaan belas ihsan dan mudah bersimpati pada orang yang kekurangan...


So aku pun plan ngn group member utk wat aktiviti kebajikan kat umah orang tua-tua. cari punya cari dapatlah satu tempat ni....iaitu Rumah Jagaan & Rawatan Orang-orang Tua Al-Ikhlas....rumah ni terletak di Kg Pulau Meranti...dkt dengan area Puchong-Cyberjaya...Jumaat lepas (8 Julai 2011) aku and the geng g tengok tempat tu berkenalan dengan tuan punya tmpt so senang utk rancang aktiviti nti...


Masuk je perkarangan rumah ini (asalnya sebuah masjid lama) hati ditebak rasa sayu....aku mmg xboleh...cepat sgt tersentuh..pertama kali menjejak kaki ke rumah ini aku lihat warga emas masing-masing terbaring di atas katil...sayu memagut hatiku...Ya Allah....kuatkan lah diri ku..

Pn Liliy tengah bagi taklimat

 Aku & The Gang tengah tekun mendengar..kebetulan datang sekali ngan student MSU so join la


 Khusyuk btol dengar taklimat


Muka serius bincang pasal aktiviti. Kat belakang tu student MSU


Aku berkenalan dgn penjaga rumah itu memandangkan pengasas rumah Al-Ikhlas keluar bekerja. Daripada cerita-cerita yang disampaikan oleh Puan Lily barulah aku tahu rupanya pengasas rumah ini (merangkap mak mertua Lily) merupakan staffnurse di Hospital Serdang. Dia buka rumah ni pada tahun 2003 sbb dia kesian dgn nasib warga tua  yang tiada waris dan tiada tempat bergantung slps mendapat rawatan di hospital. Mulianya hati mu wahai insan...nama pengasas rumah ni ialah Pn Muji bt Hj Sulaiman..Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan yang dia berikan kepada insan-insan yang memerlukan ni...masa mula-mula beroperasi dia tanggung semua kos dengan duit gaji sendiri...menitik air mataku...dia yang jaga, beri makan dan mandikan warga tua ni...bygkan betapa dia sanggup berkorban utk insan yg bkn drh daging sendiri...cukuplah ikatan saudara sesama Islam yang menguatkan hubungan ini....aku doakan semoga Pn Muji sentiasa diberi kesejahteraan oleh Allah.


Kami plan utk adakan kutipan derma bagi membantu menampung kos operasi rumah ini. Aku and the gang akan cuba usahakan utk bantu ape yg termampu...Kami plan utk cari sumbangan xkira la berbentuk wang ringgit atau pun pampers ke brg keperluan ke...dan kami akan spend masa satu hari di sana pada 29 Julai ni untuk gotong-royong bersihkan kawasan sekitar, mandikan warga emas, makan sama-sama, buat senamrobik  dan sampaikan sumbangan yang kami dpt kutip kepada Pn Muji....


Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan boleh lah menghubungi :


Pn Muji bt Hj Sulaiman atau Pn Lily
Lot 3530, Jalan Besar 

Batu 18, Kg Pulau Meranti
Puchong
Selangor
No. Telefon  :  016 – 6786374 /017 - 3948291

Lawatan ke Rumah ini banyak mendatangkan keinsafan pada diri aku...

Macam mana nasib kita nanti, kita pun tak tahu sementara kita diberi kesenangan oleh Allah, tiada salahnya kita membantu insan-insan yang amat memerlukan....Diorg pun xminta ditakdirkan begini...Sebagai manusia kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan....Kerdilnya dan hinanya diri ini wahai Tuhan....

Indahnya Hidayah Allah

Wednesday, June 22, 2011

Suatu hari aku kena outstation ke Kluang ada meeting pengurusan seksyen. Abis meeting, malam tu aku kluar makan dgn kawan lama. Seronok berborak mcm2 topik citer daripada citer lama smpi le citer terkini. Pada pemerhatian aku, aku tgk kwn aku ni dah byk berubah tp aku diamkan je.klu dlu dia la malaun, kuat menyakat org, kaki karaoke...mcm2 lg la. Tp pada pertemuan kali ni lain benar gayanya. Dia xbyk ckp mcm dlu, citer pun byk hal yg menyentuh ketuhanan. Aku dpt rsakan perubahan positif pada dia.

Citer punya citer rupanya dia telah dipilih Allah Yang Maha Kuasa untuk mendapat hidayah. Alhamdulillah. Aku tmpg gembira. Dia citerkan bagaimana peristiwa hebat tu terjadi...

Pada satu petang dia nk blk ke umah dr pejabat, masa tu dah lewat ptg. Dia plak bwk motor buruk lampu dpn mmg dah lama x idup. Tgh2 jalan hujan lbt turun so dia lpk skjap kat warung tgu ujan reda. Masa tu mmg gelap sbb dah msuk maghrib. Kawan aku tawakal je dlm hati nk blk umah time tu dlm keadaan mlm yg pekat dan lampu motor x menyala..sekali terdetik dlm hati,dia tawakal dan minta perlindungan dari Allah yang satu. Masa dia start motor utk beredar tiba-tiba dgn izin Allah lampu motor dia menyala. Tanpa buang masa dia trus pulang je umah. Dlm hati dia bersyukur dan menangis tanpa ada kata2 yg mampu dia lafazkan time tu. Masa dia citer kt aku pun dia menangis..Ya Allah indahnya hidayahMu. Aku ingin sekali merasakan nikmat itu semoga aku juga terpilih utk merasakan keindahan hidayahMu.

Dia byk berkongsi dgn aku mlm tu psl Islam. Aku mmg seronok bercerita psl ni sbb byk yang aku tak tau. Apa yang plg melekat di kepala aku ialah kita kna sentiasa berhubung dgn Tuhan. Macam kita bercinta lah, sentiasa nak msg, call pakwe/makwe kita. Klau x rindu x ingt. Dgn Allah pon kna mcm tu mlh lbh lg..sbb dia yg patut kita dahulukan lebih dr apa pun...kata2 tu masih melekat kt kepala aku hingga ke saat ini..sentiasalah berkomunikasi dgn Allah kerana dia mendengar stp keluh kesah kita. Hanya dia yg mampu beri jalan dan petunjuk bg stp permasalahan kita...

Ya Allah kerdilnya aku di sisimu, hinanya aku Ya Allah, hidup penuh dipalit dgn dosa. Tp aku mohon padaMu sucikanlah hatiku, bersihkanlah jiwa ku. Aku ingin terus hidup dlm rahmat dan perlindunganMu...

it's better if you don't understand...

Thursday, March 31, 2011

terasa byk konflik dalam diri....mslh dgn diri sendiri ke aku bermasalah dengan org lain..tak pasti tp aku rse aku dah cuba sedaya utk jd org baik walaupun aku byk kekurangan....entah tp aku rse dia makin xfaham aku dan aku makin xfaham dia...aku xtau nk cerita mcm mane...it's hard to explain.....aku hrp aku kuat nk hadapi kehidupan ni...walau ape jua rintangan yg bakal dtg..

At night when the stars light up my room....I sit by myself...Talking to the Moon.when everything in life gets complicated.can i just run away?

erm....it's better if you don't understand...

Hari Yang Bosan


Assalamualaikum..
Hello Friend....ape-ape pon ucap hello dulu sbb ni baru first day tulis kt blog ni...aku suka bace blog orang...heheh...saje boring2 kt opis xde keje aku jelajah la internet cari apa yang patut and boleh aku bace..seronok dpt tau pengalaman org, lifestyle org, ragam org, mcm2 lg laa...

Pastu aku pon pk nk wat blog jugak la..hahahah...tiru jer kan...



Sebenarnya arini aku boring giler kt opis, pastu sejuk x ingat la kt opis ni sampai nk beku tangan, kaki ngan otak aku....mcm nak larik blk umah...herm.....best nye kt umah...leh main ngn anak aku...nme dia aisyah..nur amani aisyah...dia suka aku panggil dia aisyah gemok...hahahah..kalau la dia tau pe maksud gemok tu kan....mesti xnak kawan ngn iboo dia ni...

Aku harap dgn tertubuhnya blog ni (ayat skema) aku leh share something dgn dunia.. (wahh!besar pengharapan) hahaha..something yg baik2 la...yg xbaik buat pe...aku nak sambung study cos this week aku ade final exam..aku amik PJJ je sbb dulu2 mls nk skolah..dah tua bru nyesal..

ape-ape pon, good luck utk diri aku....yeah!!


Terpaksa bagi semangat untuk diri sendiri sbb aku sorg je yg baru tau kewujudan blog ni...hahahahha...