Pages

Catatan Perindu

Friday, October 4, 2013

Apa khabar kau sekarang? Bahagia? Aku masih di sini bersama kenangan kita yang tak mampu aku padam. Bagaimana aku nak lupakan mu sedangkan hati ini masih hebat merindu. When the smile on your face greeted me every day, what more could I ask for? I didn’t know what to say when you turned away and walked out the door. Everyone said we were made for each other, was it all a mistake? Why did you have to go and leave me behind to deal with this heartbreak?

Air mata sudah kering. Namun kenangan bersamamu masih basah. Sungguh aku rindu, terlalu rindu. 

Barang pemberian Adam satu persatu aku masukkan ke dalam kotak. Aku tidak mahu terus hidup dalam kenangan Adam. Aku mahu terus melangkah meninggalkan memori Adam di belakang. 

"Sarah, u know i love you?" Malam itu bulan terang, bicara Adam malam itu lain dari kebiasaan. Tiada sapaan mesra, tiada gurau dalam bicaranya. Serius Adam malam itu.

Aku hanya anggukkan kepala. Cuba memandang sepasang mata coklat milik Adam.

Adam mengeluh berat. Matanya tak mahu memandang ku seperti selalu.

"Kenapa ni. Awak tak sihat ke?" Aku masih belum mampu membaca apa yang tersirat di hati Adam.

Untuk kesekiannya Adam mengeluh lagi. "Let's end our relationship." Adam tunduk memandang kasut.

"Reason?" Aku kaget beberapa ketika. Hubungan ini terbina hampir 3 tahun. Malah aku sudah masak dengan segala tingkah dan perangai Adam. "Kenapa tiba-tiba?" Soalku lagi. Aku tak tahu apa perasaan ku saat itu. Aku cuma merasai kekosongan. Dan kekosongam itulah yang membelenggu hari-hariku hingga kini.

"Let's just end our relationship." Ulang Adam. Perlahan namun berbisa.

"I need to know why," jawabku pula. Aku perlu tahu kenapa. Sayangku pada  Adam bukan sedikit.

Keluh Adam kedengaran lagi. Aku mulai bosan dengan keluhan dan kebisuan Adam. "Answer me!" Bibirku berketap. Antara menahan rasa marah dan sedih.

Aku lihat bibir Adam seperti mahu mengungkap sesuatu. Katakan Adam! Katakan! Bentak hati ku.

Adam menarik nafas, kemudian dihembus melalui mulut. Aku cuba bertenang menanti jawapan Adam. Cukup lama aku rasakan.

"Cinta perlukan pengorbanan, bukan?" Mata Adam teralih pada bulan yang bersinar.

"I don't get you, jangan berkias boleh tak?" Aku hilang sabar. "Kalau saya ada buat salah, saya minta maaf. It's not fair awak nak kita putus tanpa sebab," Aku perlu tegakkan hak ku. Adam diam lagi. Kali ini aku lihat matanya berkaca.

"Ini semua untuk awak. Masa depan dan kebahagiaan awak," Bibir Adam bergetar bersama titis-titis air mata yang mula luruh satu persatu dari kelopak mata.

"Awak adalah kebahagiaan saya dan saya mengimpikan masa depan bersama awak," luahku dalam sendu.

Cepat-cepat Adam geleng kepala. Jiwa ku tersiat. "Mungkin hari ini saya sayang awak, mungkin hari esok saya dah tak kenal lagi awak siapa," Ujar Adam. Terlalu jujur untuk buat hatiku terdera.

"Sampai hati awak...." Bahu ku terhinggut menahan tangis.

"I've been diagnosed with Alzheimer walaupun usia saya baru mencecah 32 tahun. It's rare tapi Tuhan pilih saya. Saya tak nak jadi denial. Saya perlu terima semua ni dengan redha." Tenang Adam bersuara.

"Tipu! Itu penyakit orang tua. Doktor tu salah diagnose awak. Jom, saya bawak awak check up hospital lain. It's impossible," Aku pula jadi denial.

Adam gelengkan kepala. "Doktor yang saya jumpa, kakak saya sendiri. Buat apa dia nak tipu. Perkara yang paling saya takut, saya takut saya dah tak ingat awak lagi sedangkan awak adalah kenangan terindah dalam hidup saya. Saya tak sanggup. Jadi sebelum semua tu betul-betul berlaku, ada baiknya kita bawa haluan sendiri."

"Saya boleh jaga awak."

"No, thank you. Saya lelaki dan saya punya ego. Mampu ke awak bertahan kalau saya selalu marah-marah nanti. Mampu ke awak nak uruskan saya setiap hari. Lama-kelamaan saya akan jadi lemah, tak mampu bertutur dengan baik dan mungkin juga terlantar. Awak masih muda dan punya kerjaya. Jangan bazirkan masa awak dengan berkorban untuk saya." Penolakan Adam buatku hampir meraung.

"Saya cintakan awak dan saya sanggup lakukan apa saja walau terpaksa hidup susah dengan awak," Air mata menerpa laju.

"Saya tak perlukan pengorbanan dari awak, saya cuma mahu awak teruskan hidup tanpa saya. Berkahwin dan berbahagia dengan lelaki yang sempurna. Buat semua tu kalau awak betul-betul cintakan saya. Dan tolong, jangan hubungi saya lagi selepas ini. Ini adalah pertemuan kita yang terakhir." Mendatar suara Adam. Aku tahu dia terlalu menderita. Anak matanya menceritakan segalanya.

Cerita cinta antara aku dan Adam berakhir di situ....Adam...aku rindu!


crdt : google





Teaser Bab 63 Romantik Rapsodi

Wednesday, September 25, 2013

Assalamualaikum, sedikit teaser untuk menghilangkan kerinduan pada Rayyan dan Nani. :)


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sudah seminggu Rayyan tidak ketemu Nani. Sejak peristiwa itu, Nani pergi membawa diri. Biarlah Nani pergi, dia izinkan. Mereka perlu memberi sedikit ruang untuk diri sendiri. Merenung dan berfikir kembali tentang perjalanan cinta antara mereka, bagaimana mahu memperbaiki kesilapan dan kesalahanggapan yang sentiasa hadir mengganggu. Biarlah masing-masing bertenang terlebih dahulu.

Setiap hari, setiap detik dia merindui Nani. Namun dia pasrah, Tuhan tetapkan semua ini untuk menguji cinta antara mereka. Benar dia rasa penat diuji, tapi Tuhan punya perancangan lebih hebat untuk mereka. Itu sajalah yang menjadi penguat semangatnya meneruskan hari-hari yang amat suram. Andai jodoh antara mereka masih utuh, pergilah ke pelusuk mana sekalipun di dunia ini, jodoh pasti datang mengejar.

Pantai Morib yang tenang beralun tidak mampu mengubati keresahan jiwanya. Angin petang yang lembut membelai tidak dapat mengurangkan rawan hatinya. Sesekali dia seperti ingin tunduk dan mengalah pada takdir. Ada ketika, dia rasa seperti ingin meraung dan menangis semahunya. Beratnya beban yang tergalas di bahunya. Apa lagi yang perlu dia lakukan untuk membuktikan betapa dia pencinta yang setia. Apakah menjadi satu jenayah jika dia terlalu setia pada isterinya sehingga sehebat ini dugaan untuknya?

Laut, pasir dan burung-burung berkicau mengingatkan dia pada Nani. Ombak yang lembut membadai, angin yang mesra menyapa mengingatkan dia pada keobsesan Nani pada pantai. Jiwanya semakin terhimpit, rindunya tidak terbendung. Bibirnya terketar-ketar menahan sebak yang meruntun jiwa. Rayyan bernafas sukar.

I miss you so much. Hatinya menangis.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Mana Nani sekarang? Ibu telefon pun dia tak nak angkat. Ibu susah hati,”

Rayyan kelu. Sejujurnya dia juga hilang punca ke mana Nani menghilang. Benar dia yang izinkan Nani keluar rumah cuma dia tidak bertanya ke mana isterinya itu akan pergi. Masakan hendak bertanya, memandang wajahnya juga Nani tidak sudi.

“Ibu, Ian minta maaf,” Rayyan duduk melutut memegang kaki ibu mertuanya. “Ian dah musnahkan kepercayaan Nani, Ian dah hancurkan harapan ibu,” Betapa berdosanya dia membuat hati si tua terluka.

Puan Hanisah mengetap bibirnya. Sebaknya dia menyaksikan babak ini. Hendak menyalahkan Rayyan seratus peratus, dia tidak tahu cerita sebenar. Hati ibu mana yang tidak dilanda risau, anak yang disayangi dilanda musibah sebegini hebat.

“Ian, bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan? Langit mana yang tak pernah mendung, laut mana yang tak bergelora. Begitulah fitrah alam, begitulah juga fitrah hidup berumahtangga. Kalau hati dan minda tidak kuat menempuh hujan ribut alam perkahwinan, inilah jadinya,” Bahu Rayyan dipegang lembut cuba membangunkan Rayyan dari terus tunduk memegang kakinya.

“Ian akan bertanggungjawab atas semua yang berlaku. Ian mohon restu ibu." 

Bergetar bibir Puan Hanisah menahan tangis. “Kenapa tak jelaskan pada Nani, Ian? Kenapa Ian biarkan dia keluar dari rumah?”

“Dah puas Ian cuba yakinkan dia, dia tetap anggap Ian berdusta. Apalagi yang perlu Ian buat bu. Ian tak nak paksa dia percaya. Ian lebih menderita tengok dia bergelumang air mata setiap hari. Biarlah dia pergi untuk seketika,” Rayyan melepaskan keluhan yang amat berat.

“Mohonlah petunjuk dari Allah. Kita sama-sama berdoa ya, Ian. Kita perlu yakin pada takdir. Allah itu Maha Luas PengetahuanNya. Apa yang Dia dah tetapkan pasti akan berlaku biarpun seluruh dunia cuba menghalang. Ibu yakin, Ian takkan khianati Nani. Ibu tahu Ian sayangkan dia,” Puan Hanisah menitipkan kata-kata semangat buat Rayyan. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu Rayyan memikul beban.



Romantik Rapsodi ke Versi Cetak

Monday, September 23, 2013

Assalamualaikum....

Semalam dapat berita gembira. Manuskrip Romantik Rapsodi telah lulus penilaian oleh penerbit dan insyaAllah akan terbit dalam versi cetak.

Terima kasih pada teman-teman yang setia menanti dan tak putus memberi sokongan selama ni...

Alhamdulillah...All praises to Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan. :)


Romantik Rapsodi di tangan penerbit

Tuesday, July 23, 2013

Assalamualaikum....it's been 8 months I'm away from this blog. Alhamdulillah manuskrip Romantik Rapsodi kini sudah berada di tangan penerbit. Doakan semoga ianya diterima untuk terbit dalam versi cetak. InsyaAllah...

Harap teman-teman masih tidak lupa dan masih berminat untuk mengetahui kesudahan cinta Nani dan Rayyan.

Kisah ini sebenarnya saya tulis sebagai ingatan untuk saya, dengan pelbagai cabaran hari ini sukarnya untuk saya mencapai cita-cita menjadi isteri solehah. Setiap liku hidup manusia tidak sama tapi matlamat kita tetap sama...untuk mengecap Jannah. Saya bukan isteri sempurna, terlalu banyak khilaf saya. Selagi mampu saya ingin berkorban dan berkhidmat walau kadangkala badai yang mendatang terlalu sukar untuk saya harungi hingga saya (kerapkali) hampir lemas dan tewas. Pergantungan saya cuma satu...pada Allah. Setiap kali diuji, saya selalu katakan pada diri, pasti besar ganjaran di sebaliknya kalau aku bersabar. Kalau tidak dibalas di sini, mungkin di akhirat sana...

Apa yang saya coretkan di dalam Romantik Rapsodi mungkin cuma secebis kisah, andai ada yang boleh dijadikan iktibar. Saya akui terlalu banyak kekurangan dalam naskah ini, andai tak berjaya diterbitkan saya akan habiskan di blog saja.

Doakan khabar gembira untuk penulis cabuk ini ya! Wassalam.