Assalamualaikum, bila tgk bilangan kwn2 yang sudi jengah ke sini, rasa tak sampai hati nak hampakan kwn2 yg baca nak entry baru....terima kasih sgt pada semua. Kali ni bukan entry penuh tapi sedikit sedutan dari beberapa babak bab 40++....
Mgu ni mgu exam dan minggu ni jgk saya keguguran utk kali keduanya. Tiada apa yang lebih baik daripada bersabar saja. Apa-apa pun sy redha. Tuhan pasti gantikan kehilangan ini dengan kurnia yg lebih baik. InsyaAllah. Walaupun agak sukar nak fokus pada study dengan perut menggulung sakit, nak tak nak mesti baca buku jgk. hehehhe...
Hidup ni penuh kejutan... hmmm..
+++++++++++++++++++++++++++++++
Pagi-pagi lagi
Rayyan sudah keluar ke pejabat. Bimbang terperangkap dalam kesesakan lalu
lintas katanya. Rayyan masih dingin dengan Nani.
Macam mana ni? Dia diburu resah. Selagi
Rayyan tidak memaafkan dia, selagi itu dia rasa tak aman. Sesal pula bertindak
mengikut emosi.
Hari ini
adalah hari paling malas dia hendak ke pejabat. Terasa berat hatinya. Setakat
mana dia boleh mengelak dari Hakim sedangkan mereka kini berada di bawah satu
bumbung yang sama. Dalam hati tidak putus berdoa
semoga Hakim tidak mengganggu dirinya. Dia berharap sangat Hakim buat-buat
tidak kenal sekiranya mereka berselisih. Tapi itu mustahil. Satu pejabat tahu
dia adalah kakak ipar Hakim. Cuma satu pejabat belum tahu dia adalah bekas
kekasih Hakim.
Nani menekan
punat lif. Dia sampai di pejabat agak awal pagi itu. Ketika sudah berada di
dalam perut lif, pintu lif yang sudah hampir tertutup ditahan dari luar. Lif
terbuka semula dan Hakim melangkah masuk. Nani telan liur. Awal-awal
lagi dah nampak batang hidung Hakim. Dia pura-pura membelek dokumen di tangan
sedang dalam hati berdebar sakan. Dia dengar Hakim berdehem tetapi dia buat tak
peduli.
“Sihat?” Hakim menegurnya. “Macam
tak percayakan?”
Nani tidak
menjawab. Kebetulan pintu lif ke tempatnya terbuka, dia terus melangkah keluar.
“Sombong,” Omel Hakim.
Keluar dari lif, Nani bernafas
lega. Dia terus mengetik kad
kedatangan sebelum menuju ke tempat duduknya.
Hari itu
berjalan seperti biasa sehinggalah masuknya waktu tengahari. Ketika itu dia
bersendiri menikmati bekal yang dibawa dari rumah ibunya. Teman-teman lain
sudah keluar menikmati makan tengahari.
“Sorang je?”
Satu suara menyapanya dari belakang. Nani terkejut kerana dia amat kenal
pemilik suara itu. Berderau darahnya. Jantungnya pula kencang berdegup. Matanya
dipejam rapat sambil dia menarik nafas perlahan, mengatur semula detak
jantungnya yang pantas berlari. Nani tidak menoleh sebaliknya meneruskan suapan
ke mulut.
“Sombong betul
sekarang ni,” Hakim kini sudah berada di sebelah, bersandar pada meja kerjanya.
Jarak kedudukan mereka hanya beberapa inci sahaja.
“Ada apa boss?” Nani cuba mencari kekuatan untuk
menghadapi Hakim. Riak kurang senang jelas terpancar di raut wajahnya.
“Saja, nak
jenguk dia. Rasa rindu pulak,” Jawapan Hakim membuatkan Nani hampir tersedak.
Seleranya mati tiba-tiba.
Nani bingkas
bangun. Lebih baik dia beredar dari situ sebelum ada mata yang memandang. Belum
sempat hendak melangkah tangannya ditarik Hakim.
“Nak ke mana?”
“Saya nak ke
surau. Dah masuk waktu,” Nani sedaya upaya melepaskan tangannya dari pegangan
Hakim.
“Nak ikut,”
Hakim senyum sinis.
“Lepaslah, ini
pejabat bukan kat luar,” Panas hati Nani. Hakim seolah-olah hendak
mempermainkannya.
“Ok, maknanya
kalau kat luar boleh la yer?” Hakim ketawa.
“Apa awak
merepek ni. Lepaslah. Tak manis kalau orang nampak,” Nani merentap tangannya.
“Biarlah.
Sekurangnya saya tak hipokrit,” Balas Hakim.
“Apa masalah
awak ni? Apa yang awak tak puas hati lagi dengan saya?” Nani berang.
“Selagi saya
tak dapatkan awak semula, selagi tu saya tak puas hati,” Jawapan Hakim
menambahkan sakit hati Nani.
“Heh....tak
habis-habis,” Giliran Nani pula melemparkan senyum sinis pada Hakim.
“Kenapa sombong sangat hah? Orang
datang dengan cara baik, bukan nak cari pasal,”
“Encik Iqbal Hakim, ada apa-apa
Encik perlukan bantuan saya? Kalau
tak, saya minta maaf saya nak minta diri ke surau,” beberapa langkah Nani
berjalan, Hakim menjerit ke arahnya.
“You tahu tak you selama ni ditipu? Rayyan tu penipu
besar!”
Nani buat tidak dengar. Hakim ni dah gila. Bisik hatinya. Tak aman aku nak kerja
kalau macam ni.
Tanpa sempat
berbuat apa-apa Hakim mengheret kasar Nani ke tangga kecemasan. Badannya
ditolak ke dinding. Saat itu dia rasa hendak menangis. Wajah Hakim terlalu
hampir dengannya hinggakan dia dapat merasakan deru nafas Hakim di mukanya.
Nani memejam mata, tidak sanggup memikirkan tindakan Hakim seterusnya. Lidahnya
terasa kelu hingga tak mampu bersuara, seluruh tubuhnya menggeletar, lututnya
berlaga. Dalam hati tidak putus berdoa. Lindungi aku Ya Allah.
“I nak bagitau
you satu rahsia sebab I kesian
sangat kat you. Naive. Innocent,” Tangan Hakim nakal
mengusap pipi Nani. “My dear Nani,
kalau you nak tahu, suami you yang penyayang, caring and romantic tu sebenarnya keji! I ’m sure you masih ingat kan, the
day korang kena tangkap kat Bukit Ampang tu.....” Hakim mematikan
kata-kata di situ. Dia melepaskan tawa.
----------------------------------------------------------------------
Nani memandu
tanpa tujuan. Dia tiada hati hendak pulang ke rumah. Dia tiada hati hendak
bersemuka dengan Rayyan meminta penjelasan. Biarlah dia tenangkan perasaannya
terlebih dahulu.
Honda Civic hitam pemberian Rayyan
berhenti di R&R Seri Kembangan, Lebuhraya MEXS. Nani ke surau mengerjakan solat Zohor dan Asar. Di situ
suasananya sunyi. Lama dia berteleku di sejadah, menangis dan mengadu pada
Tuhan. Dia tak tahu apa yang perlu dia buat.
Beratnya bahu memikul dugaan ini. Hampir lapan bulan dia berkahwin dan selama
itulah dia bulat-bulat ditipu suaminya. Kenapa Rayyan tidak berterus-terang
saja dengannya? Kenapa Rayyan hukum dia begini? Pelbagai persoalan membelenggu
akalnya, persoalan yang tak mampu dia rungkaikan jawapannya.
Sedar tidak sedar, waktu sudah
menginjak ke senja. Nani meninggalkan
surau. Matanya bengkak dan sembap. Tidak tahu
berapa banyak air mata yang telah dia bazirkan hari ini. Remang senja di
kawasan yang agak berbukit itu cukup indah. Biasan warna jingga bertebaran di dada
langit. Cukup mendamaikan momen itu. Nani seakan terpukau. Perlahan-lahan kakinya
melangkah ke tebing bukit yang dipasang dengan besi penghadang. Rasa tenang meresap ke jiwa. Dia menarik nafas dan
menghelanya perlahan. Moga-moga beban di dada pergi bersama helaan nafasnya
itu.
Telefon bimbit
yang menjerit berkali-kali dibiarkan saja tidak bersambut. Dia tak mahu
diganggu oleh siapa-siapa pun. Dia mahu bersendiri.
Setelah
mentari merah berlabuh, barulah dia beredar dari situ. Berat hatinya hendak
pulang ke rumah. Hatinya terlalu rapuh hendak berdepan dengan Rayyan, tapi dia
tiada pilihan. Dia perlu dengar semuanya dari mulut Rayyan. Dia perlu tahu
perkara sebenar. Kemudian, terserah pada akalnya untuk membuat keputusan yang
terbaik untuk dirinya.
Sesampai di
rumah, Nani lihat kereta Rayyan sudah berada di garaj. Dia menarik nafas
sedalam-dalamnya sebelum daun pintu dikuak. Perlahan-lahan dia melangkah masuk.
Matanya masih bengkak dan kepalanya sakit akibat terlalu banyak menangis.
“Pergi mana?”
Kedengaran suara Rayyan keras menyapa di pendengarannya. Nani tidak sedikit pun
mengangkat muka. Dia cepat-cepat mendaki anak tangga naik ke bilik.
Rayyan
mendengus geram. Berpuluh kali dia menghubungi Nani namun panggilannya tidak
berjawab. Mendidih darahnya. Akhir-akhir ini Nani selalu buat perangai. Dahlah
dia tertekan dengan kerja, balik rumah masalah dengan Nani. Entah apa yang
difikirkan Nani hingga menjadi terlalu sensitif kebelakangan ini. Rayyan meraup
muka, cuba mententeramkan perasaan marahnya. Dia kemudian turut mendaki anak
tangga ke bilik.
--------------------------------------------------------------------
“I’m so sorry for being selfish. I’m sorry that I was so disgusting. I’m
sorry that I didn’t speak up before it was too late. I understand if you don't
want to hear me out, or patch up things, or even talk to me. But just know
this, I love you. And I always have,” Rintih Rayyan penuh syahdu walau dia
tahu Nani tak mungkin mendengar.
----------------------------------------------------------
Sejak semalam,
hanya air mata menjadi teman. Sukar untuk dia hentikan air hangat dari terus
mengalir dari kolam matanya. Nani duduk berteleku di atas katil hospital.
Pagi-pagi lagi Rayyan sudah menghilangkan diri. Pengecut!
Kenyataan ini terlalu
menyakitkan. Tergamak Rayyan menipu dirinya hingga dia tenggelam dalam
perangkap cinta Rayyan. Ya, naifnya dia. Terlalu cepat terpengaruh
dengan godaan cinta Rayyan. Akhirnya dia terseksa sendiri.
“Assalamualaikum,
awak,”
Perlahan-lahan
Nani mendongak. Firdaus! Serentak dengan itu, air matanya tanpa dipinta
mengalir laju.
“Fir.....? Apa
awak buat kat sini?”
“Er, saya
datang nak minta maaf. Mana husband awak?” Soal Firdaus
tergagap-gagap. Canggung untuk dia
mulakan bicara.
“Minta maaf?
Untuk apa, Fir?” Kemunculan Firdaus yang tak disangka-sangka menambahkan lagi
persoalan di dalam benaknya.
“Saya datang nak minta maaf,
sebab...saya nyaris langgar awak malam tadi. What a small world,” Ujar Firdaus berterus-terang. “Tapi kenapa
awak menangis, Nani?” Persoalan itu terlantun juga dari bibirnya.
“Fir, kenapa awak tak langgar saya
sampai mati je, Fir?” Nani menangis teresak-esak.
Firdaus semakin tidak mengerti.
“Nani, awak ok tak ni?”
“Saya dah tak nak hidup lagi dengan
penipu tu, Fir,”
Penipu? Siapa,
suami Nani ke? Firdaus mengerut kening.
Betul-betul tidak mengerti.
“Awak....jangan macam ni.”
“Bawak saya pergi dari sini. Saya nak lari dari sini. Saya tak nak hadap muka penipu
tu lagi, tolong saya Fir,” Ucap Nani bersungguh-sungguh. Air
mata yang berjuraian dibiar saja mengalir.
“Mengucap Nani. Awak tak sihat ni.
Saya call husband awak nak?” Firdaus menawarkan diri membantu.
“No!”Jerit
Nani.
Ketika itu,
muncul Rayyan di muka pintu. Firdaus segera
menyalami Rayyan.
“Awak kenal Nani?”
“Dia rakan
seuniversiti dulu. Kebetulan pula. Maaf kedatangan saya ke sini tak berjemput.
Saya datang nak minta maaf pada abang atas kejadian semalam,” Ujar Firdaus,
bimbang juga kehadirannya disalah ertikan Rayyan.
Rayyan angguk.
“Saya minta
diri dulu lah. Assalamualaikum,” Firdaus segera mengundur diri. Fikirannya
diasak dengan pelbagai pertanyaan. Apa sebenarnya yang terjadi pada Nani?
Mengapa Nani beria-ia minta dibawa pergi. Dari air muka Rayyan, dia yakin
Rayyan dari kalangan yang baik-baik. Entahlah, tak pasal-pasal dia terjebak
sama memikirkan hal rumahtangga Nani.