SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA
Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah disebabkan syahwat, hawa nafsu, mabuk cinta....keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan dan mempunyai anak. Perkara yang demikian byk terjadi dan byk pula ulamak yang membicarakannya.
Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan kerana ia disakiti oleh manusia atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas atau membunuh mereka padahal manusia tidak mengetahuinya. Di Kalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut. Keadaan ini sebagaimana kita jumpa dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian adalah merupakan perbuatan keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu ia harus dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu adalah perbuatan keji yang diharamkan. Kepada mereka juga harus dijelaskan bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan halitu di rumah atau di kerajaan (jin) mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka. Mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.
CARA-CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA
Jin adalah sejenis makhluk yang berwujud udara sedangkan manusiamemiliki lubang bulu roma kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah ertinya;
"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala" (Ar-Rahman : 15)
Dalam hal ini Ibn Abbas berkata : "Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api"
Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak. Melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawaorang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang halus dan sangat aneh. Menurut pendapat pakar perubatan jin, gelombang itu sebenarnya menunjukkan bahawa jin itu memberitahu bahawa mereka berada di otak manusia.
(Gambar Ehsan Google) |
PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN- Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang itu semakin bertambah dengan Allah maka syaitan akan menjauhinya
- Mengucapkan Bismillah pada setiap kesempatan iaitu ketika :
- Hendak melompat dari tempat yang tinggi
- Terjumpa sesuatu di atas tanah
- Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat gelap, sunyi dan kosong
- Bezikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu seperti waktu pagi, petang atau malam
- Tidak membunuh ular yang berada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah
- Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. (Yakni nyanyian yg dapat merangsang nafsu seseorang)
- Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dengan wanita yang bkn muhrim
- Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni org, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam
- Jgn membuang air kecil merata-rata atau pada lubang binatang
- Jgn sesekali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing
- Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan..
Artikel yang bagus. terima kasih berkongsi info ini
ReplyDeletesama-sama teratai...ilmu Allah elok dipanjang-panjangkan...tq for dropping by :)
ReplyDelete