Aku
Tak pernah mampu ungkapkan kesedihan
Walau pada sesiapa sekalipun
Aku
hanya mampu memendam rasa
Pada lara hati yang tak berpenghujung
Kekadang diri ini sudah tidak betah untuk menanggung
Tapi pada siapa mahu ku luahkan...pada siapa
Aku penat, aku lelah, aku jemu
Mengapa takdir ini yang aku pilih
Aku tak tahu lagi mahu berbuat apa
Sudah banyak pengorbanan aku tabur
Tapi pembalasannya tetap noda
Allah, tunjuki lah daku
Pada jalan yang harus aku pilih
Aku hanya mampu berdoa dan pasrah
Aku takut
Pada perjalanan hidup yang akan aku telusuri nanti
Mampukah bahagia itu menjadi milikku
Mampukah derita jiwa ini berlalu pergi....
Sedihnya Aku....
Wednesday, October 12, 2011
Word Of Wisdom #2
"Seekor haiwan tidak akan peduli tentang halal haram makanan yang ditelannya. Ia tidak peduli kebun orang atau harta orang kerana halal haram bukan satu persoalan baginya. Berbeza dengan manusia, halal dan haram merupakan satu persoalan yang perlu difikir sebelum makan atau melakukan sesuatu. Jika tidak, seorang manusia itu samalah tarafnya dengan haiwan.." - Nik Abdul Aziz b. Nik Mat
-Ucapan di majlis perasmian Radix Fried Chicken Kubang Kerian pada 25 Julai 2010.
Puding Roti Simple
Assalamualaikum....
Nak share sikit resepi puding roti yang simple dan senang nak sediakan....Aku dan puding roti mmg xboleh dipisahkan ibarat irama dan lagu gitu...hihi...mmg favourite sgt....Lagipun ianya dessert yang simple dan xsusah nak buat.dan yang plg penting, SEDAP...hihi..mmg sesuai dijadikan minum petang..tp aku kalu dah wat bnda ni xkira mnum ptg ke breakfast ke, dinner ke sume boleh...hihihi...
p/s : sori kualiti gambar x cantik dan x menarik..bab amik gambar mmg aku fail.. :)
Bahan-bahannya :
Untuk puding :-

- 6 keping roti - (dikoyakkan atau dipotong dadu)
- 5 biji telur (saiz M)
- 2 cwn susu segar
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 kotak kecil kismis (aku selalu guna brand ligo)
- Badam cincang untuk hiasan (optional)
- Lemon zest (optional) - untuk bau dan rasa yang xmuak
- 2 sudu bsr gula (ikut citarasa msg-msg)
- Masukkan telur, susu segar, gula & esen vanilla. Pukul dengan whisker sampai sebati.
- Masukkan pula kismis dan lemon zest. Kemudian masukkan roti. Gaul sehingga rata.
- Biarkan sekejap dalam 15 minit.
- Masukkan ke dalam bekas pembakar dan taburkan dengan badam.
- Bakar dalam oven selama 40 minit pada suhu 180 darjah celcius
- 2 sudu besar kastad
- 1 cawan susu segar
- 1 cawan susu sejat
- 3-4 sudu besar gula
- 1 sudu teh esen vanilla
- Di dalam periuk, campurkan semua bahan. Jangan nyalakan api dulu. Kacau adunan hingga kastad sebati dan tak berketul2
- Nyalakan api perlahan, kacau sampai adunan pekat.
Dah.....selamat mencuba! :)
Thursday, October 6, 2011
Artikel ini juga saya petik dari Dunia Macam-macam di Facebook
Saya rasakan ianya berguna untuk rujukan dalam pembelajaran kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Terima kasih pada tuan empunya. :)
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "
10. Orang yang sedang makan sahur.
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
(Gambar daripada Google) |
Ayat-ayat Pendinding Rumah
Artikel ini saya petik daripada Dunia Macam-macam di Facebook
Saya rasakan artikel ni amat menarik utk dikongsi untuk dijadikan panduan dan pedoman buat saya dan mungkin anda juga...Terima kasih kepada tuan punya kerana sudi berkongsi ilmu...
Dari Ibn Mas’ud dari Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa membaca sepuluh ayat;
* empat ayat dari awal surah Al Baqarah (1-4)
* dan Ayatul Kursi dan dua ayat selepasnya (255-257)
* dan penutup surah Al Baqarah (284-286)
nescaya Syaithan tidak akan masuk dalam rumahnya hingga pagi.
------------------------------------------------------------------------------
KESAN AWAL DARI AYAT2 PAGAR AL-BAQARAH:
Dalam satu kes pesakit di Melaka, pesakit merasakan mendapat terlalu banyak
mimpi akibat gangguan/sihir. Saya syor beliau menggunakan ayat2 tersebut.
Sebelum itu, pesakit memang selalu membaca ayat Al-Baqarah 255 dan 285-286,
tetapi masih tidak cukup ayat 10 tersebut.
Satu malam, sebelum maghrib, pesakit baca ayat 10 tersebut. Dalam waktu tengah
malam, 4 jam selepas bacaan, beliau dan pasangannya di rumah tiba2 mendengar
dentuman kuat 2 kali:
1. Bunyi dentum kuat di sudut bilik solat
2. Bunyi dentuk kuat di siling di bilik ruang tamu
3. Bunyi bising2 di atas siling / atap
TANDA-TANDA AYAT2 PAGAR LAIN BOCOR:
Saya dapati adakala perawat lain mendakwa pagar yang menggunakan ayat2 Quran
(bukan al-Baqarah) bocor kerana:
* pesakit "melihat" berapa ekor jin masuk ke rumahnya
* pesakit terasa ada benda2 bergerak dan berbunyi dalam rumah
* pesakit dan suami tidak dapat rasa tenang tidur dalam rumah walaupun ngantuk
Apabila ditanya, pesakit baru faham bahawa pagarnya yang bocor tidak menggunakan
ayat 10 tersebut.
Selain itu, pengalaman saya sendiri apabila terlupa baca 10 ayat tersebut pada
waktu pagi. Masa itu saya selepas subuh berjemaah dengan isteri terus ke kedai
membeli roti canai. Pada malam sebelumnya saya sudah bacakan ayat2 tersebut
kerana merawat kes sihir pengasih (yang di syakki melibatkan ifrit).
Semasa saya balik dari kedai roti canai (bungkus bawa balik), dalam pukul 7 pagi
lebih, saya terasakan meremang ketika membuka pintu pagar untuk masukkan kereta.
Tiba2 saya terdengar bunyi siulan tajam (suara ifrit) yang dapat masuk ke rumah
kerana pagar (ayat Quran) terbuka. Ini kerana pada Subuh itu, saya terlupa baca
ayat2 pagar. Embarrassed
Dari pengalaman saya yang terhad ini, saya jangka pagar Al-Baqarah yang di baca
pada malam, akan terbuka pada sekitar 7:30-8:00 pagi sekiranya kita lupa baca
lagi selepas Subuh.
PERBEZAAN DENGAN AYAT PAGAR / DINDING DIRI:
Selagi pesakit dan keluarga berada dalam rumah, ayat pagar rumah memadai untuk
keselamatan keluarga. Tetapi sekiranya pesakit perlu keluar rumah, maka ia perlu
membuat amalan lain untuk memagar dirinya:
* Ayat Qursi, ATAU
* 3 QUL, satu QUL 3x, ATAU
* Zikir berikut 100x pagi dan 100x petang
Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya
segala kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang
mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu
Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan daripada Abu Hurairah; Rasulullah
s.a.w berkata, “Sesiapa membaca ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti
memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan dituliskan untuknya dan
seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng dari gangguan syaitan
sepanjang hari.”

Wednesday, October 5, 2011
Ok kita sambung lagi citer pasal ni....baca jgn x baca... :)
SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA
Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah disebabkan syahwat, hawa nafsu, mabuk cinta....keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan dan mempunyai anak. Perkara yang demikian byk terjadi dan byk pula ulamak yang membicarakannya.
Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan kerana ia disakiti oleh manusia atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas atau membunuh mereka padahal manusia tidak mengetahuinya. Di Kalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut. Keadaan ini sebagaimana kita jumpa dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian adalah merupakan perbuatan keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu ia harus dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu adalah perbuatan keji yang diharamkan. Kepada mereka juga harus dijelaskan bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan halitu di rumah atau di kerajaan (jin) mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka. Mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.
CARA-CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA
Jin adalah sejenis makhluk yang berwujud udara sedangkan manusiamemiliki lubang bulu roma kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah ertinya;
"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala" (Ar-Rahman : 15)
Dalam hal ini Ibn Abbas berkata : "Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api"
Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak. Melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawaorang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang halus dan sangat aneh. Menurut pendapat pakar perubatan jin, gelombang itu sebenarnya menunjukkan bahawa jin itu memberitahu bahawa mereka berada di otak manusia.
(Gambar Ehsan Google) |
PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN- Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang itu semakin bertambah dengan Allah maka syaitan akan menjauhinya
- Mengucapkan Bismillah pada setiap kesempatan iaitu ketika :
- Hendak melompat dari tempat yang tinggi
- Terjumpa sesuatu di atas tanah
- Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat gelap, sunyi dan kosong
- Bezikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu seperti waktu pagi, petang atau malam
- Tidak membunuh ular yang berada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah
- Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. (Yakni nyanyian yg dapat merangsang nafsu seseorang)
- Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dengan wanita yang bkn muhrim
- Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni org, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam
- Jgn membuang air kecil merata-rata atau pada lubang binatang
- Jgn sesekali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing
- Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan..
Tuesday, October 4, 2011
Assalamualaikum...
MACAM-MACAM GANGGUAN JIN
DI ANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN
Korang pernah x alami gangguan atau tanda-tanda seperti kat bawah ni? Maklumat ni aku kongsikan daripada seorang sahabat. Dia merupakan pengamal perubatan Islam...Ini adalah sekadar renungan untuk saya dan kawan-kawan... :)
TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
- Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah
- Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam
- Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup
- Mimpi yang sangat menyeramkan
- Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus
- Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur
- Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur
- Berperasaan sedih pada waktu tidur
- Berdiri serta berjalan kerana tidur tanpa sedar
- Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi
- Mimpi sedang berada di kuburan, di tempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan
- Bermimpi melihat orang sangat aneh seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam
- Bermimpi melihat hantu
(Gambar Ihsan Dari Google) |
TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
- Kepala selalu pusing yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut
- Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya
- Fikiran yang kacau, selalu lesu dan malas, saraf yang tersumbat
- Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedngkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya
MACAM-MACAM GANGGUAN JIN
- Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama
- Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat
- Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan seperti tangan, kaki atau lidah
- Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk
DI ANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN
- Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki
- Kerana kezaliman manusia terhadap mereka seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi
- Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu.
Monday, October 3, 2011
Assalamualaikum....rsenye memang dah lame betol x hapdate blog ni...bz yang melampau dengan study...byk assignment nak kena siapkan...tu yang lemau jer nk bukak blog...mgu ni ari jumaat final exam plak...malas nyer nak baca buku...huhuhuhu...ni la padah bila org tua jd student...
Bila dah berumahtangga dan ada anak, memang susah nk bahagikan masa...tp kena jgk demi cita2 yang tergendala suatu masa dulu....ewahh!dengan kejenye (walaupun kdg2 ngulor), kelas, assignment, nak jaga anak, nak kemas umah, nak masak....aduyaiiii...kadang2 rse penat sangat dan tension sgt...tp nak tak nak kna kuatkan semangat....semoga Allah permudahkan segalanya...
Aku bersyukur dikurniakan hubby yang sgt memahami walaupun kadang2 gaduh...(biasanya aku yang cari gaduhh...hihi...) dia byk tlg aku...temankan aku g discussion smpi lewat mlm ngn classmate, tlg jaga anak bila aku g kelas, tlg basuh baju, tlg kemas umah....tima kasihhh suami ku..(kalu dia bace ni msti kembang rongga hidung dia 7 hari 7 mlm).....
Ngape eh pompuan ni cpt sgt emo?....

(haa ni la lakimu...di sebelah ialah aku yg cuba cover pipi tembam...ngeee) |
Subscribe to:
Posts (Atom)