Aisyah dah sedia nak ngap... :) |
Alhamdulillah licin... |
Bahan-bahan :
A
1 biji kek gulung (ikut perisa pilihan,aku campur pandan ngn strawberry)
1/2 tin air fruit cocktail
B
1 tin susu sejat
4 sudu besar kastad
3 @ 4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla
1/2 tin air fruit cocktail
C
1 tin fruit cocktail @ fresh fruits
D
1 peket agar2 serbuk
900 ml air
Gula secukupnya
Cara-caranya :
- Potong kek gulung dan susun dalam bekas yang bersesuaian
- Siramkan kek tersebut dgn air fruit cocktail
- Di dalam periuk, campurkan semua bahan B.Jangan nyalakan api dulu. Kacau adunan hingga kastad sebati dan tak berketul2
- Nyalakan api perlahan, kacau sampai adunan pekat. Ketepi dan sejukkan baru siram di atas kek gulung yg dah disusun
- Taburkan fruit cocktail di atas kastad
- Di dalam periuk berasingan, masukkan semua bahan C. Masak hingga menggelegak. Sejukkan dan siram di atas fruit cocktail yang disusun td.
- Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia utk di makan.
Selamat Mencuba :)
ni feveret sha..slalu jugak bwt...cik suami suke! tp sha suke letak strawberry n kiwi atas tu..then letak choc syrup! nyum2..mcm aiskrim pulak
ReplyDeleteoo ye ke sha...erm nti nk try wat ikut sha punye tips plak...mesti sdp kan letak choc syrup...uuu, terasa dah kesedapan kt tekak ni.. :)
ReplyDeleteslmt berpuasa iboo...meme sdp triffle ni, penah mkn tp x penah buat sndiri..
ReplyDeleteinsyaAllah leh cb nti..thanx..
best-best.Balik ni nak cube la
ReplyDelete