Teruja!
Perkataan pertama yang lahir dalam kepala aku bila dapat assignment drpd lecturer tuk subjek kesukarelawanan...bukan nak puji diri sendiri tp Alhamdulillah Allah kurniakan aku dengan perasaan belas ihsan dan mudah bersimpati pada orang yang kekurangan...
So aku pun plan ngn group member utk wat aktiviti kebajikan kat umah orang tua-tua. cari punya cari dapatlah satu tempat ni....iaitu Rumah Jagaan & Rawatan Orang-orang Tua Al-Ikhlas....rumah ni terletak di Kg Pulau Meranti...dkt dengan area Puchong-Cyberjaya...Jumaat lepas (8 Julai 2011) aku and the geng g tengok tempat tu berkenalan dengan tuan punya tmpt so senang utk rancang aktiviti nti...
Masuk je perkarangan rumah ini (asalnya sebuah masjid lama) hati ditebak rasa sayu....aku mmg xboleh...cepat sgt tersentuh..pertama kali menjejak kaki ke rumah ini aku lihat warga emas masing-masing terbaring di atas katil...sayu memagut hatiku...Ya Allah....kuatkan lah diri ku..
Pn Liliy tengah bagi taklimat
Aku & The Gang tengah tekun mendengar..kebetulan datang sekali ngan student MSU so join la
Khusyuk btol dengar taklimat
Muka serius bincang pasal aktiviti. Kat belakang tu student MSU
Aku berkenalan dgn penjaga rumah itu memandangkan pengasas rumah Al-Ikhlas keluar bekerja. Daripada cerita-cerita yang disampaikan oleh Puan Lily barulah aku tahu rupanya pengasas rumah ini (merangkap mak mertua Lily) merupakan staffnurse di Hospital Serdang. Dia buka rumah ni pada tahun 2003 sbb dia kesian dgn nasib warga tua yang tiada waris dan tiada tempat bergantung slps mendapat rawatan di hospital. Mulianya hati mu wahai insan...nama pengasas rumah ni ialah Pn Muji bt Hj Sulaiman..Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan yang dia berikan kepada insan-insan yang memerlukan ni...masa mula-mula beroperasi dia tanggung semua kos dengan duit gaji sendiri...menitik air mataku...dia yang jaga, beri makan dan mandikan warga tua ni...bygkan betapa dia sanggup berkorban utk insan yg bkn drh daging sendiri...cukuplah ikatan saudara sesama Islam yang menguatkan hubungan ini....aku doakan semoga Pn Muji sentiasa diberi kesejahteraan oleh Allah.
Kami plan utk adakan kutipan derma bagi membantu menampung kos operasi rumah ini. Aku and the gang akan cuba usahakan utk bantu ape yg termampu...Kami plan utk cari sumbangan xkira la berbentuk wang ringgit atau pun pampers ke brg keperluan ke...dan kami akan spend masa satu hari di sana pada 29 Julai ni untuk gotong-royong bersihkan kawasan sekitar, mandikan warga emas, makan sama-sama, buat senamrobik dan sampaikan sumbangan yang kami dpt kutip kepada Pn Muji....
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan boleh lah menghubungi :
Pn Muji bt Hj Sulaiman atau Pn Lily
Lot 3530, Jalan Besar
Batu 18, Kg Pulau Meranti
Puchong
Selangor
No. Telefon : 016 – 6786374 /017 - 3948291
Lawatan ke Rumah ini banyak mendatangkan keinsafan pada diri aku...
Macam mana nasib kita nanti, kita pun tak tahu sementara kita diberi kesenangan oleh Allah, tiada salahnya kita membantu insan-insan yang amat memerlukan....Diorg pun xminta ditakdirkan begini...Sebagai manusia kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan....Kerdilnya dan hinanya diri ini wahai Tuhan....