Pages

Sweet Stalker 1

Thursday, October 2, 2014

Assalamualaikum, 
Blog dah berabuk. Apakan daya hidup ini penuh komitmen. Apa-apapun saya akan cuba untuk update kisah ini paling tidak seminggu sekali. Cerita ni cerita lama yang diberi sentuhan semula. Tajuk pun saya dah tukar. Moga2 ada yang sudi baca dan ikuti kisah ini. :)



Dahlia bergegas menuju ke kereta. Dia sudah lambat! Macam mana boleh tertidur tak ingat dunia pulak hari ni. Alarm berbunyi pun dia tak sedar. Mama bukan ingat nak kejutkan dia. Entah ke mana mama menghilang pagi-pagi buta pun dia tak tahu. Salah dia jugak, lupa berpesan suruh mama kejutkan.

            Arghhhh......permulaan hari yang celaru, belum apa-apa dah dilanda ribut. Dia benci keadaan begini…kelam kabut tak menentu. Dia tak suka dihambat masa, nak bernafas tenang pun rasa tak senang. Dahlia memecut keretanya laju, terburu-buru dia mengejar waktu. Pasti Bella akan tarik muka. Rungut hati kecilnya.

            Sampai di satu selekoh, berhampiran deretan rumah kedai di kawasan perumahannya, dia tidak toleh ke kiri atau ke kanan walaupun papan tanda di bahu jalan sudah mengingatkan pengguna laluan itu untuk memperlahan kenderaan. Pedal minyak ditekan laju menonong umpama Michael Schumacher meredah litar lumba. Namun, tidak semena-mena muncul seorang lelaki di tengah-tengah jalan. Entah datang dari planet mana! Melintas dalam keadaan terburu-terburu.

            Bibir Dahlia pucat tanpa darah. Nyaris-nyaris, sipi-sipi dia terlanggar pemuda tinggi lampai di hadapannya. Nasib baik tangannya pantas menarik hand brake. Jika tidak, mungkin terus ‘gol’ lelaki itu. Ya ampun, mintak dijauhkan! Kotak kek yang dipegang lelaki berkenaan melambung ke udara sebelum jatuh menyembah jalan. Dahlia urut dada berkali-kali. Bala apa agaknya hari ni? Aduhh, mati lah aku. Air liur ditelan perlahan, menjalar rasa payau ke dalam tekaknya.

            Perlahan-lahan dia keluar dari kereta. Cuba digagahkan diri menghadap lelaki yang sudah bertukar warna di depannya. Dia nampak lelaki itu mula menyinsing lengan kemeja kotak-kotak berwarna biru.

            Memang betul-betul marah pada aku ni, telinga dan muka dah bertukar warna merah. Desis hatinya. Alamak, tak kan dia nak pukul aku? Dahlia cuak.

            Renungan tajam berserta hembusan nafas kasar lelaki berkenaan betul-betul buat dia kecut perut.

            "Hei perempuan!!! Buta ke?" Laung lelaki berkenaan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Makk aii bahasa! Kasarnya....

            "Encik, saya minta maaf. Kita cuba settle cara baik, ya" Dahlia separuh merayu. Dia cuba menenangkan lelaki itu yang nyata cukup marah. "Dahlia Tihani....." Ujar Dahlia sambil menghulurkan tangan kepada lelaki yang sedang merah padam mukanya itu. "Sorry sangat, saya nak cepat tak perasan encik tengah melintas.” Kek yang sudah bersepai di atas jalan dipandang dengan penuh rasa bersalah.

            Huluran tangan tidak bersambut sebaliknya ditepis kasar. Sebuah jelingan tajam turut dihadiahkan kepada Dahlia.

            "Kalau ya pun nak cepat, tengok la depan yang kau pecut macam orang gila kat kawasan ni kenapa? Kau tak nampak ke signboard dah tulis 40km/j? Buta ke! Mata letak kat lutut ke?" Lelaki berkenaan tidak habis-habis memaki hamun dirinya.

            Elok-elok aku dah mintak maaf, dia nak tengking-tengking lagi. Memang saja je mamat ni. Detik hatinya. Aku dah lambat ni woi! Sabar aje lah…

            "Saya mintak maaf lagi sekali, saya akan ganti balik harga kek ni. Saya bayar double pun takpe encik, encik cakap je berapa? Saya mintak maaf, saya betul-betul nak cepat ni," Dahlia masih cuba mengawal ton suaranya walau dalam hati dah mula terasa panas. Hampir 15 minit dia tercegat di tengah panas, mendengar maki hamun lelaki yang dari tadi tak henti-henti menyalahkannya.

            "Kau tahu tak, seminggu aku tempah kek ni? Seminggu!" Jeritan kuat lelaki tinggi lampai di hadapannya mencuri perhatian beberapa pasang mata yang lalu lalang di situ. "Kek ni aku tempah khas untuk mak aku! Dia sekarang tengah sakit! Aku tempah kek ni cantik-cantik sebab nak gembirakan dia sempena Hari Ibu. Tapi kau senang-senang dah jahanamkan kek ni, perempuan mata kat lutut!"
            Suara kuat lelaki tanpa nama itu bingit memecahkan pendengarannya. Terlalu kasar bahasanya. Tiada langsung mahu bertimbang rasa. Dia sudah mengaku bersalah. Jadi mahu apa lagi?

            Bukan tak boleh cakap elok-elok. Aku dah cakap nak ganti, dia ingat aku nak ke saja-saja pergi langgar dia. Nama pun tak sengaja, janganlah emo sangat. Aku dah mengaku salah, aku dah nak keluarkan purse nak gantikan harga kek ni. Semua orang pun sayang mak, tapi bertimbang rasa la sikit. Dahlia berkhutbah dalam hati.

            "Maaf sangat-sangat, ini kad saya. Kalau lepas ni encik nak tuntut ganti rugi encik boleh call saya. Saya terpaksa pergi sekarang, maafkan saya." Berkali-kali Dahlia melantunkan kata maaf. Dia menghulurkan empat keping not lima puluh ringgit ke arah lelaki tersebut.

            "Senang je kau cakap maaf!" Sempat juga dia menyambut huluran dua ratus ringgit duit dari Dahlia. Puas dia melakarkan design khas untuk ibu tersayang, kesudahannya hayat kek tersebut terpaksa berakhir di atas jalan. Memang bukan rezeki ibunya!

            "Ok, fine. Aku lepaskan kau kali ni. Aku harap lepas ni aku takkan jumpa manusia macam kau lagi, kat mana-mana!" Herdik lelaki berkenaan. Marahnya belum reda.

            Dahlia tunduk. Sudah malas hendak melayan berang lelaki itu. Dikerling jam di pergelangan tangan. Dia sudah lewat! Sesi fotografi yang sepatutnya bermula sejam yang lalu tertunda gara-gara kecuaian dirinya. Dahlia pantas memboloskan diri ke perut kereta setelah lelaki tanpa nama dan tanpa budi bahasa itu berlalu pergi.

            "Mati laa aku mesti kena marah ni," Enjin kereta segera dihidupkan, berhati-hati dia menekan minyak, bimbang kejadian tak diingini berlaku lagi.

            Setiba di lokasi, terkocoh-kocoh dia berlari ke Butik Sei Bella milik teman rapatnya Bella. Sei Bella adalah perkataan Italy yang bermaksud beautiful you.

            "Sorry...." Entah kali ke berapa untuk hari ini mulutnya mengucapkan kata maaf. Bella yang sedang duduk bersilang kaki dan bersilang tangan di sofa yang tersedia di butik mewah ini merenung tajam ke arahnya.

            "Apa alasan kau?" Soal Bella macam polis pencen lagaknya.

            "Sorry, aku nyaris terlanggar orang tadi, tu yang lambat nak kena settle dulu ngan orang tu. Tertayang jelas di ruang matanya muka berang lelaki yang memaki hamunnya. "Shall we start?" Dahlia buat muka kesian. Dia tahu Bella memang tegas soal masa. Tapi, malang tu kan tak berbau....bukan dia minta jadi begini.

            "Kau masuk dalam dulu, Ogy dah lama tunggu kau," Suara Bella sedikit reda. Ogy, lelaki berkarakter lembut yang begitu profesional mendandan dan menyolek wajah. Hasil kerja seni Ogy atau nama sebenarnya Ramzi menata rias wajah memang tidak pernah menghampakan. Atas sebab itulah dia selalu menggunakan khidmat Ogy dalam mana-mana majlis atau sesi fotografi selain Ogy adalah teman rapatnya.

            Sebagai model yang sedang berusaha keras mengukir nama, Dahlia tidak boleh terlalu memilih kerja. Semua tawaran yang datang diterima tanpa memikirkan soal bayaran. Sebagai langkah permulaan, dia mahu kukuhkan networking dan brand....biar semua orang kenal siapa Dahlia Tihani. Soal bayaran, soal harga jatuh perkara nombor dua. Yang penting, dia mahu bina repo yang baik dan tunjukkan komitmen cemerlang terhadap kerja. Dia yakin dengan cara itu, dia mampu kembangkan sayapnya ke peringkat yang lebih tinggi.

            Bella turut bertindak sebagai tulang belakangnya. Bella teman baiknya itu merupakan seorang pereka fesyen yang mula membuka peluang untuk dia berkecimpung dalam dunia modeling.

            Dahlia, Bella dan Ogy…mereka kenal sejak di zaman persekolahan lagi. Mereka adalah besties. Ke mana mereka pergi, pasti bertiga walau adakala ada mata yang serong memandang dan kurang senang dengan imej Ogy. Semua itu tidak penting. Mereka lebih tahu siapa Ogy @ Ramzi berbanding mata-mata yang galak memerhati.

            "Dally, jauh kau berangan," Ogy cuit bahu Dahlia yang dilihatnya sejak tadi mengelamun entah ke mana.

            "Eh, mana ada....," Cuitan Ogy itu mengembalikan semula Dahlia ke alam realiti.

            "Kau ingat sapa? Takkan dah ada boyfie tak bagitahu aku?” Giat Ogy. Dia tahu Dahlia masih single and available. Dan...dia cukup tahu Dahlia paling tak suka dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

            "Eh, kau! Sedap mulut tu."

            "Dally, aku rasakan, manusia secantik kau ni someday mesti dapat tackle VVIP takpun paling koman VIP. Kelasss kau, tapi jangan lupa aku pulak kalau kau dah senang," Ujar Ogy menggiat lagi.

            Tangannya cermat mengaplikasikan bedak asas ke wajah Dahlia yang putih bersih. "Aku suka solek muka kau nyah, senang...muka kau dah sedia cantik. Tak macam setengah manusia tu kan jenuh aku tempek foundation nak tutup kawah gunung berapi kat muka," Itulah pujian Ogy setiap kali menyolek wajah Dahlia yang pasti bersekali dengan kutukan.

            Bukan sehari dua dia buat kerja solek-menyolek. Sudah beribu wajah yang disolek, sudah pasti pelbagai juga tekstur dan kulit wajah yang dijumpai. Selalu dia membebel. Wajah tak cantik tapi kalau hati elok tak apa...ini tidak wajah nan hado tapi perangai mengalahkan diva tersohor. Dahlia dan Bella lah yang terpaksa mendengar bebelan Ogy setiap kali dia tidak puas hati dengan kerenah kliennya.

            Dahlia ketawa mendengar pujian demi pujian Ogy kepadanya. "Kau ni ada-ada je lah Ogy. Kalau kau tak make up kan aku, belum tentu aku nampak cantik," Jawab Dahlia, memberi kredit atas hasil seni Ogy.

            "Kau pergi mana tadi, lama aku tunggu tau, rasa macam nak tumbuh balik bulu muka aku ni. Baru semalam shave kasi licin,” Ogy melawak.

            "Aku nyaris nak langgar orang tadi sebab nak cepat datang sini. Aku tertidur tak sedar diri. Biasa mama kejutkan aku. Teruk aku kena maki hamun dengan dia. Dia belikan kek untuk mak dia sempena Hari Ibu, sebabkan aku nak terlanggar dia tadi, terus kek tu terpelanting atas jalan. Mula-mula aku serba salah, tapi lama-lama naik meluat pulak sebab kata-kata dia tu. Dia siap warning aku, tak nak jumpa lagi aku kat mana-mana. Sentap aku,"

            "Ye ke? Eeeei, mulut longkang! Dah orang cakap elok-elok dah la kan....Tapi, handsome tak laki tu nyah?"

            "Tinggi, handsome ke eh, tak perasan la. Kau ni pantang betul dengar pasal lelaki. Mula la tuuuuu," Akhirnya ketawa pecah antara mereka.

            ”Jap, bukan mother’s day dah lepas lama ke weh?” Ogy berhenti seketika daripada menepek muka Dahlia.

            ”Aah la. Baru aku perasan. Entah-entah gila tak lelaki tu? Ah, lantaklah malas nak cakap pasal dia, bikin hati gue panas je,”

            ”Ya lah, bukan kau jumpa dia lagi pun lepas ni. Dah diam nanti kang terencat pulak make-up kau hari ni. Bising pulak cik puan besar cerewet kat depan tu,” Sesedap rasa Ogy mengutuk Bella.

            Sessi fotografi berjalan lancar sehinggalah siang menginjak ke malam. Seronok dia menggayakan fesyen rekaan Bella yang unik. Bella memang berbakat besar dan setiap rekaan Bella memang menepati citarasanya. Kebanyakan rekaannya berkonsepkan urban chic tapi dalam gaya mewah. Dulu dia pernah menyimpan angan mahu jadi pereka fesyen terkenal, namun banyak perkara membataskan untuk dia mengejar cita-citanya. Takpe lah, tak dapat jadi pereka fesyen, jadi penggaya fesyen pun jadi lah...

            Bella tersenyum puas melihat aksi yang dipamerkan oleh Dahlia. Cukup cantik. Dahlia punya potongan badan hourglass iaitu ukuran badan yang seimbang antara bahu dan pinggul serta ukuran pinggang yang kecil. Dia tak nafikan Dahlia ada personanya sendiri. Kalau diasah betul-betul bakatnya ini, boleh sampai ke tahap Malaysia's Next Top Model ni. Berada dalam industri ini, masa dan disiplin amatlah menjadi kepentingan kalau tidak sila lah say hi hi bye bye! Yang lambat pasti keciciran kerana persaingan adalah sengit.


            Dahlia menyandarkan kepalanya pada sofa baldu di sebelah Ogy. Lenguh-lenguh badannya hari ini. Beberapa hari ini dia tak punya rehat yang cukup. Sibuk mengejar jadual yang agak padat. Alhamdulillah, rezeki bulan ini tidak putus. Hari yang panjang bakal berakhir sebentar lagi. Tak sabar dia mahu pulang ke rumah dan tidur puas-puas. Esok dia cuti...Jadi esok dia akan peruntukkan sebaik-baiknya masa untuk meng'qada' tidurnya.