Pages

Rintihan Hati

Friday, November 4, 2011


SAKIT HATI..........
rasa nak jerit kuat-kuat tp aku xberdaya....

Tuhan, kuatkan diri ini menempuh segala dugaanMu....tunjukkanlah aku jalan yang patut aku pilih..aku tak mahu terusan hidup terbelenggu begini....permudahkanlah urusanku dan luaskan rezeki untukku...

Aku betul2 buntu dah xtau apa patut aku lakukan....Hanya padaMu aku berserah wahai Tuhanku..


Gulai Masam Ikan Patin Sangkar

Thursday, November 3, 2011

Kebetulan pegi pasar tani, nmpk ade org jual ikan patin dari Pahang..ape lg...aku pun terkam la...mmg sedap kalu msk gulai masam (masak tempoyak). Aku blaja resepi ni daripada mak mertua yang mmg org Pahang.

Aku masak gulai ni ketika kawan lama aku zmn blajar dulu datang umah...xtau pulak dia suka...makan smpi bertambah-tambah...Alhamdulillah. Aku seronok dan mcm satu kepuasan bila dpt jamu org makan...Tambahan pulak dpt pahala bila kita meraikan tetamu ni..Tetamu dtg bertandang kan bawa rahmat...

Jom check it out resepinya.....



Bahan-bahannya :
  • 1 ekor ikan patin (600gm)
  • 10 biji cili padi
  • 1 btg bunga kantan
  •  2-3 btg daun kesum
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3-4 sudu besar tempoyak (kalau nk pekat letak lebih skit & pastikan tempoyak fresh yg blum msm sgt)
  • 1 liter air
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya :-
  1. Tumbukkan cili padi, kunyit hingga lumat menggunakan lesung batu
  2. Masukkan tempoyak ke dalam lesung dan gaul bersama dengan cili dan kunyit yang dah ditumbuk
  3. Masukkan air ke dalam periuk, hidupkan api dan masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi bersama-sama.
  4. Seterusnya masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum, garam. Biarkan hingga mendidih
  5. Kemudian masukkan ikan patin. Masak sekejap sehingga ikan masak. Sedia untuk di makan.
p/s : kalau nak lebih sedap, boleh letak sayur ikut citarasa seperti timun, bendi, tomato dll. Pastu makan pulak dgn ulaman berserta budu ke sambal tempoyak ke...hmmm, makan bertambah la jawabnyer... :)

Aku Maafkan Kamu

Wednesday, November 2, 2011

Aku minta maaf di atas segala perbuatanku.
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


p/s : Cebisan lirik dalam lagu Aku Maafkan Kamu - Malique dan Jamal Abdillah

Lagu ni aku suka tp part ni je la...maksud nya begitu mendalam dan macam memperli pun ada....apa2 pun aku suka...tp part malique nyanyi tu ape benda pun xpaham..ngee

Hidup Jangan Pernah Mengalah

Dalam hidup kita tidak akan pernah dapat lari dari menerima ujian...Setiap ujian yang diturunkan sudah Allah selitkan dengan hikmah yang kita tidak tahu.....Kita perlu percaya itu kerana setiap apa yang Allah kurniakan, anugerahkan adalah bersebab.

Orang selalu mengeluh bila ditimpa masalah...tapi sebenarnya tanpa masalah kita tidak tahu sejauh mana kekuatan diri kita yang sebenar....kita tidak 'push' diri kita untuk melihat potensi diri yang selama ini kita tidak nampak. 

Jangan pernah tunduk dan mengalah pada musibah sebaliknya fikirkan dan renungkan apa yang terbaik perlu kita lakukan. Orang yang lari dari masalah yang menimpa merupakan manusia yang pengecut dan dialah orang-orang yang tertewas..

Ambillah apa yang terjadi dengan merenung dan mencari sisi positif daripada masalah itu. Sentiasa berniat yang kita mampu, kita boleh mengharunginya. Minda kita berperanan penting yang mempengaruhi setiap perbuatan dan tindakan yang akan kita ambil....

Ingatlah bahawa dengan ujian yang diturunkan, Allah sebenarnya hendak menaikkan darjat kita di sisiNya...bersyukurlah kita diuji dengan kesusahan..sekurang-kurangnya kita masih berpijak di bumi yang nyata. Jika kita sentiasa diuji dengan kemewahan, kesenangan dan kekayaan hendak lagi kah kita melihat ke bawah dan menadah tangan dan bersyukur kepada Pencipta...?

p/s : In ife, there is always, always something to be thankful for... :)