Pages

Rumah Jagaan & Rawatan Orang-orang Tua Al-Ikhlas

Tuesday, July 12, 2011

Teruja!



Perkataan pertama yang lahir dalam kepala aku bila dapat assignment drpd lecturer tuk subjek kesukarelawanan...bukan nak puji diri sendiri tp Alhamdulillah Allah kurniakan aku dengan perasaan belas ihsan dan mudah bersimpati pada orang yang kekurangan...


So aku pun plan ngn group member utk wat aktiviti kebajikan kat umah orang tua-tua. cari punya cari dapatlah satu tempat ni....iaitu Rumah Jagaan & Rawatan Orang-orang Tua Al-Ikhlas....rumah ni terletak di Kg Pulau Meranti...dkt dengan area Puchong-Cyberjaya...Jumaat lepas (8 Julai 2011) aku and the geng g tengok tempat tu berkenalan dengan tuan punya tmpt so senang utk rancang aktiviti nti...


Masuk je perkarangan rumah ini (asalnya sebuah masjid lama) hati ditebak rasa sayu....aku mmg xboleh...cepat sgt tersentuh..pertama kali menjejak kaki ke rumah ini aku lihat warga emas masing-masing terbaring di atas katil...sayu memagut hatiku...Ya Allah....kuatkan lah diri ku..

Pn Liliy tengah bagi taklimat

 Aku & The Gang tengah tekun mendengar..kebetulan datang sekali ngan student MSU so join la


 Khusyuk btol dengar taklimat


Muka serius bincang pasal aktiviti. Kat belakang tu student MSU


Aku berkenalan dgn penjaga rumah itu memandangkan pengasas rumah Al-Ikhlas keluar bekerja. Daripada cerita-cerita yang disampaikan oleh Puan Lily barulah aku tahu rupanya pengasas rumah ini (merangkap mak mertua Lily) merupakan staffnurse di Hospital Serdang. Dia buka rumah ni pada tahun 2003 sbb dia kesian dgn nasib warga tua  yang tiada waris dan tiada tempat bergantung slps mendapat rawatan di hospital. Mulianya hati mu wahai insan...nama pengasas rumah ni ialah Pn Muji bt Hj Sulaiman..Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan yang dia berikan kepada insan-insan yang memerlukan ni...masa mula-mula beroperasi dia tanggung semua kos dengan duit gaji sendiri...menitik air mataku...dia yang jaga, beri makan dan mandikan warga tua ni...bygkan betapa dia sanggup berkorban utk insan yg bkn drh daging sendiri...cukuplah ikatan saudara sesama Islam yang menguatkan hubungan ini....aku doakan semoga Pn Muji sentiasa diberi kesejahteraan oleh Allah.


Kami plan utk adakan kutipan derma bagi membantu menampung kos operasi rumah ini. Aku and the gang akan cuba usahakan utk bantu ape yg termampu...Kami plan utk cari sumbangan xkira la berbentuk wang ringgit atau pun pampers ke brg keperluan ke...dan kami akan spend masa satu hari di sana pada 29 Julai ni untuk gotong-royong bersihkan kawasan sekitar, mandikan warga emas, makan sama-sama, buat senamrobik  dan sampaikan sumbangan yang kami dpt kutip kepada Pn Muji....


Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan boleh lah menghubungi :


Pn Muji bt Hj Sulaiman atau Pn Lily
Lot 3530, Jalan Besar 

Batu 18, Kg Pulau Meranti
Puchong
Selangor
No. Telefon  :  016 – 6786374 /017 - 3948291

Lawatan ke Rumah ini banyak mendatangkan keinsafan pada diri aku...

Macam mana nasib kita nanti, kita pun tak tahu sementara kita diberi kesenangan oleh Allah, tiada salahnya kita membantu insan-insan yang amat memerlukan....Diorg pun xminta ditakdirkan begini...Sebagai manusia kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan....Kerdilnya dan hinanya diri ini wahai Tuhan....

8 comments:

  1. Salam tuan rumah,

    ada dapat geran dari mana2 pihak berwajib?

    ReplyDelete
  2. hati saya sgt mudah tersentuh kalo melawat ke umah org tua.....saya tak mau pegi dah, saya tak mau mak n ayah saya kat tempat cam tu, anak2 mereka teganya.....

    ReplyDelete
  3. eelobor,
    rasenya mcm xde...sbb dulu dia buat secara sukarela..skang bru dia tgh usahakan untuk dpt bantuan drp Jabatan Kebajikan Masyarakat...sebelum ni owner dia kerja mmg xde mse nak uruskan pendaftaran...semoga usaha murni ini dipermudahkan oleh Allah

    eMMe,
    sama la sy pon...mmg sedih sgt tgk kehidupan mereka...semoga ini dpt beri keinsafan utk kita utk lbh hargai org tua kita :)

    ReplyDelete
  4. ibu bapa tiada ganti~hargailah mereka

    ReplyDelete
  5. :D

    syg maaa..

    erm singgah sini dri blog cikgu kalamhati :D

    ReplyDelete
  6. Adik saya sudah berada d sini selama 7 bulan. Subhanallah, Pn Muji memang prihatin dan berhati mulia. Pernah di gelar 'heart of gold' dlm satu akhbar. Orang2 seperti dia yang layak dapat datukship atau tokoh maal hijrah. Memang banyak nak di cerita. Suasana di sini sangat bersih dan teratur. Yang sangat di perlukan ia lah volunteers yang dapat luangkan masa untuk ziarah pesakit2 ini. Bertanya khabar. Ramai penghuni disitu yang tiada pernah diziarahi keluarga

    ReplyDelete
  7. btul sy stuju.rindu pulak ngn warga emas kt sana. InsyaAllah klu ada kelapangan sy nk ke sana lg. masa buat program pun kami di layan dgn baik oleh Pn Muji dan kakitangan kt sana....bila mengenangkan kisah hidup warga di sana, mmg xdpt nk thn perasaan hiba. :(

    ReplyDelete
  8. hi... saya sendiri menghantar bapa sy ke rumah jagaan untuk org2 tua. hampir setiap hari sy dan adik melawat ayah. dia terlantar krn 2nd stroke. bila nk blk kg untuk kenduri atau berhari raya, kami bawa dia skali. jd kite jgn set in mind, mereka yg hntr ibu bapa ke rumah org2 tua adalah mereka yg mengabaikan ibu bapa sendiri...

    ReplyDelete