Assalamualaikum,
Blog dah berabuk. Apakan daya hidup ini penuh komitmen. Apa-apapun saya akan cuba untuk update kisah ini paling tidak seminggu sekali. Cerita ni cerita lama yang diberi sentuhan semula. Tajuk pun saya dah tukar. Moga2 ada yang sudi baca dan ikuti kisah ini. :)
Dahlia bergegas menuju ke kereta. Dia sudah lambat!
Macam mana boleh tertidur tak ingat dunia pulak hari ni. Alarm
berbunyi pun dia tak sedar. Mama bukan ingat nak kejutkan dia. Entah ke mana
mama menghilang pagi-pagi buta pun dia tak tahu. Salah dia jugak, lupa berpesan
suruh mama kejutkan.
Arghhhh......permulaan hari yang
celaru, belum apa-apa dah dilanda ribut. Dia benci keadaan begini…kelam kabut
tak menentu. Dia tak suka dihambat masa, nak bernafas tenang pun rasa tak
senang. Dahlia memecut keretanya laju, terburu-buru dia mengejar waktu. Pasti
Bella akan tarik muka. Rungut hati kecilnya.
Sampai di satu selekoh, berhampiran
deretan rumah kedai di kawasan perumahannya, dia tidak toleh ke kiri atau ke
kanan walaupun papan tanda di bahu jalan sudah mengingatkan pengguna laluan itu
untuk memperlahan kenderaan. Pedal
minyak ditekan laju menonong umpama Michael Schumacher meredah litar lumba.
Namun, tidak semena-mena muncul seorang lelaki di tengah-tengah jalan. Entah datang
dari planet mana! Melintas dalam keadaan terburu-terburu.
Bibir
Dahlia pucat tanpa darah. Nyaris-nyaris, sipi-sipi dia terlanggar pemuda tinggi
lampai di hadapannya. Nasib baik tangannya pantas menarik hand brake. Jika tidak, mungkin terus ‘gol’ lelaki itu. Ya ampun,
mintak dijauhkan! Kotak kek yang dipegang lelaki berkenaan melambung ke udara
sebelum jatuh menyembah jalan. Dahlia urut dada
berkali-kali. Bala apa agaknya hari ni? Aduhh, mati lah aku. Air liur ditelan perlahan, menjalar rasa payau ke
dalam tekaknya.
Perlahan-lahan
dia keluar dari kereta. Cuba
digagahkan diri menghadap lelaki yang sudah bertukar warna di depannya. Dia
nampak lelaki itu mula menyinsing lengan kemeja kotak-kotak berwarna biru.
Memang betul-betul marah pada aku ni,
telinga dan muka dah bertukar warna merah. Desis hatinya. Alamak, tak kan dia
nak pukul aku? Dahlia cuak.
Renungan tajam berserta hembusan
nafas kasar lelaki berkenaan betul-betul buat dia kecut perut.
"Hei perempuan!!! Buta
ke?" Laung lelaki berkenaan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Makk
aii bahasa! Kasarnya....
"Encik, saya minta maaf. Kita cuba settle
cara baik, ya" Dahlia separuh merayu. Dia
cuba menenangkan lelaki itu yang nyata cukup marah. "Dahlia
Tihani....." Ujar Dahlia sambil menghulurkan tangan kepada lelaki yang sedang
merah padam mukanya itu. "Sorry
sangat, saya nak cepat tak perasan encik tengah melintas.” Kek yang sudah bersepai di atas jalan dipandang dengan
penuh rasa bersalah.
Huluran
tangan tidak bersambut sebaliknya ditepis kasar. Sebuah
jelingan tajam turut dihadiahkan kepada Dahlia.
"Kalau ya pun nak cepat, tengok
la depan yang kau pecut macam orang gila kat kawasan ni kenapa? Kau tak nampak
ke signboard dah tulis 40km/j? Buta
ke! Mata letak kat lutut ke?" Lelaki berkenaan tidak habis-habis memaki hamun
dirinya.
Elok-elok aku dah mintak maaf, dia nak tengking-tengking
lagi. Memang saja je mamat ni. Detik hatinya. Aku dah lambat ni woi! Sabar aje lah…
"Saya
mintak maaf lagi sekali, saya akan ganti balik harga kek ni. Saya bayar double pun takpe encik, encik cakap je
berapa? Saya mintak maaf, saya betul-betul nak cepat ni," Dahlia masih
cuba mengawal ton suaranya walau dalam hati dah mula terasa panas. Hampir 15
minit dia tercegat di tengah panas, mendengar maki hamun lelaki yang dari tadi
tak henti-henti menyalahkannya.
"Kau
tahu tak, seminggu aku tempah kek ni? Seminggu!" Jeritan kuat lelaki
tinggi lampai di hadapannya mencuri perhatian beberapa pasang mata yang lalu
lalang di situ. "Kek ni aku tempah khas untuk mak aku! Dia sekarang tengah
sakit! Aku tempah kek ni cantik-cantik sebab nak gembirakan dia sempena Hari
Ibu. Tapi kau senang-senang dah jahanamkan kek ni, perempuan mata kat lutut!"
Suara kuat lelaki tanpa nama itu bingit
memecahkan pendengarannya. Terlalu kasar bahasanya. Tiada langsung mahu
bertimbang rasa. Dia sudah mengaku bersalah. Jadi mahu apa lagi?
Bukan tak boleh cakap elok-elok. Aku
dah cakap nak ganti, dia ingat aku nak ke saja-saja pergi langgar dia. Nama pun
tak sengaja, janganlah emo sangat. Aku dah mengaku salah, aku dah nak keluarkan
purse nak gantikan harga kek ni.
Semua orang pun sayang mak, tapi bertimbang rasa la sikit. Dahlia berkhutbah
dalam hati.
"Maaf sangat-sangat, ini kad
saya. Kalau lepas ni encik nak tuntut ganti rugi encik boleh call saya. Saya terpaksa pergi sekarang,
maafkan saya." Berkali-kali Dahlia melantunkan kata maaf. Dia menghulurkan
empat keping not lima puluh ringgit ke arah lelaki tersebut.
"Senang je kau cakap
maaf!" Sempat juga dia menyambut huluran dua ratus ringgit duit dari
Dahlia. Puas dia melakarkan design
khas untuk ibu tersayang, kesudahannya hayat kek tersebut terpaksa berakhir di atas
jalan. Memang bukan rezeki ibunya!
"Ok, fine. Aku lepaskan kau kali ni. Aku harap lepas ni aku takkan jumpa
manusia macam kau lagi, kat mana-mana!" Herdik lelaki berkenaan. Marahnya belum
reda.
Dahlia tunduk. Sudah malas hendak melayan berang
lelaki itu. Dikerling jam di pergelangan tangan. Dia sudah lewat! Sesi
fotografi yang sepatutnya bermula sejam yang lalu tertunda gara-gara kecuaian
dirinya. Dahlia pantas memboloskan diri ke perut
kereta setelah lelaki tanpa nama dan tanpa budi bahasa itu berlalu pergi.
"Mati laa aku mesti kena marah
ni," Enjin kereta segera dihidupkan, berhati-hati dia menekan minyak,
bimbang kejadian tak diingini berlaku lagi.
Setiba di lokasi, terkocoh-kocoh dia
berlari ke Butik Sei Bella milik teman rapatnya Bella. Sei
Bella adalah
perkataan Italy yang bermaksud beautiful
you.
"Sorry...." Entah
kali ke berapa untuk hari ini mulutnya mengucapkan kata maaf. Bella yang sedang
duduk bersilang kaki dan bersilang tangan di sofa yang tersedia di butik mewah
ini merenung tajam ke arahnya.
"Apa alasan kau?" Soal
Bella macam polis pencen lagaknya.
"Sorry, aku nyaris terlanggar orang tadi,
tu yang lambat nak kena settle dulu ngan orang tu. Tertayang jelas di ruang
matanya muka berang lelaki yang memaki hamunnya. "Shall we start?" Dahlia buat muka
kesian. Dia tahu Bella memang tegas soal masa. Tapi, malang tu kan tak
berbau....bukan dia minta jadi begini.
"Kau masuk dalam dulu, Ogy dah
lama tunggu kau," Suara Bella sedikit reda. Ogy, lelaki berkarakter lembut yang begitu profesional
mendandan dan menyolek wajah. Hasil kerja seni Ogy atau nama sebenarnya Ramzi menata
rias wajah memang tidak pernah menghampakan. Atas sebab itulah dia selalu
menggunakan khidmat Ogy dalam mana-mana majlis atau sesi fotografi selain Ogy
adalah teman rapatnya.
Sebagai
model yang sedang berusaha keras mengukir nama, Dahlia tidak boleh terlalu
memilih kerja. Semua tawaran yang datang diterima tanpa memikirkan soal
bayaran. Sebagai langkah permulaan, dia mahu kukuhkan networking dan brand....biar
semua orang kenal siapa Dahlia Tihani. Soal bayaran, soal harga jatuh perkara
nombor dua. Yang penting, dia mahu bina repo
yang baik dan tunjukkan komitmen cemerlang terhadap kerja. Dia yakin dengan
cara itu, dia mampu kembangkan sayapnya ke peringkat yang lebih tinggi.
Bella
turut bertindak sebagai tulang belakangnya. Bella teman baiknya itu merupakan seorang
pereka fesyen yang mula membuka peluang untuk dia berkecimpung dalam dunia modeling.
Dahlia,
Bella dan Ogy…mereka kenal sejak di zaman persekolahan lagi. Mereka adalah besties. Ke mana mereka pergi, pasti
bertiga walau adakala ada mata yang serong memandang dan kurang senang dengan
imej Ogy. Semua itu tidak penting. Mereka lebih tahu siapa Ogy @ Ramzi
berbanding mata-mata yang galak memerhati.
"Dally, jauh kau
berangan," Ogy cuit bahu Dahlia yang dilihatnya sejak tadi mengelamun
entah ke mana.
"Eh, mana ada....," Cuitan
Ogy itu mengembalikan semula Dahlia ke alam realiti.
"Kau ingat sapa? Takkan dah ada
boyfie tak bagitahu aku?” Giat Ogy. Dia tahu Dahlia masih single and available. Dan...dia cukup tahu Dahlia
paling tak suka dikaitkan dengan mana-mana lelaki.
"Eh, kau! Sedap mulut tu."
"Dally, aku rasakan, manusia
secantik kau ni someday mesti dapat tackle VVIP takpun paling koman VIP. Kelasss
kau, tapi jangan lupa aku pulak kalau kau dah senang," Ujar Ogy menggiat
lagi.
Tangannya cermat mengaplikasikan bedak
asas ke wajah Dahlia yang putih bersih. "Aku suka solek muka kau nyah, senang...muka
kau dah sedia cantik. Tak macam setengah manusia tu kan jenuh aku tempek foundation nak tutup kawah gunung berapi
kat muka," Itulah pujian Ogy setiap kali menyolek wajah Dahlia yang pasti
bersekali dengan kutukan.
Bukan sehari dua dia buat kerja
solek-menyolek. Sudah beribu wajah yang disolek, sudah pasti pelbagai juga
tekstur dan kulit wajah yang dijumpai. Selalu dia membebel. Wajah tak cantik
tapi kalau hati elok tak apa...ini tidak wajah nan hado tapi perangai mengalahkan diva tersohor. Dahlia dan Bella
lah yang terpaksa mendengar bebelan Ogy setiap kali dia tidak puas hati dengan
kerenah kliennya.
Dahlia ketawa mendengar pujian demi
pujian Ogy kepadanya. "Kau ni ada-ada je lah Ogy. Kalau kau tak make up kan aku, belum tentu aku nampak
cantik," Jawab Dahlia, memberi kredit atas hasil seni Ogy.
"Kau pergi mana tadi, lama aku
tunggu tau, rasa macam nak tumbuh balik bulu muka aku ni. Baru semalam shave kasi licin,” Ogy melawak.
"Aku nyaris nak langgar orang
tadi sebab nak cepat datang sini. Aku tertidur tak sedar diri. Biasa mama
kejutkan aku. Teruk aku kena maki hamun dengan dia. Dia belikan kek untuk mak
dia sempena Hari Ibu, sebabkan aku nak terlanggar dia tadi, terus kek tu
terpelanting atas jalan. Mula-mula aku serba salah, tapi lama-lama naik meluat
pulak sebab kata-kata dia tu. Dia siap warning
aku, tak nak jumpa lagi aku kat mana-mana. Sentap aku,"
"Ye ke? Eeeei, mulut longkang!
Dah orang cakap elok-elok dah la kan....Tapi, handsome tak laki tu nyah?"
"Tinggi, handsome ke eh, tak perasan la. Kau ni pantang betul dengar pasal lelaki.
Mula la tuuuuu," Akhirnya ketawa pecah antara mereka.
”Jap, bukan mother’s
day dah lepas lama ke weh?” Ogy berhenti seketika
daripada menepek muka Dahlia.
”Aah la. Baru aku perasan.
Entah-entah gila tak lelaki tu? Ah,
lantaklah malas nak cakap pasal dia, bikin hati gue panas je,”
”Ya
lah, bukan kau jumpa dia lagi pun lepas ni. Dah diam nanti kang terencat pulak make-up kau hari ni. Bising pulak cik
puan besar cerewet kat depan tu,” Sesedap rasa Ogy mengutuk Bella.
Sessi
fotografi berjalan lancar sehinggalah siang menginjak ke malam. Seronok dia
menggayakan fesyen rekaan Bella yang unik. Bella memang berbakat besar dan
setiap rekaan Bella memang menepati citarasanya. Kebanyakan rekaannya
berkonsepkan urban chic tapi dalam
gaya mewah. Dulu dia pernah menyimpan angan mahu jadi pereka fesyen terkenal,
namun banyak perkara membataskan untuk dia mengejar cita-citanya. Takpe lah,
tak dapat jadi pereka fesyen, jadi penggaya fesyen pun jadi lah...
Bella
tersenyum puas melihat aksi yang dipamerkan oleh Dahlia. Cukup cantik. Dahlia
punya potongan badan hourglass iaitu
ukuran badan yang seimbang antara bahu dan pinggul serta ukuran pinggang yang
kecil. Dia tak nafikan Dahlia ada personanya sendiri. Kalau diasah betul-betul
bakatnya ini, boleh sampai ke tahap Malaysia's
Next Top Model ni. Berada dalam industri ini, masa dan disiplin amatlah
menjadi kepentingan kalau tidak sila lah say
hi hi bye bye! Yang lambat pasti keciciran kerana persaingan adalah sengit.
Dahlia menyandarkan kepalanya pada
sofa baldu di sebelah Ogy. Lenguh-lenguh badannya hari ini. Beberapa hari ini
dia tak punya rehat yang cukup. Sibuk mengejar jadual yang agak padat. Alhamdulillah,
rezeki bulan ini tidak putus. Hari
yang panjang bakal berakhir sebentar lagi. Tak sabar dia mahu pulang ke rumah
dan tidur puas-puas. Esok dia cuti...Jadi esok dia akan peruntukkan
sebaik-baiknya masa untuk meng'qada' tidurnya.