Pages

Puding Roti Simple

Wednesday, October 12, 2011

Assalamualaikum....
Nak share sikit resepi puding roti yang simple dan senang nak sediakan....Aku dan puding roti mmg xboleh dipisahkan ibarat irama dan lagu gitu...hihi...mmg favourite sgt....Lagipun ianya dessert yang simple dan xsusah nak buat.dan yang plg penting, SEDAP...hihi..mmg sesuai dijadikan minum petang..tp aku kalu dah wat bnda ni xkira mnum ptg ke breakfast ke, dinner ke sume boleh...hihihi...

p/s : sori kualiti gambar x cantik dan x menarik..bab amik gambar mmg aku fail.. :)
 
 

Bahan-bahannya :

Untuk puding :-
  • 6 keping roti - (dikoyakkan atau dipotong dadu)
  • 5 biji telur (saiz M)
  • 2 cwn susu segar
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 kotak kecil kismis (aku selalu guna brand ligo)
  • Badam cincang untuk hiasan (optional)
  • Lemon zest (optional) - untuk bau dan rasa yang xmuak
  • 2 sudu bsr gula (ikut citarasa msg-msg)
Cara-caranya :
  1. Masukkan telur, susu segar, gula & esen vanilla. Pukul dengan whisker sampai sebati.
  2. Masukkan pula kismis dan lemon zest. Kemudian masukkan roti. Gaul sehingga rata.
  3. Biarkan sekejap dalam 15 minit.
  4. Masukkan ke dalam bekas pembakar dan taburkan dengan badam.
  5. Bakar dalam oven selama 40 minit pada suhu 180 darjah celcius
Untuk sos kastad :
  • 2 sudu besar kastad
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan susu sejat
  • 3-4 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya :
  1. Di dalam periuk, campurkan semua bahan. Jangan nyalakan api dulu. Kacau adunan hingga kastad sebati dan tak berketul2 
  2. Nyalakan api perlahan, kacau sampai adunan pekat.

Dah.....selamat mencuba! :)

No comments:

Post a Comment