Pages

Novel Romantik Rapsodi Jun 2014

Friday, May 23, 2014

Assalamualaikum,

Sunyi sepi blog ni sekarang...tuan tanah pon dah jarang jenguk. Entah apa yang sibuk sangat entah.

Masih ada kah yang ternanti-nanti kemunculan Romantik Rapsodi? Kalau ada harap teman-teman sekalian bersabar sedikit saja lagi. Rayyan dan Nani akan berlari ke dakapan kalian penghujung Jun ini. InsyaAllah. Doakan yang baik-baik ya. :) *nervous*

Romantik Rapsodi bakal terbit di bawah penerbitan Lovenovel Publication. 

Sedikit teaser Romantik Rapsodi untuk tatapan kalian. Sorry teaser tak ada part bergula. Sesekali jom layan diorang gaduh.

                                                 +++++++++++++++++++++++++++

"Pergi mana?” Kedengaran suara Rayyan keras menyapa di pendengarannya. Nani tidak sedikit pun mengangkat muka. Dia cepat-cepat mendaki anak tangga naik ke bilik.

Rayyan mendengus geram. Berpuluh kali dia menghubungi Nani namun panggilannya tidak berjawab. Mendidih darahnya. Sejak akhir-akhir ini Nani selalu buat perangai. Ada saja karenah Nani yang menguji kesabarannya. Sudahlah di pejabat dia tertekan dengan kerja, balik rumah Nani pula asyik buat hal. Entah apa yang difikirkan Nani hingga menjadi terlalu sensitif kebelakangan ini. Rayyan meraup muka, cuba mententeramkan perasaan marahnya. Dia kemudian turut mendaki anak tangga ke bilik.

“Kenapa ni?” Tangan Rayyan pantas mencengkam lengan Nani sebaik sahaja isterinya itu selesai bersolat. Dia tahu Nani sedang cuba mengelak untuk bercakap dengannya. Sungguh dia tidak faham dengan tindak-tanduk Nani. “Mata bengkak tu kenapa? Menangis? Apa lagi yang tak kena ni?” Hampir saja dia meninggikan suara melihatkan Nani yang berdiam diri tidak ubah seperti patung bernyawa. “Abang makin tak faham dengan sayang ni, cuba jawab kalau abang tanya. Sayang buat abang risau, tahu tak?”

“Lepaslah, sakit tahu tak!” Jerit Nani bersama air mata yang merembes keluar.

“Nak jerit-jerit ni kenapa? Salah kalau abang tanya pergi mana, kenapa menangis? Sayang ingat abang tak risau bila sayang tak jawab call abang? I’m worried to death sayang tahu?”

Berhadapan dengan seorang lelaki penipu yang amat dia cintai, terlalu sukar untuknya. Terlalu lemah jiwanya. Apa lagi yang terdaya dia lakukan selain menangis? Air mata itu sajalah kekuatannya.

I want you to tell me the truth. Is it true that........” Kata-kata Nani terhenti di situ. Tidak sanggup dia hendak menghabiskan ayat yang cukup melukakan perasaannya sendiri. Air mata diseka. “Betul abang perangkap sayang? Betul abang suruh Haniff call pencegah maksiat suruh tangkap kita? Betul?” Nani berteriak. Nafasnya turun naik.

“Kenapa diam, tadi bukan main lagi mulut tu. Sekarang sayang nak tahu betul ke tak semua tu? And why, why, why?” Nani terjelepuk di birai katil.

“Mana sayang tahu semua ni?” Tanya Rayyan terketar-ketar.

“Mana sayang tahu itu semua tak penting!” Jawab Nani tegas.

“Betul.....memang abang yang rancang semua tu, tapi.....”

Belum sempat Rayyan menghabiskan ayat, Nani menjerit ke arahnya. “Tak ada tapi...kau dah musnahkan masa depan aku, kau dah conteng arang ke muka mak aku, kau dah merendah-rendahkan maruah aku...kau pentingkan diri. Kau fikir perasaan kau, kau fikir apa yang kau nak, kau tak fikir sikit pun perasaan aku. Jangan ingat kau orang kaya kau boleh beli semua yang ada kat dunia ini termasuk perasaan dan maruah aku. Penipu...Aku benci kau!” Nani bagai diserang histeria. Pengakuan jujur Rayyan menjawab segalanya. “Apa salah aku, apa dosa aku pada kau!!!” Nani bingkas bangun. Dia meluru ke arah Rayyan dan memukul Rayyan bertubi-tubi. Rasa benci meluap-luap pada Rayyan.

Rayyan tidak melawan. Dia membiarkan saja isterinya itu melepaskan kemarahannya. Tanpa sedar, ada manik halus mengalir di pipinya. Dia perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Dia rela menerima hukumannya. Namun, untuk kehilangan Nani dalam hidupnya dia tidak bersedia. Dia terlalu mencintai Nani. Nani adalah separuh dari jiwanya. 

++++++++++++++++++++++++++++++++++




9 comments:

  1. Alhamdulillah. Tahniah...Tahniah... Lamanya nak tunggu Jun. Awl Jun, tengah Jun, hujung Jun? Aduhaiiiii. Takder sesi sign ke Farah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.finally kak. :) insyaAllah terbit hujung bulan jun. Xpasti ada sesi tandatangan ke x.klu ade nti sy gtau..hihi... *malu*

      Delete
  2. Cik robiah ali : nti boleh order melalui love novel publication ya.tp blum buka order lg.

    Boleh folo fb love novel nti dorg akan announce. Tq :)

    ReplyDelete
  3. tahniah...mmg dh lama tunggu...

    ReplyDelete