Assalamualaikum,
Sunyi sepi blog ni sekarang...tuan tanah pon dah jarang jenguk. Entah apa yang sibuk sangat entah.
Masih ada kah yang ternanti-nanti kemunculan Romantik Rapsodi? Kalau ada harap teman-teman sekalian bersabar sedikit saja lagi. Rayyan dan Nani akan berlari ke dakapan kalian penghujung Jun ini. InsyaAllah. Doakan yang baik-baik ya. :) *nervous*
Romantik Rapsodi bakal terbit di bawah penerbitan Lovenovel Publication.
Sedikit teaser Romantik Rapsodi untuk tatapan kalian. Sorry teaser tak ada part bergula. Sesekali jom layan diorang gaduh.
+++++++++++++++++++++++++++
"Pergi mana?”
Kedengaran suara Rayyan keras menyapa di pendengarannya. Nani tidak sedikit pun
mengangkat muka. Dia cepat-cepat mendaki anak tangga naik ke bilik.
Rayyan
mendengus geram. Berpuluh kali dia menghubungi Nani namun panggilannya tidak
berjawab. Mendidih darahnya. Sejak akhir-akhir ini Nani selalu buat perangai.
Ada saja karenah Nani yang menguji kesabarannya. Sudahlah di pejabat dia
tertekan dengan kerja, balik rumah Nani pula asyik buat hal. Entah apa yang
difikirkan Nani hingga menjadi terlalu sensitif kebelakangan ini. Rayyan meraup
muka, cuba mententeramkan perasaan marahnya. Dia kemudian turut mendaki anak
tangga ke bilik.
“Kenapa ni?” Tangan Rayyan pantas mencengkam lengan Nani sebaik sahaja
isterinya itu selesai bersolat. Dia tahu Nani sedang cuba mengelak untuk
bercakap dengannya. Sungguh dia tidak faham dengan tindak-tanduk Nani. “Mata
bengkak tu kenapa? Menangis? Apa lagi yang tak kena ni?” Hampir saja dia
meninggikan suara melihatkan Nani yang berdiam diri tidak ubah seperti patung
bernyawa. “Abang makin tak faham dengan sayang ni,
cuba jawab kalau abang tanya. Sayang buat abang risau, tahu tak?”
“Lepaslah, sakit tahu tak!” Jerit
Nani bersama air mata yang merembes keluar.
“Nak
jerit-jerit ni kenapa? Salah kalau abang tanya pergi mana, kenapa menangis? Sayang
ingat abang tak risau bila sayang tak jawab call
abang? I’m worried to death sayang tahu?”
Berhadapan dengan seorang lelaki
penipu yang amat dia cintai, terlalu sukar untuknya. Terlalu lemah jiwanya. Apa lagi yang terdaya dia lakukan
selain menangis? Air mata itu sajalah kekuatannya.
“I want you to tell me the truth. Is it true that........” Kata-kata
Nani terhenti di situ. Tidak sanggup dia hendak menghabiskan ayat yang cukup
melukakan perasaannya sendiri. Air mata diseka. “Betul abang perangkap sayang?
Betul abang suruh Haniff call
pencegah maksiat suruh tangkap kita? Betul?” Nani berteriak. Nafasnya turun
naik.
“Kenapa diam,
tadi bukan main lagi mulut tu. Sekarang sayang nak tahu
betul ke tak semua tu? And why, why,
why?” Nani terjelepuk di
birai katil.
“Mana sayang
tahu semua ni?” Tanya Rayyan terketar-ketar.
“Mana sayang
tahu itu semua tak penting!” Jawab Nani tegas.
“Betul.....memang abang yang
rancang semua tu, tapi.....”
Belum sempat
Rayyan menghabiskan ayat, Nani menjerit ke arahnya. “Tak ada tapi...kau dah
musnahkan masa depan aku, kau dah conteng arang ke muka mak aku, kau dah
merendah-rendahkan maruah aku...kau pentingkan diri. Kau fikir perasaan kau,
kau fikir apa yang kau nak, kau tak fikir sikit pun perasaan aku. Jangan ingat
kau orang kaya kau boleh beli semua yang ada kat dunia ini termasuk perasaan
dan maruah aku. Penipu...Aku benci kau!” Nani bagai diserang histeria.
Pengakuan jujur Rayyan menjawab segalanya. “Apa salah aku, apa dosa aku pada
kau!!!” Nani bingkas bangun. Dia meluru ke arah
Rayyan dan memukul Rayyan bertubi-tubi. Rasa benci meluap-luap pada Rayyan.
Rayyan tidak
melawan. Dia membiarkan saja isterinya itu melepaskan kemarahannya. Tanpa
sedar, ada manik halus mengalir di pipinya. Dia perlu bertanggungjawab atas apa
yang berlaku. Dia rela menerima hukumannya. Namun, untuk kehilangan Nani dalam
hidupnya dia tidak bersedia. Dia terlalu mencintai Nani. Nani adalah separuh
dari jiwanya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++