Pages

Cerpen : Takdir Mimpi

Friday, June 15, 2012

Lagu Spanish Guitar alunan dari suara merdu milik Toni Braxton mendayu-dayu di telinganya. Khayal dia mendengar suara berhantu penyanyi itu..

"Don," Sapa Pitt yang tiba-tiba sudah tercegat di depannya.

"Kau ni aku tengah sedap feeling, kau kacau buat apa?" Marah Don.

"Sejak bila kau jadi mat jiwang karat ni," Pitt mengusik.

"Kau apa tau, kau budak-budak," Balas Don. Jiwang karat dia kata aku.

"Eleehhh, budak amenda? Aku muda 4 bulan je dari kau," Pitt sengih-sengih.

"Aku tak tahu lah Pitt....dah 3 malam aku mimpi ada sorang awek cantik datang dekat aku. Cantik, macam angel," Ujar Don, fikirannya melayang pada seraut wajah ayu yang hadir mengetuk pintu hatinya dalam tidur.

"Angel? Kau pernah tengok ke angel macam mana? Hahaha," Pitt gelakkan Don.

"Kurang asam punya member. Aku serius, aku jatuh cinta kat dia," Kata-kata Don buat Pitt ternganga.

"Jatuh cinta dengan orang dalam mimpi??? Kau gilaaa!!!" Jerit Pitt. Dah sewel ke mamat ni?

"Betul, aku rasa dia benar-benar ada......dekat pada aku," Luah Don lagi menambah kerut di dahi Pitt.

"Kau jangan buat gila....bawak-bawak mengucap, kau tak sihat ni," Pitt pegang dahi Don. Sejuk beku je dahi dia. Aduiii, kena bawak pegi mandi bunga gayanya ni. Pitt berkira-kira.

Don cepat-cepat menepis tangan Pitt yang masih melekap di dahinya. Ada ke cakap aku tak sihat. Getus hatinya.

"Wei, jomlah aku nak balik dah. Kau nak tidur sini ke apa?" Pitt sudah mencapai helmet di rak. Seram tengok Don berkeadaan macam tu. "Kalau kau nak balik lewat, jangan lupa kunci shutter tu. Buat nya kau angau ngan angel kau tu kau biar je pintu kedai ternganga," Sound Pitt. "Aku chow dulu, jumpa esok," Pitt terus blah. Kawasaki Ninja ZX10R nya mengaum dalam kepekatan malam.


pic from google

Don....dia masih di situ. Berkali-kali diulang lagu Spanish Guitar. Imaginasinya, fokus dan mindanya masih pada wajah ayu itu. Alangkah bagus andai kau dapat ku gapai. Bisik hati Don. Dunhill di tangan bertukar ganti. Mindanya seperti di kawal gadis itu. Dia seperti dapat mencium haruman lembut gadis itu. Seakan benar-benar wujud di depannya. Don, kau dah parah ni!

Esoknya.....Pitt datang awal ke cafe, seperti biasa dia akan mop lantai, susun meja, kemas apa yang patut agar Don&Pitt Cafe sentiasa memberi keselesaan pada pelanggannya. Pitt masuk ke dalam stor mahu mengambil penyapu, tiba-tiba dia tersepak satu objek kaku. Dipandang ke bawah...laaaa Don, kau membuta kat sini? Pitt mengurut dada. 

"Wei Don, bangun dah pukul 8.00 ni. Bangun," Kaki Don disepak perlahan.

Don buka mata... terpinga-pinga. Didongak kepalanya memandang Pitt yang kembang kempis hidungnya menahan geram.

"Rileks ahh," Ujar Don lalu bangun menuju ke tandas. Nasib baik dia ada spare sehelai T-shirt dan anak seluar di kedai untuk kes-kes emergency macam ni.

"Kau jangan sambung membuta dalam jamban lak," Laung Pitt geram. Sebab 'angel' la ni dia jadi sasau tak berapa sihat walafiat macam ni. Patutlah beberapa hari ni dia tengok Don banyak termenung. Hai Don, Don mimpi pun boleh buat kau angau.

Waktu tengahari baru saja berlalu. Cafe Don&Pitt yang tadinya penuh sesak dengan manusia, sekarang sudah agak lengang. Don masih di kaunter duit, menyambung menung. Pitt yang duduk berborak dengan regular customer menggeleng kepala.

Pintu cafe dikuak, melangkah masuk seorang gadis yang sangat cantik. Pitt melopong. Cantik gila. Desis hatinya.... Tiba-tiba bunyi gedebuk macam ada benda jatuh. Pitt berpaling ke arah kaunter. Don! Don sudah terbaring di lantai tak sedarkan diri.

"Don!!!" Jerit Pitt, tanpa buang masa dia berlari ke arah Don yang melepek di lantai. "Kau ni kenapa? Dah kena sampuk ke apa?" Pitt meminta pekerjanya membawa semangkuk air. Pitt membaca apa-apa yang patut   sebelum air dalam mangkuk disimbah ke muka Don. Menggelupur Don bukak mata akibat terkejut.

"Mana budak tadi?" Itu soalan pertama dari Don setelah sedar.

"Budak mana? Kau ni dah macam tak waras aku tengok,"

"Budak perempuan tadi....yang cantik sangat tu," Ujar Don, tangannya mengesat air yang membasahi mukanya. "Perempuan dalam mimpi aku Pitt...." 

"Hah...biar betul kau ni?" Pitt dah naik keliru.

"Mana dia?"

"Dia dah blah, tak jadi singgah bila keadaan jadi kelam kabut tadi," Terang Pitt.

"Alaahhh, aku nak kejar dia," Don bangun, dengan baju yang basah kuyup dia berlari ke luar cafe. Moga-moga dia bisa ketemu gadis tetamu mimpinya itu.

"Ayu!!" Jerit Don sebaik terpandang kelibat seorang gadis persis sesusuk tubuh dalam mimpinya.

Gadis itu berpaling berserta kerut di dahi. Don telah liur. Sah, sah gadis tu! Don menguntum senyum lebar.

"Don," Dia menghulur tangan ke arah gadis yang dipanggil Ayu.

"Macam mana awak tahu nama saya?" Huluran salam Don disambut dalam sangsi.

"I saw you in my dream. You came to me every night. I know it sounds ridiculous tapi I'm telling you the truth. Sumpah. Dah berhari-hari saya nampak awak dalam mimpi saya, saya selalu terbayang awak dalam jaga saya sehingga kawan saya cakap saya gila sebab angaukan benda yang tak wujud. But I know, I know that one day we will meet. Sorry, tadi saya pengsan sebab terkejut awak betul-betul muncul depan mata saya... Goddd...macam dejavu," Panjang lebar Don explain. Biarlah nak dikata gila janji dia dapat luahkan semuanya pada Ayu. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Gadis bernama Ayu menganggukkan kepala. Entah kenapa, dia termimpikan perkara yang sama. Bukan Don yang dimimpikan tetapi Don&Pitt Cafe. Dia selalu mimpi datang ke situ, makan-makan. Selama beberapa hari dia mimpikan perkara yang sama. Atas sebab itu dia sanggup ke situ, mahu merungkai persoalan mimpinya. Tapi akibat kekecohan tadi dia berlalu...Mungkin tak kena masa. Pejabatnya terletak 2 blok dari cafe tersebut. Dekat saja, memang dia selalu di depan cafe itu cuma tak pernah singgah.

Ayu mengurut dada. Seakan tidak percaya, seorang lelaki yang tak dikenali selalu mimpikan dia, dan dia pula selalu mimpikan Don&Pitt Cafe, milik lelaki itu. Kedengaran pelik tapi itulah yang sedang dia alami. 

"What a coincidence," Ucap Ayu.

"No...this is not coincidence. This is what we call destiny," Balas Don bersama senyum yang tak lekang di bibir. "Ayu, boleh saya minta izin untuk terus berkawan dengan awak?" Don meluahkan rahsia hati.

Ayu senyum. Lalu mengangguk tanda setuju, Dia masih bingung memikirkan perkara ini tapi mungkin betul cakap Don, ini bukan kebetulan tapi takdir.

"Can I get your number?" Tanpa segan silu Don memulakan langkah kedua. Dia tak mahu lepaskan peluang.

Dan, bemula dari saat itu, bermulalah episod cinta antara Don dan Ayu. Cinta datang dalam pelbagai cara. Melalui perantara mimpi mereka bersahabat, bercinta dan berkahwin. Begitu takdir mimpi antara Don dan Ayu.....Siapa sangka kan?


pic from google

-TAMMAT-

Cerpen : Asmara Qaseh

Wednesday, June 13, 2012

Aku melarikan anak mata dari terus dipanah Asmara. Kerapkali aku hilang pertimbangan dengan renungan dari redup wajah itu. Kerapkali jiwaku hampir lumpuh dek kebeningan sepasang mata milik Asmara. Gila aku dibuatnya. 

"Qaseh," Panggil Asmara lembut. Jantungku memalu rentak kencang. 

"Ya, apa dia?" Aku jawab sehabis lembut. Pandangan matanya masih terarah tepat ke seraut wajahku. Aku tunduk malu. Tak bisa menahan haba yang terasa membahang di wajah akibat terlalu malu.

"Kita pergi dari sini, kita bina hidup berdua, bersama," Bisik Asmara dekat ke telinga ku.

Aku angkat kepala. "Pergi dari sini? Ke mana?"

"Pergi jauh ke tempat baru. Tak ada gangguan untuk kita di sana nanti," Pujuk Asmara lagi.

Mengenangkan kecintaan yang mendalam pada Asmara, mahu saja aku turuti kemahuannya, kemahuan ku juga. Tapi...apa perlu sejauh itu tindakan yang perlu diambil?

"Let's face them, together. Kita sama-sama mohon restu," Ujar ku memberi cadangan. Benar, payah mahu bercinta, membayangkan pelangi dan semua yang indah-indah andai ada penghalang dalam perhubungan.

"No, it won't work. Mereka nak kita berpisah. Walau macam mana, walau apa cara sekalipun. The best we can do, if we still want to stick together is to run away," Tingkah Asmara.

Aku telan liur. Sukar membuat keputusan sepantas ini. Memang benar aku juga lelah dicaci oleh orang tua Asmara. Aku sudah penat, namun atas dasar cinta aku gagahkan jua meneruskan perhubungan yang kami anggap sejati ini. Aku mahu terus berada dalam pelukan Asmara, aku mahu terus dibelai dan dilayan bak puteri oleh Asmara. Mana mungkin aku tinggalkan semua itu hanya bersebabkan kekangan orang tua. Aku yakin, suatu hari mereka pasti terima kehadiranku dalam hidup mereka. 

Kerana Asmara aku tinggalkan kerja ku sebagai pelayan kelab malam. Kerana Asmara, aku jadi pencinta yang setia. Diriku hanya untuk dia dan dia hanya untukku. Mana ada cinta di dunia yang tidak menempuh halangan. Lihat saja kisah roman tragik kuno Romeo dan Juliet. Betapa agong kisah cinta mereka hingga masih menjadi sebutan sehingga sekarang. Ya, demi cinta manusia sanggup buat apa saja sehingga sanggup berbunuhan. Apalah sangat jika setakat diajak lari meninggalkan Malaysia.

Aku lantas menganggukkan kepala tanda setuju setelah mempertimbangkan permintaan Asmara. Asmara membawaku erat ke dakapannya. Dahiku menerima sebuah ciuman hangat darinya. 

"Tapi kita nak lari ke mana? Ke hujung dunia?" Soalku.

"Townsville, Australia," Jawab Asmara ringkas.

"Bila kita nak pergi?" Soalku lagi.

"Secepat mungkin. Hujung minggu ni kita pergi sempadan Thailand, kita kahwin lepas tu kita terus ke sana," Asmara menceritakan perancangannya.

"Kahwin?" Berderau darahku. Sudah lama aku nantikan saat ini. 

"Ya, kahwin. Sampai bila kita nak hidup bergelumang dosa. I mahukan perhubungan yang halal antara kita,"

Ucapan Asmara buat air mataku luruh. Air mata gembira dan terharu bercampur aduk. Terima kasih, Tuhan. 
Ya, sampai bila mahu berkubang noda. Aku juga impikan kebahagiaan bak pasangan lain walau hakikat kehidupan ku bersama Asmara tak ubah bagai sepasang suami isteri. Dia bebas keluar masuk ke rumah ku, malah hampir kebanyakan malam dihabiskan bersama ku, melakar asmara indah.

"Qaseh, kita tak punya banyak masa. Kita perlu cepat sebelum parents I tahu rancangan kita,"

"Ya, I tahu Asmara....habis macam mana?" Aku mula diserang panik. Risau memikirkan sebarang kemungkinan.

"Mulai malam ni, I takkan datang sini. Hari Jumaat I tunggu you di KLIA. You jangan risau I dah aturkan semuanya,"

Dan bermula malam itu, aku tak habis-habis diserang debar. Entah kenapa.

Jumaat.....aku tunggu Asmara di KLIA. Bersama segunung harapan untuk mulakan hidup baru bersama. Tak sabar mahu menggalas tittle isteri kepada lelaki yang sangat aku cintai. Aku resah menunggu. Tiba waktu untuk check in, tapi Asmara belum muncul. Mana dia?

Berkali-kali aku menghubungi telefon bimbitnya, namun tak bersahut. "Please Asmara, jangan buat I macam ni. Where are you," 

"Hello," Satu suara menjawab telefon, yang pasti itu bukan Asmara.

"Asmara?"

"Puan siapa? Saya tengah cari nombor parents atau family terdekat dia. Asmara kemalangan,"

Bagai petir menyambar, aku jatuh terduduk. "Macam mana keadaan dia?" Tertekar-ketar bibir mulutku.

"Dia tak sedarkan diri, kami tengah tunggu ambulans sampai,"

"Kat mana ni?"

"Salak tinggi. Puan boleh call parents dia tak?"

Talian aku matikan. Aku gagahkan diri untuk ke sana, melihat Asmaraku. Oh, Asmara jangan tinggalkan aku. Aku belum bersedia berpisah dengan mu. Dalam teksi aku tak putus-putus berdoa, moga Tuhan selamatkan dia. 

30 hari kemudian....

Tanah kubur masih merah. Asmara, kau pergi jua. Air mataku belum kering meratapi pemergianmu. Patutlah kau kata mahu pergi jauh....tapi kau pergi sendiri, kenapa tak bawa aku bersama. Hidupku dah tak bermakna Asmara....tak bercahaya tak seperti adanya kau di sisiku satu waktu dulu. 

Teruk aku dicaci, dimaki oleh orang tua Asmara..Mereka tuduh aku penyebab kematian Asmara. Mereka tuduh aku perempuan sial. Mereka kata aku....aku yang patut mati bukan Asmara...Betapa terdera perasaanku, tak siapa ambil pusing. Aku kini sendiri....sepi....sunyi sekali. Malam-malam ku kosong.....hambar tak berseri. 

Quran usang peninggalan ibu aku belek dan ku baca. Dialah peneman sepiku ketika ini. Sejadah buruk dan telekung lusuh aku keluarkan semula dari gerobok. Sudah lama aku tinggalkan semua ini. Aku perlu tebus segala khilafku dengan Tuhan. Terlalu lama aku abaikan Dia demi mengejar cinta pada manusia yang tak mungkin kekal. Ampunkan dosaku, Tuhan. 

Asmara.....walau pedih, walau sedih, walau tersiksa dan dihina....dirimu tetap utuh dalam lipatan kenanganku. Aku terima pemergianmu sebagai peringatan Tuhan untukku. Tiada yang kekal di dunia, tiada cinta sehebat cinta Dia untuk hambaNya...Tak ku lupa menghadiahkan mu doa dalam setiap sujudku. Moga kau tenang bersemadi. Moga Tuhan ampuni segala keterlanjuran dan kealpaan kita....Memori yang tercipta antara kita akan sentiasa basah dalam ingatanku.



"Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya.  Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak" - Ustaz Pahrol Mohd Juoi Genta Rasa




Cerpen : Coretan Isteri Celaru

Thursday, May 31, 2012

Aku bingkas dari tidur. Peluh memercik di dahi. Astaghfirullah. Mimpi apa macam ni. Dadaku berombak kencang. Aku meraup muka dengan telapak tangan. Waktu tu jam menunjukkan pukul 3 pagi. Orang kata kalau mimpi di waktu-waktu macam ni, ada petunjuk Allah nak beri. Aku kerling suami di sisi. Tidur lena siap ada bunyi.

Aku cuba pejamkan mata, berusaha untuk tidur semula tapi bayangan mimpi tadi buat aku resah. Aku mimpi, suami aku ada perempuan lain. Jauh lagi cantik dari aku, jauh lagi slim dari aku yang dah beranak dua ni.  Isteri mana yang nak berkongsi kasih. Semua pun tak nak kan. Semua pun tamak dalam bab ni walau telah dijanji Tuhan dengan pahala andai kita redha dimadu. Aku tak rela. Aku takut dia abaikan aku dan anak-anak. Mimpi ni buat aku sedih. Sedih gila! Terasa mataku panas dan berair. 

Esoknya aku beritahu suami. Dia cakap aku merepek, suka fikir bukan-bukan. Dia kata dia sayang aku sorang walau bentuk badan aku tak serupa dulu, walau muka aku dah bulat, walau aku tak bersiap seperti dulu kalau nak keluar jalan-jalan. Dia sayang aku. Katanya lagi. Tapi, aku ragu-ragu. Mimpi semalam menggangu lagi. Lelaki, mak aku kata 10% je cakap benar yang lain semua kelentong. Betul ke? Sudah 5 tahun berkahwin dan punyai sepasang cahaya mata, kami hidup bahagia. Walau suamiku tak sekaya Rayyan dalam Romantik Rapsodi tapi dia sentiasa caring dan romantik. Aku sayang dia, aku cinta dia...aku tak nak dia beri separuh hatinya untuk perempuan lain. Aku nak jadi pemilik yang mutlak.

Lama aku termenung. Aku fikir balik di mana kekurangan aku sebagai isteri. Aku perlu ubah. Aku perlu perbaiki, agar mimpi semalam tak jadi kenyataan. Aku telek diri depan cermin. Dagu aku dah ada dua. Pinggangku dari saiz S sekarang dah jadi saiz L. Muka aku....muka aku banyak jerawat! Arghhh.....

Bukan aku tak nak jaga penampilan. Aku sibuk..aku tiada masa. Balik kerja aku sudah penat. Kerja melambak di ofis tak pernah surut. Lepas tu nak masak lagi, nak uruskan anak-anak yang tengah lasak, nak basuh baju, lipat baju, cuci pinggan mangkuk, gosok baju kerja, kemas rumah. Aku penat sangat. Suami aku, dia tolong, bukan tak tolong tapi, entah lah aku senang buat semuanya sendiri. 

Aku kena berubah ni. Detik hati kecil. Aku kena ubah sebelum terlewat. 

Sejak dari hari tu, aku mula kembali mengenakan lipstik ke bibir, mula beli compact powder...Estee Lauder lagik, set penjagaan muka daripada jenama Safi aku tukar ke SK II. Dressing pulak, kalau dulu nak ke mana-mana aku selesa kenakan T-Shirt dengan jeans je, tapi sekarang aku dah tukar, aku pergi butik Ms Read cari baju yang elok-elok sesuai dengan usia dan bentuk badan aku yang comel ni. Aku tak kira, duit boleh carik, tapi suami.....nak cari suami yang sebaik suami aku...aku tak jamin boleh jumpa. Aku mula amalkan diet dalam pemakanan, aku tekad aku nak berubah. Aku tak nak hidup dalam zon selesa. 

Suami aku tegur, "Kenapa tiba-tiba beli semua tu, kenapa tiba-tiba tak temankan abang makan malam? Tak best la makan tak berebut,"

Sebab makan berebut la badan aku naik macam dipam-pam wahai cik abang pujaan hatiku!

Aku jawab, "Sayang nak jaga kecantikan, sayang nak sentiasa nampak cantik depan abang, untuk abang,"

Aku nampak suami aku senyum meleret. Eh, ya lah...dah lama aku tak cakap lembut-lembut dengan dia. Asal dia datang dekat nak bermanja, selalu aku beri alasan. Aku penat, aku takde mood, mintak maaf sangat tak dapat layan. Kesian suami aku kan. Aku tahu dosa kalau dia kecik ati, tapi aku.....aku betul-betul  penat. Isteri lain macam aku jugak ke? Ke aku je perangai tak semenggah macam ni?

Abang jangan risau, lepas ni sayang tak buat macam tu lagi dah. Ampun bang!

2 bulan lepas tu.....aku mula nampak perubahan yang positif. Dari saiz L dah turun ke saiz M. Ok lah kan untuk aku yang dah beranak 2 ni kan? Kulit wajah pun dah licin, tak macam dulu lagi dah, macam kertas pasir. Erm, suami aku....tentu lah lagi sayangkan aku kan.....hihi. Dulu pun dia sayang, cuma sekarang bertambah-tambah sayang.

Hubungan dengan suami, makin bahagia, makin mesra dan erat macam zaman mula-mula bercinta dulu. Dia pun sekarang ni kalau jalan dengan aku, asyik nak pegang tangan aku tak nak lepas. Sudahnya anak-anak jalan sendiri. Dah terbalik pulak. 

Alhamdulillah, semuanya hikmah di sebalik mimpi burukku. Kalau tidak, sampai hari ini aku masih tak sedar. Manusia ni, kalau tiada tekanan dalam hidup, kalau tak terdesak agak sukar nak mulakan perubahan. Syukur aku tersedar sebelum terlewat.  Aku nak jadi isteri solehah, penyejuk hati suami...Aku ingin hidup bahagia, gembira di samping suami dan anak-anak dalam lindungan dan keberkatanMu Ya Rabb.

p/s : apa aku merepek ni? korang layan je la ek. hihi....

Romance and love silhouettes vector
pic from google

"Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu." - dipetik dari iluvislam

Lambat Lagik!

Monday, May 21, 2012

Assalamualaikum,

sorry..dah lama x update Nani Rayyan. ampun sgt2...iboo busy yang amat lately...bukan ku pinta jadi begini...uhuk2..ingatkan lepas exam boleh rileks2 menulis...rupanya tanggapanku salah!btul2 stress dgn kerja hinggakan blk rumah mmg langsung xde mood nk sentuh laptop. Tak daya mata mengadap pc/laptop lebih 15 jam sehari...

InsyaAllah lusa iboo akan update. tgh pulun siapkan new chapter....and maybe the last chapter dlm versi online.. iboo nak fokus siapkan manuskrip. doakan semoga Romantik Rapsodi dpt menambat hati publisher yerk... :)

thanks ats sokongan sumer...hope dpt siapkan manuskrip secepat mungkin and dpt kuarkan citer baru lak..idea dah lama ada tp tu lah....masa dan kudrat tak berapa nak ada.....aduiiyaii...

apa2 pun tgu lusa yerk...apa agaknya jd pada Nani ngn Rayyan....herm, kita sama-sama tunggu eh...hugs n kisses utk sumer. :)

boy, girl, love, photography, quote
pic from google

love_quotes





10 Things I Hate About You

Tuesday, May 8, 2012

Assalamualaikum, arini xde entry baru Romantik Rapsodi...hehe...insyaAllah esok siap kot...Nak share ayat best dlm movie 10 Things I Hate About You...citer ni dah lama, tahun 1999.....one of my fav movie...lakonan Heath Ledger (dah xde dah pun mamat ni)  ngn Julia Stiles. Mengimbau nostalgia lama. :)

Masa tu kat UPM...muda belia lg la time tu, ha ha ha.cite ni pun psl bdk2 high school...so mmg layan abis laa..ade lgk ke golongan skang yg tgk citer ni eh? he he...mcm dah tua sgt lak gayanya...eheheheheh.....


pic source from google

I hate the way you talk to me, 
and the way you cut your hair.
I hate the way you drive my car, 
I hate it when you stare.
I hate your big, dumb combat boots 
and the way you read my mind.
I hate you so much it makes me sick 
It even makes me rhyme.
I hate the way you're always right. 
I hate it when you lie.

pic source from google
I hate it when you make me laugh
Even worse when you make me cry.
I hate it when you're not around. 
And the fact that you didn't call.
But mostly I hate the way I don't hate you
Not even close, not even a little bit, not even at all.

pic source from google


Cinta Selepas Kahwin

Friday, April 27, 2012

Assalamualaikum, iboo tertarik utk berkongsi artikel ini dengan teman2... :) artikel ni iboo petik dari blog Pakar Cinta . Jom kita baca. :)

+++++++++++++++++++++++


Image from Google

Tahukah anda, Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang.

Bagaimana tu? Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum ini:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat.

Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:
  • Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina.Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat
  • Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.
  • Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Bila nak update??

Thursday, April 19, 2012

Assalamualaikum, sori sgt xd update entry baru...busy tahap gaban skang ni....xtau nak ckp apa dah. klau sapa yg ada add sy kt FB tu mmg tau la sy dok melalut bukan-bukan, nak bagi hilang stress sbnrnye...huhuhu..

Minggu depan iboo cuba update yer, sorry sgt2 yg tertunggu2 tu...ampun kan saya....skang ni tgh sibuk siapkan kerja dokumentation ISO yg x abis2 kat opis, bila blk rumah nk kena siapkan assignment lakkk....huaaa..rasa nk nangis dan stress.

Hrp semua kawan2 dpt bersabar....ok...

Rayyan misses y'all too... :D