Pages

ERIC Bab 2

Saturday, July 21, 2012

"Sayang...." Panggil Sufi manja.

Eric berpaling ke arah kekasih hatinya. Senyum terukir di bibirnya. Senyuman itulah yang menjadi pembuka tirai hubungan cinta antara mereka. Senyuman yang selalu buat Sufi gila bayang. "Yup, sweetie...," 

Sufi duduk di sebelah Eric, sama-sama mengadap laut lepas. "I suka tempat ni. Cantikkan?" 

"Cantik....tapi you lagi cantik," Pipi Sufi yang kemerahan dicubit manja. Meresap rasa cinta ke segenap pelusuk hatinya. Sufi.....Gadis cantik secantik namanya. Eric merenung Sufi...tidak pernah dia rasa walau seminit perasaan jemu memandang wajah ayu Sufi. Dia yakin, Sufi adalah yang terbaik untuknya.  

Sufi senyum. Kembang setaman hatinya dipuji kekasih hati. Eric....Eric pencinta terbaik seumur hidupnya. Bersama Eric, dia dilayan bak puteri. Eric sangat budiman. Sangat pandai mengambil hati dan sangat mencairkan perasaannya. Aghh...berada di samping Eric, mendengar deruan nafas Eric, melihat senyuman dan tuturkata Eric yang romantis buat dia hanyut dalam arus cinta yang deras mengalir dalam tubuhnya. 

"I'm so in love," Terbit kata-kata itu dari bibirnya.

"With me or with this place?" Soal Eric. Sesaat pun sejak tadi pandangan matanya tidak berganjak dari merenung Sufi. Ikutkan hati lelakinya, mahu saja dia kucup bibir mungil milik Sufi. Namun, akal yang waras menahan nafsu nakalnya.

"With you...." Ucap Sufi bersama senyum manis yang tidak lekang dari bibir.

Sufi diraih ke dalam pelukannya dan Sufi pula melentok manja di dada bidang Eric. "And, I love you more than I think I should," Bisik Eric.

Percutian di Pangkor ketika awal percintaan mereka lima tahun yang lalu tertayang satu persatu di benaknya. Ketika itu semua yang ada di dunia ini indah. Menyusuri pesisir pantai berpegangan tangan. Bergurau senda, bercanda riang penuh tawa, langsung tidak ambil pusing mata yang memandang sinis. Makan bersuapan, sambil berkongsi gelas dan straw yang sama. Tiada cacat celanya perhubungan mereka.

Eric mendengus kasar. Sukarnya dia hendak lelapkan mata. Berpusing ke kanan salah, ke kiri pun salah. Kenangan bersama Sufi Sufia benar-benar menggamit perasaannya. Menggeletar seluruh tubuhnya. Betapa sukar memadam api cinta untuk gadis itu. Sakit dadanya melawan resah gelisah, turun naik emosinya yang tidak menentu.


Tiga tahun.....tiga tahun lamanya dia membawa diri jauh di perantauan bersama sekeping hati yang lara dengan harapan lukanya yang dalam itu dapat segera diubati. Betapa sukar dia melalui hari-hari yang sepi bersendiri. Hanya Tuhan yang tahu. Bukan mudah untuk dia jatuh cinta. Sekali hatinya diserahkan pada seseorang, selama itulah dia akan jadi pencinta yang setia. Tapi Sufi, sewenangnya berpaling pergi tanpa mempedulikan sedikit pun perasaannya.


Dua tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat untuk sesebuah perhubungan menjadi matang. Dua tahun sudah cukup untuk membuktikan luhurnya sebuah cinta. Malah dia sudah merancang untuk menyunting Sufi sebagai teman hidupnya. Dia sudah maklumkan hal itu kepada kedua orang tuanya. Bukan Sufi tidak kenal dengan mereka. Hubungan Sufi dengan orang tuanya cukup rapat. Mengapa, mengapa setelah semuanya diatur rapi, Sufi tergamak untuk curang padanya. Apa salah dirinya. Selama perhubungan mereka, dia terlalu menjaga hati Sufi. Tidak pernah terlintas di fikirannya Sufi sanggup mencabul kehormatan cintanya yang suci.


Paling memilukan, pada hari mereka berpisah...kedua ibu bapanya dipanggil kembali mengadap Pencipta dalam satu kemalangan ngeri. Dia ibarat jatuh ditimpa tangga. Segalanya berlaku tanpa dia punya cukup ruang untuk bernafas. Dia hilang manusia yang paling penting dalam hidupnya sekelip mata. Beratnya dugaan yang Tuhan letakkan di bahunya.


Dan sekarang, setelah dia sudah dapat menerima semua kenyataan dan ketentuan, mengapa perlu Sufi muncul semula? Walau semuanya bukan dirancang, sebolehnya dia tidak mahu bertemu semula dengan Sufi. Walau dalam mimpi pun takkan dia benarkan Sufi hadir. Itu nekadnya.


Semasa pertemuan semula dengan Sufi bulan lalu, penampilan Sufi sudah banyak berubah. Sufi kini sudah mengenakan tudung di kepala. Pemakaiannya juga lebih sopan tidak seperti dulu. Sufi nampak lebih matang. Walau sudah berubah imej, Sufi tetap nampak sofistikated dan moden. Namun, walau apa juga pemakaian Sufi, dia tetap kenal wajah itu. Dia tetap kenal haruman yang melekat di badan Sufi.


Eric mengeluh lagi. Kenapa terlalu sukar untuk dia lupakan cinta yang terlalu menyakitkan ini. Kali ini dia bangkit dari katil menuju ke tingkap kaca. Pemandangan tasik Mines cukup jelas dari tingkat 10 Kondominium Heritage. Tangannya menguak rambut ke belakang. Untuk kesekian kalinya dia mengeluh lagi.


"Aghhh...." Eric menjerit. Serabut sungguh fikirannya. "Get out of my mind. Why I keep thinking of you over and over again. Am I under spell? It hurts to get trapped in this bullshit memory! Seumur hidup aku, aku tak pernah merayu perempuan datang semula dalam hidup aku. Tak pernah," Eric melepaskan marahnya. Marah pada dirinya sendiri, marah pada bayang Sufi yang tidak henti-henti memburunya. Nafasnya berlari kencang. "Serabut tahu?"

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Eric kembali semula ke katil. Pantas dia mencapai telefon di meja sisi. Dahinya berkerut membaca SMS dari nombor yang tak dikenali.


Hai...dah tidur? I can't sleep. I don't know why....


"Gila ke apa?" Bebel Eric.


Who's this?


Seketika kemudian, telefonnya berbunyi semula.


It's me Sufi. Oh, sorry. I thought you have my number.


Eric angkat kening. Apa lagi kau nak, hah?


I see. Sorry, I ngantuk. I need to sleep. Butang send cepat-cepat ditekan lalu telefon di off. Telefon dicampak kasar ke meja sisi.


Sedaya upaya dia cuba pejamkan mata untuk tidur. Doa tidur dah baca, kira bintang dah, kira biri-biri dah tapi rohnya masih liat untuk terbang ke alam mimpi. Mengapa pada saat jiwanya tengah kritikal melawan perit di hati, Sufi menghubunginya. Sebulan sudah pertemuan mereka, tetapi dia tidak pernah menerima SMS atau panggilan dari Sufi. Terkejut besar dia malam ini. Getar di dada semakin kencang.


"Lama-lama boleh jadi gila aku ni," Getusnya. "What should I do? Should I date her again and play with her heart? Erm.....let's teach her a lesson!"


Akhirnnya Eric terlena juga. Mampukah dia bermain dengan hati Sufi sedangkan hati sendiri terlalu rapuh. 

ERIC Bab 1

Wednesday, July 18, 2012

Assalamualaikum.....dah lama sangat tak ke udara. Minta maaf banyak dah lama tak update. Iboo pun tak tau, xde mood sangat sekarang ni. Manuskrip Romantik Rapsodi pun masih tergendala, update baru untuk Jatuh Cinta pun dah lama takde.....Kalau ada yang tertunggu-tunggu, maafkan iboo.

Dua minggu lepas, iboo ditimpa kecelakaan. Anugerah Tuhan yang sudah 4 tahun iboo, suami dan anak sulung kami nantikan sudah ditarik balik. Iboo keguguran. Sakitnya Allah saja yang tahu. Ada org keguguran tapi tak sakit. Bahagian masing-masing. Merasa jugalah dua malam tidur kat hospital dan melalui D&C atau orang kita panggil cuci. Apa-apapun iboo redha. Belum rezeki kami. Mula-mula sedih juga tapi mengenangkan ramai lagi yang diuji lebih berat, apalah sangat ujian untuk iboo.

Mood menulis memang merudum gila-gila. Ni baru ada sikit kekuatan nak menulis semula. Iboo ada terfikir idea baru walaupun masih tak siap Romantik Rapsodi.

Ia mengisahkan seorang lelaki bernama Eric yang sangat setia pada cinta tapi cintanya dikhianati dan dia rasa dipermainkan sehingga mencalar maruahnya sebagai lelaki. Dia ambil keputusan untuk balas dendam pada bekas kekasihnya Sufi Sufia yang secara kebetulan mereka dipertemukan semula. Ni episod pengenalan....harap ada yang suka.

Iboo mohon maaf banyak-banyak eh...InsyaAllah kalau diberikan ilham olehNya, Iboo akan selalu update. Selamat menyambut Ramadhan buat semua. :)



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hujan yang turun sejak semalam masih belum ada tanda mahu berhenti. Hujan November. Angin Monsun Timur Laut yang merentas laut luas China Selatan membawa hujan yang banyak di hujung tahun. Sesusuk tubuh tegap berdiri di sisi tingkap kaca berbingkai putih, merenung entah pada apa...merenung pada titis-titis hujan yang jatuh membasahi dada bumi barangkali.

Eric memeluk tubuhnya. Terasa sejuk dingin dihembus angin yang bertiup. Namun, dia masih di situ, berdiri kaku tidak mahu beralih. Jauh fikirannya terbang. Namun dia sendiri tidak tahu, apa fokus sebenar akalnya tatkala itu. Apa yang dia tahu, dia mahu terus melihat hujan yang turun dari langit November.

Ahhh....untuk kesekian kalinya dia melepaskan keluhan. Atas dasar apa, dia sendiri masih belum tahu. Apakah beban kerja yang tidak pernah surut atau bingung memikirkan soal hati yang kebelakangan ini sedikit mengganggu atau mungkin juga keduanya? Lewat ini, dia sering termenung, dia lebih senang bersendiri. Adakalanya berhari-hari dia mengurung diri. Dia benar-benar tidak mahu diganggu. Ada perkara yang sarat bertamu di dalam dadanya. Adakalanya dia rasa marah, geram, bengang, benci...namun ada waktu dia terlalu rindu.......

Dia sudah ketemu jawabnya! Sufi Sufia...! Ya, gadis itu yang menggangu kelancaran hidupnya kebelakangan ini. Pertemuan semula tanpa dijangka sebulan yang lalu mengusik jiwa lelakinya. Sudah lama dia benamkan wajah dan kenangan Sufi Sufia dari sanubarinya. Bertahun dia bertarung dengan perasaan melupakan memori yang pernah terukir indah bersama gadis bergelar Sufi Sufia. Betapa perit dia menanggung derita dan kecewa. Ini bayaran yang dia harus terima atas segala pengorbanan dan kesetiaannya selama ini.

Eric memejamkan mata. Imbasan pertemuan tak terduga itu berlayar lagi di benaknya. Untuk kali ke berapa, dia sudah tidak terkira.

Ketika itu dia dalam perjalanan ke tempat kerja. Seperti biasa dia akan singgah di 7Eleven membeli setin nescafe buat peneman dia memandu merempuh kesesakan jalan raya ke ibu kota. Entah kenapa pagi itu, dia terlalu haus. Tin nescafe dibuka dan dia meneguk rakus sambil sebelah tangan membuka pintu kedai. Tidak semena-mena, dia dirempuh oleh seseorang yang dalam keadaan tergesa-gesa. Nescafe yang berbaki separuh tertumpah di kemejanya sebelum terjatuh ke atas kaki.....seorang perempuan. Ya, dia dirempuh oleh seorang perempuan yang sangat-sangat dia kenali.

Sebaik memandang ke arah wanita itu, hatinya terus dipalu debar.

"Eric?"

"Sufi?"

Kedua mereka bersuara serentak dengan pandangan mata masih melekap antara satu sama lain. Kemudian, masing-masing membisu tanpa sepatah kata. Eric bergegas keluar meninggalkan Sufi yang nyata masih dalam keadaan terkejut seperti dirinya. Langkah dipercepatkan. Tercungap dia berjalan bersama debar yang sudah tak terkata dalam dada. Dia tidak mahu menoleh ke belakang. Tidak mahu memandang Sufi untuk kali kedua.

"Eric!!" Dia dengar Sufi melaung memanggil namanya. Dia pejam mata, menghalau suara yang sudah lama tidak didengarinya.

"Eric!!" Panggilan kedua mematikan langkahnya. Dia mengurut dada. "Just keep breathing, Eric," Dia cuba berlagak selamba, seakan segala yang berlaku antara mereka tidak meninggalkan kudis di hatinya. Dia tidak berpaling, sebaliknya menunggu sahaja Sufi menghampirinya.

"Eric...." Sufi memulakan bicara walau kedengaran agak janggal.

"Ya," Sepatah saja yang mampu keluar dari bibirnya. Sedikit pun dia pandangannya tidak jatuh pada seraut wajah ayu Sufi.

"You apa khabar?" Teragak-agak Sufi bertanya.

"Oh, I'm fine," Pandangan mata dilepaskan ke arah deretan kedai yang masih belum dibuka.

"It's been three years....er, you tinggal area sini ke?"

"Yeah, how time flies I don't even notice," Ujar Eric, mempertahankan egonya. Dia mengerling jam tangan di tangan kirinya. "Erm, I have to go...I dah lambat," Sambungnya lagi.

"Eric......"

"Ya," Jawab Eric acuh tak acuh. Dia tidak mahu berlama di situ. Dia tidak mahu otaknnya mengulang tayang kenangan-kenangan lama bersama Sufi.

"Eric, dah lama I nak jumpa you..."

"Jumpa I? Untuk apa?"

"Dah lama I nak minta maaf pada you,"

"Heh, minta maaf? I dah lupakan semuanya Sufi. You tak perlu minta maaf," Mendatar sahaja suaranya.

"But Eric, I rasa bersalah sangat pada you. I khianati cinta you....I curang pada you walau I tahu you setia pada I. I betul-betul minta maaf. I dengan Joe tak bertahan lama. Kami break lepas tiga bulan kami bersama. I tak tahu kenapa masa tu I buta tak nampak apa yang you dah buat pada I selama ni. I termakan dengan kata-kata manis Joe hingga I sanggup lukakan perasaan you. I cuba contact you tapi you dah tukar number. I cari you kat rumah tapi you dah pindah. I cari you kat office tapi you dah berhenti kerja. I betul-betul nak minta maaf dengan you. I dah dapat balasannya, Eric. Setahun I cari you tapi semua orang tak tahu you kat mana. I menyesal,"

"Benda tu dah lama. Dah tiga tahun. I pun dah tak ingat dah semua tu. I guess I'd better get going. I dah lambat,"

"Eric, boleh I dapatkan number you tak? I tahu I dah takde dalam hati you, but at least kita masih boleh jadi kawan kan?" Permintaan Sufi benar-benar tidak dijangkanya.

Tanpa berfikir panjang Eric memberikan nombor telefonnya pada Sufi. Entah mengapa, dengan rela hati dia memberinya pada Sufi walau dia masih ada ruang menolak.

"Ada masa mungkin kita boleh keluar minum. I pun tinggal dekat area ni," Riak wajah Sufi berubah sekelip mata. Lega apabila Eric masih sudi maafkan dia dan lupakan semua yang terjadi. Namun hakikatnya, hanya Eric yang tahu, guruh berdentum dalam hatinya.

Dan bermula dari saat itu, hatinya kucar-kacir. Jiwanya tak tenteram. Rasa sakit hati pada Sufi kerana mengkhianati kesetiaannya bersilih ganti dengan rasa rindu yang membuak-buak pada gadis itu.

"Sufi.....it hurts so bad. I tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh kerja. I separuh gila sebab you," Eric bermonolog sendiri. Dia menarik nafas sedalamnya. "Hidup I baru nak aman, kenapa you muncul? You memang tak boleh tengok I senang kan? You tau betapa I cintakan you, tapi kenapa you khianati I? Hati I hancur berkecai sebab you...You hurt my pride Sufi. Cinta I untuk you bukan barang dagangan Sufi. I dah serahkan seluruh jiwa I untuk you, tapi you, mudahnya you tinggalkan I sebab lelaki lain. Bullshit! Macam mana hidup I porak peranda sebab you, macam tu lah you akan rasa Sufi. You perlu bayar balik harga diri I yang dah you calarkan," Eric melepaskan rasa geram yang bersarang di dada.

Selebat hujan yang turun, selebat itulah rasa dendam yang membara pada gadis bernama Sufi Sufia. Bingkai putih tingkap kaca menjadi mangsa penumbuk Eric. Eric sudah nekad. Sufi Sufia perlu bayar semula setiap titis air matanya, setiap kelukaan yang dia terpaksa tanggung akibat kecurangan gadis itu. Tiada yang percuma Sufi!