Pages

Romantik Rapsodi di tangan penerbit

Tuesday, July 23, 2013

Assalamualaikum....it's been 8 months I'm away from this blog. Alhamdulillah manuskrip Romantik Rapsodi kini sudah berada di tangan penerbit. Doakan semoga ianya diterima untuk terbit dalam versi cetak. InsyaAllah...

Harap teman-teman masih tidak lupa dan masih berminat untuk mengetahui kesudahan cinta Nani dan Rayyan.

Kisah ini sebenarnya saya tulis sebagai ingatan untuk saya, dengan pelbagai cabaran hari ini sukarnya untuk saya mencapai cita-cita menjadi isteri solehah. Setiap liku hidup manusia tidak sama tapi matlamat kita tetap sama...untuk mengecap Jannah. Saya bukan isteri sempurna, terlalu banyak khilaf saya. Selagi mampu saya ingin berkorban dan berkhidmat walau kadangkala badai yang mendatang terlalu sukar untuk saya harungi hingga saya (kerapkali) hampir lemas dan tewas. Pergantungan saya cuma satu...pada Allah. Setiap kali diuji, saya selalu katakan pada diri, pasti besar ganjaran di sebaliknya kalau aku bersabar. Kalau tidak dibalas di sini, mungkin di akhirat sana...

Apa yang saya coretkan di dalam Romantik Rapsodi mungkin cuma secebis kisah, andai ada yang boleh dijadikan iktibar. Saya akui terlalu banyak kekurangan dalam naskah ini, andai tak berjaya diterbitkan saya akan habiskan di blog saja.

Doakan khabar gembira untuk penulis cabuk ini ya! Wassalam.

10 comments:

  1. Subhanallah...finally you emerge! Ingatkan dah lupakan kami yang menanti. Believe me, Romantik Rapsodi is waaayyyyyyy much more better dari many other books on the shelves. It will make it's way. Amiin.

    Tak sabar nak tunggu....

    You take care, yer Farah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak thank you, thank you so much for your endless support. Thank you masih sudi jengah blog berhabuk ni.

      Sy tak nak letak harapan tinggi bimbang apa yang sy hidangkan x mencapai ekspektasi semua. Masih byk yg saya perlu belajar. Sokongan akak dan semua yang sudi menunggu amat2 sy harapkan.. :)

      Once again, thank you.

      Delete
  2. Akhirnya muncul semula setelah begitu lama menyepi... Thank u for the good news. Excited sgt2 sampai rasa nak buat lompat bintang kat dalam ofis.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajex...thanks so much...and i thank Allah. x sangka Ajex masih sudi menunggu walaupun begitu lama saya menyepi.

      thank you for putting a smile on my face.

      Delete
  3. Sy doakn ia berjaya ke versi cetak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Robiah Ali...
      InsyaAllah moga Dia permudahkan. thank you so much for the doa.

      Delete
  4. Salam,

    Akak farah~~~~~~~~~ i miss you~~~~~~~~~~~~
    hahaha... akhirnya akak muncul... ^^ alhamdulillah.. dah selamat ke penerbit. saya doakan manuskrip akak diterima dan diterbitkan segera ^^

    hari tu... ms sy pergi sign event kat alamanda sy terjumpa seorang silent reader (kak noor namanya).. dia ingat lagi.. kita dulu bertiga (sy, kak ros dan kak farah) n3 kan novel sekali dan saling baca karya antara satu sama lain.. ^^

    akhirnya, harap2 giliran kak farah dah smpi ^^
    tak sabar~~ ^^

    ReplyDelete
  5. lama nyer u menyepi...hepi akk ngan berita nih dek...semuga sukses...akk yg tk sabar dek writer...hehe

    ReplyDelete
  6. akhirnya...... moga cepat diterbitkan..... lama dah tunggu...

    ReplyDelete
  7. Dah lama peram ni...hope semuanya sukses..x sbr menanti..

    ReplyDelete