Pages

Sedutan Romantik Rapsodi....

Friday, October 19, 2012

Assalamualaikum, bila tgk bilangan kwn2 yang sudi jengah ke sini, rasa tak sampai hati nak hampakan kwn2 yg baca nak entry baru....terima kasih sgt pada semua. Kali ni bukan entry penuh tapi sedikit sedutan dari  beberapa babak bab 40++.... 

Mgu ni mgu exam dan minggu ni jgk saya keguguran utk kali keduanya. Tiada apa yang lebih baik daripada bersabar saja. Apa-apa pun sy redha. Tuhan pasti gantikan kehilangan ini dengan kurnia yg lebih baik. InsyaAllah. Walaupun agak sukar nak fokus pada study dengan perut menggulung sakit, nak tak nak mesti baca buku jgk. hehehhe...


Hidup ni penuh kejutan... hmmm..


+++++++++++++++++++++++++++++++

Pagi-pagi lagi Rayyan sudah keluar ke pejabat. Bimbang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas katanya. Rayyan masih dingin dengan Nani. Macam mana ni? Dia diburu resah. Selagi Rayyan tidak memaafkan dia, selagi itu dia rasa tak aman. Sesal pula bertindak mengikut emosi.

Hari ini adalah hari paling malas dia hendak ke pejabat. Terasa berat hatinya. Setakat mana dia boleh mengelak dari Hakim sedangkan mereka kini berada di bawah satu bumbung yang sama. Dalam hati tidak putus berdoa semoga Hakim tidak mengganggu dirinya. Dia berharap sangat Hakim buat-buat tidak kenal sekiranya mereka berselisih. Tapi itu mustahil. Satu pejabat tahu dia adalah kakak ipar Hakim. Cuma satu pejabat belum tahu dia adalah bekas kekasih Hakim.

Nani menekan punat lif. Dia sampai di pejabat agak awal pagi itu. Ketika sudah berada di dalam perut lif, pintu lif yang sudah hampir tertutup ditahan dari luar. Lif terbuka semula dan Hakim melangkah masuk. Nani telan liur. Awal-awal lagi dah nampak batang hidung Hakim. Dia pura-pura membelek dokumen di tangan sedang dalam hati berdebar sakan. Dia dengar Hakim berdehem tetapi dia buat tak peduli. 

“Sihat?” Hakim menegurnya. “Macam tak percayakan?”

Nani tidak menjawab. Kebetulan pintu lif ke tempatnya terbuka, dia terus melangkah keluar.

“Sombong,” Omel Hakim.

Keluar dari lif, Nani bernafas lega. Dia terus mengetik kad kedatangan sebelum menuju ke tempat duduknya.

Hari itu berjalan seperti biasa sehinggalah masuknya waktu tengahari. Ketika itu dia bersendiri menikmati bekal yang dibawa dari rumah ibunya. Teman-teman lain sudah keluar menikmati makan tengahari.

“Sorang je?” Satu suara menyapanya dari belakang. Nani terkejut kerana dia amat kenal pemilik suara itu. Berderau darahnya. Jantungnya pula kencang berdegup. Matanya dipejam rapat sambil dia menarik nafas perlahan, mengatur semula detak jantungnya yang pantas berlari. Nani tidak menoleh sebaliknya meneruskan suapan ke mulut.

“Sombong betul sekarang ni,” Hakim kini sudah berada di sebelah, bersandar pada meja kerjanya. Jarak kedudukan mereka hanya beberapa inci sahaja.

“Ada apa boss?” Nani cuba mencari kekuatan untuk menghadapi Hakim. Riak kurang senang jelas terpancar di raut wajahnya.

“Saja, nak jenguk dia. Rasa rindu pulak,” Jawapan Hakim membuatkan Nani hampir tersedak. Seleranya mati tiba-tiba.

Nani bingkas bangun. Lebih baik dia beredar dari situ sebelum ada mata yang memandang. Belum sempat hendak melangkah tangannya ditarik Hakim.

“Nak ke mana?”

“Saya nak ke surau. Dah masuk waktu,” Nani sedaya upaya melepaskan tangannya dari pegangan Hakim.

“Nak ikut,” Hakim senyum sinis.

“Lepaslah, ini pejabat bukan kat luar,” Panas hati Nani. Hakim seolah-olah hendak mempermainkannya.

“Ok, maknanya kalau kat luar boleh la yer?” Hakim ketawa.

“Apa awak merepek ni. Lepaslah. Tak manis kalau orang nampak,” Nani merentap tangannya.

“Biarlah. Sekurangnya saya tak hipokrit,” Balas Hakim.

“Apa masalah awak ni? Apa yang awak tak puas hati lagi dengan saya?” Nani berang.

“Selagi saya tak dapatkan awak semula, selagi tu saya tak puas hati,” Jawapan Hakim menambahkan sakit hati Nani.

“Heh....tak habis-habis,” Giliran Nani pula melemparkan senyum sinis pada Hakim.

“Kenapa sombong sangat hah? Orang datang dengan cara baik, bukan nak cari pasal,”

“Encik Iqbal Hakim, ada apa-apa Encik perlukan bantuan saya? Kalau tak, saya minta maaf saya nak minta diri ke surau,” beberapa langkah Nani berjalan, Hakim menjerit ke arahnya.

You tahu tak you selama ni ditipu? Rayyan tu penipu besar!”

Nani buat tidak dengar. Hakim ni dah gila. Bisik hatinya. Tak aman aku nak kerja kalau macam ni.

Tanpa sempat berbuat apa-apa Hakim mengheret kasar Nani ke tangga kecemasan. Badannya ditolak ke dinding. Saat itu dia rasa hendak menangis. Wajah Hakim terlalu hampir dengannya hinggakan dia dapat merasakan deru nafas Hakim di mukanya. Nani memejam mata, tidak sanggup memikirkan tindakan Hakim seterusnya. Lidahnya terasa kelu hingga tak mampu bersuara, seluruh tubuhnya menggeletar, lututnya berlaga. Dalam hati tidak putus berdoa. Lindungi aku Ya Allah.

“I nak bagitau you satu rahsia sebab I kesian sangat kat you. Naive. Innocent,” Tangan Hakim nakal mengusap pipi Nani. “My dear Nani, kalau you nak tahu, suami you yang penyayang, caring and romantic tu sebenarnya keji! I ’m sure you masih ingat kan, the day korang kena tangkap kat Bukit Ampang tu.....” Hakim mematikan kata-kata di situ. Dia melepaskan tawa.


----------------------------------------------------------------------

Nani memandu tanpa tujuan. Dia tiada hati hendak pulang ke rumah. Dia tiada hati hendak bersemuka dengan Rayyan meminta penjelasan. Biarlah dia tenangkan perasaannya terlebih dahulu.

Honda Civic hitam pemberian Rayyan berhenti di R&R Seri Kembangan, Lebuhraya MEXS. Nani ke surau mengerjakan solat Zohor dan Asar. Di situ suasananya sunyi. Lama dia berteleku di sejadah, menangis dan mengadu pada Tuhan. Dia tak tahu apa yang perlu dia buat. Beratnya bahu memikul dugaan ini. Hampir lapan bulan dia berkahwin dan selama itulah dia bulat-bulat ditipu suaminya. Kenapa Rayyan tidak berterus-terang saja dengannya? Kenapa Rayyan hukum dia begini? Pelbagai persoalan membelenggu akalnya, persoalan yang tak mampu dia rungkaikan jawapannya.

Sedar tidak sedar, waktu sudah menginjak ke senja. Nani meninggalkan surau. Matanya bengkak dan sembap. Tidak tahu berapa banyak air mata yang telah dia bazirkan hari ini. Remang senja di kawasan yang agak berbukit itu cukup indah. Biasan warna jingga bertebaran di dada langit. Cukup mendamaikan momen itu. Nani seakan terpukau. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke tebing bukit yang dipasang dengan besi penghadang. Rasa tenang meresap ke jiwa. Dia menarik nafas dan menghelanya perlahan. Moga-moga beban di dada pergi bersama helaan nafasnya itu.

Telefon bimbit yang menjerit berkali-kali dibiarkan saja tidak bersambut. Dia tak mahu diganggu oleh siapa-siapa pun. Dia mahu bersendiri.

Setelah mentari merah berlabuh, barulah dia beredar dari situ. Berat hatinya hendak pulang ke rumah. Hatinya terlalu rapuh hendak berdepan dengan Rayyan, tapi dia tiada pilihan. Dia perlu dengar semuanya dari mulut Rayyan. Dia perlu tahu perkara sebenar. Kemudian, terserah pada akalnya untuk membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya.

Sesampai di rumah, Nani lihat kereta Rayyan sudah berada di garaj. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum daun pintu dikuak. Perlahan-lahan dia melangkah masuk. Matanya masih bengkak dan kepalanya sakit akibat terlalu banyak menangis.


“Pergi mana?” Kedengaran suara Rayyan keras menyapa di pendengarannya. Nani tidak sedikit pun mengangkat muka. Dia cepat-cepat mendaki anak tangga naik ke bilik.

Rayyan mendengus geram. Berpuluh kali dia menghubungi Nani namun panggilannya tidak berjawab. Mendidih darahnya. Akhir-akhir ini Nani selalu buat perangai. Dahlah dia tertekan dengan kerja, balik rumah masalah dengan Nani. Entah apa yang difikirkan Nani hingga menjadi terlalu sensitif kebelakangan ini. Rayyan meraup muka, cuba mententeramkan perasaan marahnya. Dia kemudian turut mendaki anak tangga ke bilik.


--------------------------------------------------------------------

I’m so sorry for being selfish. I’m sorry that I was so disgusting. I’m sorry that I didn’t speak up before it was too late. I understand if you don't want to hear me out, or patch up things, or even talk to me. But just know this, I love you. And I always have,” Rintih Rayyan penuh syahdu walau dia tahu Nani tak mungkin mendengar.

----------------------------------------------------------


Sejak semalam, hanya air mata menjadi teman. Sukar untuk dia hentikan air hangat dari terus mengalir dari kolam matanya. Nani duduk berteleku di atas katil hospital. Pagi-pagi lagi Rayyan sudah menghilangkan diri. Pengecut!


Kenyataan ini terlalu menyakitkan. Tergamak Rayyan menipu dirinya hingga dia tenggelam dalam perangkap cinta Rayyan. Ya, naifnya dia. Terlalu cepat terpengaruh dengan godaan cinta Rayyan. Akhirnya dia terseksa sendiri.


“Assalamualaikum, awak,”

Perlahan-lahan Nani mendongak. Firdaus! Serentak dengan itu, air matanya tanpa dipinta mengalir laju.

“Fir.....? Apa awak buat kat sini?”

“Er, saya datang nak minta maaf. Mana husband awak?” Soal Firdaus tergagap-gagap. Canggung untuk dia mulakan bicara.

“Minta maaf? Untuk apa, Fir?” Kemunculan Firdaus yang tak disangka-sangka menambahkan lagi persoalan di dalam benaknya.

“Saya datang nak minta maaf, sebab...saya nyaris langgar awak malam tadi. What a small world,” Ujar Firdaus berterus-terang. “Tapi kenapa awak menangis, Nani?” Persoalan itu terlantun juga dari bibirnya.

“Fir, kenapa awak tak langgar saya sampai mati je, Fir?” Nani menangis teresak-esak.

Firdaus semakin tidak mengerti. “Nani, awak ok tak ni?”

“Saya dah tak nak hidup lagi dengan penipu tu, Fir,”

Penipu? Siapa, suami Nani ke? Firdaus mengerut kening. Betul-betul tidak mengerti.

“Awak....jangan macam ni.”

“Bawak saya pergi dari sini. Saya nak lari dari sini. Saya tak nak hadap muka penipu tu lagi, tolong saya Fir,” Ucap Nani bersungguh-sungguh. Air mata yang berjuraian dibiar saja mengalir.

“Mengucap Nani. Awak tak sihat ni. Saya call husband awak nak?” Firdaus menawarkan diri membantu.

“No!”Jerit Nani.

Ketika itu, muncul Rayyan di muka pintu. Firdaus segera menyalami Rayyan.

“Awak kenal Nani?”

“Dia rakan seuniversiti dulu. Kebetulan pula. Maaf kedatangan saya ke sini tak berjemput. Saya datang nak minta maaf pada abang atas kejadian semalam,” Ujar Firdaus, bimbang juga kehadirannya disalah ertikan Rayyan.

Rayyan angguk.

“Saya minta diri dulu lah. Assalamualaikum,” Firdaus segera mengundur diri. Fikirannya diasak dengan pelbagai pertanyaan. Apa sebenarnya yang terjadi pada Nani? Mengapa Nani beria-ia minta dibawa pergi. Dari air muka Rayyan, dia yakin Rayyan dari kalangan yang baik-baik. Entahlah, tak pasal-pasal dia terjebak sama memikirkan hal rumahtangga Nani. 



8 comments:

  1. rayyan,hakim n nani konflik cinta tiga segi!sape harus dipersalah kan?nak cian kan sape?nak salah kan sape?n nak sedeh ngan saperrr?sape yg paling menderita???sedeh lah dek,tapi nape lh hakim wat cam tu!sape yg buang nani dulu?dh jadi kakak ipar kan,so lepas kan lh ngan redha.masih bnyk gadis2 yg rela mendampingi u kim,so let it gone,cian kat nani pasti nye terluka amat jiwa n perasaan...hukhuk

    ReplyDelete
  2. Nani kena berterus terang pada Rayyan tentang apa yang Hakim cakap.... apa-apa pun Nani kena Redha sebab dah menjadi suami isteri dan sekurang-kurangnya Rayyan yang selamatkan Nani dari Hakim yang suka main-mainkan wanita dan x jujur pada Nani... ingatlah tentang kebaikan Rayyan dan tanggunjawab Nani pada Rayyan....
    Semoga Iboo tabah menghadapai dugaan menghadapi keguguran buat yang kedua kalinya.... apa-apa pun redha mungkin ada hikmahnya ..... TABAH DAN SABAR YA....

    ReplyDelete
  3. Farah.....

    Beratnya mata yang memandang, memang di akui berat lagi bahu yang memikul. Alhamdulillah Farah on the right track. Alhamdulillah, anak2 Farah adalah pilihan Allah. Insyaallah di Padang Mahsyar Farah boleh memeluk mereka. Besarnya nikmat Allah untuk Farah nanti, dik. Bersyukurlah ya.

    Anyway, akak rasa sangat lega sebab Nani dah tahu kisah Rayyan. Walaupun caranya ganaz sebab dari Hakim, tapi at least dia pun boleh mula muhasabah diri dia. Rayyan, tolong faham Nani. It's ur job untuk guide isteri, bersabar dan communicate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum... Kak saya slh stu pngmr novel...dah saya baru saja mgikuti novel ini... Nk mnta tlg dkt akak... Mcm mna saya nk mgthui lbh lanjut mgnai novel ini.... Please rply

      Delete
  4. Do you have a spam issue on this blog; I also am a blogger, and I was wondering your situation; many of us have created some nice procedures and we are looking to exchange solutions with others, please shoot
    me an e-mail if interested.

    Here is my web blog; bokk of ra

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Hello There. I discovered your weblog the usage of msn.

    That is an extremely smartly written article. I'll be sure to bookmark it and come back to read more of your helpful info. Thanks for the post. I will certainly return.

    Also visit my web blog: book of rah

    ReplyDelete